11 Oktober 2018

NiacinamideThe Ordinary 10% + Zinc 1% Review

NiacinamideThe Ordinary 10% + Zinc 1% Review

Sebenarnya kan, dah lama juga consume Niacinamide The Ordinary. Aku suka guna brand ni sebab satunya murah dan berpatutan. Lagi satu, aku suka packaging dia yang comel. Kecik molek je kan. 

Brand ni brand luar negara iaitu Canada, itu kalau aku tak silap. Tak silap bila sebab viral dan botol dia comel. Masa tu, memang banyak review yang baik. Lagi pun, susah nak jumpa brand yang hanya fokus satu bahan.

Motifnya, aku beli sebab nak bagi cerahkan dan sekatakan tona kulit. Waktu ini kan, aku tengah sibuk kerja. Jadi, apa salahnya kalau aku fokus untuk cerahkan balik kulit. Betul tak?

Sekarang ni nak beli produk kena pastikan yang betul-betul bagus untuk kulit. Jangan sesekali beli lokal produk. Mana tahu tak berdaftar dengan KKM kan. Better buat pilihan dan research sebelum nak membeli.

Niacinamide The Ordinary

Product name : Niacinamide 10% + Zinc 1%
Product Brand : The Ordinary
Product Type : Serum
Size : 30ml 
Price : RM33 (its depends on the seller)
Availabilty : I normally order from shopee https://invol.co/cl76cne

I purchase serum ni dari ig shops tapi korang boleh beli di Lazada sebab I selalu tengok hanya Lazada yang jual dengan harga rendah. Korang selalulah buat survey before buying. Semak e-merchant mana yang jual paling murah dan juga rujuk review mereka yang pernah beli dan pastikan 100% ORIGINAL.

What it claims? 

Niacinamide (Vitamin B3) is indicated to reduce the appearance of skin blemishes and congestion. A high 10% concentration of this vitamin is supported in the formula by zinc salt of pyrrolidone carboxylic acid to balance visible aspects of sebum activity.

How to use?

I just drop dekat muka dan apply into the whole my face. I biasanya akan guna pada AM routine. Tapi jangan apply banyak sangat nanti pilling. Pilling ni, dia akan jadi warna putih bila apply banyak sangat, lagi lagi kalau apply dengan skincare lain.

Packaging ?

Transparent streamlined packaging with a large dropper bottle. Korang tengok macam kaca kan? Tapi sebenarnya plastic. I dah terjatuhkan banyak kali tapi tak pecah-pecah pun. Always selamat.


The Ordinary Niacinamide

The Smell/Colour/consistency ?

Like you see, warna putih tapi texture is quite thick. Bila tepek kat muka, rasa berat je. Slightly melekit macam gel tapi bila pakai dia absorbs dengan cepat. Jangan apply banyak sangat nanti it will pill up with other skincare.

How I feels : 

To be honest, motif I beli this skincare, sebab I jatuh cinta dengan packaging. Small and cute. But at the same time, my aim is for kurangkan acne scars, for glowing/brightening dan reduce the appearance of my pores. Yes, my pores mmg besar-besar sebelum I pakai niacinamide tapi bila dah almost 3 months consume, memang nampak perubahan.

Tapi, ada juga yang breakout sebab pakai niacinamide. Kulit I memang oily skin, but now makin kurang oiliness. Its depends on your skin sebenarnya. Jadi marilah kita beli dan try sendiri. Berteka-teki dengan kulit sendiri. Selagi korang tak cuba, macam mana korang nak tahu sesuai ke tak dengan kulit. Sila beli dan try sendiri or try sample or mintak kawan sikit.

First impression, bau memang tak ada atau I yang tak normal. I think it just llike bau natural zinc. Bau besi gitu, quite sticky, melekit dan pakai sikit je memang cepat absorb. Bila lepas apply, korang boleh rasa kulit akan lembut je.

And ALHAMDULLILAH, its work on me. Parut jerawat pun dah kurang, I rasa kulit I pun makin glowing. Tapi tulah, dah nak habis. I nak repurchase lagi.


Recommended? :

Overall this is a very good product very suitable with my skin. I'll purchase later!


UNTUK PEMBELIAN, BOLEH KLIK LINK DI BAWAH



(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)

6 September 2018

COSRX LOW PH GOOD MORNING REVIEW

COSRX LOW PH GOOD MORNING REVIEW

Assalammualaikum.

Today, I'm going to review the Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser. This is my first product from Cosrx. Lets read.

I memang suka tukar-tukar cleanser sebab I cari cleanser yang suitable dengan kulit I. Before this, I tak pernah guna produk Cosrx. Then I baru tahu Cosrx ni product dari Korea yang memang bagus dan review baik-baik berlaka. Ditambah dengan best seller and always out of stock. 



Product name : Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser
Size : 150ml 
Price : RM44.10
Beli di sini : https://invol.co/cl76cw4

I purchase cleanser ni dari Hermo.my tapi korang boleh beli di Lazada sebab I selalu tengok hanya Lazada yang jual dengan harga rendah. Korang selalulah buat survey before buying. Semak e-merchant mana yang jual paling murah dan juga rujuk review mereka yang pernah beli dan pastikan 100% ORIGINAL.

What it claims? 
  1. Control oily skin and shrink pore size
  2. Refine skin texture
  3. Smooth and skin friendly

Sustain moisture everyday and all day long! For AM time & sensitive skin.

How to use?

Squeeze a tiny amount and cuci muka macam biasa

Packaging ?

A normal squeezable plastic tube

The Smell/Colour/consistency ?

I think baunya macam plastic hahahaa. but I like it and colour cleanser ni transparent gel.

How I feels : 

Pertama kali I using this, I nak repurchase lagi. I guna cleanser ni sebab low pH memang bagus untuk kontrol jerawat. So far I pakai memang jaranglah nak tumbuh macam dulu. I tak nak komen-komen lagi product ni. I nak repurchase lagi je! Tunggu cleanser ni habis hahaha

Recommended? :

Overall this is a very good product & very suitable with my skin. No wonder this is the best seller. I rate this essence 5/5. I'll purchase later!


UNTUK PEMBELIAN, BOLEH KLIK LINK DI BAWAH



(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)

30 Mei 2018

Jom Bercuti ke Sabah Oriental Hotel Kota Kinabalu

Jom Bercuti ke Sabah Oriental Hotel Kota Kinabalu

Jom Bercuti ke Sabah Oriental Hotel, Kota Kinabalu | Kan best kalau dapat peluang bercuti ke Sabah, Malaysia sambil merehatkan minda dan menenangkan jiwa. Lagi best kalau kita dapat pergi bercuti dan bermalam di hotel yang berharga murah dan berpatutan.

Sekarang ni, semua tu bukan masalah lagi. Nak bermalam di hotel yang murah? No problem! Janji ko tahu hotel mana tawarkan harga murah untuk ko bermalam.

Kalau yang jenis berduit, bolehlah tempah hotel yang mahal. Tapi kan, untuk apa bayar mahal kalau yang murah tu lagi berbaloi.

Betul tak?

sabah oriental hotel


Macam mana nak dapatkan hotel dengan harga yang murah dan berpatutan?

Senang je, sebab kita boleh bercuti tanpa memerlukan bajet yang tinggi kalau dah booking awal awal menggunakan applikasi Traveloka semasa booking tu! 

Lebih-lebih lagi, korang boleh download apps Traveloka ni terus ke handphone korang. Download je terus dari google play store untuk android dan Apps store untuk iOS.

So, lepas ni korang bolehlah buat tempahan hotel ataupun tiket penerbangan pada bila bila masa dan dimana jua. Anytime and anywhere!

As you all know, Sabah is one of my wishlist. Yes, aku tak pernah pergi ke Sabah and of course, Sabah mempunyai tempat-tempat yang sangat menarik. Sabah juga antara salah satu tempat yang selalu dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara.


Kenapa aku pilih Sabah Oriental Hotel?

Ini beberapa sebab kenapa aku pilih Sabah Oriental Hotel selain harga murah dan berpatutan. Jom kita teruskan pembacaaan.

sabah oriental hotel


1. IMAGO shopping mall.

Korang yang memang dah kaki shopping, don't worry. Sabah Oriental Hotel sangat dekat dengan IMAGO shopping mall, ianya terletak 1.4km dari hotel ni. So inilah peluang untuk korang bershopping, hotel dah dekat dah untuk korang pulang selepas penat bershopping.

2. Pemandangan yang cantik.

Hotel ini juga terletak betul-betul di bandar metropolitan Kinabalu, khazanah bernilai ini mempamerkan pemandangan Gunung Mt. Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Korang bolehlah berselfie dengan pemandangan gunung kinabalu tu. Tak rugi kan?

3. Hotel yang strategik.

Sabah Oriental Hotel mudah untuk dilalui ke semua kawaasan yang terletak kira-kira,
  •  5 Km dari kawasan perlindungan burung Kota Kinabalu Wetland Center 
  •  7km dari Masjid Kota Besar Kota Kinabalu
  • 2.3km dari Gaya Street
  • 4km dari Muzium Sabah
  • 7.6km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
  • 0.3km dari Plaza Wawasan

4. Bilik berstyle

Yes, setiap biliik di sini berkarpet dan mempunyai TV skrin rata. Bar mini dan kemudahan pembancuh teh atau kopi disediakan. Bilik mandi en suite bertab menyediakan pancuran mandian berserta pengering rambut. Bilik-bilik yang dingin dengan dekorasi bergelipan and of course dilengkapi WiFi percuma. Tak rugi kan? Konfrim korang akan rasa teruja.

Apa je yang Sabah Oriental Hotel tawarkan?

Korang ada 3 pilihan untuk menjamu selera dan pusat kecergasan. Bufet sarapan disajikan setiap hari di Cafe Oriental yang di buka untuk makan tengahari dan makan malam. Korang juga boleh layan muzik live di Tapai Lounge. 

Bila dah bercuti lama, korang mesti nak basuh baju kan? Hotel ni pun ada sediakan servis perkhidmatan dobi. Korang dah tak perlu pening kepala nak basuh baju.

Bagi yang menaiki kereta, korang boleh parking berjoki ya. Untuk abam-abam atau akak-akak sado, korang boleh bersenam di gim dan berehat di sauna yang disediakan.

Kemudahan lain seperti, kolam renang luaran, 2 sauna (1 untuk wanita, 1 untuk lelaki)
ianya sangat bersesua dengan pasangan yang baru berkahwin untuk try check in di hotel ni.

Hotel ni menawarkan enam bilik mesyuarat, kemudahan multimedia terkini dan pusat perniagaan dengan perkhidmatan kesetiausahaan.


Kesimpulan

Jadi apa tunggu lagi? Mesti korang tak sabar dan excited untuk pergi bercuti ke Sabah, Malaysia ni kan. Cepat-cepat download applikasi Travelok tu ke smart phone korang untuk menikmati harga hotel yang lebih murah daripada biasa. 

Bukan tu je tau biasanya ada banyak promotion yang ditawarkan dalam applikasi Traveloka ini dan salah satunya ialah Sabah Oriental Hotel. Jangan menyesal bila tak grab peluang yang ada di depan mata. Download cepat-cepat tau!












28 September 2017

SEGMEN : NAK OM REVIEW BLOG ?

SEGMEN : NAK OM REVIEW BLOG ?




Assalammualaikum.

Berita baik untuk bloggers sekalian! Buat ketiga kalinya untuk tahun ini, Om ingin melancarkan 
satu segmen untuk blog Ombak Bergigi. Om berharap agar segmen ini mendapat sambutan yang meriah dari semua blogger. Segmen ini adalah percuma. Huhuhu gurau.

Segmen ini akan bermula pada 28 Sept 2017 (Khamis) sehingga 13 Oct 2017 (Jumaat). Segmen ini dijalankan selama dua minggu. Seramai 3 orang peserta yang bertuah dan layak untuk Om review blog mereka. 

Syarat Untuk Menyertai

1. Follow Blog 

2. Follow IG 

3. Buat satu entri di blog korang bertajuk "SEGMEN : NAK OM REVIEW BLOG ?"

4. Any suggestion untuk Om mencantikkan blog? 
jawab dengan jujur, jika tiada jawapan anda akan DISQUALIFIED

5. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini

6. Comment link entri penyertaan di bawah


Nota kaki : kepada newbie, yang masih tidak arif untuk backlink banner segmen, boleh tengok toturial dibawah ini.





Jangan lepaskan peluang tau! "Untung sabut timbul, untung batu tenggelam."

20 Mei 2017

3 Januari 2016

Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang

Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang

Bangun-bangun, dah pagi dh. Matahari dah nak atas kepala dah tu, cepat bangun. Hari ni aku nak pergi mandi sungai dekat Sungai Legong, Selayang. Sambil siapkan makanan untuk berkelah, aku berbesar hati nak kongsikan tips. 

Tengok tu, Sabrina tidak sabar untuk membaca. Hehehehe aku bukan blogger otai yang mudah dapat cpuv. Cuma nak tunjuk mana yang aku pandai aje lah. Jemput baca semua.


Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang


Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang

Di bawah ni, aku kongsikan beberapa tips untuk dapatkan cpuv nuffnang. Mungkin korang boleh cuba terlebih dahulu ya.

#1 Letak iklan nuffnang dengan betul

In shaa Allah, aku akan ajar newbie cara daftar iklan Nuffnang. Jangan risau tau newbie's. Sebenarkan pemasangan iklan nuffnang dengan cara yang betul sangat mempengaruhi earning CPUV. Pastikan iklan nuffnang korang tidak tersorok. 

Kalau tersorok macam orang lain nak nampak. Disebabkan, aku jenis yang tamak, aku suka letak lebih daripada satu iklan nuffnang tu. Kalau korang perasan, iklan aku berada di sidebar dan juga di atas header. Tak susahkan buat duit? 

#2 Rajin click-click iklan blogger lain

Ha, ini tak semua blogger rajin click iklan orang lain. Sila hentikan sikap kemalasan korang tu. Mari sama sama kita bantu blogger yang lain. 

Lagi satu, jangan nak menggedik tangan tu, click iklan nuffnang korang sendiri. En.Nuffnang boleh tahu tau. Jujur okay?

#3 Pastikan traffic maintain dan tinggi


Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang
PV kena sentiasa maintain


Untuk pastikan traffic blog kita maintain dan tinggi, bukan senang tau. Aku sendiri pun masih tidak expert lagi bab-bab traffic ni. Aku akan pastikan traffic Om lebih daripada 50 per hari. Biasanya traffic ni, berkaitan dengan pageview & unique visitor. 

Pageview tu mudah je untuk dapat, makin korang rajin blogwalking makin tinggilah pageview orang. Yang paling susahnya nak capai unique visitor tu padahal benda inilah yang dipandang oleh company pengiklanan. Nak capai 100++ pun susah inikan pula beribu-ribu.

#4 Rajinkan diri update entri blog

Kepada yang malas update entri tu, aku sarankan selalulah update. Aku jenis yang banyak buah fikiran, kejap-kejap udpate entri. Ada sesetengah blogger macam aku ni, dalam sehari sampai 5 entri dia update.

Ada sesetengah lagi, satu hari satu entri. Korang janganlah update entri yang sama, cuba buat yang lain. Beri kelainan, contohnya kongsikan tips ke, ajar toturial ke, review ke.

#5 Sentiasa update survey

Rajin-rajinkanlah diri korang untuk update survey di web nuffnang. Survey ni penting sebab dari situlah advertiser tahu, kategori blog korang, kekerapan korang update blog, pelawat blog korang siapa dan lain-lain lagi. Di mana nak update survey tu?

Sign in Nuffnang > Klik Manage Blogs > Survey > Update Survey

Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang
Cari yang ini ya

Pilih yang mana patut korang update ye.

#6 Hantar tiket pada Nuffnang

Ha, bab ni aku pakar, pakarlah sangat! Aku geram sebab 2 tahun tak dapat CPUV. Aku hantar tiket nuffnang yang mengandungi unsur merayu-rayu, menagih simpati kononnya.. Tapi berjaya tau. 

Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang
Hantar tiket

Meningkat juga lah cpuv Om. Puas di rayu, akhirnya dapat juga. Bila korang dah selesai update survey, ha apa lagi hantar tiket kepada nuffnang. Bukan tiket wayang ye. 

Support tiket ni, pelbagai fungsinya, antaranya, korang boleh tanya, "kenapa blog korang masih lagi tidak dapat cpuv, sedang saya ni rajin orangnya" hahahahaha.. Bila korang hantar tiket sebegitu rupa, pihak nuffnang akan sedar diri tentang wujunya korang.

Akhir Kata

Itulah serba-sedikit tips yang mampu aku kongsikan. Aku harap korang pun dapat CPUV. Aku sarankan korang ikuti tips yang aku sediakan. Nak duit, kenalah rajin usaha.

Ingat!

Usaha Tangga Kejayaan.




13 Ogos 2015

Fakta Anak Ketiga Dalam Sebuah Keluarga

Fakta Anak Ketiga Dalam Sebuah Keluarga

"Anak ketiga" merujuk kepada individu yang merupakan anak ketiga dalam keluarga, iaitu anak yang dilahirkan setelah dua orang adik-beradiknya. Biasanya, setiap anak dalam keluarga dikenali berdasarkan kedudukan kelahirannya, seperti anak sulung (anak pertama), anak tengah (anak kedua), anak bongsu (anak terakhir), dan seterusnya.

Anak ketiga memiliki kedudukan yang unik dalam keluarga dan mungkin mengalami dinamika keluarga yang berbeza daripada saudara-saudaranya yang lain. Setiap anak dalam keluarga membawa ciri-ciri dan personaliti tersendiri, dan anak ketiga tidak terkecuali. Dinamika keluarga dan persekitaran memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan anak ketiga.

Anak ketiga sering dikaitkan dengan beberapa ciri atau pola tingkah laku yang khas, walaupun ini mungkin tidak berlaku untuk semua individu. Contohnya, mereka mungkin menjadi sosial dan komunikatif kerana mereka perlu bersaing untuk mendapatkan perhatian dari orang tua dan adik-beradik yang lebih besar. Mereka juga mungkin menjadi penengah atau penghibur dalam keluarga, cuba menjaga keseimbangan di antara saudara-saudaranya.

Perlu diingat bahawa setiap individu adalah unik dan pengalaman sebagai anak ketiga akan berbeza-beza dari orang lain. Faktor lain seperti personaliti, keupayaan, dan persekitaran keluarga akan memberi kesan yang besar terhadap perkembangan dan tingkah laku anak ketiga. Oleh itu, adalah penting untuk memberikan sokongan, kasih sayang, dan perhatian kepada setiap anak dalam keluarga tanpa mengamalkan stereotaip tertentu berdasarkan kedudukan mereka dalam kelahiran.

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai anak ketiga:

1. Persaingan Sosial: Anak ketiga seringkali dikenali sebagai "anak tengah" di antara saudara-saudaranya. Mereka mungkin merasa perlu bersaing untuk mendapatkan perhatian dari orang tua dan mencari cara untuk menonjol di antara saudara-saudaranya yang lain.

2. Kreativiti: Anak ketiga cenderung lebih kreatif dan berimaginasi. Ini mungkin disebabkan oleh fakta bahawa mereka sering diabaikan oleh orang tua kerana perhatian lebih tertumpu kepada anak sulung dan anak bongsu.

3. Komunikatif: Anak ketiga sering kali sangat berkomunikasi dan sosial. Mereka mempunyai kecenderungan untuk membina hubungan dengan orang lain dan bersosialisasi dengan baik.

4. Penengah: Anak ketiga mungkin menjadi penengah dalam keluarga. Mereka cuba menjaga keseimbangan di antara saudara-saudaranya yang lebih besar dan lebih kecil serta mencari cara untuk mengelakkan konflik di kalangan mereka.

5. Kreativiti dalam Penyelesaian Masalah: Kerana berada di tengah-tengah saudara-saudaranya, anak ketiga mungkin belajar untuk mengatasi masalah dan menyelesaikan konflik secara kreatif.

6. Tekanan Lebih Rendah: Anak ketiga seringkali mengalami tekanan yang lebih rendah berbanding anak sulung. Ini kerana mereka mungkin tidak diharapkan untuk mencapai tahap prestasi yang sama seperti anak sulung.

7. Kebebasan Lebih Besar: Sebagai anak ketiga, mereka mungkin diberi lebih banyak kebebasan oleh orang tua kerana orang tua mungkin lebih "bersantai" selepas menguruskan anak-anak sebelumnya.

8. Kompetitif: Anak ketiga mungkin menjadi lebih kompetitif untuk membuktikan diri mereka kepada keluarga dan dunia luar. Mereka mungkin berusaha untuk mencapai kejayaan mereka sendiri dan membezakan diri dari saudara-saudaranya.

9. Cenderung Mandiri: Anak ketiga mungkin lebih mandiri kerana mereka mungkin tidak mendapat perhatian yang sama seperti anak sulung atau anak bongsu.

10. Keupayaan untuk Berbaur: Kerana sering berinteraksi dengan saudara-saudaranya, anak ketiga sering berkembang dengan baik dalam persekitaran sosial dan cenderung lebih mudah berbaur dengan orang lain.

Perlu diingat bahawa fakta-fakta ini adalah pandangan umum mengenai anak ketiga dan mungkin tidak berlaku untuk setiap individu. Setiap anak adalah unik dan akan mengalami perkembangan dan tingkah laku yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor seperti personaliti, persekitaran keluarga, dan pengalaman hidup mereka.

1 Januari 1970

 Surah Ar Rahman Ayat 1-4 Doa Untuk Anak Jadi Hebat

Surah Ar Rahman Ayat 1-4 Doa Untuk Anak Jadi Hebat

Surah Ar Rahman untuk buat anak jadi lebih hebat. Dalam Islam, doa adalah salah satu amalan yang sangat dianjurkan untuk dilakukan oleh setiap Muslim. Doa merupakan cara untuk berkomunikasi dengan Allah SWT, memohon rahmat, petunjuk, perlindungan, dan keberkahan. 


Bagi orang tua, doa untuk anak-anak mereka adalah suatu kewajipan dan bentuk kasih sayang yang mendalam. Melalui doa, orang tua dapat memohon kepada Allah SWT agar anak-anak mereka diberikan kebaikan, keselamatan, dan petunjuk dalam kehidupan.



Surah Ar Rahman


Jadi, hari ni Syu nak kongsikan satu amalan yang bagus untuk diamalkan lagi-lagi buat ibu bapa yang ada anak. Syu kongsikan kelebihan ayat 1-4 surah Ar Rahman, Syu jadikan surah ini sebagai doa untuk anak Syu. 


Doa seorang ibu ini sangat mujarab dan tiada hijabnya. Maka teruskan memdoa yang baik-baik untuk anak. 

Surah Ar Rahman Ayat 1-4

Sebelum ni, Syu pernah satu ceramah untuk bacakan Surah Ar-Rahman ayat 1-4, letakkan tangan di ubun-ubun anak dan tiupkan selepas membacanya. Syu jadikan amalan sehinggalah satu hari tu, Luth pun pandai membaca surah Ar-Rahman ayat 1-4 ni.

I am so speechlesss!!

Surah Ar-Rahman adalah surah yang ke-55 dalam Al-Quran, terdiri daripada 78 ayat. Ia adalah surah Makkiyah, yang bermaksud surah ini diturunkan di Makkah sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. 


Surah ini dikenali dengan nama "Ar-Rahman" yang bermaksud "Yang Maha Pemurah," salah satu nama Allah SWT. Surah Ar-Rahman menekankan kebesaran dan kasih sayang Allah serta nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada manusia dan jin.

 

Salah satu ciri khas surah ini ialah pengulangan ayat "فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" yang bermaksud "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" 


Ayat ini diulang sebanyak 31 kali, mengingatkan manusia dan jin tentang nikmat-nikmat yang tidak terhitung jumlahnya yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Surah Ar Rahman


Maksud Ar Rahman Ayat 1-4


Berikut adalah maksud ayat 1 hingga 4 dari Surah Ar Rahman dalam bahasa Melayu: 

Ayat 1: Ar Rahmaan 
Maksud: Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

Ayat 2: Allamal qur'an 
Maksud: Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran 

Ayat 3: Kholakol insaan 
Maksud: Dia lah yang telah menciptakan manusia. 

Ayat 4: Allamahul bayaan 
Maksud: Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Ayat-ayat ini menggambarkan Allah sebagai Yang Maha Pemurah yang telah memberikan ajaran Al-Quran kepada manusia. Allah juga telah menciptakan manusia dan memberinya kemampuan berbicara.

Kelebihan Surah Ar Rahman


1. Menggambarkan Sifat Kelembutan Allah

Surah Ar-Rahman dimulai dengan kata "Ar-Rahman" (Yang Maha Pemurah),  menggambarkan sifat kelembutan, pemurah, dan kasih Allah terhadap ciptaan-Nya. 

Jadi, untuk ayat pertama ini menekankan bahawa betapa besarnya kasih sayang dan rahmat Allah.  Allah SWT menunjukkan belas kasih-Nya yang tak terbatas kepada semua makhluk, memberikan mereka rezeki, rahmat, dan bimbingan serta mengajarkan kita untuk menghargai dan merenungkan nikmat-Nya yang melimpah. 


2. Pentingnya Ilmu dan Pembelajaran

Ayat kedua, "عَلَّمَ الْقُرْآنَ" (Allamal Qur'an), menekankan bahawa pentingnya ilmu dan pembelajaran. Allah SWT telah menurunkan Al-Quran kepada manusia sebagai sumber pengetahuan dan panduan dalam hidup. 

Al-Quran adalah kitab yang penuh dengan hikmah dan ajaran yang membawa manusia kepada jalan yang lurus. Ini mengingatkan kita akan pentingnya mencari ilmu, mempelajari ajaran Al-Quran, dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.


3. Kisah Penciptaan Manusia

Ayat ketiga, "خَلَقَ الْإِنسَانَ" (Khalaqal Insan), mengingatkan kita tentang penciptaan manusia oleh Allah. Ayat ini menunjukkan hubungan khusus antara Allah dan manusia serta tanggung jawab kita sebagai makhluk-Nya. 

Manusia diciptakan dengan tujuan tertentu, untuk menyembah Allah dan menjalankan amanah-Nya di bumi. Ini mengajarkan kita untuk selalu ingat akan asal usul kita dan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi.


4. Pemberian Bahasa dan Kemampuan Berbicara

Ayat keempat, "عَلَّمَهُ الْبَيَانَ" (Allamahul Bayan), menyoroti pemberian Allah kepada manusia, yaitu bahasa dan kemampuan berbicara. 

Bahasa adalah alat penting yang memampukan kita untuk berkomunikasi, menyampaikan pikiran, dan memahami satu sama lain. Kemampuan berbicara adalah salah satu nikmat besar yang diberikan Allah kepada manusia.

Cara Amalkan Surah Ini


Potongan ayat ni boleh kita amalkan untuk ikhtiar anak-anak kecil kita agar petah dan pandai bercakap. Bagi anak-anak yang ada masalah speech delay, ibu bapa bolehlah amalkan potongan surah Ar Rahman ini.  

Jadikan amalan harian, setiap malam sebelum anak tidur dan setiap pagi semasa anak bangun tidur. Bacakan di hadapan anak 3 kali dan hembuskan ke ubun-ubun kepala anak. Ibu boleh juga tiupkan ke tapak tangan dan sapukan ke kepala dan dada anak.

Lepas ayat ke 4 terus baca, "Ya Allah jadikanlah (NAMA ANAK) anak yang soleh/solehah, berjaya dunia akhirat dan ditakdirkan dengan takdir yang baik-baik dan dikurniakan kesihatan tubuh badan.Ya Hafiz, Ya Muhaimin, Allah yang Maha Menjaga, Allah yang Maha Mengawasi, aku serahkan anakku untuk dijaga dan diawasi olehMu. Amin"

Untuk ikhtiar anak-anak sebelum turun ke sekolah, potongan surah ini juga boleh dibacakan kepada mereka agar Allah SWT kurniakan kepintaran dan kebijaksanaan semasa mereka menuntut ilmu.

Kesimpulan


Dari Surah Ar-Rahman ayat 1-4 ini sebenarnya mengajak kita untuk menjalani kehidupan dengan penuh kesyukuran dan menghargai nikmat serta kasih sayang Allah dalam penciptaan manusia dan alam semesta.

