RESEPI | Roti Strawberi Peanut Butter

Assalammualaikum and hello there!

RESEPI ROTI STRAWBERI PEANUT BUTTER | Petang-petang macam ni kalau pekena makanan ala-ala dessert pun sedap jugak kan? Ni dah cuti sekolah, apa salahnya try? Boleh bagi anak-anak makan sorang satu. Lagi pun, tak ambil masa yang lama dan bahan-bahan untuk resepi ni pun senang tau.

Jom cuba?


Antara bahan yang diperlukan adalah :

2 bungkus roti Coklat Kismis (jenama Gardenia)
1 bungkus roti Butterscotch (jenama Gardenia)
Jem strawberi
Mentega kacang coklat

Lahh.. tak banyak pun guna bahan? Kan, dah kata.



Cara untuk membuatnya pula :

1. Sediakan dua keping roti Coklat Kismis dan sekeping roti Butterscotch.
2. Sapukan jem strawberi ke atas sekeping roti Coklat Kismis.
3. Seterusnya, sapukan mentega kacang coklat ke atas sekeping lagi roti Coklat Kismis.
4. Lapiskan roti Butterscotch di antara kedua-dua roti Coklat Kismis.
5. Potongkan roti di bahagian tengah.



Taraaa... dah siap dah! Eh tak susahlah? Jom kita cuba, jangan malas pula yek.



Sumber : FB Syahirah Adnan



0 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama