24 فبراير 2022

Resepi Murtabak Maggi Paling Senang Dan Sedap

Resepi Murtabak Maggi Paling Senang Dan Sedap

Bismillah.
Assalammualaikum.

Resepi Murtabak Maggi Paling Senang Dan Sedap | Hujan hujan ni sedap juga dapat makan murtabak maggi. Nak lagi sedap apabila kita cuba sendiri masak resepi murtabak maggi paling senang ini. Hanya maggi je yang senang dibuat ketika hujan kan? Tak sampai 5 minit, maggi dah siap dah masak.

resepi murtabak maggi

Sebenarnya, kalau mengikut kos resepi murtabak maggi ini adalah satu hidangan makanan yang paling jimat dan tidak mengeluarkan duit yang banyak untuk membuatnya. Untuk mendapatkan kelainan rasa, korang boleh juga tambah ayam atau pun daging cincang serta perisa rasa lain. Barulah berselera ketika menikmatinya. 

Apa kata hari ni kita cuba masak resepi murtabak maggi paling senang dan sedap? Sudah pasti anak anak berselera kan, jom kita cuba.

Resepi Murtabak Maggi, Jom Buat

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini dengan teratur.

resepi murtabak maggi

Bahan-bahan murtabak maggi :

  • Maggi Kari 1 bungkus 
  • Telur 3 biji 
  • Bawang Merah 3 biji 
  • Sosej (rebus skejap) 
  • Garam 
  • Ajinomoto 
  • Daun bawang 
  • Cukup rasa maggi

Cara-cara untuk membuat murtabak maggi : 

1. Kita masukkan perencah maggi kari dan kacau sampai sebati. Kemudian masukkan 3biji telur, ke dalam bahan yang kita masak tadi kacau sampai sebati. 

resepi murtabak maggi

2. Rebus mee maggi sampai lembut, korang ikut arahan pada bungkusan maggi tu ye.  

3. Masukkan mee maggi ke dalam bahan bahan yang tadi kacau sampai sebati dan bahagi kan kepada 2 bahagian. 

4. Panaskan minyak, masukkan mee maggi ke dalam kuali sehingga masak, kemudian kita terbalikkan mee maggi. 

resepi murtabak maggi


5. Kemudian kita angkat mee maggi kita hiaskan dengan mayonis dan cili sos. Dah siap utk dimakan.

Selamat mencuba.

18 فبراير 2022

Kepentingan & Cara Letak Sitemap Dalam Blog

Kepentingan & Cara Letak Sitemap Dalam Blog

Bismillah.
Assalammualaikum.

Kepentingan & Cara Letak Sitemap Dalam Blog | Selamat pagi semua. Tahun ni, aku memang dah niat untuk share ilmu dan entri yang bermanfaat. Hari ni aku dapat idea untuk menulis cara letak sitemap dalam blog. Di bawah ni nanti aku terangkan sitemap tu apa, kepentingan dan cara letak sitemap itu sendiri. 


cara letak sitemap dalam blog


Sitemap ni sangat penting untuk korang yang nak traffik blog naik. Kiranya ini salah satu faktor untuk tingkatkan pageviews blog korang. Encik google senang nak indeks entri blog korang kalau dah ada sitemap. Senang cerita mudahkan kerja encik google nak mencari entri blog korang, dan nak encik google nampak yang blog korang tu wujud.

Nak tahu lebih lanjut tentang sitemap dan cara nak letak sitemap dalam blog? Jom kita habiskan membaca artikel ini ye. 


Nak Trafik Tinggi, Jom Belajar Cara Letak Sitemap Dalam Blog


Di bawah ini aku kongsikan, apa itu sitemap, kepentingan dan cara letak sitemap dalam blog. Aku harap korang boleh faham dan ikuti langkah yang sudah aku sediakan di bawah ye.


#1 Apa itu Sitemap?

Sitemap ialah satu list keseluruhan entri yang terdapat dalam blog korang dan memudahkan untuk Googlebot (robot) untuk mengindeks senarai entri yang ada dalam blog dan menjadikan laman web korang menjadi lebih mudah untuk dicari oleh enjin carian (Google Search) contohnya seperti Google, Yahoo dan sebagainya.

Sitemaps are an easy way for webmasters to inform search engines about pages on their sites that are available for crawling. In its simplest form, a Sitemap is an XML file that lists URLs for a site along with additional metadata about each URL (when it was last updated, how often it usually changes, and how important it is, relative to other URLs in the site) so that search engines can more intelligently crawl the site. 

Web crawlers usually discover pages from links within the site and from other sites. Sitemaps supplement this data to allow crawlers that support Sitemaps to pick up all URLs in the Sitemap and learn about those URLs using the associated metadata. Using the Sitemap protocol does not guarantee that web pages are included in search engines, but provides hints for web crawlers to do a better job of crawling your site.

 

#2 Sitemap ni penting ke?


2. 1 Website cepat terindeks 

Kalau korang tak menggunakan sitemap, robot search engine tetap boleh mengindeks entri korang tapi mengambil masa juga, sebabnya robot search engine ni akan tengok satu per satu entri korang. 

Contoh, kalau entri korang sudah beribu artikel, jadi susah lah kan untuk robot search engine nak indeks entri korang tu. Sebab itu sangat penting untuk korang menggunakan sitemap, lagi cepat entri blog korang terindeks dalam search engine. Tak perlu risau nak indeks entri satu persatu.


cara letak sitemap dalam blog



2.2 Memudahkan pengunjung untuk melihat entri lain


Dengan adanya sitemap akan mempermudah para pengunjung yang datang dari pelbagai sumber untuk mengetahui apa saja yang berada di dalam blog atau website korang. Aku sendiri suka klik pada sitemap blog orang lain berbanding nak klik pada blog archive. Senang untuk aku tengok dan klik entri mana yang nak aku baca.

2.3 Meningkatkan tingkat visibilation


Tujuan visibilation (keterlihatan) ialah tahap keterlihatan tapak web dalam data enjin carian. Ini sangat penting, supaya laman web korang boleh mendapat lebih banyak lawatan dan trafik yang tinggi. Untuk mencapai hasrat ini, salah satu kaedah terbaik ialah menambah peta laman (sitemap).

Contohnya, apabila sekeping kandungan telah ditemui oleh perangkak web, Googlebot akan datang untuk bekerja dan mencari pautan lain dalam menu navigasi. Hasilnya, kandungan tersebut dapat dilihat oleh pengunjung dan jika berminat pasti mereka akan membukanya.


#3 Cara letak sitemap dalam blog?


a) Login blog seperti biasa.

b) Klik pada pages > new pages

c) Tulis tajuk "SITEMAP" sebagai tajuk kepada new pages


cara letak sitemap dalam blog



d) Dah letak tajuk then klik pada > Edit HTML

e) Copy dan paste code di bawah ke dalam entri


<div id="sitemap3">Loading....</div>

<script> //<![CDATA[

/* Blogger Sitemap Simple Title Only */

var start=1;var max=150;var sitemap3Arr=new Array();function runSitemap3(){var scpt=document.createElement('script');scpt.src='/feeds/posts/summary?alt=json&callback=sitemap3&start-index='+start+'&max-results='+max;document.body.appendChild(scpt)} function sitemap3(root){var elem=document.getElementById('sitemap3');if(!elem)return;elem.innerHTML='';var feed=root.feed;if(feed.entry.length>0){for(var i=0;i<feed.entry.length;i++){var entry=feed.entry[i];var title=entry.title.$t;for(var j=0;j<entry.link.length;j++){if(entry.link[j].rel=="alternate"){var url=entry.link[j].href;if(url&&url.length>0&&title&&title.length>0){sitemap3Arr.push({'url':url,'judul':title})} break}}} if(feed.entry.length>=max){start+=max;runSitemap3()} else{var print='';for(var x=0;x<sitemap3Arr.length;x++){print+='<li><a href=\"'+sitemap3Arr[x].url+'\" title=\"'+sitemap3Arr[x].judul+'\">'+sitemap3Arr[x].judul+'</a></li>'}

elem.innerHTML='<div class=\"judul\">Total Post: '+sitemap3Arr.length+'</div><ol>'+print+'</ol>'}}} runSitemap3();

//]]> </script>


f) Save & publish. 



Jadi, korang dah faham ke tentang sitemap? Sitemap ini sebenarnya senarai list entri yang terdapat dalam blog korang, dalam pada waktu yang sama dapat memudahkan encik google untuk mengindekskan entri blog korang. Dalam erti kata lainnya, nak blog korang naik di carian google dengan cepat.

Nanti aku akan update lgi entri untuk submit sitemap di google search console. Disana lagi mudah utk encik google indeks. Aku harap dengan perkongsian ini dapat membantu korang yang selama ni mencari cara letak sitemap dalam blog. Semoga bermanfaat. 





17 فبراير 2022

8 Koleksi Resepi Ikan Tenggiri Yang Berbagai & Dijamin Lazat

8 Koleksi Resepi Ikan Tenggiri Yang Berbagai & Dijamin Lazat

Bismillah.
Assalammualaikum.

10 Koleksi Resepi Ikan Tenggiri Yang Berbagai & Dijamin Lazat | Hari ni aku nak berkongsikan 8 koleksi resepi ikan tenggiri. Ikan tenggiri ni goreng pun sedap, apatah lagi dimasak kicap berempah. Sudah pastinya menyelerakan.

Kalau korang tak tahu nak masak apa ikan tenggiri, meh kita tengok resepi yang ada di bawah ni. Aku paling suka masakn ikan tenggiri kicap berempah atau pun ikan tenggiri masak asam. Sedap betul untuk dijadikan menu lauk tengahari.


koleksi resepi ikan tenggiri



Setakat ini, macam macam jenis kita boleh masak dengan ikan trnggiri. Boleh rebus, goreng, buat laksa dan lain-lain lagi. Ikan kembung, antara ikan popular masak untuk menu lauk tengahari. In syaa Allah resepi ikan tenggiri ni, mudah dan senang untuk mereka yang baru jinak ke dapur

Jom kita tengok.


Tak Tahu Nak Masak Ikan Tenggiri, Jom Cuba Resepi Di Bawah


Di bawah ini telah aku senaraikan resepi ikan tenggiri. Untuk korang yang ingin mencuba resepi mudah ini, sila lihat beberapa resepi ikan tenggiri di yang telah dipaparkan di bawah.




#1 Gulai Ikan Tenggiri


Bahan-bahan: 

  • 1/2 biji bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 3 tbsp cili kisar 
  • 3 tangkai daun kari 
  • 1 tbsp biji sawi 
  • Rempah kasar 
  • 5 tbsp rempah kari ikan 
  • 5 keping ikan tenggiri 
  • Bendi 
  • Terung 
  • Tomato 
  • 2 asam keping 
  • ir secukup nya 
  • Santan rm2 
  • Gula Garam 

Cara-cara:

1. Panaskan kuali bersama sedikit minyak, kemudian masukkan daun kari dan biji sawi. 
2. Tumis seketika Kemudian masukkan rempah kasar, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris. Tumis hingga layu. 
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Setelah itu, masukkan pula rempah kari ikan dan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak. 
4. Kemudian masukkan sedikit air, dan terung. Biar seketika. Masukkan pula bendi dan juga ikan tenggiri Masukkan santan dan tomato. Perasakan. 
5. Gulai ikan tenggiri sedia dihidang bersama nasi panas dan ikan masin. Selamat mencuba




#2 Ikan Tenggiri Masak Kicap Berempah


 BAHAN-BAHAN: 

  • 4-5 keping isi ikan tenggiri - sebesar tapak tangan 
  • 1 biji bawang besar - dipotong membulat 
  • 2 biji buah tomato - dipotong empat 
  • 10 biji cili api 
  • Sedikit daun sup 
  • Asam jawa secukupnya 
  • Kicap secukup rasa 
  • Garam dan gula secukup rasa 

BAHAN-BAHAN DIKISAR : 

  • 3 biji cili kering - direndam dlm air panas sehingga kembang 
  • 3 Biji bawang merah - yg besar
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 cm halia 

BAHAN-BAHAN REMPAH : 

  • 1 sudu kecil lada hitam 
  • 1 sudu kecil jintan manis - yang halus 
  • 1 sudu kecil biji ketumbar * Semua rempah ni digoreng tanpa minyak sehingga harum , guna api dapur sederhana besar . Tumbuk atau kisar rempah ni sehingga halus . 

CARA MEMASAK : 

1. Ikan tenggiri dibersih dan digaul dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan kisar dan semua rempah yang ditumbuk serta biar masak hingga terbit bau wangi . Masukkan bawang besar goreng sekejap bagi bawang layu dan kemudian masukkan cili api , air asam jawa secukupnya dan terus kacau kuah . 
3. Masukkan semua ikan tenggiri , buah tomato serta kicap dan terus kacau semua bahan-bahan bagi rata , racik halus daun sup dan ditabur atas ikan dan digaul rata . Rasa kuah jika ada bahan yang kurang boleh ditambah . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur . 
4. Semua bahan-bahan yang diguna ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing . Kalau suka pedas cili api boleh dibelah dua.





#3 Masak Asam Ikan Tenggiri


Bahan-bahan: 

  • 4 ketul ikan tenggiri 
  • 1 biji bawang besar (potong bulat) 
  • 3 ulas bawang putih (hiris ) 
  • 1/2 inci halia (hiris) 
  • 2 ulas bawang merah (hiris) 
  • 1 biji cili merah (potong) 
  • 5 biji cili padi 
  • Perahan air asam jawa 
  • Sedikit kicap manis 
  • Sedikit garam 
  • Sedikit minyak untuk menumis. 

Cara membuat: 

1. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak. 
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, Masak sampai layu. 
3. Selepas itu, masukkan perahan asam jawa. Jika mahu kuah banyak, tambah air.masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi.
4. Biarkan kuah didih sekejap selepas itu masukkan ikan. Tambah garam dan sedikit kicap manis atau bahan perasa mengikut sukatan masing-masing. Selamat mencuba.


#4 Masak Cuka Ikan Tenggiri


Bahan-bahan: 

  • 2-3 ketul isi ikan ketul (sedap klau ikan tenggiri atau ikan merah)
  • 10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang halus2 tau) 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 6 biji Cili padi 
  • 1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
  • Sikit halia 
  • 2 camca 
  • Cuka makan 
  • Garam & gula secukup rasa
  • Sikit minyak untuk menumis. 

Cara - cara :

1. Ikan digaul sikit kunyit & garam pastu goreng.
2. Jangan garing sangat tau. Ambik periuk letak sikit minyak bila panas tumis biji sawi. 
3.Masuk bawang kechik & putih/ Masuk 1/2 cawan air. 
4. Masuk cuka Garam Gula Cili padi Biaq sekejap n angkat..dah boleh dihidang.




#5 Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas


Bahan-bahan: 

  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih) 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 biji bawang putih 
  • 2 cm halia 
  • 1 mangkuk cili kering kisar - boleh letak lebih 
  • 3 cm belacan 
  • 2 cm kunyit hidup 
  • 1 sudu besar lada hitam
  • (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada hitam blend skali)
  • 3 batang serai - dititik 
  • 1 sudu teh halba 
  • Daun kesum + bungan kantan Bendi / terung
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam + gula
  • Minyak utk menumis 

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit.
2. Masukkan bahan bahan blend td dan serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
3. Dah garing, masukkan gula. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masukkan ikan, kacau2 sikit, dan masukkan air asam jawa.
4. Masukkan bendi or terung. Perasakan dengan garam dan biar dia mendidih. Tutup api.
5. Siap untuk dihidang.





#6 Sambal Berlada Tenggiri


Bahan-bahan :

  • 2 keping ikan tenggiri goreng (ikan apa² pun boleh) 
  • 7-10 biji cili masak* 
  • 2biji bawang besar hiris* 
  • 3ulas bawang putih*
  • 1 Sb Cuka (Boleh tukar asam keping atau limau nipis) 
  • Garam dan aji secukup rasa
  • Bahan bertanda * blender kasar 3kali tekan jer.

Cara-cara :

1. Tumis guna minyak goreng ikan tadi, tumis bawang hiris dulu biar hingga naik bau.
2. Baru masuk bahan blender tumis sampai cili agak garing sikit, jgn sampai hangit pulak kan.
3. Masuk garam aji n gula sikit utk lembutkn biji cili, kemudian masukkan ikan goreng balik-balik masuk cuka, gaul rata
4. Angkat siap dan boleh hidang.


#7 Rendang Ikan Tenggiri


Bahan-bahan ; 

  • Beberape keping ikan tenggiri goreng 
  • Daun kunyit hiris 
  • Daun limau hiris 
  • Kerisik secukupnya 
  • Garam secukup rasa 
  • Gula melaka secukup manis 
  • Santan sedikit
  • Air asam sedikit
  • Rempah kari ikan babas 

Bahan kisar ; 

  • Cili merah + hijau 
  • Cili padi merah + hijau 
  • Bawang merah kecil 
  • Bawang putih 
  • Halia 
  • Serai 
  • Ketumbar biji 
  • Jintan halus & kasar 
  • Kisar hingga halus 

Cara-cara :

1. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga garing dan terbit minyak.
2. Setelah itu masukkan rempah kari tumis lagi. Kemudian bru masukkan kerisik serta air asam 
3. Kacau lagi . Masukkan santan biar seketika . Perasakan garam n gula melaka serta daun limau & daun kunyit . 
4. Akhir sekali bru masukkan ikan tenggiri goreng kacau lagi . Perlahankan api biar hingga mereneh . Tutup api .
5. Siap dihidangkan.






#8 Ikan Tenggiri Masak Lemak Bunga Kantan


Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan tenggiri (basuh bersih) 
  • 1 kuntum bunga kantan 
  • Santan kara 1/2 kotak 
  • 1/2 cube ikan bilis 

Kisar : 

  • 4 tangkai cili padi merah  
  • 3 tangkai cili padi hijau 
  • Kunyit hidup (2 ruas jari) 
Cara-cara :

1. Letak bahan kisar di dalam periuk. Masukkan santan, tambah air sedikit, bunga kantan, cube ikan bilis.
2. Perisakan dengan garam. 
3. Siap! Boleh dihidangkan bersama nasi panas. 



Info Ibu Hamil
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi
https://t.me/ResepiKampungku


Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
https://t.me/bloggersmalaysia


15 فبراير 2022

Bio Essence Rose Gold Review

Bio Essence Rose Gold Review

Bismillah.
Assalammualaikum.

Bio Essence Rose Gold Review | Hari ini, daku nak review satu product yang sangat berkesan semenjak daku gunakan ia 5 bulan yang lalu. Secara jujurnya, daku ialah manusia yang jarang nak guna produk yang terdapat di drugstore sepeti Watson mahupun Guardian. Sebelum ni, daku menggunakan Mary Kay Botanical Effect sebagai skincare rutin tetapi disebabkan harga yang agak ehem, daku pun bercadang untuk menukar skicare dengan menggunakan produk drugstore.

Bio Essence Rose Gold Review

For those yang ada masalah jerawat yang teruk,  you should never skip our skin daily routine like apply toner, moisturizer, essence and something else. Dulu  daku memang tak tahu langsung, apa itu essence. Jadi, daku  try buat search sikit tentang essence sehinggalah daku jumpa produk bio essence rose gold. First impression bila daku tengok product ni, 'Wah, cantiknya' , kebiasaannya product ni memang ada sale, thats why I'm grab that.

Kecil Dan Comel, Bio Essence Rose Gold.


