5 Jenis Pokok Indoor Plant Yang Sesuai Jadi Hiasan Dalam Rumah

5 Jenis Pokok Indoor Plant Yang Sesuai Jadi Hiasan Dalam Rumah | Lately, suka betul dengan pokok indoor. Mungkin aku minat sebab ianya mudah untuk dijaga. Tak pening-pening nak siram setiap hari. 

Dulu punyalah beria nak belajar cara tanam bawang merah tapi asyik tak menjadi je. Itu yang tersuka pulak nak jaga pokok indoor. Ada lah beberapa jenis pokok indoor plant yang sesuai untuk ko jaga dalam rumah. 

Tengok jiran ada indoor houseplant, kita pun teringin nak letak. Tapi boleh main letak aje ke atau ada certain tumbuhan hiasan yang sesuai diletakkan di dalam rumah? 

Jika ko ingin mempunyai tumbuhan hiasan di dalam rumah, sebaiknya pastikan pokok itu dapat memberikan manfaat lain terutama dalam aspek memperbaiki pengudaraan dan bukan sekadar hiasan sahaja. Malah ada juga pokok yang boleh halau nyamuk tau. 


Pokok Indoor Plant

5 Jenis Pokok Indoor Plant 

Nak tahu apa pokok yang sesuai untuk diletakkan di dalam rumah? Jom teruskan membaca perkongsian artikel ini. 


1- Aloe Vera 

Gel daripada aloe vera ini memainkan peranan penting dalam aspek penyembuhan. Tetapi bukan setakat itu sahaja, tumbuhan ini juga dapat membantu memantau kualiti udara di dalam rumah anda. 

Aloe vera berfungsi membersihkan udara daripada bahan pencemaran yang terdapat dalam produk pembersihan kimia. 

Apabila jumlah bahan kimia dalam udara tinggi, akan muncul bintik berwarna coklat, jadi ia boleh dijadikan petunjuk tahap pencemaran udara di dalam rumah, bukan? 

2- English Ivy 

Walaupun namanya English Ivy, tetapi tumbuhan ini boleh didapati di Malaysia. Melihat pokok ini yang menjalar, anda mungkin berasakan ia adalah satu tumbuhan luar, tetapi ia juga sebenarnya sesuai untuk dijadikan houseplant. 

Englih Ivy yang diletakkan di dalam rumah dapat membantu membersihkan udara. Ia juga dapat berfungsi dengan baik untuk menyerap bahan beracun dalam udara. Tumbuhan ini sukakan cahaya yang terang, jadi anda boleh meletakkan tumbuhan ini di tepi tingkap. 

Pokok Indoor Plant

3- Peace Lily 

Peace Lily merupakan antara pokok lain yang dianggap sebagai tumbuhan hebat dalam berfungsi untuk menyerap sebatian di dalam udara. Ia terkenal dengan keupayaan untuk memecahkan sebatian seperti karbon monoksida, formaldehid dan benzena. 

Peace Lily tidak memerlukan pencahayaan matahari secara terus. Jadi anda boleh letakkan tumbuhan ini di mana terdapat cahaya yang bukan secara langsung dan ia akan memberikan manfaat untuk membersihkan udara. Pangsapuri merupakan tempat yang sesuai untuk tumbuhan seperti ini. 

4- Snake Plants 

Snake Plants atau lebih dikenali sebagai pokok Lidah Mertua merupakan sejenis pokok yang amat sesuai untuk diletakkan di dalam bilik. Ini kerana tumbuhan ini akan menyerap karbon dioksida dan menukarnya kepada oksigen. 

Jadi sewaktu anda tidur, Snake Plants akan memperbaiki kualiti udara di dalam bilik. Tumbuhan ini juga berperanan untuk menyingkirkan xylene, toluene dan trichloroethylene dari udara di dalam rumah ko.

Pokok Indoor Plant

5- Rubber Plant 

Itu nama glamour tetapi dekat Malaysia dipanggil pokok getah sahaja. Jangan terkejut, di Barat, pokok getah dijadikan pokok hiasan dalaman, okay? 

Ia merupakan sejenis pokok yang amat mudah untuk dijaga dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Tetapi pokok ini amat berkuasa dalam menyingkirkan toksin serta membersihkan udara di dalam rumah ko. Jadi mungkin ko boleh mencuba untuk menjadikan pokok getah sebagai hiasan di dalam rumah? 

Akhir Kata

Apa yang dikongsikan dalam artikel ini adalah antara tumbuhan dan pokok yang sesuai untuk diletakkan di dalam rumah sebagai hiasan. Namun, hakikatnya terdapat banyak lagi jenis pokok yang sesuai untuk dijadikan houseplant di samping memberikan manfaat dalam meningkatkan kualiti udara. 

Antara pokok atau tumbuhan lain adalah seperti Bamboo Palm, Philodendron, Mass Cane dan Golden Pothos. Jadi anda boleh mempelbagaikan lagi tumbuhan hiasan di dalam rumah. Tetapi pastikan tiada tangkungan air untuk mengelakkan pembiakan nyamuk dan berikan penjagaan sebaiknya kepada tumbuhan hiasan anda.

0 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama