Ku Terima Dengan Lapang Dada, Aku Diberhentikan...

Bismillah.
Assalammualaikum.

Aku tak tahulah nak sedih ke nak gembira, tapi yang pastinya hati aku ni macam dah lapang sangat. Aku dah tak takut kalau nanti aku tak dapat kerja, aku dah tak risau semua tu. Aku percaya rezeki Allah di mana mana je ada. Kalau betul rezeki aku ada, mesti akan hadir dengan apa jua cara sekali pun.

Nampak tak ayat nak bagi naikkan semangat tu..

Sebenarnya, aku ni masih lagi dalam notis sebulan diberhentikan kerja. In shaa Allah, 15 April nanti hari terakhir aku bekerja. Aku mungkin dah tak nak kerja tapak bina lagi dah. Cukuplah 7 tahun pengalaman bermakna aku ni. 

Ku Terima Dengan Lapang Dada, Aku Diberhentikan... 

Aku pun tak sangka juga pengakhiran pekerjaan aku jadi macam ni sekali. Tiber. Tapi itulah untuk apa bersedih? Sedangkan aku langsung tak buat hal dekat company ni, diorang pun tak ada point dan alasan kukuh aku diberhentikan tu.

Baca ini juga : Pengalaman Pahit Manis Bekerja Di Tapak Binaan.

Aku rasa aku diberhentikan disebabkan aku tak setuju gaji overtime direndahkan daripada 1.5 ke 1.0. Mustahil juga disebabkan attitude ataupun performance. Entahlah aku pun sendiri pening kalau fikirkan. Bak kata suami, terimalah dengan lapang dada walaupun pahit untuk ditelan. Gitu!

Aku yakin rezeki aku tahun ni mesti banyak dengan blog dan juga review. Lepas 15.4 ni, memang aku akan focus dengan seo dan fix segala error yang terdapat dalam blog aku ni. Sambil tu aku naikkan engagement segala social media. Memandangkan sekarang ni, semua pr nak blogger ada social media. Menulis mana nak laku dah sekarang, semuanya nk bervideo bagai.




Kelakar sungguh, engkaulah blog, engkaulah editor, engkaulah influencer. Hahahah tapi itulah kerja yang kita suka buat ni, pasti akan beri hasil yang lumayan. Nikmati ajelah masa masa akhir kat company ni, tapi kalau boss tawarkan balik bekerja, memang aku tak hingin.

Dengan pekerja lain boleh dia lembukan, dengan aku sorry! Malas dah nak hadap muka tak hensem dia tu, cukuplah 7 tahun ni. Aku anggap itulah kenangan manis dalam hidup aku sebagai site supervisor. Kat tempat kerja ni lah, jumpa laki sendiri. Tak sangka jodoh depan mata! 

Lagipun, company tak rugi apa. Sorang hilang, 10 orang boleh dia ganti. Tapi nak cakap jugak, 10 yang ganti tu mungkin tak sama macam 1 orang yang hilang tu. Hahahahaa. Suami aku pun plan nak berhenti sebab kesianlah kat bini dia ni tiba tiba kena buang. Suami cakap susah senang kita kat rumah kita sendiri. Plannya juga aku ni nak pindah Bagan Serai, mungkin sebulan selepas raya. 

Get readylah nak angkut barang barang sebelum balik raya. Dah lah perjalanan 8 jam lebih, kalau tak angkut awal, naya bila hujung hujung pindah nanti. Mahunya kena pakai lori. Hmm apa apa pun, aku terima dugaan aku ni dengan lapang dada.

In shaa Allah, rezeki aku tu pasti ada!



P/s : Maaflah kalau ada yang tak suka baca pasal personal tu, swap je entri ni hehehehe




5 تعليقات

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Allahu. Semoga ada rezeki OB di tempat lain. Berlapang dada, Insha Allah dipermudahkan. Saya faham sebab ada pengalaman sama. Tak diberhentikan, cuma diturunkan pangkat. Pahit jugaklah nak terima masa tu. All the best

    ردحذف
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan OB...

    ردحذف
  3. Its ok.. 7 tahun bekerja pun dh lama tu..
    InsyaAllah rezeki ada di mana-mana je..

    ردحذف
  4. semoga ada sinar dalam kehidupan shu yg akan datang..lps nie dh boleh putih² kan kulit..😍😍

    ردحذف
  5. Oh.. - in shaa Allah ada rezeki lain. Tapi jauh sangat nak pindah.

    ردحذف

إرسال تعليق

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

أحدث أقدم