Kisah Si Dairy Seorang Blogger Bercerita Tentang Ilmu Parenting

Sebenarnya aku dah kenal Kisah Si Dairy ni dari dulu lagi, dari mula-mula aku buat blog. Masa tu aku memang rajin membaca blog blogger lain. Kiranya macam mencari inspirasi untuk menulis. Lagi pun, kami berdua ni dari daerah yang sama iaitu Kota Tinggi, jumpa mukim yang berbeza. 

Kali pertama, aku jumpa Kisah Si Dairy pada penghujung tahun 2021. Masa tu, aku baru je masuk group JDT Blogger yang khas untuk blogger yang berada di Johor sahaja. Masa tu, jumpa di Thistle Johor Bahru. Ramai jugalah muka-muka blogger yang aku kenal, tapi aku lebih selesa dengan Kisah Si Dairy.

Kisah Si Dairy
Kisah Si Dairy 

$ads={1}

Kisah Si Dairy ni nama sebenarnya ialah Siti Rohaida Yusof, yang berbahasakan "UMI" di blog beliau. Bila dah jadi emak-emak ni, nama panggilan kat rumahlah jadi terbawa-bawa ke blog dan gaya penulisan. Cuma aku je ni, tak reti lagi nak berbahasa. Asyik guna "aku" je.

Kalau korang nak tahu, nama Kisah Si Dairy ni bermula dari dairy yang ditulis di dalam buku dan digitalkan di onine. Kiranya kesinambungan dari menulis di buku kemudian beralih ke platform digital. Sebab sekarang ni semua zaman IT, orang lebih suka membaca secara online kan?

Kisah Si Dairy
Seorang surirumah dan juga blogger


Blog Kisah Si Dairy bermula pada tahun 2011. Kiranya setahun selepas aku berblogging. Kiranya lama dah kan? Hampir 12 tahun dalam dunia blogging. Kiranya dah level-level otai? Betul tak? Masa blogging dulu, mana yang kenal Maria Elena, Namee Roslan tu, ha lebih kurang aje kitorang ni. Cuma mereka lebih famous berbanding kami.

Sebenarnya, Kisah Si Dairy ni seorang ibu yang suka sangat bercerita tentang anak-anak dan berkongsi tips parenting. Mostly, semuanya artikel blog kak eda berkisarkan parenting. Dimana ianya bagus untuk mereka-mereka yang baru nak menjadi ibu. Korang cari ajelah info parenting di blog Kisah Si Dairy pasti jumpa.

Kisah Si Dairy menarik minat pembaca dengan berkongsi kandungan artikel yang bervariasi seperti resepi masakan, parenting, percutian, kecantikan serta ulasan produk dan event. Selain itu, Kisah Si Dairy juga sering melakukan review makanan di hotel terkenal di Johor Bahru. 

Kisah Si Dairy


$ads={2}

Salah satu entri yang mendapatkan view tertinggi di blog Kisah Si Dairy adalah tentang Tips Penjagaan Sunat, dengan jumlah view mencapai 50 ribu bacaan/paparan. Hal ini menunjukkan kekuatan tulisan-tulisan Kisah Si Dairy dan minat pembaca terhadap ilmu parenting.

Kalau dahulu, Kak Eda ni hanya part time blogger je sekarang sudah pun menjadi full time blogger. Selain menjadi suri rumah sepenuh masa, kak Eda juga menguruskan anak-anak pergi dan balik sekolah. Sebagai anak menantu yang baik,  kak Eda juga menjaga ibu mertua yang sudah tua dan itu menjadi sebab kenapa kak Eda harus berhenti kerja.

Aku sendiri akui, mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukanlah satu perkara mudah, banyak aspek yang kena ambil kira. Belum lagi bercerita pasal kewangan. Betul tak? Aku sendiri pun dah setahun tak bekerja ni, kadang-kadang asyik terfikir untuk bekerja kembali bagi meringankan beban suami tapi terpaksa juga fikirkan anak yang tengah nak membesar.

Kisah Si Dairy
Review Kedai Emas Richvalet


Tetapi kak Eda lebih memilih untuk percaya dengan rezeki Allah, Alhamdullilah kak Eda banyak menerima job sebagai penulisan upahan dalam beberapa blog dan produk review. Selain itu, adsense yang semakin lama semakin naik setiap hari juga menjadi salah satu sumber pendapatan kak Eda.

Selain aktif di blognya, Kisah Si Dairy juga aktif di media sosial lain seperti TikTok, Instagram, dan Facebook. Bagi mereka yang belum mengenal Kisah Si Dairy, bolehlah ke blog beliau jangan lupa klik follow untuk dapatkan notification dan entri dari beliau, lepak santai baca blog Blog Kisah Si Dairy.

Korang kenal ke Kisah Si Dairy tu? Cuba komen dan jangan lupa untuk mengunjungi blog Kisah Si Dairy untuk menikmati penulisan yang menarik. 


1 تعليقات

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Best nya jadi blogger di Johor, boleh kenal ramai blogger lain bila join group JDT Blogger. Kat KL ni belum jumpa lagi group KL Blogger.

    ردحذف

إرسال تعليق

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

أحدث أقدم