Assalammualaikum & hello there!

Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan 1 tanggungjawab dan 1 amanah unttk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yg bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yg diredhai Allah s.w.t...


Jadi, lelaki, kalau ada niat nak kawin, maka ubah dulu tabiat- tabiat ini dulu :


1. Solat.

Kalau sekarang ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu tapi kalau kita masih sama, masih bawa perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung didalam rumahtangga yang akan didirikan, maka rumahtangga tu takkkan dapat bertahan lama sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia...

2. Kerja.

Bila nak kawin, pastikan korang dah ada keje yang stabil, yang mana korang selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu utk satu tempoh yg tertentu. Nak bela ank org, nak jaga ank org, keje tak boleh ikut suka, tak boleh keje sekejap, berenti, pastu menganggur sehingga dpt keje yg sesuai, yg ikut citarasa anda sendiri, tak boleh mcm tu sbb kita ada ank bini utk ditanggung dan disara dgn hasil gaji yang kita dpt setiap bulan...jadi, pastikan anda mempunyai keje yangg stabil dan pendapatan bulanan yangg tetap dahulu...

3. Perangai bujang.

Perangai bujang ni banyakk kalau nk disenaraikan...merempit, melepak, kluar umah ikut suka, balik umah ikut suka dan sebagainya...maka kita perlu ubah smua ni, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawa motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, kluar umah pada masa-masa yang sesuai dan balik umah sebelum tengah mlm. Didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu.


4. Belajar mengemas.

Jangan terus letak dalam minda yang keje rumah adalah keje isteri sahaja. Kita sebgai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja umah. Perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yang kita dah biasa buat, dah selalu buat tu. Percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki namapk macho jika tahu untuk buat kerja-kerja rumah.

5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan.

Sekarang, sebelum kawin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan. Semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama "kawan" tapi bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan unttk kita ada kwn perempuan yang kita masih rapat lagi. Kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja. Korang dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat korang bakal menjadi suami kepada seseorang.

Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat utk mendirikan rumahtangga.



Sumber : Peguam Syarie Khidmat Masyarakat

2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!