Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini DIY Troli Barang Macam Ala Troli IKEA, Rugi Anda Tak Buat! | Siapa suka DIY? Tak kesahlah DIY apa-apa barang tapi yang penting DIY? DIY ni apa? DIY ni singkatan kepada Do It Yourself, kiranya kita sendiri yang buat menggunakan tenaga, masa dan uang. Sebenarnya barang-barang yang kita diy ni dah tentu jimat dan lawa-lawa belaka.


Hari ni daku nak kongsikan dengan korang diy troli barang macam ala troli ikea. Mesti korang pernah nampakkan troli ikea? Ye,daku tahu harga agak boleh tahan juga bagi mereka yang kurang kemampuan. Tapi tapi, kita boleh je diy troli barang tu, janji duit ada dan kerajinan tu yang penting. Kalau dah malas, memang tak jadi apala.

Selamat mencuba! Rugi tau tak buat kat rumah.


DIY Troli Barang Ala Troli IKEA?


Barang-barang yang diperlukan untuk membuat troli barang :

  • 3 pcs bakul - ikut saiz dan pilihan korang
  • 4 pcs roda
  • Cable tie - untuk mengikat
  • 8 pcs skru bersaiz 4cm
  • 1 batang paip pvc bersaiz 15mm (20 kaki)
  • Gam khas untuk paip pvc
  • 16 pcs T Joint pvc bersaiz 15mm
  • 8 pcs L Joint (elbow) pvc bersaiz 15mm

Cara-cara untuk membuat troli barang ala troli IKEA :


Ikuti langkah dibawah dengan teliti dan teratur,



1. Potong paip PVC.


Paip PVC ni ada yang tebal dan tipis, tapi untuk diy troli barang ini, korang ambil yang tebal. Daku risau nanti bila juga yang nipis, troli bakul ni jadi tak kuat dan bergoyang-goyang. Korang boleh je beli di hardware atau kedai serbaneka. Kalau nak jimat, bolehlah cari kat longgok tong sampah. Kadang ada orang dok buang bekas saki baki yang dah dipotong. Ikut ukuran di dalam gambar tu tau, kalau korang nak tinggikan lagi troli tu, korang boleh adjust sendiri. Sama juga dengan bakul, kalau bakul besar korang adjustkan sendiri ye.



2. Sambungkan paip untuk base troli barang.


Bila dah siap potong paip pvc mengikut saiz di atas, korang bolehlah buat base/tapak troli barang ni. Korang sediakan 4 pcs L joint, 4 pcss T joint, 2 pcs paip berukuran 2cm, 4 pcs paip berukuran 9cm dan 2 pcs berukuran 36cm. Korang sambungkan seperti gambar di atas dan gamkan. Tapi kalau daku, daku sambungkan dulu, bila dah ngam dengan bakul baru daku gam.



3. Sambungkan paip untuk tiang troli barang.


Seterusnya, bila dah siap tapak/base troli barang. Kita boleh buat tiang troli barang ni, sediakan 4 pcs paip berukuran 7cm (untuk kaki bawah sekali), 8pcs paip berukuran 23 cm, 12 pcs T joint, 12 pcs paip berukuran 2 cm (untuk sambung bahagian T joint) dan 4 pcs L joint. Korang sambungkan paip seperti di dalam gambar dan untuk arrow tu, itulah paip 2 cm yang kita nak sambungkan dengan T joint.



4. Cantumkan base/tapak dengan tiang.


Bila dah sambungkan paip base dan tiang, sekarang kita dah boleh cantumkan tiang dan base tadi. Rujuk gambar ye. Lepas tu, korang gamkan di bahagian yang cantum tu. Kita nak bagi kukuh dan tak mahu tertanggal bila kita guna troli barang ni nanti.



5. Tebuk lubang  dan ikat guna skru di paip.


Seperti di gambar, lubang ditebuk di paip. Lubang-lubang ni ditebuk untuk kita pasang roda dan bakul. Kalau nak ikat dengan cable tie pun boleh. Ikut atas diri kita, kalau rasa nak kekemasan boleh je tebuk dan lekatkan dengan skru. Kalau nak cepat ikat je dengan cable tie. Easy peazy. Sebelum pasang roda, boleh je nak cat atau spray apa-apa colour di paip  ni.



6. Pasang bakul dan ikat dengan cable tie.


Korang bolehlah ikatkan bakul dengan cable tie tu macam gambar di atas. Ikutlah atas kepandaian dan kreatif korang, janji bakul tu tak tertanggal bila letak barang.



7. Siap!


Dah siap dah troli barang korang. Bolehlah letak bawang-bawang ke, baju-baju ke atau barang-barang baby. Banyak kegunaan jugak tau troli barang ni. Gunakanlah troli barang ni dengan sebaik yang mungkin.


Alhamdulillah siap jugak troli barang ala troli Ikea ni. Mudah dan cepat je kan? Kat mana nak cari bakul, roda, cable tie semua tu? Brang-barang ni korang boleh je cari di kedai berhantu iaitu kedai Eco RM2 tu, kat situ daku cari memang senang je dapat. Roda yang digunakan pada bakul tu sebenarnya 2 pcs RM2 je, guna roda yang plastik, kalau nak tahan lagi, boleh je guna yang besi.

Murahkan barang-barang yang digunakan tu? Tak perlulah kita nak membeli troli barang yang mahal, padahal kita boleh jer buat sendiri. Apa yang penting, rajin!

Selamat mencuba semua!


Kredit : FB Maria Ariana



3 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!