Terjemahan Surah Al Fatihah Jawi Dan Rumi Berserta Kelebihan

Perkongsian kali ini tentang terjemahan surah al-fatihah, minggu lepas saya juga ada kongsikan cara berdoa yang betul yang boleh korang membacanya. 

Surah Al Fatihah adalah surah yang menjadi salah satu rukun solat sehingga wajib diketahui dan dihafalkan oleh setiap muslim. Tapi tahu kah korang maksud al fatihah dalam bahasa melayu?

Sebenarnya, Surah Al Fatihah ini bukanlah surah yang pertama kali diturunkan, tetapi surah ini menjadi surah yang berada di urutan paling pertama di dalam Al-Quran, ummul kitab. Surah ini diturunkan di Mekkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. 

Terjemahan Surah Al Fatihah

Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah iaitu bermaksud Pembukaan kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. 

Baca sini: Surah Al Kahfi 1-10

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran atau Ummul Kitaab kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan juga menjadi inti sari daripada kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini juga turut dinamakan sebagai As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Maksud Surah Al-Fatihah Jawi Dan Rumi

Berikut aku kongsikan terjemahan Surah Al Fatihah dalam rumi berserta bacaan jawi termasuklah maksud yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk memudahkan kalian yang tidak tahu membaca bahasa Arab.

Bacaan Surah Al Fatihah Jawi


Terjemahan Surah Al Fatihah

Bacaan Surah Al Fatihah Rumi & Terjemahan


Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

Alhamdulillahi rabbil alamin
(Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam)

Arrahmanirrahim
(Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

Maaliki yaumiddiin
(Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) )

Iyyaka na'budu waiyyaka nastaiin
( Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan)

Ihdinashirratal mustaqim
(Tunjukkanlah kami jalan yang lurus)

Shiratalladzina an'amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin
(Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, buka (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat)


Video Bacaan Surah Al-Fatihah



Kelebihan Surah Al-Fatihah 


Berikut adalah beberapa kelebihan yang terdapat pada surah ini apabila kita amalkan dengan membacanya setiap hari dalam apa jua keadaan, antaranya adalah : 

1. Membaca surah ini seolah mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.

2. Setiap satu ayat daripada surah ini  menjadi penutup satu pintu neraka.

3. Mukmin yang membaca surah ini seolah-olah telah sedekahkan emas di jalan Allah Swt

4. Memudahkan memperoleh ilmu pengetahuan serta membersihkan hati dan fikiran

5. Dapat mengabulkan hajat seseorang jika membacanya sebanyak 40 kali setiap kali selepas selesai solat Maghrib dan solat sunat.

6. Jika membacanya sebanyak 41 kali sewaktu makan sahur, atas izin Allah rezeki individu yang mengamalkannya akan dipermudahkan.

7. Mengelakkan daripada sebarang gangguan sewaktu tidur.


Bacaan Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri


Perkongsian daripada Ustaz Ebit Liew melalui laman facebook yang menerangkan kepada kita semua bagaimana kita juga boleh menghadiahkan surah ini dengan membacanya untuk diri kita sendiri.

Korang pernah tak hadiahkan surah ini untuk diri korang sendiri? Jika belum pernah, korang boleh lakukannya mulai hari ini kerana ini adalah makan yang bagik bagi roh kita, iaitu zikir-zikir dan juga surah Fatihah ni. Ia adalah sebaik-baik hadiah untuk rohani kita. 

Cara Untuk Mengamalkan Surah Ini


Setiap pagi apabila kita bangun daripada tidur, korang lakukanlah seperti yang aku kongsikan di bawah ini, sebaiknya amalkan setiap hari dalam kehidupan kita tanpa meninggalkan amalan walau dalam sehari.

1. Beri salam pada diri sendiri dahulu

2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut sebanyak 3 kali

3. Kemudian, sentuh dada kiri kita (jantung) sambil mengucapkan "ALHAMDULLILAH"

4. Kemudian, katakanlah :

"Aku hadiahkan Al Fatihah ini untuk diriku sendiri, lahir dan batinku. Ya Allah, jagalah hamba mu ini, lindungi hamba Mu, jadikanlah hamba penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya. Aamin Ya Allah."

5. Lalu, baca surah Al fatihah 1x



Semoga perkongsian akan Surah Al Fatihah jawi dan rumi berserta dengan maksud terjemahan dilengkapkan juga dengan kelebihan yang terdapat dalam surah ini dapat membantu menambahkan ilmu pengetahuan kepada kita semua. Semoga bermanfaat.




3 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama