Duit Salam Kaut Milik Siapa? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Duit Salam Kaut Milik Siapa?

AFB Feeds

26 Disember 2019

Duit Salam Kaut Milik Siapa?

Assalamualaikum & hello there!

Korang tahu tak, duit salam kaut? Bulan 12 ni, memang banyaklah majlis kahwin. Kadang sehari tu, 5-6 buah rumah. Boleh pecah perut seharian makan nasi minyak, Belah Johor biasanya akan panggil duit salam kukut.  Duit salam kaut ni ialah duit pemberian ikhlas kepada tuan rumah yang buat majlis perkahwinan. Om tak pernah nampak pulak, salam kaut ni bagi hadiah, dapat tisu kosong tu pernah ler. Biasanya, salam kaut ni orang letak dalam sampul duit raya ataupun dalam tisu. Ni jenis yang rare. Ingatkan bagi tisu bekas dia lap mulut hehehehe.



Persoalannya, duit salam kaut ni milik siapa? 

Setahu Om, duit salam kaut ni berdasarkan siapa yang paling banyak keluarkan duit semasa majlis. Tapi, ada je pengantin yang ikhlas hati berbagi duit salam kaut tu dengan orang-orang kuat yang banyak membantu pada hari majlis. Kadang ada jugak, yang mak ayah ambil semua duit salam kaut tu. Its depends pada seseorang jugak.

Kalau macam Om dulu, duit salam kaut parents tu Om bagi mak ayah lebih sikit, adik beradik lain Om bagi ikhlas hati. Then duit salam kaut yang office bagi, kami guna for start the new life together. Lagi baik, bagi lah sikit pada pengantin sebabnya tak semua pengantin ada wang lebih lepas majlis. Ye, nak survive lepas majlis ni sangat penting ye. Mana tahu dalam poket pengantin ada cukup makan-makan, ha pikirrlah?


6 ulasan:

  1. setuju dengan Om.. pengantin pun perlukan duit lepas kawen. dah banyak habis untuk majlis kan..hehe

    BalasPadam
  2. tgk juga pada duit sapa yg digunakan dan persetujuan empunya milik duit tu nak bagi siapa

    BalasPadam
  3. haritu majlis kahwin abang, alang bagi umi abi juga sikit. sebab parents kan. dekat kami adik beradik takde pun. just belanja makan hahaha. okay lah tu kan. lagipun niat ikhlas tolong time majlis tu.

    BalasPadam
  4. masa nieyl dlu, salam kaut klu org salam mak ayah..mmg nieyl kasi dieorg...
    tapi ada juga yg salam pengantin...klu salam pengantin, biasanya pengantin la amek hehehe :P

    BalasPadam
  5. salam kaut ni tetamu bagi pada tuan majlis. tuan majlis opkos mak & abah. tapi mak ada bagi 1k untuk kitorang lepas kawin.

    BalasPadam
  6. di kelate ni kena tengok tajuk pd kad jemputan kahwin tu. kalau ditulis walimatulurus maksudnya ada salam kaut la tu. Tp jika tertulis majlis kesyukuran or ya qadzial hajat maka mkn free la tu.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com