Lakukan Ujian Saringan Covid Di eMedAsia Travel & Health Sebelum Melancong

Bismillah.
Assalammualaikum.

Lakukan Ujian Saringan Covid Di eMedAsia Travel & Health Sebelum Melancong | Salam 10K kwsp korang! Hehehehe tiba je kan. Memandangkan, raya ni korang berkesempatan nak melancong ha ini ada berita baik untuk korang. 

Seperti yang korang tahu, 1 April lalu negara kita telah pun memasuki fasa endemik dan Menteri Kesihatan Yb Khairy Jamaludin mengumumkan perjalanan antara negeri dan antarabangsa telah dibuka sepenuhnya untuk semua individu. Berita yang macam inilah rakyat nak dengar. Siapa boleh bersabar selepas 2 tahun di dalam perintah berkurung. Pastinya berita ini turut melegakan sektor pelancongan Malaysia.

Jadi, inilah masanya untuk korang melancong ke luar negeri. Tetapi diingatkan juga sila ambil vaksin covid19 sebelum melancong ya! Risau nanti lepas balik melancong dapat pula penyakit dan mungkin mengganggu kerja harian korang. Sebelum korang nak melancong ke Malaysia, sila semak prosedur yang telah ditetapkan iaitu:

  • Muat turun aplikasi MySejahtera
  • Memohon Kad Pengembara digital di dalam aplikasi MySejahtera
  • Beli insurans perjalanan yang merangkumi perlindungan Covid19
  • Lengkapkan ujian RTK-Ag profesional dalam masa 24 jam selepas ketibaan


Jom Buat Ujian Saringan Covid Di eMedAsia Travel & Health


Jika korang berhasrat untuk melancong ke Malaysia, aku cadangkan korang untuk melakukan ujian RTK-Ag profesional di eMedAsia Travel & Health. eMedAsia ini dimiliki oleh HS Bio dengan kerjasama Koperasi Persatuan Perubatan Malaysia (KOOP MMA), sebuah wadah pelaburan untuk ahli Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). 

eMedAsia Travel & Health



Di eMedAsia Travel & Health ini menawarkan servis dan perkhidmatan yang diiktiraf oleh KKM di seluruh Malaysia, iaitu:

  • Ujian RTK-Ag profesional dengan keputusan dikemas kini terus ke MySejahtera
  • Ujian PCR dengan keputusan dikemas kini terus ke MySejahtera
  • Ujian Saringan Covid Maya (Virtual Covid Screening test) dengan kerjasama CLEADOC
  • Tidak perlu klinik atau hospital
  • Lakukan RTK atau ujian PCR pada bila-bila masa di mana-mana dalam zon selesa
  •  Keputusan disahkan oleh doktor perubatan & dikemas kini terus ke MySejahtera
  • Ujian darah & diagnostik
  • Insurans Covid 

Untuk pengembara yang masuk ke Malaysia, eMedAsia Travel & Health memudahkan urusan perjalanan korang kerana :

1) Dapat melangkau beratur panjang dan elakkan orang ramai dalam ujian lapangan terbang 
2) Minimumkan risiko pendedahan COVID-19 semasa beratur 
3) Susun RTK atau PCR Swabbing di tapak di penginapan (hotel) atau klinik terdekat  
4) Mempunyai lebih 2,000 ahli berdaftar di seluruh negara
5) Perkhidmatan boleh diterima 
6) Kemas kini terus MySejahtera oleh doktor/klinik perubatan (kemas kini manual tidak diperlukan) 
7) Doktor perubatan berdaftar yang boleh dipercayai dan diiktiraf dan diluluskan oleh KKM & KOOP MMA

Puas hati kan? Aku sendiri pun kalau melancong paling tak suka nak beratur panjang. Inikan pula dengan situasi covid19, lagilah ramai orang di lapangan terbang. Jadilah pengguna bijak dengan membuat pilihan yang tepat. 

Bagi korang yang berminat untuk menggunakan servis eMedAsia Travel & Health, harga adalah seperti berikut.

  • Warga Asing: RM90
  • Warganegara: RM70
Untuk maklumat lanjut berkenaan eMedAsia Travel & Health ini, sila layari laman web yang tertera di bawah.

Emedasia - Laman web rasmi untuk tempahan RTK test di klinik
Traveller.emedasia.com - Untuk tempahan RTK test di klinik
MySafeTravel.gov.my - Checklist untuk pelancong dari luar yang ingin memasuki Malaysia

Selamat melancong dan jaga diri!

0 تعليقات

Sila tinggalkan comment korang disini!

إرسال تعليق

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

أحدث أقدم