13 April 2020

Bubble Deep Cleanser Yadah Review

Bubble Deep Cleanser Yadah Review


Assalammualaikum

Daku memang suka guna banyak jenis cleanser tapi cleanser yang low pH sahaja. Sebelum daku beli, daku akan check pH cleanser tersebut. Kalau pH 4-5.5, I'll take it. Kalau lebih, daku tak beli sebab kulit  daku jenis cepat naik jerawat halus. Itu tandanya cleanser tersebut tak sesuai dengan kulit daku. Untuk entri ni , daku akan review satu produk daripada Yadah. Korang pernah perasan kan produk ni kat pasaran kita?

Contohnya, sunscreen dari Yadah. It's quite famous and cepat je viral. Daku beli di GlamPick, beli 2 cleanser ni dapat harga RM39, ikutkan harga asal ialah RM78 for 2. Daku grab terus, 1 untuk daku dan satu lagi untuk tunang daku. Heheheh Jadi, lets read.

Product name : Bubble Deep Cleanser
Product Brand : Yadah
Product Type : Cleansing foam
Size : 150ml
Price : RM39 (its depends on the sales) 
Availabilty : Watson, Guardian, Hermo.my, Glampick.my

What it claims? 

- Cleanse the skin in the gentlest way.
- Effectively washes away all impurities & makeup

Ingredients?

Water, Disodium Cocoamphodiacetate, Glycerin, Olive Oil PEG- Esters, Glycine Soja (soybean), Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Fruit Extract, and korang boleh cek sendiri di botol cleanser tersebut.

Dinasihatkan pada yang ada masalah jerawat, korang cuba guna cleanser yang mempunyai low pH 4-5.5, and still irritation korang kena jumpa doktor pakar kulit.

How to use?

Just pump into your finger then apply into your whole face. Massagelah sikit sikit muka tu.

Packaging ?

Didatangkan dengan 150ml, berbotol pumping dan mempunyai penutup botol. Colour botol berwarna putih. Penutup janngan suka buat hilang nanti susah nak tutup.



The Smell/Colour/consistency ?

Cleanser ni bila korang pump terus akan keluar bubble, jadi tak perlu tekan banyak banyak kali, membazir. Sekali pump dah cukup untuk cover into whole the face.



Then, daku opened it that bottle, saja nak tengok cara pumping dia tu. Hahahaha. Daku tuang dalam botol to see warna cleanser ni. Dah macam air kencing tapi bau oren. Pengotornya aku ni. Bau oren tau, ha gila tak wangi.



How I feels : 

Okay-okay je bila guna tak ada masalah irritation. Jerawat naik bila period tu normal tapi bila guna cleanser so far tak ada jeraawat naik. Daku thought cleanser ni jenis pekat, tapi rupanya cair macam air. Botol pumping dia pun best, sekali pump dah cukup dah. 

Recommended? :

Overall, produk ni biasa-biasa pada kulit daku.  Daku recommended to those yang ada jerawat to use cleanser low pH (4-5.5) 



(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)

7 April 2020

5 Restoran Western Yang Hot Di Kuala Lumpur, Jangan Kata Sis Tak Payung!

5 Restoran Western Yang Hot Di Kuala Lumpur, Jangan Kata Sis Tak Payung!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

5 Restoran Western Yang Hot Di Kuala Lumpur, Jangan Kata Sis Tak Payung! | Kepada mereka yang duduk di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan, mesti bosan dengan lauk yang sama setiap hari? Sampai dah tak tahu nak masak apa dan nak makan apa? Dalam meniti masa kawalan pergerakan ni, kita sendiri boleh olah dan ubah menu makanan kita setiap hari daripada breakfast sehinggalah supper. Nak makan 5 kali sehari pun boleh tapi bila lauk yang sama je satu hari pun boleh bosan, kan.

