Assalammualaikum & hello there!

KEKAL SIHAT DAN DILINDUNGI BERSAMA NATURE'S WAY | Hai semua, ada tak yang kat sini tengah cari produk kesihatan? Ada dua produk daripada jenama sama yang Om nak kongsikan dengan korang. Baru-baru ni Om diperkenalkan dengan satu brand iaitu Nature's Way. Ha tahu tak brand ni? Nature's Way ni adalah produk yang dipercayai dari Australia yang inginkan setiap orang hidup dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan menyayangi tubuh badan.



1. Nature's Way Instant Natural Protein (Chocolate) 


Tidak dinafikan dipasaran sekarang terdapat bermacam-macam jenis minuman tambahan yang dijual. Om nak korang tahu Instant Natural Protein ni merupakan minuman tambahan yang sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup yang padat.

Instant Natural Protein ni diformulasikan dengan 85% protein soya yang NON-GMO. Ia sangat sesuai kepada mereka yang "VEGANS" dan tidak mempunyai bahan tenusu. Setiap satu pengambilan protein ni disamakan dengan 100g dada ayam, 4 biji telur dan juga 100g salmon.

Kelebihan protein ni dapat :

  • menggalakkan badan yang lebih slim
  • menguatkan badan dan tangkas
  • mencegah penyakit dan kecederaan





2. Nature's Way Australian Manuka Honey (MGO 100) 

"Setiap rumah wajib ada 'Madu' yang berkualiti, bukan bermadu ye!". Kalau korang nak tahu, Manuka Honey dituai dengan tangan di hutan pantai Berringa dan hutan belukar Australia. Ini bukan omongan kosong tau, ianya asli dan tidak diproses (hanya ditapis) untuk mengekalkan semua komponen bioaktif.



Terdapat 3 jenis madu yang dikeluarkan iaitu :

  • MGO 100 untuk kegunaan umum
  • MGO 300 untuk kerengsaan ringan dan masalah kesihatan
  • MGO 500 untuk pemulihan dan pencegahan pelbagai masalah kesihatan

Kalau korang nak tahu, Madu Manuka ni bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja malah dapat memberi fungsi tambahan lain yang tidak disangka-sangka. Sebagai contoh, Madu Manuka dapat membantu memulihkan masalah selsema dan batuk berkahak terutamanya di kalangan kanak-kanak. Suap je Madu Manuka, dah settle satu masalah. Bagi ibu-ibu yang kehabisan gula di dapur, boleh menggantikan gula tersebut dengan Madu Manuka ni dalam setiap masakan, lagipun boleh meningkatkan imuniti dan daya hidup badan. 

Jom jadikan Madu Manuka ni sebagai kegunaan umum di rumah, insyaallah dengan izin Allah. Setidak-tidaknya anak kita akan dapat pelbagai kelebihan dengan mengamalkan pengambilan madu, dengan rasanya sedap seakan madu bercampur kismis dan semakin sihat dalam satu masa. Om yakin korang pasti sukakannya!

Nak tahu lebih lanjut?

















6 Ulasan

  1. first time tahu pasal produk ni, nampak best

    BalasPadam
  2. Ni kali pertama kakya tgk produk ni.. sebelum ni tak pernah tgk lagi.

    BalasPadam
  3. View stories of any user anonymously. Pictame2 pictame. The more Instagram followers a person has the more popular they will be on this site.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!