Ayat-ayat ini mengajarkan bahwa Allah adalah Maha Pemurah yang memberikan kemampuan berbicara kepada manusia serta mengatur alam semesta dengan penuh hikmah. 

Semoga kehidupan kita sehari-hari sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan dari Allah SWT, berkat amalan-amalan yang kita lakukan bersandarkan pada kitab Al-Quran. Aamiin Ya Mujib. 

Semoga perkongsian mengenai Surah Ar-Rahman ayat 1-4 ini dapat memberikan manfaat kepada ramai orang.
Keindahan Bunga Lily dan Simbolisme yang Abadi

Keindahan Bunga Lily dan Simbolisme yang Abadi

Bunga lily, atau lebih dikenali sebagai "lily" dalam bahasa Inggeris, adalah salah satu bunga yang paling dihargai di dunia. Dengan bentuk yang anggun, warna yang memukau, dan aroma yang memikat, bunga ini telah menjadi simbol keindahan, kesucian, dan kehidupan abadi dalam pelbagai budaya dan tradisi. 


Dalam artikel ini, kita akan mendalami dunia bunga lili, menerokai sejarahnya, jenis-jenisnya, simbolisme, serta cara menanam dan menjaga bunga ini. Artikel ini diharapkan dapat memberikan pembaca pemahaman yang lebih mendalam mengenai keunikan bunga lili dan mengapa ia terus menjadi pilihan utama dalam pelbagai acara penting.


Sejarah dan Asal Usul Bunga Lili


Bunga lily telah wujud selama ribuan tahun dan telah menjadi sebahagian penting dalam budaya manusia sejak zaman purba. Sejarah menunjukkan bahawa bunga ini telah digunakan dalam pelbagai upacara keagamaan, seni, dan juga sebagai simbol dalam mitologi.


bunga lily


Baca ini: Bunga Matahari


Asal usul bunga lily dipercayai dari kawasan-kawasan yang beriklim sederhana di Hemisfera Utara, terutamanya di Asia, Eropah, dan Amerika Utara. Pada zaman Yunani Purba, bunga lili dianggap sebagai bunga yang berkaitan dengan dewi Hera, isteri kepada Zeus. 


Menurut mitos, bunga lili tumbuh daripada susu dewi Hera yang jatuh ke bumi. Di Mesir Purba, bunga lili digunakan dalam upacara keagamaan dan sering dikaitkan dengan kehidupan selepas mati. Dalam budaya Cina dan Jepun, bunga lili melambangkan keindahan dan kesucian.


Jenis-jenis Bunga Lili


Terdapat lebih daripada 100 spesies bunga lili yang tersebar di seluruh dunia, dan setiap spesies mempunyai ciri-ciri unik yang tersendiri. Berikut adalah beberapa jenis bunga lili yang paling popular:


1. Lily Putih (Lilium candidum)

Lily putih adalah simbol kesucian dan keindahan. Bunga ini sering digunakan dalam upacara perkahwinan dan perayaan keagamaan. Warna putihnya yang murni dan bentuknya yang anggun menjadikannya pilihan utama untuk hiasan dalam pelbagai majlis.


2. Tiger Lily (Lilium lancifolium)

Tiger lily dikenali dengan warna oren yang terang dan bintik-bintik hitam pada kelopaknya. Bunga ini melambangkan keberanian dan kekuatan. Tiger lily sering digunakan dalam seni dan reka bentuk kerana coraknya yang unik.


3. Lily Easter (Lilium longiflorum)

Lily Easter, juga dikenali sebagai "lily Paskah", sering digunakan dalam perayaan Paskah. Bunga ini melambangkan kebangkitan dan kehidupan abadi. Ia dikenali dengan bentuknya yang panjang dan kelopak yang besar.


4. Lily Asiatic (Lilium asiaticum)

Lily Asiatic adalah salah satu jenis lily yang paling mudah ditanam dan tahan lasak. Ia datang dalam pelbagai warna termasuk putih, kuning, merah, oren, dan merah jambu. Bunga ini tidak mempunyai bau yang kuat, menjadikannya sesuai untuk dijadikan hiasan dalam rumah.


5. Lily Oriental (Lilium orientalis)

Lily Oriental dikenali dengan bau yang wangi dan kelopak yang besar. Bunga ini sering digunakan dalam gubahan bunga dan hiasan taman. Warna-warna yang biasa ditemui termasuk putih, merah jambu, dan merah.


bunga lily


Simbolisme Bunga Lily


Bunga lili mempunyai makna simbolik yang mendalam dalam pelbagai budaya dan tradisi. Berikut adalah beberapa simbolisme yang dikaitkan dengan bunga lili:


Lily putih, khususnya, sering dikaitkan dengan kesucian dan keindahan. Bunga ini digunakan dalam upacara perkahwinan sebagai simbol cinta yang murni dan tulus. Ia juga sering digunakan dalam upacara keagamaan sebagai lambang kesucian rohani.


Dalam tradisi Kristian, bunga lili sering dikaitkan dengan kebangkitan Kristus dan kehidupan abadi. Lily Easter, yang sering digunakan semasa perayaan Paskah, melambangkan harapan dan kehidupan yang kekal.


Tiger lily melambangkan keberanian dan kekuatan. Bunga ini sering dikaitkan dengan orang yang berani dan mempunyai semangat yang kuat.


Dalam budaya Cina, bunga lili dikaitkan dengan kesuburan dan kelembutan. Ia sering diberikan sebagai hadiah kepada pasangan yang baru berkahwin sebagai simbol harapan untuk kebahagiaan dan kesuburan dalam perkahwinan.


Cara Menanam dan Menjaga Bunga Lili


Menanam bunga lily adalah satu aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan, terutamanya apabila bunga ini mula mekar dan menambah kecantikan kepada taman anda. Berikut adalah panduan asas untuk menanam dan menjaga bunga lili:


1. Memilih Tapak Penanaman

Lily memerlukan cahaya matahari penuh atau separa teduh untuk tumbuh dengan baik. Pastikan tapak penanaman mempunyai saliran yang baik kerana lily tidak suka tanah yang terlalu lembap. Tanah yang sedikit berasid hingga neutral adalah yang paling sesuai untuk penanaman lily.


2. Menanam Umbi Lily

Umbi lily biasanya ditanam pada musim luruh atau awal musim bunga. Gali lubang dengan kedalaman kira-kira dua hingga tiga kali tinggi umbi, dan pastikan jarak antara umbi adalah sekitar 30 hingga 40 cm. Letakkan umbi dengan hujung yang tajam menghadap ke atas, kemudian tutup dengan tanah dan padatkan sedikit.


3. Menyiram

Pastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak terlalu basah. Lily memerlukan air yang mencukupi untuk tumbuh dengan baik, terutamanya semasa musim panas. Namun, elakkan menyiram terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan umbi membusuk.


4. Baja

Gunakan baja yang kaya dengan fosforus dan kalium untuk menggalakkan pertumbuhan bunga. Baja organik seperti kompos juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah.


5. Mengawal Penyakit dan Perosak

Lily boleh terdedah kepada beberapa penyakit seperti reput umbi dan cendawan. Untuk mengelakkan penyakit, pastikan tapak penanaman mempunyai saliran yang baik dan elakkan kelembapan berlebihan. Perosak seperti siput dan kumbang lily boleh dikawal dengan menggunakan racun serangga atau dengan memeriksa tanaman secara berkala.


6. Penjagaan Selepas Bunga Mekar

Selepas bunga lily mekar, potong tangkai bunga yang layu untuk menggalakkan pertumbuhan yang sihat. Jangan potong daun sehingga ia menjadi kuning dan mati secara semula jadi kerana daun membantu menyimpan tenaga dalam umbi untuk pertumbuhan musim berikutnya.


Bunga Lily


Kegunaan Bunga Lili dalam Kehidupan Seharian


Selain daripada kecantikan dan simbolismenya, bunga lily juga mempunyai pelbagai kegunaan praktikal dalam kehidupan seharian. Berikut adalah beberapa kegunaan bunga lili:


1. Hiasan

Bunga lili sering digunakan dalam gubahan bunga untuk majlis-majlis khas seperti perkahwinan, pengebumian, dan perayaan. Keanggunan dan pelbagai warna bunga lili menjadikannya pilihan utama untuk menambah keindahan kepada mana-mana acara.


2. Aromaterapi

Lily Oriental, yang dikenali dengan bau yang wangi, sering digunakan dalam minyak wangi dan produk aromaterapi. Bau yang menenangkan ini dapat membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan emosi.


3. Perubatan Tradisional

Dalam perubatan tradisional Cina, beberapa bahagian bunga lily digunakan sebagai ramuan untuk merawat pelbagai penyakit. Umbi lily dikatakan mempunyai sifat penenang dan digunakan untuk merawat insomnia dan batuk.


Kesimpulan


Bunga lili bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga kaya dengan makna simbolik dan kegunaan praktikal. Dari sejarahnya yang panjang hingga kepada pelbagai jenis dan simbolismenya, bunga lili telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan manusia. 


Dengan penjagaan yang betul, bunga ini dapat menambah kecantikan kepada taman anda dan membawa ketenangan kepada kehidupan anda. 


Sama ada digunakan sebagai hiasan, dalam aromaterapi, atau sebagai simbol dalam pelbagai upacara, bunga lili tetap menjadi pilihan utama bagi mereka yang menghargai keindahan dan makna mendalam dalam kehidupan.