PENGALAMAN PALING MISKIN DALAM HIDUP

Assalammualaikum and hello there!

Hari ni Om nak kongsikan dengan korang pengalaman paling miskin dalam hidup dan takkan pernah dilupakan. Korang pernah alami tak? Cuba kongsi di komen nanti.

Lepas habis SPM terus Om duduk dengan abang di Kuala Lumpur. Masa tu dah start cari kerja dan dapat kerja as a baker di Aeon Big Wangsa Maju. Lepas 6 bulan Om sambung belajar di kolej swasta yang terletak di tepi federal highway PJ. Bila dah start belajar, awal awal sem memang jadual belajar padat dari pagi. Betulkan?



Om betul betul rasa susah bila mak abah tak mampu nak tanggung, abang pulak ada duit  cukup cukup je untuk tanggung bini dia. Masa tu Om nak pergi kelas penting, memang tak ada duit langsung. Sampai cari dalam satu rumah abang duit syiling yang jatuh jatuh tu semata nak pergi kelas. Naik LRT masa tu murah lagi pergi balik RM5 je. Cari sampai nangis tau. Buntu dah tak tahu nak mintak tolong dengan siapa. Nak cakap dengan mak abah, kesian dengan keadaan mak.

Bila dah dapat duit syiling tu, terus tak lengah pergi kelas. Dengan tak makan tak apa. Kelas dari pagi sampai petang, dah macam orang puasa. Kawan ajak makan pun Om tolak sebab memang dah tak ada duit. Om tak suka nak bagi tahu orang apatah lagi kawan baik.



Bila Om travel, Om dah rasa dan tengok sebenarnya ada lagi yang susah dari kita. Bayangkan sepanjang kat Beijing, makan sekali sehari je. Makan maggi pagi pagi, kunyah gula gula sepanjang trip tu. Bukan sebab tak ada duit tapi duit is everything bila kita kat tempat orang. If anything happen, as long as ada duit backup. Sama juga masa kat Cambodia, makanan halal memang limited, dengan bawa duit dollar less than 20 dollar. Makan maggi je sepanjang trip tu. Om tak kedekut tau. Rugilah bawak maggi tapi tak makan. Kita travel bukan nak mewah-mewah. Om nak buka mata tengok tempat orang dan rasa apa nikmat bersyukur tu.

Jujur. Memang Om tak dapat nak lupa pengalaman tu, semata mata nak pergi kelas Om sanggup cari duit syiling dalam rumah abang. Om tak nak mintak dengan dia, Om terpaksa tipu untuk kebaikan bersama. Sampai sekarang bila naik lrt teringat ingat. Susahnya dulu tau.



Alhamdullilah sekarang Om bersyukur sebab cukup makan dan pakai. Om suka pesan dengan suami, kita tak ada duit macam mana pun jangan mintak simpati dengan orang dan syukur sebab Allah bagi kita cukup makanan dan pakai. Jimat selagi boleh, sebab bila kita susah tak ada siapa yang nak tolong.

7 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Skrg Tuhan dah balas balik segala usaha OM. rezek tu dtg dlm bnyk cara. tanpa kita sedar, tanpa kita duga. Semoga OM sentiasa dimurahkan rezeki

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..kadang2 kita perlu rasa utk susah dulu supaya kita ingat balik bila kita dah senang. :)

    BalasPadam
  3. tu la... bila dah senang, kena ingat masa kita susah dulu camne. masing-masing ada pengalaman sendiri...

    psst... thanks sudi join segmen Mia.
    blog anda tersenarai di https://www.mialiana.com/2019/09/senarai-url-blog-36.html

    BalasPadam
  4. pengalaman macam ni lah yang membuatkan kita rasa lebih bersyukur dan menghargai kan :)

    BalasPadam
  5. pengalaman mengajar.
    lepas ni bila dah ada rezeki lebih jgn lupa hulur pada yg memerlukan ya sebab tangan yang memberi lebih baik dari tangan yg menerima.

    BalasPadam
  6. ye, betul tu. susah macamana pun kena usaha sendiri. jangan susahkan orang lain. berbelanja ikut kemampuan sendiri jangan ikut orang. kena syukur dan ada orang lagi susah daripada kita.

    BalasPadam
  7. I appreciate what you have done here. What are some of the cheapest places to travel to in the world? From Asia to Africa and Europe, Things to do 's got budget breakdowns for the cheapest ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama