Pos Laju Patutnya Tukar Jadi Pos Lambat

Assalammualaikum.

Siapa ada masalah dengan penerimaan daripada pos laju yang makan masa sampai seminggu? Korang pernah alami tak? Check di track pos laju, barang stuck kat transit 3-4 hari? Mesti pernah kan?

Why not lah, pas laju ni tukar je nama baru terus, jadi POS LAMBAT. Kesian pengirim kena bising dengan I. Padahal barang tu dari Bangi je, takkanlah nak sampai Port Dickson pun  makan masa seminggu. Seriouslah? 



I bengang dah tadi, tanya dengan pengirim. Dia dah hantar lama dah. Patutnya barang boleh dapat sehari je. Bayangkanlah I beli 8 Jan, pengirim pos pada tengahari di hari yang sama, tapi sampai sekarang tak dapat lagi. Tengok tracking, 9hb subuh masih stuck di transit KLIA. 

Wei, barang I ni bukannya nak pergi Langkawi. Kenapa kena pergi transit? KLIA dengan PD ni, satu jam je dah boleh sampai. I decide untuk call terus customer servise pos laju 1-300-300-300. Ha kan betul, barang patutnya boleh sampai sehari. 

Apa yang lambat sangat ni? Takkan nak tukar nama jadi

POS LAMBAT?

4 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. ada pengalaman pahit juga dengan Pos Laju ni.

    Kawan tu nak kirim sambal ke kita. Patutnya Damansara-Shah Alam sehari dah sampai dah kan. Ini seminggu tak sampai-sampai lagi. Rupanya rebounce balik atas alasan kat rumah tak ada orang.

    Yang bestnya, tak ada notis pun yang ditinggalkan PosLaju masa tu. Maka sambal itu pun menjadi rosak.... Nasib baik tak kempunan. Huhu

    BalasPadam
  2. mmg mcm tu kot skrg. sha pos brg ke negeri sembilan, dia pi muar dulu 😂😂😂

    BalasPadam
  3. Huhu entahla OM. Sejak dua menjak ni banyak betul problem poslaju. Mungkin terlampau banyak parcel kot.

    BalasPadam
  4. tutupkan sahaja pos malaysia nie. dah la tak guna buat perabis beras dan udara je. Bangunan, lori dan segala peralatan tu boleh dilelong. Malaysia tak perlukan pos sampah nie.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama