Assalammualaikum & hello there!


Pernah tak terfikir kenapa orang lain tak nak komen di blog korang? Tepuk dada, tanya hati. Eh tiber! Om sendiri pun terfikir, kenapa komen aku tak sebanyak komen blogger lain. Hakikatnya, diri sendirilah punca.

Korang nak tahu?

1. Sikap malas komen di blog orang lain. Sedar tak sebenarnya? Kalau diri kita ni rajin komen di blog orang lain, In syaa Allah blogger lain pun akan rajin komen di blog kita. Perkara ni nampak simple tapi berat tangan untuk menulis komen. Betul tak? Ubah sikap malas itu kepada sikap rajin komen, ya!

2. Tukar font tulisan yang lebih menarik. Jujur Om katakan, Om sendiri tak suka font yang terlalu kecik dan hampir tak nampak font tersebut. Nak baca isi entri pun, sampai kena kecikkan mata sebab itu orang lain tak nak komen. Om cadang korang tukar font yang lagi menarik contohnya Verdana or Arial. 

 


3. Entry yang kebabom! Macam mana nak kebabom tu? Tak kesahlah nak tulis entry tentang personal, tips atau sebagainya, Om memang suka baca entri blogger lain. Bila entri menarik, confirm ramai new blogger datang baca blog korang. Jangan manjang tulis entri tentang percintaan, so boring! Kita kena variasikan lagi entri entri yang menarik untuk tarik perhatian pembaca yang lain. Percayalah.

4. Letak komen 'Pop-Up Window'. Tekan komen Om di bawah, dia keluar apa? Mesti terus keluar kotak komen kan? Ha itu adalah Pop-Up Window, senang untuk blogger lain komen. Jangan letak selain kotak komen selain Pop Up Window, kerana ianya amat menyusahkan.

Cuba check semula, pernah tak korang buat 4 senarai di atas tu? Jika pernah, sila berhenti dengan serta merta dan ubah sikap kita untuk jadi seorang blogger yang rajin mengkomen entry blogger yang lain. Nak banyak pageviews, inilah caranya, komen dan komen.

17 Ulasan

  1. Entry terbaik OM. Terima kasih kongsi tips.

    BalasPadam
  2. Terbaik.. Kekadang 'perasaan malas' hendak komen tu betul sangat2. deep gila. haha

    BalasPadam
  3. Wush~ berusaha untuk jadi blogger yang helok. hehe

    BalasPadam
  4. Blogger ini ada ramai jadi kdg x semua blog kita dapat komen.. jadi siapa yg tinggal komen di blog kita, itulah yang kita jenguk kan... Kalau rajin dan ada masa boleh lah skrol di reading list.. Btw nice info.. sy komen mana entri yg sy suka baca saja hehe~

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekurang-kurangnya tinggalkan komen dan jangan berat tangan.

      Padam
  5. Good tips. Ku pun perasaan no 1 tu. Haha. Dulu cikgu blog pun cakap, kena rajin blogwalking. Macam juga sos med.

    BalasPadam
  6. betul tu. dah lama berhabuk blog ni. huhu, baru nak aktif balik

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!