CUKUR RAMBUT BAYI BARU LAHIR - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: CUKUR RAMBUT BAYI BARU LAHIR

AFB Feeds

24 Februari 2020

CUKUR RAMBUT BAYI BARU LAHIR

Assalammualaikum and hello there!

CUKUR RAMBUT BAYI BARU LAHIRKepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7Cukur sampai botak. Tak kira babygirl or babyboy. Jangan cukur sipi-sipi je. Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.


Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.

Kalau dah terlepas hari ke-7..? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak. Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.

Contoh rambut baby ni berat 0.99g. Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.

Ini contoh ye.

0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.

Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.


Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur:

1) Ambil 1 bekas berisi air
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3) Guna pisau cukur gillette je or mana mana yang ada. Pastikan yg baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas.

Ini je la pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.



Sumber: FB Halimatulssaadiah Wan Jusoh


2 ulasan:

  1. Tq dapat ilmu baru arini..dah join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie? Rm1000 untuk dimenangi.. jemput join ye

    BalasPadam
  2. Tapi ramai juga mak bapa yang tak buat cukur rambut ini.. huhuhu..
    Bagus perkongsian OM ini..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Edited by OmbakBergigi.com