Jangan jadikan alasan nak beli makanan untuk keluar rumah sepanjang kawalan pergerakan. Bukan ke kita boleh menggunakan khidmat FoodPanda Malaysia Delivery? Buat apa susahkan diri untuk keluar dari rumah. Sekarang kan dah mudah, hanya di hujung jari, makanan dah sampai di pintu rumah masing-masing. Siapa penggemar setia makanan western di sini? Di bawah ini nanti daku senaraikan 5 restoran western food delivery yang akan memudahkan korang untuk membuat order di FoodPanda.

FoodPanda Malaysia Delivery Boleh Hantar Western Food?



Semua kedai western food delivery di bawah ni mempunyai khidmat FoodPanda, servisnya terbaik dari ladang. Daku susun tak mengikut ranking pun.





#1 The Daily Grind.

Restoran western ini terletak di Desa Pahlawan, Ampang. Antara sajian trend gaya hidup makanan terkini mereka ialah Portobello Paleo Burger yang berharga RM35 yang menerapkan tepung daging panggang bersama keju cair yang mampu membuatkan korang jatuh cinta dengan sajian ini. Korang boleh menggunakan servis foodpanda untuk menghantar western food korang secara delivery.

Jangan risau, di restoran ini tiada bahan-bahan yang tidak berkualiti, malah mereka menitikberatkan The Daily Grind sebagai tempat gembira untuk bersantai bersama ahli keluarga. Konsep restoran ini bertemakan mesra keluarga dan rakan-rakan iaitu adanya dinding bata yang terdedah, cahaya semulajadi di tengah balkoni dan banyak tumbuh-tumbuhan segar yang melengkapi disetiap penjuru kedai ini. Confirm korang tertarik.




#2 Hard Rock Cafe

Kedai western dengan nama yang cukup dikenali ini antara kedai makan western yang sangat dikenali di pelusuk America malah kedai ini juga memasukkan 'hickory smoked BBQ beef ribs' di dalam menu mereka. Korang juga boleh dapati semua jenis hidangan barat yang korang inginkan.

Hard Rock Cafe ini juga sangat mesra kana-kanak, korang tak perlu risau lagi dah untuk membawa anak-anak kecil makan bersama. Mereka menawarkan menu istimewa untuk anak-anak kecil daripada burger mini hinggalah ke burger mac dan keju yang berharga RM20 berserta minuman. Kedai western ni dibuka pada setiap hari Ahad bermula 12.30 malam sehingga 3.30 petang. Eh, jangan lupa kedai ini pertunjukkan  belon artist.




#3 Rendez-Vous

Restoran ini agak tersorok di beberapa jalan sekitar Telawi, Bangsar. Rendez-Vous menawarkan menu masakan Perancis tradisional dan minuman bergas. Kalau korang tak ada idea untuk order apa di sini, jangan risau, restoran ini ada menyediakan 5 set hidangan yang bermula dengan harga RM69 sehingga Rm159. Setiap set hidangan tersebut mempunyai appetisers, mains and desserts yang korang boleh pilih sendiri.

Korang juga boleh bawa seisi keluarga atau kawan-kawan korang untuk berkongsi hidangan daging dan keju yang berharga RM120 termasuk pakej French specialities iaitu smoked duck breast, olive, sausages dan banyak lagi. Menu di sini akan berubah mengikut musim, jangan lepaskan peluang. Jangan risau disini ada menawarkan western food delivery yang akan menggegarkan rumah korang.

 Nikmati Western Food Bersama FoodPanda Delivery.





#4 Overloaded Western KL

Kedai Overloaded Western KL ini seperti kecil-kecil cili padi, walaupun kecil namun ramai peminatnya yang turut mencadangkan kedai ini untuk dikunjungi sekiranya korang teringin nak makan makanan barat. Antara hidangan lain yang terdapat di kedai ini ialah chicken chop dan beef pasta. Menu di kedai Overloaded Western KL ini sangat banyak pilihan, jadi korang tak perlu nak kerut dahi memikirkan menu apa yang nak dimakan.

