Cara Tanam Bawang Merah Dalam Pasu, Mudah Betul!

Cara Tanam Bawang Merah Dalam Pasu, Mudah Betul! | Fuhhh panjangnya tajuk. Semenjak India dah tak eksport bawang ke negara kita, memnag menjadi-jadi harga bawang tau. Pernah tu sampai 1kg RM24 tau. 
Dulu 1kg RM2.40 je sekarang dekat 10 kali lipat.  Lama lama nanti nak masak pun guna seketul dua je bawang. RM50 pun sekarang dapat berapa barang aje. Ngeri betul nak shopping bawang dapur.

Cara Tanam Bawang Merah Dalam Pasu

Bawang merah ni dah jadi bahan wajib yang ada dalam masakan. Hampir semua masakan menggunakan bawang merah seperti telur dadar, lauk pauk, dan lain-lain lagi.

Bila tak guna bawang merah ni, macam hilang penyeri dalam masakan gitu. Kalau ko nak tahu, bau bawang yang tengik mampu menghalang serangga untuk datang menyerang pokok bawang tu. 

Sebab itu, kalau tanaman bawang jarang kita tengok kutu menyerang daun bawang. 

Cara Tanam Bawang Merah Dalam Pasu

Terdapat dua cara untuk penanaman bawang sama ada melalui biji benih ataupun bebawang. Bagi penanaman yang menggunakan biji benih, tempoh tuaian mengambil masa 3 hingga 4 bulan. 

Manakala, jika penanaman yang menggunakan bebawang mengambil masa sekitar 2 bulan setengah. Bawang sesuai untuk hidup di kawasan yang mempunyai kadar pencahayaan yang tinggi dan kadar cahaya matahari mempengaruhi saiz bawang yang akan dihasilkan.

Cara Tanam Bawang Merah Dalam Pasu


Jom belajar tanam sendiri bawang merah :

1. Nisbah media tanam : Lebihkan pasir daripada tanah dengan nisbah 2:1. Pasir = 2 bahagian dan campur tanah berkebun = 1 bahagian.

2. Tanam di tempat terbuka. Musim panas, siram cukup cukup saja, jangan siram banyak air. Jika lebih air, bawang jadi busuk, mereput dan buruk.

3. Potong bawang seperti dalam gambar. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.

Penggunaan bawang yang busuk boleh menyebabkan bawang reput dan tidak dapat tumbuh dengan baik. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan dalam menyediakan bahan tanaman. 

Pertama, dengan menggunakan bawang yang telah bercambah. Kedua, potong bawang di sebelah atas hingga nampak isi tengah dan sedikit di bahagian akar. Kaedah ini boleh mempercepatkan pengeluaran tunas bawang merah.

4. Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik dahn dalam 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawah tu. 

Bawang boleh ditanam sama ada di dalam pasu, di dalam botol, di tanah ataupun mana-mana bekas recycle yang boleh digunakan. Tanam bawang dengan kadar yang sesuai dengan saiz bekas. Macam-macam bekas boleh digunakan untuk cara tanam bawang merah dalam pasu.

Campurkan tanah subur dan media tanam dan kemudian masukkan ke dalam pot. Penuhi campuran tanah tersebut ke dalam pot sampai 3/4 isi.

Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang, ini kerana baik untuk pertumbuhan bebawang baru. Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus , biatkan je.

Cara Tanam Bawang Merah Dalam Pasu


5. Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuh seperti biasa. Boleh je guna lain lain baja.

Bawang merah lebih gemar dibaja menggunakan baja kompos atau tahi ayam. Baja kompos atau tahi ayam boleh diletakkan bersama-sama ketika awal penanaman. 

Boleh juga menggunakan baja AB atau baja-baja lain yang dibeli dengan kadar yang sesuai mengikut usia pokok. Siram bawang 2 kali sehari, elakkan siram dengan air yang terlalu banyak. 

Air yang terlalu banyak boleh menyebabkan bawang rosak dan busuk.

6. Penjagaan bawang merah ini, ko kena lebih berhati-hati. Pokok bawang akan menghasilkan daun bawang beberapa hari selepas ditanam. 

Daun bawang ini boleh diambil untuk digunakan dalam masakan, namun begitu, pengambilan daun bawang akan memberi kesan kepada hasil bebawang. Jika ingin menghasilkan bebawang yang banyak, elakkan untuk mengambil daun bawang. 

Lebih mudah sekiranya asingkan bawang yang ditanam untuk daun bawang dan juga bawang yang ditanam untuk penghasilan bebawang. Apabila pokok bawang mencecah 20-30 hari, pokok bawang akan mengeluarkan satu daun yang sedikit keras. 

Jika diperhatikan dengan teliti, di hujungnya terdapat bonjol yang kecil. Ini adalah kuntum bunga bawang yang akan menjadi bunga bawang. Sekiranya kuntum bunga ini menjadi bunga, segala nutrien akan fokus bagi penghasilan bunga. 

Akibatnya, bebawang yang dihasilkan tidak mencapai kuailiti yang maksimum. Maka, perkara yang perlu dibuat ialah dengan mencantas daun yang akan menjadi bunga secepat mungkin.

7. Dua bulan lepas ditanam, bolehlah dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan biarkan, terus petik dan buang kerana ia akan merencatkan pembesaran bawang. Bawang yang dituai akan dijemur sebelum digunakan.

Cara Tanam Bawang Merah Dalam Pasu

Bawang boleh dituai apabila hampir semua daun bawang rebah iaitu sekitar 35-45 hari setelah bawang ditanam. Tuaian hendaklah dilakukan ketika cuaca kering agar bawang boleh disimpan lama. 

Penuaian perlu dielakkan selepas hujan kerana bawang akan mudah diserang fungus jika basah ketika dituai. 

Cara menuai bawang adalah dengan mencabut ia dari atas tanah dan kemudian dijemur sehingga semua daun atas kering.

Senang tak, nak tanam bawang? Orang rajin akan dapat hasil. Marilah bercucuk tanam.


3 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Bawang mahal sekarang ni..skrng pun dah mula tanama bawang..tq atas info ini

    BalasPadam
  2. Thanks for your informative article 😊

    BalasPadam
  3. Aien beli sayur + bawang boleh jadi RM42 .. menangis jap tepi bakul. Padahal, 6 biji je kot bawang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama