Anda Pencinta Boba? Dapatkan DIY Bubble Milk Tea Kit Dengan Segera

DIY Bubble Milk Tea Kit

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Anda Pencinta Boba? Dapatkan DIY Bubble Milk Tea Kit Dengan Segera. | Daku nak panggil untuk pencinta boba sekalian! Daku tahu semua orang suka teh boba terutama daripada Tealive. Untuk post ini, daku nak kongsikan produk terbaru daripada Tea Live iaitu DIY Bubble Milk Tea Kit.

Tealive dah perkenalkan produk pertama mereka iaitu DIY Bubble Milk Tea Kit. Macam tak percaya je mereka keluarkan produk ni. Sepanjang PKP ni, korang boleh cuba buat teh boba korang sendiri, Dah tak perlu nak order dan tunggu minuman tu untuk sampai dirumah. Bolehlah korang buat teh boba ni untuk menghilangkan bosan korang di rumah.


Setiap kit teh boba di datangkan dengan :

> 1kg of Pearls
> 500g of Brown Sugar
> 75g of Imported Nishio Matcha or 250g Cocoa Powder
> 75g of Imported Hojicha or 250g Cocoa Powder
> 3 packets of Milklab UHT Dairy Milk (1L)
> 20pcs of Paper Straws
> Recipes

Kit teh boba ini juga mempunyai 4 perisa untuk di pilih :

> Nishio Matcha (75g) + Hojicha (75g)
> Nishio Matcha (75g) + Cocoa Powder (250g)
> Hojicha (75g) + Cocoa Powder (250g)
> Two packs of cocoa powder (250g)


DIY Bubble Milk Tea Kit


Setiap satu set kit berharga RM150 dan bahan sangat mencukupi untuk membuat 20 cawan teh boba yang berharga RM6-7 untuk setiap satu cawam. Kalau korang yang jenis tak reti nak buat teh boba, kit ini juga mempunyai 5 resepi yang memudahkan korang untuk membuatnya.


5 Resepi Untuk Pencinta Teh Boba!



Di dalam buku resepi tersebut, ada 5 jenis minuman tealive yang korang boleh buat :


> Bang Bang Brown Sugar Fresh Milk
> Bang Bang Brown Sugar Matcha Latte
> Bang Bang Brown Sugar Hojicha Latte
> Bang Bang Brown Sugar BOH/Lipton Black Tea
> Bang Bang Brown Sugar Coffee Espresso


DIY Bubble Milk Tea Kit

Menarikkan produk Tealive yang terbaru ni? Korang rasa berminat tak nak cuba? Korang boleh dapatkan di Lazada, Shopee dan  DIY Bubble Milk Tea Kit ini hanya di jual di semenanjung Malaysia sahaja, untuk Sabah dan Sarawak belum ada lagi. Biasanya produk ini nak sampai ke rumah dalam masa 7 hari tapi untuk kawasan Klang boleh di dapatkan dalam masa 3 hari sahaja.

Jadi, tak perlulah nak order dan beratur di Tealive. Beli online dan tunggu untuk sampai. Selamat membeli!



0 تعليقات

Sila tinggalkan comment korang disini!

إرسال تعليق

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

أحدث أقدم