Memandangkan kedai ini cuma sebuah kedai makan kecil dan terletak di bulatan AU2 Setiawangsa, ianya sangat strategi dan menarik perhatian pengguna jalan raya yang kerap singgah di kedai ini. Namun begitu, menu simple di kedai ini memang menepati citarasi makanan barat yang korang cari. Oh ya, di kedai ini ada servisbersama foodpanda. Jom cuba!




#5 Gravybaby

Wah nama pun dah comel, mesti makan sedap-sedap ni. Gravybaby sudah membuka sebuah cawangan baru di Plaza Damansara dan pusat membeli belah di Jalan P.Ramlee.

Ramai pelancong asing datang ke restoran ini untuk merasai makanan western dan pencuci mulut yang lazat. Menu utama Gravybaby ini ialah pie. Pie mereka tersedia dengan 6 pilihan dan juga boleh ditambah dengan kacang mahupun buah-buahan. Macam sedap je ye. Boleh cuba ni nanti.

Daku dah senaraikan 5 restoran western yang hot di Kuala Lumpur dan juga mempunyai servis western food delivery dengan menggunakan foodpanda. Jadi, apa tunggu lagi?  Mari kita gegar foodpanda.







5 April 2020

Cuma Perlu Rajin, 4 Cara Agar Rumah Kekal Bersih Dan Wangi.

Cuma Perlu Rajin, 4 Cara Agar Rumah Kekal Bersih Dan Wangi.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Cuma Perlu Rajin, 4 Cara Agar Rumah Kekal Bersih Dan Wangi. | Amboi tajuk macam perli je ye. Berbaki  kurang dari 10 hari sebelum berakhirnya PKP fasa 2, rasanya korang boleh mengisi waktu lapan ni dengan mempraktikkan petua agar rumah kekal bersih dan wangi. Jangan asyik dan leka scroll facebook, whatsapp dan instagram sampai terabai nak mengemas rumah.



In syaa Allah semua petua dibawah ni tersangatlah mudah untuk korang praktikkan. Nanti bila dah bermulanya ramadhan lagilah bertambah malas nak buat kerja-kerja berat. Tak gitu? Dalu sendiri pun jadi malas yang teramat bila di bulan ramadhan. Takut tenaga habis dan mulalah nak berbuka puasa. Sedangkan pernah je berhadap panas terik kerja site, elok je bertahan. Apa kata korang luangkan masa yang ada ni dengan mengemas rumah.

Jangan Malas Kalau Nak Rumah Kekal Wangi Dan Bersih.



#1 Habuk Tak Melekat Pada Perabot

Habuk kadang benda yang leceh nak dibuat. Baru je lap eh dah berhabuk balik. Sebab tu lah jadi malas nak buang habuk yang melekat sebab apa? Baru lap dah berhabuk balikkan? Korang tak perlu dah nak merungut ataupun malas sebab korang hanya perlukan bahan bahan dibawah agar habuk tak melekat pada perabot.

Bahan-bahan :

1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air

Cara - cara :

Bancuh kedua dua bahan hingga sebati. Lapkan pada semua perabot yang ada di dalam rumah menggunakan kain bersih yang sesuai. Bukan setakat habuk je tak melekat pada perabot, rumah pun jadi lebih wangi. Mudahkan petua agar rumah kekal wangi dan bersih?



#2 Kilatkan Lantai Rumah

Bila kita jarang bersihkan lantai rumah, confirm tapak kaki pun boleh hitam legam tau, sebab terlalu banyak kotoran yang melekat di lantai. Lantai ni kawasan yang wajib dan harus sentiasa bersih. Lantai ni lah tempat utama kita nak baring, nak beribadah, bila dah tak bersih, nak makan nak solat pun tak lalu walaupun sudah beralaskan sejadah mahupun tikar.

Bahan-bahan :

1 penutup pencuci lantai
1/2 sudu makan cuka
Air panas

Cara - cara :

Campurkan semua bahan diatas ke dalam baldi. Sebaiknya sapu rumah hingga bersih terlebih dahulu. Kemudian mop lantai menggunakan bancuhan di atas tadi. Hasilnya lantai lebih berkilat dan bersih barulah nampak seperti jubin baru.

