22 Februari 2019

*TAMAT* GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM

*TAMAT* GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM

Assalamualaikum & hello there! 

GIVEAWAY DOMAIN BARU by OMBAKBERGIGI.COM | Hi korang! Seperti yang korang tahu di post yang sebelum ni, I dah buat domain yang baru untuk blog I yang tercinta ni. Jadi, I sangatlah terexcited nak adakan giveaway dan hadiahnya I beli di Althea. Nak tahu hadiah apa? Kenalah join giveaway I ni. Lagi satu, I buat giveaway ni sebab seronok bagi orang hadiah! So tanpa melengahkan masa lagi, lets get started!


BANNER GIVEAWAY


SYARAT - SYARAT ;

1. Follow blog ombakbergigi - (click here*wajib

2. Follow Ig & FB - @ombakbergigi | Shuhada Herman *wajib

3.Copy banner dan buat satu entry bertajuk GIVEAWAY DOMAIN BARU BY OMBAKBERGIGI.COM *(please backlink to this post) *wajib

4. Dalam entry penyertaan boleh komen mengenai blog I ; kekurangan blog I / apa yang perlu ditambah atau dibuang! & kalau korang rajin lagi bolehlah komen di entry entry lama I hehehe *takwajib

5. Jangan lupa tinggalkan link entry korang kat komen di post ni!

HADIAH ;


Sebuah BUBBLE MAKER x 2 orang


Satu Unit IT'S MY CLEANSING FOAM x 1 orang

Menarik tak hadiah giveaway? 

CARA PEMILIHAN PEMENANG ; Random by me, nanti I buat cabut guna kertas okay!. Andai penyertaan melebihi 35 orang, in syaa Allah I akan tambah hadiah ye.

TARIKH GIVEAWAY ;

BERMULA 22 JANUARI 2019 - 22 FEBRUARI 2019

21 Februari 2019

Cara Mengusir Jin Dengan Mudah

Cara Mengusir Jin Dengan Mudah

Assalammualaikum & hello there! 


Cara mengusir jin dengan mudah adalah dengan menggunakan garam. Garam musuh utama jin. Sebenarnya, garam kasar mempunyai frekuensi yang tinggi. Manusia tak dengar frekuensi tersebut tetapi  makhluk halus boleh dengar frekuensi itu. Itu sebab ada yang baling garam bila nampak hantu. Garam kasar  juga ada bau yang sangat tajam. Itu yang jin tak suka dengan garam.

Jadi,

Kita menggunakan garam untuk halau jin dengan mudah dan cepat, doa semoga Allah lindungi diri dan keluarga kita daripada gangguan jin & syaitan. 

[A] PAGAR GARAM KASAR

Tabur garam kasar yang diruqyah sebanyaknya sekitar rumah. Semasa tabur dan baling ke dinding rumah sentiasa baca ayatul Kursi tanpa putus. Sekurang 10 kilo garam dan maksimum 40 kilo. Bergantung besar rumah.

[B] LAMPU GARAM BUKIT

Lampu garam bukit antara kaedah penghalau makhluk halus keluar dari rumah. Lampu ini akan neutralkan tenaga² negatif yang ada dalam rumah. Sebaiknya setiap bilik dan ruang rumah ada satu lampu garam bukit. Pasang 24 jam.

[C] MOP RUMAH DENGAN AIR PANAS CAMPUR GARAM KASAR

Masak air panas dalam periuk besar. Campurkan 2-3 kilo garam kasar. Masak sampai mendidih. Tuang air dalam baldi tahan panas dan mop keseluruhan lantai rumah. Wap panas dan asap air bercampur garam akan memenuhi segenap rumah. Pastikan mop baru dan jangan perah. Lepas mop jangan bilas! Lepas seminggu baru sapu debu garam. Boleh amal sebulan sekali.

Selamat beramal dan boleh share ye.

13 Februari 2019

3 Jenis Paste Tom Yam Thailand

3 Jenis Paste Tom Yam Thailand

Assalammualaikum & hello there!

Pernah dengar tak paste tomyam?

Okay ni pengalaman I sebagai pengguna & selalu beli di Padang Besar masa duduk di Jitra dulu. Sekali imbab bil tengok botol botol tu semua sama kan dan ramai bila I cerita tiga-tiga botol ni sebenarnya lain lain jenama (cop) dan barulah orang perasa. Banyak I tengok orang review masak guna paste yang tak sedap tapi I tahu ada yang lagi sedap dari tu.


1. Ada tulisan Thailand yang paling sedap.

Tahun lepas I try cari di Padang Besar memang payah jumpa. Diorang susun di bahagian dalam kedai. I cari dari satu kedai ke satu kedai dan ada 2 botol je. Dia mahal sikit dari 2 jenama botol yang lain tu. Cara masak dia pun senang, letak air,letak paste dan segala isis-isi tomyam. Tak perlu garam gula serai bagai tu, tapi kalai paste letak sikit, letakla semua tu. Tapi I masak tak letak pun, letak paste je banyak-banyak. Baru tomyam pekat memikat.



2. Paste tomyam jenama Nang Fah.

Perhatikan bulat kecik tu, yang ini kedua sedap. Harga murah sikit dari tulisan thai tadi. Cara masak pon sama. Letak semua tak perju adjust apa tapi korang try la letak susu cair dalam tomyam. Sedap dan boleh kurangkan masam dia sikit kalau korang letak banyak paste dia jadi masam. Untuk yang tak berapa suka masam macam sis, boleh letak susu cair.



3. Paste tomyam jenama PUM.

Perhatikan bulat kecik tu, yang ni kurang sedap & banyak orang review masak masak buat guna paste ni. Maybe kat tempat diorang ada jenama ni je kot. PUM ni memang korang kene orter bagi sedam. Macam korang masak guna paste tomyam sebelum ni. Letak garam, gula, serai, lengkuas and bawang. Eh banyak lagi laa. Paste jenama ni berlambak kat Padang Besar dan harga dia murah dari 2 botol yang kat atas tadi.

Lepas ni korang nak beli paste tomyam perhati benda yang I bulatkan tu. Selamat mencuba.



Sumber : Facebook 

2 Februari 2019

Alhamdulillah! Google Adsense Dah Berjaya Pasang Untuk Kali Ke 2.

Alhamdulillah! Google Adsense Dah Berjaya Pasang Untuk Kali Ke 2.

Assalammualaikum & hello there!

Alhamdullilah! Google Adsense dah berjaya pasang untuk kali ke 2. Sebelum tukar domain pun dah berjaya juga pasang google adsense tapi lepas je tukar domain, iklan google tu jadi putih kosong. Then I check rupanya itu hanya untuk blogspot.my. Problem juga tu kan? Jadi 31/1/19 I cuba apply semula untuk domain yang baru. 


Jadi jika korang alami benda yang sama macam I, cepat-cepat apply semula. Andai kata gagal lagi, cubalah bagi ayat sikit In syaa Allah google cepat cair. Bukan apa, google adsense ni sumber pendapatan as a blogger. Cuma kita je yang tak reti explore. Heheheh..

Doakan blog I ni bertambah rezeki ye.