Bio Essence Rose Gold Review

#1 About the product : 


> Product name : 24K Bio-Gold Rose Water Gold 
> Product brand : Bio-Essence 
> Suitable skin type : All skin types 
> Price : RM 15.33 (30ml) & RM79 (150ml) 
> Origin : Singapore 
> Beli di sini : https://invol.co/cl76cja

#2 What it claims : 


> Hydration Moisture is constantly restored and locked into the skin for long hours to keep it well-hydrated while skin takes on a soft & supple radiance for a youthful complexion 

> Fine lines Infused with 24K Bio-Gold which contains powerful anti-oxidanr properties that help to slow down the formation of fine lines for youthful looking skin 

> Pore Reduction Tightens enlarged pores and regulates moisture and sebum balance for fine & smooth skin

Bio Essence Rose Gold Review

#3 The Packing ?


Ia didatangkan dengan 2 jenis kuantiti iaitu 30ml dan 150ml. Botol yang berwarna gold rose ni, korang boleh je bawa kemana-mana sahaja. Kecil dan comel je botol ni. Tapi apa yanga daku kurang suka dengan packing ini ialah bila dah nak habis, saki baki essence susah nak keluar daripada botol. Kepada yang jenis guna sampai habis tu, kena bertabah dan redha je sebab dah boleh buang. Tak mampu nak terbalikkan botol tu tunggu essence ni turun.

#4 Bahan yang terdapat di dalam bio essence rose gold ?


Water, Glycerin, Ceramide 3, Colloidal Gold, Fragrance, Sodium Oxide, Calcium Oxide (Can check on the packing) 

#5 Texture dan warna?


Texture water like with gold beads (24K Bio-Gold). Refer gambar di bawah ni. Gold beads tu yang memukau bila guna di muka. Nampaklah muak tu bersinar-sinar macam emas.

Bio Essence Rose Gold Review

#6 Cara untuk menggunakan bio essence rose gold?


Korang boleh guna dua kali sehari, pagi dan malam. Selepas cuci muka dan memakai toner, korang letakkan beberapa titik di tapak tangan korang, dan apply di muka, tepuk - tepuk lembut bagi memudahkan penyerapan ke dalam kulit. Ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

#7 Apa perasaan aku bila guna bio essence rose gold?


Sebenarnya, ini adalah bio essence rose gold pertama yang daku guna. Sebelum ni, memang tak pernah cuba mana - mana essence, sebabnya daku pun agak noob dengan essence. Sepanjang daku guna, memang kulit muka tak banyak masalah. Selama ni kulit kusam,dah nampak lah perubahan selepas guna. Apa yang daku suka dengan bio essence rose gold ni adalah ianya sangat cepat meresap ke dalam kulit. Bau pun wangi.

#8 Daku recommend atau tidak untuk membeli bio essence rose gold? 


Apa yang boleh daku simpulkan, daku dah repeat bio essence rose gold dan ianya sangat sesuai dengan kulit daku yang bermasalah berminyak ni. Daku recommend untuk korang yang baru jinak nak mencuba essence.

Kesimpulan


Selamat mencuba! Aku harap entri essence rose gold water review ini bermanfaat pada korang yang berjinak - jinak di dalam dunia skincare. Good luck.


(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)






14 فبراير 2022

Tak Ada Mood Kerja Disebabkan Gaji OT

Tak Ada Mood Kerja Disebabkan Gaji OT

Bismillah.
Assalammualaikum.

Tak Ada Mood Kerja Disebabkan Gaji OT | Sabtu lepas aku memang totally burn out disebabkan gaji overtime aku diturunkan ke 1.0. Aku menulis entri ni cuma nak lepaskan rasa geram aku sahaja dan tak ada niat untuk menjatuhkan company yang aku tengah bekerja sekarang ni.

Sejak aku dapat payslip untuk gaji bulan lepas, aku macam pelik, kenapa sikit sangat gajinya. Nak kata aku cuti, taklah juga. Nak kata aku OT lebih 104 jam pun tak juga. Aku kadang cuma ot tak lebih daripada 30 jam. Ot pun ikut mood aku sahaja. Sebab aku dah malas untuk kerja lebih masa.

Ceritanya begini, aku terkejut bila tengok payslip aku tu, gaji ot cuma dibayar 1.0 sahaja. Memandangkan sebelum ni gaji ot aku dibayar 1.5, aku macam speechless sangat sangat. Memang wajarlah kan kalau setiap tahun naik gaji tapi kena tiba tiba pula tahun ke 7 aku kerja ni, ot aku direndahkan sebanyak 1.0 sahaja.




Tanpa ada sebarang notis pasal ot ni, aku cukup emosi tau. Bila kerja construction, boleh dikatakan kau takkan ada masa dengan keluarga, disebabkan tuntutan kerja kau tu. Even public holiday tu pun kena kerja. Tapi, baru baru ni ofis cuma inform ahad dan public holiday, gaji ot dikira berdasarkan 1.0 sahaja.

Kau rasa?

Aku macam, eh eh dah kenapa pula tukar system bagai. Bukan ke dah cakap dalam akta buruh 1955? Gaji ot dibayar sebanyak 1.5 daripada gaji sehari korang? Jumaat lepas boss buat meeting untuk aku dan yang lain setuju bahawa gaji ot dibayar sebanyak 1.0 sahaja.

Kau rasa?

Aku cukuplah angin dan menangis masa meeting tu. Aku menangis bukan sebab gaji ot diturunkan, aku menangis sebab aku kecewa dengan boss aku sendiri. Langsung tak pedulikan akta buruh dan suka suka hati dia je nak menindas pekerja. Kiranya kat mana hak aku sebagai pekerja? 

Memandangkan aku sendiri pun dah kenal boss aku 7 tahun, takkanlah tiba tiba turunkan gaji ot tu? Aku kalau difikirkan balik pasal gaji ot aku ni, buat aku jadi burn out, buat aku migrain dan buatkan aku langsung tak ada mood untuk kerja.

Sekarang ni, aku macam diluah mati emak, ditelan mati bapak. Kang report buruh, aku pulak dicop sebagai kaki mengadu. Kang kalau tak report, aku jugak yang kena hadap dengan kerja. 

Senang cerita, cukup masa balik. No more over time, kau nak marah ke apa ke. I dont want to know! Sebelum aku jadi gila dan tak waras untuk mengadu dengan pejabaat buruh, baik company aku ni buat baik dengan aku!

Buat masa sekarang, aku masih bersabar even aku ni kena tindas!


13 فبراير 2022

Senarai Lengkap Cawangan Kaison Di Seluruh Malaysia

Senarai Lengkap Cawangan Kaison Di Seluruh Malaysia

Bismillah.
Assalammualaikum.

Senarai Lengkap Cawangan Kaison Di Seluruh Malaysia | Hari ni aku nak kongsikan senarai cawangan kaison yang berada di seluruh Malaysia. Kaison ni tempat untuk mereka yang suka dekorasi rumah. Mana tahu kaison near me berdekatan dengan rumah korang. 

Aku suka Kaison ni sebab banyak barang dekorasi rumah yang ada di sini. Kalau korang nak beli langsir pasang siap pun ada dah. Harga bersesuai dengan kualiti kain langsir. Boleh dikatakan, Kaison ini tempat terbaik untuk dekorasi barang rumah.




Senarai Lengkap Cawangan Kaison Di Seluruh Malaysia


Dibawah ini telah aku senarai lengkap cawangan kaison malaysia. Jom kita semak.


#1 Klang Valley 


Sunway Pyramid Shopping Mall 

Kaison Furnishing Sdn Bhd LG2.17 & LG2.18, Level LG2 Sunway Pyramid Shopping Mall, No. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

One Utama Shopping Centre

1 Utama Shopping Centre, Lot S335a, Second Floor, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Sunway Putra Mall 

Sunway Putra Mall, L3.16B, No.100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur

Aeon Bukit Tinggi 

Lot S03 & S08, Second Floor AEON Bukit Tinggi No1, Persiaran Batu Nilam 1/KS 6 Bandar Bukit Tinggi 2, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor

Melawati Mall

L4 – 17(B), Level 4, UP2 - 01, Melawati Mall, 355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Aeon Shah Alam

Lot F26A, First Floor AEON Mall, No.1, Jln Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Paradigm Mall

Lot 2F-02, 2nd Floor, Paradigm Mall, No. 1, Jalan SS 7/26a, Ss 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Eko Cheras Mall

Lot No. S69, Second Floor, EkoCheras Mall No. 693, Batu, 5, Jln Cheras, Taman Mutiara Barat, 56000 Kuala Lumpur

Setia City Mall

Unit No. L1 - 25b, Setia City Mall, No.7 Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia A, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor

MyTown Shopping Centre

No.6, Lot No. L3-012, Level 3, MyTOWN Shopping Centre, Jalan Cochrane, Seksyen 9, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Setapak Sentral

Kaison Furnishing Sdn Bhd, Lot No. S-20 & S-21, Second Floor Setapak Central, No.67, Jln Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


#2 Negeri Sembilan


Aeon Nilai 

Kaison Furnishing Sdn Bhd Lot F11, First Floor AEON Mall Nilai, No 2, Persiaran Pusat Bandar AEON Mall Nilai, No 2, Persiaran Pusat Bandar Putra Point, Putra Nilai 71800 Nilai, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan


#3 Melaka


Aeon Bandaraya Melaka

Secret Recipe @ AEON MALL Bandaraya Melaka, Lot F56, First Floor AEON Mall Bandaraya Melaka, Jalan Lagenda, Taman 1, 75400 Melaka

Mahkota Parade

Lot No. F02 & F03, First Floor, Aeon Mahkota Parade, Taman Costa Mahkota, 75000 Malacca


#4 Johor


Paradigm Mall 

Jalan Mewah Ria 4/1, Taman Bukit Mewah, 81200 Johor Bahru, Johor

Aeon Tebrau City

Lot F01B, First Floor, AEON Mall Tebrau City, No 1, Jalan Desa Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

Aeon Kulai Jaya

Lot F46, First Floor AEON Mall, Persiaran Indahpura Utama, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor

Kaison Bukit Indah

First Floor AEON Mall, 8, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor


#5 Pahang


Kuantan City Mall

L2-19, 20, 21 & 23A, Level 2, Kuantan City Mall, Jalan Putra Square 6/1, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang


#6 Perak


Aeon Seri Manjung

Kaison Furnishing Sdn Bhd, Lot G27 & G28, Ground Floor AEON Mall Seri Manjung, Pusat Perniagaan Manjung Point 3 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan, Malaysia Pusat Perniagaan, Jalan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung, Perak

Aeon Ipoh Station 18

Lot F-53A, First Floor, AEON, No. 2, Susunan Stesen 18, Taman Pengkalan Jaya, 31650 Ipoh, Perak

Aeon Ipoh Klebang

Kaison Furnishing Sdn Bhd, Lot F05, First Floor AEON Mall Ipoh Klebang, Lot 12080, Klebang Perdana 31200 Chemor, Taman Klebang, 31200 Ipoh, Perak


#7 Kelantan 


Aeon Kota Bahru

Lot F25, First Floor AEON Mall Kota Bharu, Pusat Beli-Belah Kota Bharu,, Kampung Sirih, 15050 Kota Bharu, Kelantan


#8 Kedah 


Aman Central Mall

Aman Central, Unit No. 2-48 & 49, Second Floor, Lebuhraya Darul Aman, 05100 Alor Setar, Kedah


#9 Sarawak


Aeon Kuching Central

Min Chu Garden, 93200 Kuching, Sarawak

Vivacity Megamall

Lot L-2-052, L2-053, L2-054 & L2-055, Level 2, Vivacity Megamall, Jalan Wan Alwi, 93350 Kuching, Sarawak


#10 Sabah


1 Borneo

C120 - C122, C136 - C137 Concourse Floor, 1Borneo Hypermall, Jalan Sulaman,, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Imago 

Lot No. 1-51, First Floor, IMAGO Shopping Mall KK Times Square Phase 2, Off Co, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Putatan

Lot G47-51, Ground Floor, Grand Plaza Putatan, Jalan Putatan, Putatan, 89500 Kota Kinabalu, Sabah

Centre Point

Centre Point Sabah, Lot No. C15 - C19, 3rd Floor, No. 1, Lorong Centre Point, 88000 Kota Kinabalu, Sabah







11 فبراير 2022

Jamu Ratu Emas - Jamu Untuk Body Montok & Kembali Dara

Jamu Ratu Emas - Jamu Untuk Body Montok & Kembali Dara

Bismillah.
Assalammualaikum.

Jamu Ratu Emas - Jamu Untuk Body Montok & Kembali Dara | Kemain lagi tajuk entri aku kali ni ehhh...! Sebagai seorang wanita ni memang banyak cabaran dan dugaannya. Nampak je mudah tapi sebenarnya tak seperti yang dilihat dan disangka. 



Tambahan pula,  apabila aku ni sudah bergelar seorang isteri dan ibu, tanggungjawab yang digalas lebih berat dan mencabar. Perkara paling penting yang harus aku kena jaga adalah kesihatan. Sebab itulah aku mengamalkanjamu bagi memastikan badan aku sihat, terjaga dan aku dapat menjalankan rutin harian aku dengan sempurna. 

Hari ini aku nak kongsikan semua jamu untuk body montok & kembali dara yang aku ambil khas untuk kesihatan para wanita di luar sana.. Oh ya, wanita jom ambil tahu!


Jamu Ratu Emas, Jamu Bagi Body Montok & Kembali Dara


Ada tak dikalangan korang yang mengalami keputihan dibahagian miss-v atau mahu mengurangkan sakit senggugut? Kalau ada korang kena baca ni sampai habis ye. Macam aku sendiri pernah mengalaminya terutama semasa mengandung. Masalah keputihan amatlah tidak selesa bila berlakunya keputihan dibahagian tersebut. Segala aktiviti yang dilakukan pun rasa tak kena dan tak selesa.

Oleh sebab itu, wajiblah kita ni ambil jamu bagi merawat masalah keputihan dibahagian miss-v. Bawah ni aku share juga kelebihan Jamu Ratu Emas, jom kita baca.

Kelebihan Jamu Ratu Emas


Ok, apa yang menariknya dengan Jamu Ratu Emas ni, bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilannya adalah daripada bahan-bahan semulajadi tanpa bahan terlarang. Jom kita tengok apakah bahan yang digunakan dalam Jamu Ratu Emas ini.




Manjakani - Mengecutkan rahim/peranakan 
Akar Serapat - Membuang angin 
Kacip Fatimah - Memulihkan tenaga 
Kunyit - Membantu proses detoksifikasi 

Ok, seperti biasa aku ingin ingatkan kepada korang semua dimana sistem badan setiap individu adalah berbeza. So, mungkin tindakbalas dan kesan jamu ini juga berbeza bagi setiap individu itu. Tak cuba tak tahu kan.

Oh ya, sebelum korang menjadi pengguna Jamu Ratu Emas ni, seharusnya korang tahu terlebih dahulu masalah kesihatan korang ye kerana Jamu Ratu Emas ini tidak boleh diambil sekiranya korang hamil, datang bulan (period). Untuk ibu menyusu, boleh diambil selepas bayi 2 bulan keatas. So, tolong alert ye!


Testimoni Aku Sebagai Pengguna Jamu Ratu Emas


Selepas mengamalkan Jamu Ratu Emas ni, Alhamdulillah aku rasa lebih yakin dan selesa sepanjang hari tanpa mengalami masalah keputihan. Aktiviti yang dilakukan sepanjang hari pun lebih bermakna disamping anak-anak dan family tercinta. Tiada lagi ketidakselesaan dalam beraktiviti bersama mereka. Rasa lebih bebas dan sihat. Terima Kasih Jamu Ratu Emas erana memahami setiap permasalahan wanita Dengan Jamu Ratu Emas ni aku rasa lebih sihat, yakin dan ceria. 




Oh, ya satu lagi tentang cara pengambilan jamu ni. Lupa pulak aku nak cerita cara-cara pengambilan Jamu Ratu Emas ni. Apa yang disarankan kepada aku adalah makan 2 biji pada waktu pagi setiap hari selepas sarapan. Satu botol Jamu ni mempunyai 30 biji, jadi korang kena standby lebihlah kat rumah.

Apa yang penting, air masak tu perlulah diambil dengan secukupnya ye. Apa sahaja supplement yang korang amalkan, pengambilan air masak tu secukupnya sangat penting bagi memastikan khasiat dari Jamu Ratu Emas ini dapat diserap secara optimum dan berkesan. 

Untuk sebarang pembelian atau pertanyaan tentang Jamu Ratu Emas by ReBeauty ni, korang boleh berhubung di sini :

8 فبراير 2022

 Resepi Kek Marble Sukatan Cawan Lembut Dan Gebu

Resepi Kek Marble Sukatan Cawan Lembut Dan Gebu

Resepi Kek Marble Sukatan Cawan Lembut Dan Gebu | Dalam musim PKP ni, pernah tak cuba nak buat kek marble sukatan cawan? Aku memang suka nak buat kek tapi nak resepi yang mudah, contohnya dengan menggunakan sukatan cawan. Sebab di rumah daku tiada penimbang bahan, agak susah jugalah kalau tiada penimbang berat tu.

Bolehlah petang ni buat kek marble, jangan risau aku dah share satu persatu langkah untuk membuatnya. Bahan-bahan pun dah ada di dapur dan tak perlu nak keluar untuk membelinya. 

Penat juga tahu kalau kerap sangat keluar musim PKP ni, dah lah nanti sampai di pasaraya nak beratur lagi. Membazir je waktu kalau bahan-bahan dah ada di rumah. Jom baca sampai habis.

Kek Marble Sukatan Cawan Mudah Untuk Dibuat


Resepi Kek Marble Sukatan Cawan
Resepi Kek Marble

Bahan-bahan untuk membuat kek marble:

  •  Telur 4 biji
  •  Marjeerin 1 cawan
  •  Susu pekat 1 cawan
  •  Tepung gandum 2 cawan
  •  Baking powder 1 sudu kecil
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Serbuk koko 2 sudu besar

Cara-cara untuk membuat kek marble:

Ini langkah-langkah untuk membuatnya.

1. Sukat bahan dengan cawan.

Sebelum mulakan mengadun, lebih baik sekiranya kita sukat segala bahan yang diperlukan dengan menggunakan cawan. Cawan tu tak perlu cawan besar ataupun cawan terlalu kecik, guna cawan sedang-sedang sahaja. Tapi guna cawan yang sama ye untuk menyukat. Kalau tak nak guna susu pekat secawan, boleh tukar dengan menggunakan gula.


2. Gaulkan bahan

Mula-mula sekali, masukkan marjerin dan susu pekat di dalam satu bekas. Korang boleh guna whisk je tak perlu guna mixer, jimat sikit elektrik tu. Tapi kalau malas dan mahu cepat, boleh je guna mixer. Korang uli sampai sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi sampai rata.

Resepi Kek Marble Sukatan Cawan
Gaulkan Bahan


3. Masukkan bahan seterusnya

Setelah di pukul rata, korang masukkan esen vanilla. Esen vanilla ni kita masukkan bagi mengurangkan bau hamis telur. Vanilla kan bau wangi, in syaa Allah hamis telur tu akan hilang. Tapi jangan masukkan satu botol pulak. Cukup dengan masuk satu sudu kecil sahaja. Setelah itu, barulah masukkan tepung gandum dan baking powder. Teruskan pukul tau.


Resepi Kek Marble Sukatan Cawan
Asingkan adunan


4. Asingkan adunan

Adunan yang dah siap dipukul tadi tu, korang boleh asingkan kepada dua bahagian ke dalam dua bekas yang berbeza. Separuh adunan korang tak perlu ganggu dan separuh bahagian lagi korang campurkan dengan serbuk koko. Lalu gaulkan bersama-sama. Dua adunan itu akan jadi, satu yang digaulkan dengan koko dan satu lagi tanpa memasukkan pewarna. Biarkan je kosong.

5. Campurkan dua adunan

Setelah itu, korang masukkan dua adunan ni ke dalam loyang. Pastikan loyang ni disapu sekelilingnya dengan marjerin ye. Senang nanti lepas bakar kek tak melekat di loyang. Korang masukkan 1 senduk adunan original dan letak di tengah-tengah loyang. Selepas itu, ambil pula adunan koko 1 senduk dan letakkan di tengah-tengah adunan original tadi. Tindih secara berselang seli sampai habis. Lepas itu, goyang-goyangkan loyang bagi adunan sekata.


Resepi Kek Marble Sukatan Cawan
Ukir di atas adunan


6. Ukir di atas adunan

Part ni mesti korang suka. Korang boleh ambil lidi satay untuk lorekkan seperti di gambar atas. Tapi kalau tak nak ukir, pun boleh je Ikut atas kehendak masing-masing, bagi daku, daku suka adunan tu diukir bagi cantik sebelum dibakar. Nanti bila dah dibakar memang tak boleh buat dah.


7. Siap untuk di bakar

Sebelum nak bakar, pastikan oven dah betul betul panas ye. Suhu 170 degree selama 45 minit dan guna api bawah. Tunggu sampai masak barulah korang hidangkan.

Akhir Kata

Eh! Dah tertarik ke nak buat kek marble sukatan cawan ni? Dah baca kan cara nak membuat kek marble? Mudah tak, ke sebenarnya malas nak membuat. Hehehee. 

Musim PKP ni macam macam jenis makanan di jual secara online tapi sanggup ke nak bayar COD yang kadang tu tak masuk akal. In syaa Allah, air tangan seorang isteri dan ibu ni boleh merapatkan kasih sayang sesama keluarga.

Apa yang penting, ikhlas dan rajin membuatnya. Barulah suami dan anak-anak sayang. Suami dah tak cari dah perempuan lain, hehehe moga di jauhkanlah ye. Selamat mencuba.


Kredit : FB Maisarah Zakariah



7 فبراير 2022

11 Koleksi Resepi Masakan Ayam Simple Dan Menarik

11 Koleksi Resepi Masakan Ayam Simple Dan Menarik

Bismillah.
Assalammualaikum.

11 Koleksi Resepi Masakan Ayam Simple Dan Menarik | Hari ni aku nak kongsikan resepi masakan ayam simple. Ayam ni macam macam jenis kita boleh masak. Sampai kadang tu tak tahu nak masak apa dah ayam ni kan?

Jadi, dengan adanya koleksi resepi masakan ayam simple ni, dapatlah memudahkan korang untuk masak lauk tengahari atau malam. In shaa Allah yang aku senaraikan ni mudah je nak masak. Janji bahan bahan mudah didapati.

Selamat mencuba resepi masakan ayam simple. 


resepi masakan ayam simple


11 Koleksi Resepi Masakan Ayam Simple Dan Menarik


Di bawah ini telah aku senaraikan resepi masakan ayam simple. Untuk korang yang ingin mencuba resepi masakan ayam simple ini, sila lihat beberapa resepi di yang telah dipaparkan di bawah. 



Resepi Masakan Ayam Simple


#1. Ayam Kukus Chinese

  • 1 ekor ayam dipotong 20-24 (macam buat nasi ayam ) 
  • 2" halia dihiris nipis 
  • 5 batang daun bawang dipotong panjang 
  • garam secukup rasa  

Bahan untuk perap: 
  • 3 sdb kicap cair 
  • 2 sdt minyak bijan 
  • 1 sdt lada serbuk hitam 
  • garam secukup rasa. 
  • gaul semua bahan dan lumur pada ayam perap lebih kurang 1 jam 

Cara Penyediaan: 

1. Panaskan kukusan pada api besar 
2. Susun ayam atas pinggan kukusan 
3. Taburkan halia dan daun bawang
4. Kukus sehingga empuk.


Resepi Masakan Ayam Simple

#2. Ayam Masak Thai

Bahan A: 

  • 10 ketul bahagian ayam digoreng 
  • 1 biji bawang besar/holland (potong bulat) 
  • 2 batang serai dititik 
  • Daun limau purut 
  • Garam secukupnya 
  • 2 sudu sos tiram 
  • 2 sudu sos cili 
  • Sedikit air Minyak 

Bahan B: (bahan kisar) 

  • 3 ulas bawang merah 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 5 biji cili merah 
  • 3 biji cili hijau 
  • 2 biji cili api 

Cara memasak: 

1. Tumis serai yg dititik sampai naik bau.. 
2. Kemudian masukkan hirisan bawang dgn daun limau purut.. 
3. Tumis sampai garing.. 
4. Dah garing masukkan bahan yg dh diblend kemudian masukkan sos tiram,sos cili,air 
5. Last sekali masukkan ayam & perasa ikut sesedap rasa.. Siap!


Resepi Masakan Ayam Simple


#3. Ayam Goreng Mudah 

Bahan-bahan: 

  • 1 sdt lada hitam yg d tumbuk kasar 
  • 1 labu bwg putih tumbuk kasar 
  • 1 sdt serbuk cili
  • 1 sdt serbuk garam
  • 1 sdt serbuk serbuk perasa ayam maggi
  • Tepung beras
  • Sedikit air
  • Ayam
Cara penyediaan :

1. Masukkan semua bahan di atas kecuali ayam.
2. Kacau sebati dan kemudian bole la goreng. 

*tepung beras dan air jgn bnyk sgt, cukup sekadar menyaluti ayam jer
*nak perap dulu pun boleh


Resepi Masakan Ayam Simple

#4. Ayam Phat Phet

Bahan A (Kisar):

5 biji cili padi  
2 hiris halia kunyit hidup 
1 atau 2 batang serai 
5 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar 

Bahan B: 
3 keping ayam mentah dipotong dadu 
1 batang serai 
1 asam keping 
4 helai daun limau purut 
Sedikit Garam dan Gula
Secubit ajinomoto 

Cara-cara: 

1. Kisar dan blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau & setelah kering tumisan tadi masukkan secawan air. 
2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula. 
3. Pastikan ayam masak sepenuhnya. Jika kurang berkuah masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri. Kalau nak pedas lagi boleh blend cili padi lebih. Masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je


Resepi Masakan Ayam Simple

#5. Ayam Kham Keong

 

Bahan-bahan : 

1 Ekor ayam dipotong 18. 
2 ulas bwang besar (sbiji didadu n sbiji lg potong kasar). 
4 ulas bwang putih (ketuk). 
6 cili merah (belah 2) jika nak pedas lebihkan cili. 
7 cili kmpung (belah 2) jika nak pedas lebihkan cili. 
20 helai daun kari. 
2 sb sos cili. 
2 sb sos tomato. 
2 sb sos tiram. 
2 sb kicap lemak mnis. 
3 or 4 sb kari. 
Minyak masak. 
Garam

Cara Penyediaan : 

1. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit,garam dan lada hitam. Goreng ayam hingga masak. Asingkan.
2. Serbuk kari dbancuh dengan sedikit air. Panaskan minyak tumis bawang besar bawang putih hingga wangi. 
3. Masukkan bancuhan kari dan daun kari. Masukkan sos dan kicap kacau sebati hungga agak pekat. 
4. Masukkan ayam goreng serta hirisan cili. Gaul rata. Siap dihidang.


Resepi Masakan Ayam Simple

#6. Ayam Masak Kicap Pedas Daun Kari 


BAHAN-BAHAN: 

  • Kayu manis 
  • Bunga lawang 
  • Buah pelaga 
  • Cili kering blender 
  • Bwg beso (hiris) 
  • Bwg Putih (hiris) 
  • Halia (hiris memanjang) 
  • Cili padi ijau/merah (belah dua) 
  • Daun kari 
  • Air Asam jawa 
  • Kicap Air ckit utk kuah 
  • Garam (jika perlu SBB dh ada kicap kn) 
  • Aji/gula 
  • Bwg beso (hiris bulat) 

CARA PENYEDIAAN: 

1. Ayam (goreng dulu tp xyah goreng garing sgt) 
2. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga n bahan hiris n daun kari smpai naik bau. Pastu mskkn cili blender n Tumis smpai garing.
3. Dh garing masukkn air Asam jawa ckit, kicap n air. Biar kuah mendidih. 
4. Bile kuah dh mendidih mskkn ayam goreng. Mskkn garam (jika perlu), aji n gula secukop rasa.
5. Biarkn mendidih lg skali n masukkn bwg hiris bulat n cili padi. Siap.


Resepi Masakan Ayam Simple


#7. Ayam Masak Lada Hitam


BAHAN-BAHAN: 

5 ketul ayam 
6 ulas bawang merah – ditumbuk 
2 ulas bawang putih – ditumbuk 
1 inci halia – dihiris 
1 sudu kecil lada hitam 
2 sudu besar sos tiram 
4 sudu besar kicap manis 
Beberapa biji cili padi – jika suka 
1/2 cawan air 
1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air 
Garam dan gula 
Minyak masak untuk menumis 

BAHAN PERAP: 

2 sudu besar kicap manis 
2 sudu besar sos tiram 
1 sudu kecil lada hitam

CARA MEMASAK: 

1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak. 
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau. 
3. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata. 
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.


resepi masakan ayam simple


#8. Phad Phed Kai Ori Thailand 


BAHAN RENCAH: 

3 batang serai 
Sedikit lengkuas 
Sedikit halia 
6 ulas bawang putih 
2 ulas bawang merah 
Cili api ikut suka - bergantung nak pedas mana 
Sedikit cili kering 
Belacan 

 BAHAN LAIN: 

1/2 ekor ayam - potong kecil 
4-5 tangkai kacang panjang - potong pendek 
Terung pipit secukupnya 
2-3 helai daun limau purut - hiris halus 
Garam & gula secukup rasa 

CARA MEMASAK: 

1. Kisar bahan rencah hingga halus. Panaskan minyak dan tumis hingga pecah minyak. 
2. Setelah kelihatan agak garing, masukkan garam, gula serta ajinomoto jika suka. 
3. Setelah ayam masak, masukkan kacang panjang, terung pipit dan hirisan daun limau purut. 
4. Gaul rata dan setelah sayur masak. Angkat dan hidangkan. 
5. Paling sedap makan dengan nasi panas.


resepi masakan ayam simple


#9. Ayam Ala Kenny Rogers


BAHAN-BAHAN: 

Bawang besar 2 biji 
Bawang putih 4 ulas 
Minyak zaitun 
Halia 
Perasa Maggi 
Sos black pepper 
Sos tiram 
Lada hitam 
Madu 
Sedikit air 

CARA MASAK: 

Blend semua barang di atas dan lumur pada ayam, bakar dalam suhu 200, masa dalam 1 setengah jam, tambahan lepas masak tu kalau yang nak tabur mix herba pun boleh


Resepi Masakan Ayam Simple


#10. Ayam Masak Merah Kenduri


BAHAN-BAHAN: 

1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih (Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.) 
3 biji bawang besar (size besar tau)* 
4-5 ulas bawang putih* 
1 1/2 inci halia* (Blend semua bahan bertanda *) 
3-4 senduk cili kisar 
5 sudu besar sos cili 
2 biji tomato 
2 batang serai - diketuk 
1 kulit kayu manis 
3 bunga lawang 
5 buah pelaga 
Garam dan gula secukupnya 
 
CARA MASAK: 

1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap. 
2. Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing. 
3. Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam. 
4. Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati. 
5. Siap! Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato


Resepi Masakan Ayam Simple

#11. Ayam Masak Kicap Berempah


BAHAN-BAHAN: 

  • isi ayam digoreng, jangan garing sangat-ketepikan. 
  • 2 biji bawang besar* 
  • 3 ulas bawang putih* 
  • 2 inci halia* 
  • Jintan manis* 
  • Jintan putih* 
  • Rempah 4 sekawan(kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang) 
  • air asam jawa 
  • kicap manis/kicap pekat 
  • sos tiram 

CARA PENYEDIAANYA: 

1. Tumis bahan bertanda*. bahan ni ditumbuk/blend ya. Dah agak garing dan naik bau, masuk rempah 4 sekawan tadi.
2. Masukkan air asam jawa,kicap manis,kicap pekat dan sos tiram. Kalau suka kuah byk boleh tambah air lagi. Tak perlu letak garam pun x pe sbb kicap dah masin. Ikut citarasa klau rasa kurang masin boleh je tambah sedikit garam.
3. Dah mendidih masukkan ayam yang digoreng tadi.hiris bawang besar,cili merah,cili hijau masukkan dalam kuali(optional)
4. Siap utk dihidangkan. Selamat mencuba 


Semoga perkongsian resepi masakan ayam simple ini dapat membantu korang untuk sediakan makanan ini dengan mudah dan cepat, semoga bermanfaat dan selamat mencuba.