Pewangi Rumah Pun Harganya Murah.



#3 Wangikan Rumah

Rumah bila sentiasa tertutup tanpa ada pengudaraan yang baik confirm akan berbau busuk. Masuk je rumah dah bau busuk, tak letih ke balik je daripada kerja terus nak hadap bau rumah?

Bahan-bahan :

1 penutup pelembut fabrik
1/2 sudu makan cuka

Cara - cara :

Campurkan semua bahan diatas ke dalam botol semburan. Semburkan ke udara di seluruh ruangan rumah dan semburkan lebih pada langsir dan perabot berfabrik seperti sofa agar ianya akan lebih lama bau wangi tersebut.



#4 Segarkan Bilik Air Yang Berbau

Mak daku suka pesan, orang datang ke rumah kita, mesti dia nak pergi toilet, kalau toilet pun kotor confirm kebersihan rumah kita pun kotor jugak. Sebab itu mak daku pesan, lepas buang air, cuci bagi bersih tak pun seminggu sekali kena bersihkan. Daku sendiri pun rela simpan dan buang di rumah sebab geli bila guna tandas awam. Kadang bila tahan tu jadi punca penyakit tapi apakan daya sebab dah dididik macam ni. Apa kata cuba cara di bawah ini agar rumah kekal bersih dan wangi,

Bahan-bahan :

1 sudu kecil soda bikarbonat
I sudu teh cuka
I cawan air

Cara - cara : 

1. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam botol semburan.

2. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. In syaa Allah bilik air akan lebih segar dan harum.

Ingat ye para suami dan anak-anak, mengemas rumah ni bukan tanggungjawab isteri atau ibu tetapi tanggungjawab bersama-sama. Tak salah sama-sama membantu, bukan ke dapat mengeratkan kasih sayang? Setiap hari ahad, bolehlah bergotong-royong sesama keluarga untuk membersih dan mengemas rumah. Ini jangan harap ibu atau isteri je, suami dan anak-anak goyang kaki. Dapat pulak ibu/isteri yang bekerja, mahu tak stress tiap kali balik rumah.

Daku dah sediakan 4 cara agar rumah kekal bersih dan wangi, apa kata korang cuba dan amalkan. Bahan-bahan pun mudah didapati di dalam rumah, lepas ni tak dah kata malas nak buat. Rajinkan diri korang tu, jangan bagi tulang reput tanpa buat kerja. In syaa Allah, rumah korang bersih dan wangi, selamat mencuba.


2 April 2020

Ini Sebenarnya Cara Untuk Cek Tarikh Luput Kosmetik, No 3 Tu Tak Sangka!

Ini Sebenarnya Cara Untuk Cek Tarikh Luput Kosmetik, No 3 Tu Tak Sangka!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini Sebenarnya Cara Untuk Cek Tarikh Luput Kosmetik, No 3 Tu Tak Sangka! | Hampir setiap wanita tak kira tua atau muda, mesti tahu tentang selok belok kosmetik a.k.a makeup. Kadang  tu penuh satu beg dengan barang kosmetik je. Bila tanya ini apa itu apa, macam makeup mua yang professional. Lagi best, setiap item pasti dia tahu jenis-jenis contohnya macam lipstick, yang ini jenis matte, yg ini jenis berkilat. Tepuk dahi daku bila dengar penjelasan diorang.




Kadang-kadang daku terfikir juga, nak buang semua barang kosmetik sayang. Simpan bukan guna pun tapi masih nak juga simpan. Hahahaha. Daku sekarang ni buang je mana yang dah lama, nak simpan bukannya boleh guna. Dulu ingatkan produk macam tu tak ada expired date, eh rupanya ada baru daku tahu. Semua barang makeup ada expired date termasuklah foundation, bedak compact, eyeshadow, cream blush, even mascara pun sama.

Tetapi, bila dah tahu semua barang makeup, jangan pula bila kita tanya tentang tarikh lupa, terkedu seribu bahasa. Nak pakai sesuatu barang, kita kena tahu tarikh luputnya. Sama macam makanan, ada ke makanan yang tak luput sampai bila-bila? Begitu juga kosmetik, kita wajib tahu cara untuk cek tarikh lupuk kosmetik. Biarlah nampak yang jenis berilmu dan professional. Tak gitu? Jadi, korang tahu tak, cara untuk cek tarikh luput kosmetik? Jom check di bawah ni :

Eh! Perlu Ke Cek Tarikh Luput Kosmetik?


#1 Bedak asas jenis cecair.


Bedak asas jenis cecair mesti dijaga dengan rapi agar tidak masuk angin. Jika dijaga dengan elok, jangka hayatnya boleh bertahan hingga satu tahun. Namun, jika korang lihat bedak asas bertukar warna ataupun berbau, elakkan daripada menggunakannya. Ia boleh menyebabkan alahan kulit kerana bedak tersebut telah dijangkiti bakteria. Jangan nanti jerawat tumbuh dah jasi satu masalah yang lain. Betul, beauty is pain tapi kena bijak jugak tau.

#2 Eyeliner (Penggaris Mata)


Penggaris mata juga tidak dapat bertahan lama. Untuk jenis cecair, tarikh luput sekitar 3 hingga 4 bulan sahaja. Bagi penggaris mata jenis batang, ia mampu bertahan hingga 6 bulan. Ingat tau. Jangan hentam keromo je bila pakai, janji lawa. Tak boleh macam tu tau. Tak perlu jadi seorang yang cantik jika tak tahu tentang kebersihan. Cek tarikh luput kosmetik, jangan buat-buat lupa. Bahaya.


#3 Maskara


Tarikh luput kosmetik maskara sekitar 3 hingga 6 bulan sahaja. Jangan menggunakan produk ini selepas tempoh tersebut. Korang boleh ketahui ia tamat tempoh apabila maskara mula mengering dan keras apabila diaplikasikan pada mata. Jika masih menggunakannya, mata korang boleh dijangkiti kuman dan gatal. Part ni agak bahaya bila hentam macam tu ja, bila sembahyang boleh jadi tak sah tau sebab tak bersihkan mata dengan baik. Maskara ni kosmetik yang susah nak tanggalkan. Ingat tu.


Tarikh Luput Kosmetik, Wajib Tahu.



#4 Pembayang mata dan pemerah pipi
Untuk cek tarikh lupuk kosmetik pembayang mata dan pemerah pipi, korang kena pastikan produk ini sentiasa bertutup dan kering. Produk- produk solekan jenis serbuk ni juga boleh bertahan 2 hingga 3 tahun. Jangan sesekali dedahkan produk di tempat yang panas, ia menyebabkan produk mudah rosak. Bila dah rosak, tak pasal kena beli yang baru.


#5 Gincu bibir (Lipstick)


Jangan sesekali meninggalkan gincu korang di tempat yang panas seperti di dalam kereta. Ia membuatkan gincu korang menjadi berminyak, cair dan bertukar warna. Korang kena pastikan juga gincu sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat yang mempunyai suhu bilik. Jika dijaga dengan rapi, gincu mampu bertahan sehingga dua tahun. Daku pernah letak di tempat panas, bila pakai terus berminyak, apa lagi terus buang ke tong sampahlah. Tutup cerita.

#6 Berus solekan


Ramai juga yang kurang peka mengenai penjagaan berus solekan. Berus yang tidak bersih boleh menjadi ejen utama penyebaran bakteria pada kulit, sebab tu mudah tumbuh jerawat. Lepas cuci makeup, confirm esok paginya akan timbul jerawat.  Jika korang menggunakan berus setiap hari, bersihkannya setiap minggu, hari-hari pun bagus cuci nampaklah jaga kebersihan muka tu.  Berus yang dijaga rapi boleh bertahan sehingga 2 tahun.

Penting untuk korang ketahui tarikh luput kosmetik kerana jika tidak dijaga dengan baik, ia merupakan salah satu faktor kulit korang rosak. Makeup lawa tapi berjerawat, nak ke? Nanti orang geli nak makeupkan kalau muka tak bersih. Semoga maklumat ni membantu korang cek tarikh luput kosmetik yang korang gunakan untuk mengelakkan korang menggunakan produk kecantikan yang sudah rosak.



Kredit : Majalah Tribune : Makeup All U Need


31 Mac 2020

PETUA MELAYU? INI 10 PETUA MELAYU UNTUK DIAMALKAN SETIAP HARI.

PETUA MELAYU? INI 10 PETUA MELAYU UNTUK DIAMALKAN SETIAP HARI.


Alamak panjangnya tajuk entri hari ni. Tiada orang lama, tiadalah orang moden seperti kita. Betul tak? Pernah dengar tak petua lama dan pernah amalkan tak? Siapa yang pernah amalkan tu, daku sangat respect kepada kamu. Zaman sekarang, mana ada yang nak ikut petua melayu, semua petua melayu itu seolah lapok ditelan zaman. Pantang selepas bersalin pun dah moden, apatah lagi petua melayu yang lain.

Tetapi, perasan tak kita? Sebenarnya orang dulu-dulu jarang dapat penyakit tau. Walaupun umur dah dimamah usia, tapi muka masih awet muda. Sebab apa? Mereka inilah yang masih mengamalkan petua-petua melayu.

Nak Awet Muda? Amalkan Petua Melayu Setiap Hari

#1 ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Untuk ibu bapa yang masih ada anak kecil, boleh cuba petua melayu ini sebagai ikhtiar untuk kurangkan kencing malam anak. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil. Tak perlu dah setiap hari nak basuh selimut ataupun jemur tilam.



#2 TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Eh, tepung ubi bukannya untuk makan sahaja tetapi ianya adalah cara yang baik untuk menghindarkan ruam daripada tubuh bayi anda. Caranya ialah dengan melumurkan tepung ubi selepasa mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasarann serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada dilumur. Kan elok petua melayu ni diamalkan setiap hari.

#3 HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu mengandung, mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua melayu untuk diamalkan setiap hari dan in syaa Allah dapat mengatasi masalah ini, pastikan ketika tidur anda meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15-20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan atau boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.



#4 RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama ketika berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah tidak meleleh, ia menandakan masakan itu tadi cukup masin tetapi jika anda merasa perit itu menandakan masakan anda terlebih garam.

Petua Melayu Takkan Hilang Di Telan Zaman



#5 PENYERI MUKA

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan petua melayu yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang direndam. Sapukan teh tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali, in syaa Allah akan nampak keberkesanannya.

#6 MULUT BERBAU 

Multu berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua melayu ini. Ambil 7 helai daun sirih, racik halus dan kemudian diramas dengan semangkuku air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. 

#7 IKAN KERING TIDAK BERULAT

Benda-benda busuk selalu dihinggap lalat termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ianya mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.

Praktikkan Hari Anda Dengan Amalkan Petua Melayu Setiap Hari

#8 TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Petua melayu yang patut diamalkan setiap hari yang seterusnya ialah agar tumit kaki tidak pecah. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagiaan tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.



#9 HILANGKAN DARAH TINGGI

Jika anda menghidap sakit darah tinggi, ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah dan ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, In shaa Allah sembuh. Jika tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah dan amalkan setiap hari petua melayu ini.

#10 KHASIAT DAUN JAMBU BATU

Jika mengalami sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan cirit-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan air garam lalu airnya ditelan atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. In syaa Allah mujarab dan sakit perut akan hilang dengan sendirinya.

Jadi, dah tahukan 10 PETUA MELAYU UNTUK DIAMALKAN SETIAP HARI? Cuba amalkan dan bertawakallah kepada Allah agar dipersembuhkan apa jua penyakit. Belum cuba, belum tahu. Tiada orang lama, tiadalah orang moden seperti kita. 

29 Mac 2020

5 Cara Menyelesaikan Masalah Dalam Islam

5 Cara Menyelesaikan Masalah Dalam Islam

Semua orang ada masalah tak kira tua atau muda, semua ada masalah. Pernah korang alami satu masalah yang mengganggu tidur korang sampaikan sesak dada memikirkan masalah tersebut? Daku pun pernah alami, tahapnya sampaikan tidur tak lena, mandi tak basah dan makan pun tak kenyang.

"Allah tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya" - Al- Baqarah: 286

Disebabkan, terlalu over thinking, rambut daku pun tumbuh ubah. Sampai tahap macam tu sekali. Tapi, kalau korang tetap fikir, fikir dan fikir tanpa berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah, korang tak akan dapat apa - apa, malah makin serabutkan kepala korang. Betul tak?

5 Cara Menyelesaikan Masalah Dalam Islam

5 Cara Menyelesaikan Masalah Dalam Islam

Selagi kita lari daripada masalah, masalah itu tak akan dapat diselesaikan. Kita kena keluar dari zon yang berserabut itu, dan jalan terbaik untuk dilakukan dengan menyelesaikan masalah dengan bijak dan bersederhana. Korang tak perlu terlalu memikirkan secara kompleks dan janganlah sampai terus abaikan masalah. 


Dengan adanya, cara menyelesaikan masalah dalam Islam, in syaa Allah ianya akan membantu korang semua keluar daripada zon yang menghimpit korang.

1. Sentiasa solat dan berdoa kepada Allah.

Ini adalah cara yang terbaik untuk kita selesaikan masalah. Setiasalah bersujud dan mengadu kepadaNya agar dipermudahkan dalam apa jua masalah yang menimpa. Contohnya, solatlah diawal waktu dan jika benar-benar dalam keadaan bermasalah, buatlah solat tahajud.

5 Cara Menyelesaikan Masalah Dalam Islam

2. Fokuskan kepada penyelesaian.

Fokus pada penyelesaian bukannya masalah. Cuba korang fikir cara untuk selesaikan masalah, bagi tumpuan sepenuhnya. Contohnya, kalau masalah korang tidak cukup duit tampung hidup (pelajat), apa yang perlu korang buat? Sentiasa tanya pada diri, macam mana nak selesaikan masalah. 

3. Jangan melihat masalah sebagai sesuatu yang negatif.

Islam mengajar kita untuk senantiasa bersikap positif. Sepatutnya korang bersyukur, korang dapat masalah dan selesaikan masalah tu. Bukan ke korang dapat satu kebaikan iaitu korang belajar hadapi masalah dengan positif dan tenang. Tak perlu nak fikir masalah itu suatu perkara yang negatif. Allah hadirkan masalah pada kita sebab Allah sayangkan kita dan inilah masa yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

5 Cara Menyelesaikan Masalah Dalam Islam

4. Sentiasa berfikiran terbuka.

Ini sangat penting! Penting kerana ini akan membuatkan korang sentiasa kreatif untuk selesaikan masalah. Korang jangan rasa bodoh sebab keluarkan idea-idea yang bodoh. Kadang idea yang bodoh itulah yang jadi penyelesaian terhebat. Tak percaya?

5. Ubah cara pemikiran.

"You cannot dig a hole in a different place by digging it deeper."


Jadi, dah tahukan cara menyelesaikan masalah dalam Islam? Cuba praktis dan amalkan, in syaa Allah segala jenis masalah itu korang akan hadapinya dengan tenang dan ikhlas, percayalah.





26 Februari 2020

KISAH TENTANG SUSU HL LOW FAT?

KISAH TENTANG SUSU HL LOW FAT?

Assalammualaikum & hello there!

Sebelum ni, memang tak nak minum susu sebab loya tekak. So hari ni, dengan gigihnya pergi KK mart beli HL Low Fat Milk. Mulanya tu, just cicahkan hujung jari nak rasa sedap ke tak. Hahahahahha... Pastu eh sedaplah  barulah minum sikit demi sikit susu tu. Kenapa sedap pulak susu ni?


Ye, kalau memang kita dah set on mind, susu tak sedap. Bila dah minum, terngiang-ngiang lagi tau. Padahal, susulah bagus minum di awal pagi. Bukan ke sunnah? Nak cari yg betul betul fresh mana nak jumpa. Sebelum ni minum yang berperisa, confirm lah tak loya tekak. 

Bila dah gigih nak cuba yang pure milk  baru tahu sedap rupanya. Hahahhaha kenapa baru tahu ni? In syaa Allah, ada lah benefit tu. Susu kan banyak kalsium. Daripada minum yang manis manis manjang, why not cuba minum susu pulak.

Hehehehheee...

13 Februari 2020

ADAKAH IKAN TIDUR ATAU TIDAK?

ADAKAH IKAN TIDUR ATAU TIDAK?

Assalammualaikum & hello there!

ADAKAH IKAN TIDUR ATAU TIDAK | Ikan boleh tidur pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira waktu siang atau malam. Ikan tidur dengan mata yang terbuka kerana mereka tidak mempunyai kelopak mata untuk ditutup kecuali beberapa jenis ikan jerung yang mempunyai kelopak mata.

Terdapat tempoh yang pasti ketika ia kelihatan berhenti berlegar di tempatnya dan kelihatan hampir seperti ia sedang berkhayal tetapi mata ikan tersebut terbuka dan tidak pernah tertutup.


Selalunya orang akan kata ikan tidak tidur kerana walaupun berada dalam keadaan yang statik tetapi ekor ia masih bergerak. Kebanyakan ikan perlu terus bergerak walaupun mereka tidur supaya ia dapat menyimpan aliran air yang berterusan melepasi insang ia untuk mengekalkan paras oksigen yang betul ke atas tubuh badan ia.

Bagi sesetengah ikan yang lebih besar seperti ikan jerung, ia boleh berenang pada kadar masa yang lebih perlahan ketika ia tidur. Ikan yang lebih kecil mungkin tidak dapat melakukannya seperti ikan jerung kerana ia sekadar menggerakkan siripnya ketika tidur.



Sumber : Living Under The Sea

11 Februari 2020

Berapa Lama Surat Daripada Google Adsense Nak Sampai ?

Berapa Lama Surat Daripada Google Adsense Nak Sampai ?

Assalammualaikum & hello there!


Siapa yang tak excited bila Google Adsense hantar surat ke rumah kita? Om bahagia sangat- sangat bila dapat surat ni tau. Akhirnya, penantian itu berbaloi juga. Sekiranya duit Om dah capai 10% daripada payment threshold, pihak google adsense akan menghantar surat PIN untuk om verifykan alamat rumah terlebih dahulu. Lepas verify alamat, baru mereka ni akan lepaskan duit om selebihnya.

Jadi, berapa lama surat PIN google adsense ni nak sampai?



Pihak google adsense dah pun menghantar nombor PIN om pada 5 Jan 2020 dan om telah menerima surat tersebut pada 11 Feb 2020. Hampir sebulan lebih jugalah kan? So, kiranya om tunggu surat ni selama 38 hari iaitu sebulan dan satu minggu. Lama woi nak sampai!! Tahu fly from france tapi lamanya masa nak ambil untuk sampai ke rumah. Sadis jugak, hari hari cek dalam post box.

Korang tak perlu risau, mungkin tempoh surat daripada google adsense untuk sampai ke rumah ni adalah berbeza daripada segi kawasan tempat tinggal. Sesiapa yang pernah terima surat tu, share berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke rumah korang? Komen dekat bawah tau.