Nikmati Sajian Dari Dapur Fraser Di Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Bismillah.
Assalammualaikum.

Nikmati Sajian Dari Dapur Fraser Di Fraser Place Puteri Harbour, Johor | Ramadhan bakal datang lagi, makanya akan ada banyaklah promosi buffet ramadhan sana sini yang di tunggu-tunggu oleh semua orang, termasuklah aku. Ye laa mana taknya time buffet ramadhan laa kita dapat nikmati makanan bermacam jenis juadah yang jarang-jarang kita jumpa. 

Dan baru-baru ini aku berkesempatan untuk menikmati keenakan di Fraser Place Puteri Harbour Buffet Ramadhan sempena promosi early bird mereka yang sudah pun mula di jual dengan harga yang sangat istimewa. 

Yang tak pernah pergi atau makan di sini, korang boleh cuba untuk tahun ni ya.

Fraser Place Puteri Harbour Buffet Ramadhan 

Fraser Place Puteri Harbour

Fraser Place Puteri Harbour

Fraser Place Puteri Harbour


Bertemakan 'Dari Dapur Fraser', Fraser Place Puteri Harbour menjanjikan sesuatu yang pasti akan meninggalkan kesan di hati mereka. Antara menu yang di sajikan adalah: Gulai Babat Nangka Muda, Chili Lala, Ikan Masak Tiga Rasa, Kari Kambing Kentang, Kambing Golek, dan banyak lagi menu yang akan di hidangkan mengikut pusingan.

Semuanya sangat menyelerakan, sampai aku pun tak tau nak makan mana satu hahaha. Tapi kalau dah kata Dari Dapur Fraser, ko bayangkanlah makan nasi bersama Gulai Babat Nangka Muda tu dengan aneka sambal belacan yang ada, berserta ulam-ulaman dan juga aneka jenis ikan asin, tambah pula dengan Kerabu Pedal, perghh gaul nasi masuk mulut, mau orang pangil nama ko terjerit pun ko tak dengar hahaha. 

Dan macam biasa di setiap buffet ramadhan memang tak sah kalau takde Nasi Biryani Ros dan Satay. Istimewanya Nasi Biryani Ros di Fraser Place Puteri Harbour ni, ianya terdapat tulang ekor di dalam nasi beryani ros tersebut. Memang sedap!

Fraser Place Puteri Harbour

Dan tak lupa juga aneka salad dan sosnya..macam-macam ado.

Sesudah makan, korang boleh mencuba pencuci mulutnya juga, pelbagai hidangan kuih-muih dan juga beraneka jenis bubur seperti Pengat Pisang, Bubur Cha Cha dan juga Koktail di hidangkan berserta dengan buah-buahan beraneka jenis yang boleh korang makan. 

Lebih dari 100 jenis menu yang boleh korang makan dengan hanya satu kali bayaran yang pasti berbaloi. So apalagi, buat tempahan awal untuk dapatkan harga istimewa untuk keluarga, rakan dan orang tersayang korang. Ajak kawan-kawan semua berbuka puasa di sini ya. Yela makan berjemaah ramai-ramai tu kan afdol..hehehehe.

Kalau ko nak tengok lagi menu menu, ko beleklah page blog aku ni. 


Harga promo buffet Ramadhan aku listkan di bawah ni ye : 

Dari Dapur Fraser @ Fraser Place Puteri Harbour 
Swatches Coffeehouse, Lobby LevelGu 
8 April - 1 Mei 2022 | 6.30 pm - 10.00 pm 

RM118+ per Dewasa 
RM68+ per Kanak²/OKU 

EARLY BIRD promo (beli sehingga 31 Mac 2022) 
Beli 10 + PERCUMA 2 

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaaan berkenaan buffet Ramadhan, 
bolehlah wasap no ni bawah ni ye 😁👍 

Untuk tempahan dan pertanyaan: 
Whatsapp: +6013 778 6821 
Call: +607 530 8837


0 تعليقات

Sila tinggalkan comment korang disini!

إرسال تعليق

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

أحدث أقدم