Ubat Jerawat Dalacin T Yang Murah Dan Berkesan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ubat Jerawat Dalacin T Yang Murah Dan Berkesan! | Aku mengalami masalah skin sensitif dan berminyak, jadi aku cari ubat jerawat paling berkesan di farmasi. Cuba korang tengok gambar di bawah. Daku sendiri pun tak pernah terbayangkan untuk dapat masalah jerawat yang seteruk tu. Kalau korang mengikuti daku sejak dulu, korang boleh beza muka daku yang sebelum ini dengan sekarang ni. Daku sendiri pun tak tahu kenapa jerawat ni tumbuh bak cendawan selepas hujan, begitu pantas sekali.


Ubat Jerawat Dalacin T



Terukkan? Setiap inci di muka akan ada seketul jerawat yang bernanah. Bukan setakat itu, jerawat yang bengkak dari dalam kulit pun makin bertambah. Sakit tu dah memang tetap dah, paling teruk sampai kawan sendiri pun ngeri nak salam sambil cium pipi kiri dan kanan. Disebabkan terlalu geli dan takut dia pun terkena. Ya, sekarang daku dah rasa macam mana "low confident" untuk berdepan dengan orang. 

Ubat Jerawat Dalacin T Berkesan Hapuskan Jerawat.


Jadi, daku  pun dah penat dengan kata-kata yang menyakitkan telinga tapi daku  tak pernah nak simpan dalam hati. Sikit pun tak pernah. Keep smiling right? Daku  pun terbaca satu post di facebook tentang ubat jerawat farmasi iaitu dalacin t untuk jerawat, ubat jerawat yang murah dan berkesan setakat ni. Sekarang, memang tengah hot tentang muka breakout sebab produk local. I never used that. Sebab takut lagi teruk. Daku lebih rela muka hitam macam ni, jerawat teruk macam ni daripada tambah derita yang akan memakan masa untuk pulih. 

So kepada korang yang tengah pakai produk local tu, better stop using that. Banyakkan membaca tentang produk local. Daku bukan nak takutkan korang tapi tak salah mencegah sebelum merawat? Betul tak? Cuba buat research tentang produk ubat jerawat yang murah dan berkesan dahulu sebelum membeli dan menggunakannya. Untuk entri ini, daku nak memperkenalkan satu produk ubat jerawat paling berkesan di watson, dan murah iaitu Dalacin T malaysia. 


Ubat Jerawat Dalacin T

Dalacin T adalah sejenis antibiotik yang akan meresap ke dalam darah untuk melawan bakteria penyebab jerawat. Ianya sejenis cecair jernih (macam toner) dan sedikit berbau. Biasalah bau macam farmasi. Korang boleh dapatkan produk ni di farmasi dengan harga sebotol 30ml dalam RM40 sahaja. Satu botol boleh bahan sehingga dua bulan.

Cara pemakaiannya sangatlah mudah:

1. Tekan dabber kapas di mulut botol sampai rapat.

2. Terbalikkan botol dan tekan dabber tu sampai kapas tersebut basah.

3. Dab/tepek kapas basah tu sikit-sikit di kawasan JERAWAT!

Pengalaman daku pakai ubat jerawat Dalacin T, mula dab je dah rasa pedih dan gatal. Nasib baik kuat iman, kalau tak memang sedaplah menggaru. Pedih tu dua minit macam tu dah hilang dah. Ubat jerawat dalacin t ni memang sangat murah dan berkesan, I believed! 3 hari jerawat dah kecut, kadang tak sampai 3 hari pun, malam korang pakai, paginya dah kecut terus.  I really recommend kepada korang yang tengah bermasalah dengan jerawat. Lelaki pun boleh pakai tau!

ubat jerawat


Daku sarankan korang jangan gatal tangan picit jerawat. Serious nanti makin teruk sebab daku dah rasa. Jerawat yang kita dok picit tu bukannya makin membaik malah makin membengkak dan maka dengan itu berbonjollah jerawat tersebut. Nak rawat jerawat yang bonjol ni memang makan masa seminggu jugaklah. 


Kesimpulannya, daku bagi 5 bintang untuk ubat jerawat Dalacin T untuk keberkesanannya. Terima kasih Dalacin T. Tapi ada beberapa pantang larang yang korang kena ikut kalau nak guna ubat jerawat Dalacin T.

1. Dab sahaja!

Please jangan tonyoh macam pakai yoko-yoko tu.

2. Pakai bila perlu!

Hanya guna bila ada jerawat. Jangan pakai ketika muka dah clear dan jangan guna untuk rawat parut sebab produk ni bukan untuk parut. Ha yang degil jugak pakai bila muka clear tu, dikhuatiri kulit jadi immune dan antibiotik dah tak berkesan lagi terhadap jerawat. Please don't do that okay!

3. Tak boleh pakai bersama ubat jerawat lain!

Jangan campur dengan Oxy, T3, lain-lain walaupun pakai lain masa. Produk lain tu mungkin akan halang keberkesanan Dalacin T terhadap jerawat kita.

ubat jerawat dalacin t


 Do you believed that my picture above? Korang boleh follow up di my instagram. Daku dah pakai almost 4 weeks, dan alhamdullilah sangat berkesan. Nak nangis jugak lah sebab jerawat makin kurang. Tinggal parut je. Korang sendiri boleh bezakan. Daku tak tipu tau. Syukur sebab produk ni memcapai impian daku yang tengah berusaha untuk menyingkirkan jerawat. Thanks again ubat jerawat Dalacin T. Patutlah viral!

Sekali lagi, daku menyeru korang gunalah ubat jerawat dalacin t yang murah dan berkesan dengan kulit korang. Serious memang bagus. Tak rugi beli. Nak cantik, jangan pakai apa-apa produk tanpa pengetahuan. Ye kawan-kawan. Rajinkan membaca tau. Lagi satu, sila pakai produk organik, ya memang makan masa tapi bersabarlah. 

Dalacin T, you're awesome.

So next mission, jom singkirkan parut dan sunburn!



Nota: Produk di atas bergantung kepada keberkesanan masing-masing ya. Jika korang pakai 3 bulan dan tidak elok juga, sila jumpa doktor!

Update : Saya tak pasti sama ada DALACIN T ni masih dijual atau tidak.


22 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. masalah kalau dari muka ni memang akan low confident...:'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu sis, memang low confident sbb kwsn muka nak tutup dgn purdah. Huhuhuu hipokrit sgt

      Padam
  2. Akak pernah guna Dalacin waktu zaman belajar dulu, like a few years back. Dulu dalam bentuk roller. But maybe disebabkan roller tak begitu sterile, dia tukar dalam bentuk lain pula. Memang bagus ubat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kak, dia dah tukar dalam jenis lain pulak. Memang sangat bagus ubat ni. sgt berbaloi.

      Padam
  3. saya pun jerawat teruk juga. pakai set aiken saja, beli dekat guardian. Alhamdulillah, sesuai dengan kulit muka. Tak putih takpa, asalkan kulit bersih dari jerawat kan? =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdullilah, haah, Om nak kulit bersih dari jerawat je. Hitam pun takpe.

      Padam
  4. singgah sini, jodoh pulak terbaca entri ni. Thankyou for the info :) kena beli ni ! Nak raya ni mmng kna do something to my pimply face :(

    BalasPadam
  5. Totally faham tang low confident tu. Mine was worse, kena pakai ubat isotretinoin baru jalan. dalacin penah pakai sekali tu tak jadi apa.

    // afifahaddnan

    BalasPadam
  6. Hai,saya sofia. Alhamdulillah nasib baik jumpa blog ni. Jerawat memang melebat sgt skrg sbb alergik.. Masalah btul.. Tapi skrg dah jmpe pnyelesaiannye.. Kena try ni dalacin. Dulu adik sye pernah pakai, mmg mnjdi.

    Dan pasal hilangkan parut tu saya ada jual viatmin c serum annona. Serum ni diformulasi oleh puan ony nurhusni, ahli farmasi merangkap founder vitamin c ni. Kalau berminat boleh beli dgn saya 0199338373.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli dekat farmasi jenama Axcel..produk rebrand Dalacin T..

      Padam
  7. Untuk jerawat pasir boleh pakai tak dalacin T nie

    BalasPadam
  8. sbnrnya shu teringin jugak untuk dptkan kulit muka cantik. tp muka ni taknak terima segala jenis ubat. nanti naik lagi banyak. jadinya istigomah je dgn yg ada sekarang ni sebab macam jerawat xda berkampung sangat. btw, compare dulu dan skrg, cantik dh kulit sis :D

    BalasPadam
  9. thanks OM atas perkongsian ni..mmg tengah subur jerawat ni..huhu
    sedihhhh ooo... nanti nk g cuba cari Dalacin T ni pula..

    BalasPadam
  10. Thanks for your informative article...

    BalasPadam
  11. saya pakai product zaffy.co. memang bagus sebab dia mcm ubat. kesannya tak cepat sebb bukan bahan terlarang

    BalasPadam
  12. used dalacin t too back then. but make sure pakai pelembab after that sbb nanti kulit kering.

    BalasPadam
  13. Terima kasih ats perkongsian.Saya pula pakai produk khas dari spa...tapi jerawat pasir ni asyik ada je..penat facial muka ni..taktahula apa yg saya sensitif sngt tu

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam
  14. fara dulu pun kulit muka break out teruk jugak. tak pernah try ubat ni lagi. sebab dulu fara just tukar pencuci muka kepada loreal and pakai tea tree oil aiken tu. Okaylah berkesan. Tapi, kadang-kadang naik jugak jerawat lagi. Kulit sensitif kot. nak tru lah beli kat pharmacy ni.

    BalasPadam
  15. alhamdulillah ubat berkesan.. mmg kalau kita lama expose to the sun kulit boleh breakout. tapi ikut jenis kulit masing2. ada kawan yang sensitif dengan peluh sendiri. kesiannn sangat dengan dia sbb kita ni memang negara panas xleh elak nak berpeloh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hello sis, blh tau dptkn ubat dalacin dr mna? byk tmpt xde jual🥺

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama