Menu Makanan Seafood Enak di Fish & Co Johor

Apa khabar para pembaca sekalian? Aku sihat alhamdullilah, syukur masih diberikan nafas untuk ada di muka bumi ini. Bagaimana dengan cuti hari Natal anda? Aku harap anda bergembira dan sihat bersama keluarga di sisi.

Sebenarnya banyak artikel yang mahu aku kongsikan tetapi kekangan masa yang menyebabkan aku tidak sempat untuk menulis. Jadi, hari ini aku paksa diri untuk menulis. Aku tidak mahu para pembaca sekalian ternanti-nantikan artikel yang aku tulis.

fish & co johor


Hari ini, aku nak kongsikan pengalaman aku mencuba menu Fish and Chips di sebuah restoran yang terletak di Toppen Shopping Mall, Johor. Restoran ini sangat dekat dengan Ikea. Aku yakin pasti anda melihat restoran ini ketika anda mengunjungi Ikea.

Fish & Co ini merupakan restoran yang menghidangkan menu makanan laut dan Fish n Chips terbaik untuk anda cuba. Restoran ini merupakan lokasi tempat makan yang sangat sesuai untuk anda bersama keluarga bersantai. 

Artikel ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri ketika mencuba beberapa makanan di sini. Jadi, aku akan review dan berikan ulasan berdasarkan pengalaman aku ya. Aku cuba untuk berikan review jujur untuk anda sebelum anda hadir ke sini. 

fish & co johor

Menu Seafood Dan Fish n Chips Enak di Fish & Co Johor

Suasana di restoran ini sudah semestinya bertemakan laut dan ianya sangat selesa. Aku duduk dibahagian tepi dinding supaya senang dan gambar cantik apabila aku bergambar di kedai ini. 

Lalu, aku memanggil pelayan untuk melihat menu. Ya, agak lama juga untuk aku memikirkan tentang menu apa yang nak aku cuba, aku juga meminta pendapat daripada pelayan, menu yang mana paling sedap dan terlaris di sini.

First time juga aku mencuba makanan laut yang ada di shopping mall. Kebiasaannya, aku lebih suka untuk makan di restoran tepi laut seperti di Kong Kong. 

Jom tengok menu yang aku order.

Menu yang aku order?

Sebenarnya, pening juga aku nak pilih menu. Begitulah, memang agar sukar untuk aku ni memilih makanan. Hahaha. Aku pilih 6 menu yang pastinya menyelerakan. 

Fish & Co Johor

Korean Broth Pot | Harga RM80.95 | Rating 12/10

Menu ini aku pilih sebabnya terpandang akan namanya iaitu Korean Broth Pot. Ada juga Broth Pot yang lain tetapi aku nak cuba makan yang ini. Agak terkejut juga bila sampai di meja, potionnya sangat besar dan sesuai untuk dua orang makan. Kalau aku tengah betul-betul lapar, pasti habis! Broth ini memang sedap, rupanya dalam tu ada kimchi tau. Lagi best, jika dimakan bersama maggi. Confirm terangkat!

Fish & Co Johor


Peri-peri Chicken Pizza | Harga RM30.95 | Rating 8/10

Peri-peri Chicken Pizza merupakan antara pizza yang anda boleh pesan. Ada juga pizza lain di dalam menu yang anda boleh lihat di bawah. Aku rasa aku terus bagi ulasanlah, pizza ini rasanya agak masin sedikit. Tapi bukanlah sampai tak boleh makan langsung, peliknya agak sedap juga. Jika diberi peluang untuk makan lagi, aku rasa aku tak akan pesan pizza ini lagi. 

fish & co johor

Bombay Fish n Chips | Harga RM24.95 | Rating 8/10

Aku pilih juga Bombay Fish n Chips, katanya menu ini yang paling ramai order. Jadi, aku kena order dan rasainya sendiri. Bagi aku, biasa sahaja rasanya tetapi aku paling suka dengan sauce, kena dengan tekak aku ini. Aku tidak suka dengan tepung yang bersalut dengan ikan itu, rasanya agak tebal. Tetapi bila makan isinya, rasa okay je.

Fish & Co Johor


Seafood Platter | Harga RM39.95 | Rating 9.5/10

Kemudian, aku ada juga cuba Seafood Platter for 1 pax. Menu ni ada juga untuk 2 pax dengan harga sedikit berbeza. Sebenarnyakan, hampir tak perasan ada nasi dalam platter ni. Sebabnya aku asyik dan ralit dengan udang dan sotong yang ada dalam tu. Nak lagi sedap, anda kena perahkan lemon tersebut dan pastinya bertambah berselera!

Ada lagi 3 menu yang aku tak sempat nak komen, nanti anda boleh lihat di FB Page di bawah ini ya. Anda boleh lihat sendiri menu dan suasana di restoran ini. 



Melihat pada harga dan menu, memang banyak menu yang menarik dan boleh anda cuba. Aku rasa harganya normal untuk restoran yang ada di shopping mall. Tetapi, untuk datang makan di sini setiap hari adalah satu perkara yang melampau. Kalau datang sebulan sekali atau kadang-kadang, bagi aku harganya sesuai.

Jadi, kepada anda yang sukakan makanan laut, apa salahnya untuk datang dan mencuba menu yang ada di sini. Belum cuba, belum tahu. Sudah cuba, pasti mahu. 

Secara keseluruhannya, pengalaman makan Fish & Co ini sememangnya satu pengalaman yang menarik dan perlu dikongsikan pada anda semua. Mungkin ada makanan yang tidak sesuai dengan aku tetapi sesuai di tekak anada. Suasana di sini pun sangat tenang, tidak penuh dengan ramai orang dan yang paling penting, tidak membuatkan anda lama menunggu makanan.

Sekian sahaja ulasan kali ini. Jangan lupa ya singgah di sini.

📍Fish & Co Johor, Toppen Shopping Centre, Johor Bahru
⏰ 11:00 am - 10:00 pm
📱Call +607-361 4195 for Reservation






















Sila tinggalkan comment korang disini!

إرسال تعليق

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

أحدث أقدم