24 يناير 2022

Senarai Cawangan Mr Dollar Seluruh Malaysia

Senarai Cawangan Mr Dollar Seluruh Malaysia

Bismillah.
Assalammualaikum.

Senarai Cawangan Mr Dollar Seluruh Malaysia | Korang pernah nampak tak kedai Mr Dollar? Hari ni aku nak kongsikan cawangan Mr Dollar seluruh Malaysia. Aku pernah masuk 3 kali macam tu, sebab seronok beli makanan frozen.

Sebenarnya kan, Mr Dollar ni merupakan anak syarikat kepda Mr DIY yang sangat popular di seluruh Malaysia. Kt sini, diorang tak fokus pada barangan hardware tetapi ada juga menjual pelbagai barangan seperti makan, minuman, barang keperluan rumah, barangan sejuk beku dan banyak lagi.

Satu hal lagi, yang membezakan Mr Dollar dengan Mr DIY ialah pada harga barangannya. Harga barang di sini harga tetap iaitu RM2 atau RM5 sahaja. 


mr dollar malaysia


Senarai Cawangan Mr Dollar Seluruh Malaysia


Sila kunjungi di mana-mana cawangan Mr Dollar yang berdekatan dengan korang di seluruh Malaysia seperti dalam senarai yang akan dikongsikan di bawah : 


#1 Cawangan Mr Dollar Johor 


Mr Dollar KipMall Tampoi

S19 & MS129 Ground Floor, Kipmall Tampoi, KIP Villa Indah, 01-03, Jalan Titiwangsa 1, Taman Tampoi Indah, 81200 Johor Bahru, Johor.
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Angsana Johor Bahru Mall

Lot L4.8 & L4.8A, Level 4, Angsana Johor Bahru Mall, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru Johor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Sutera Mall

L1-090 Level 1, Sutera Mall, L1-046, 1, Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai Johor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Taman Bukit Indah

No.21 & 23, Jalan Indah 15/1, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar MidValley Southkey

T-045, Third Floor, The Mall Mid Valley Southkey, LGK-03A, No.1, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor.
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Taman Johor Jaya

No.2, Jalan Rosmerah 2/18, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Today's Market Masai

Lot No 0-7, Today's Market, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Kip Mall Kota Tinggi

Lot No. CP001, Kipmall Kota Tinggi, Jalan Tun Sri Lanang, Taman Mawai Jaya, 81900 Kota Tinggi, Johor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Jalan Bayan Sembrong Barat, Yong Peng

No.37 & 38, Jalan Bayan Sembrong Barat, 83700 Yong Peng, Johor Darul Takzim.
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Pusat Perniagaan Payamas, Tangkak

No. 1 (First Floor), No.2 (Ground, 1st, 2nd & 3rd Floor), No.3 (Ground, 1st, 2nd & 3rd Floor), Jalan Perniagaan Payamas, Pusat Perniagaan Payamas, 84900 Tangkak, Johor Darul Takzim.
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Toppen Shopping Centre

L2.13, Level 2, Toppen Shopping Centre, No.33A, Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Jalan Genuang, Segamat

No.99, 100 & 101, Jalan Genuang, 85000 Segamat, Johor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Kluang Mall

Lot No.2-01, Second Floor, Kluang Mall, Jalan Rambutan, Bandar Kluang, 86000 Kluang, Johor.
10AM - 10PM
603-89611338

MR Dollar Jalan Perdagangan Bakri, Muar

Pt 14389 (Ground & 1st Floor), Pt 14390 (Ground, 1st & 2nd Floor), Pt 14391 (Ground & 1st Floor) & Pt 14392 (Ground & 1st Floor), Jalan Perdagangan, Off Jalan Bakri, 84000 Muar, Johor
10AM - 10PM
603-89611338


#2 Cawangan Mr Dollar Kuala Lumpur


Mr Dollar Taman Maluri Cheras

Wisma Sistem 2, No 244, 246 & 248, Jalan Majkota, Taman Maluri, Cheras 55100 Kuala Lumpur
9AM - 10PM (Sun-Thurs) & 9AM - 10.30PM (Fri & Sat)
603-89611338

Mr Dollar Kip Mall Bangi

Level 1, Lot 3, KipMart Bangi, Jalan Medan Bangi (Business Park Bangi Golf Resort), Off Persiaran Kemajuan Seksyen 6, Bandar Baru Bangi 43650 Kuala Lumpur.
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Wangsa Niaga, Wangsa Maju

No.2, Jalan Wangsa Niaga, Off Jalan 34/26, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Setapak Central

Lot No. S-26 & S-27, Second Floor, Setapak Central, No.67, Jalan Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar MYTOWN Shopping Mall

B1-029, Level B1, MyTown Shopping Centre, Level 3, No.6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Mr Dollar The Scott Garden

Lot No G-01-17, G-01-18 & G-01-19, Kompleks Rimbun Scott, The Scott Garden, 289 Jalan Klang Lama 58100 Kuala Lumpur


#3 Cawangan Mr Dollar Selangor

Mr Dollar Ampang Waterfront

No.5, 5-1 (GF+1F) & 6-1 (1F), Jalan AWF 1, Ampang Waterfront, Ampang Selangor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Jalan Kepong 6/12 Mile

No.2, 4 & 6, Jalan 1/32, 6 1/2 Mile Off Jalan Kepong
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Kip Mall Kota Warisan

G29A, Kip Mall Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Jalan Pasar Baru 3, Pekan Semenyih

No.9 (GF+1F+2F), 11(GF+1F+2F), 13(GF+1F+2F), Jalan Pasar Baru 3, Pekan Semenyih, 43500, Semenyih Selangor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Sungai Chua, Kajang

S-50 (A) Ground Floor, Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, 43000 Kajang Selangor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Desa Coalfields, Sungai Buloh

No.46, 48 & 50, Jalan DC 4/5, Desa Coalfields, 47000 Sungai Buloh, Selangor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Sunway Giza

Lot C-09-G, C-09-M & C-09-1, Block C, Sunway Giza, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Metro Point Complex

F12, F13, F13A, F15B, F15C & F15D, First Floor, Metro Point Complex, Jalan Jelok 6, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor.
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Sunway Piramid

Unit No F1, MZN.01, First Floor, Sunway Pyramid, No.3, Jalan PJS 11/15, Sunway City, 47500 Petaling Jaya, Selangor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Dataran C180, Cheras Selatan

No.13 (GF), No.13A & 15, (Ground, First & Second Floor), Jalan C180/1, Dataran C180, 43200 Cheras Selatan, Selangor Darul Ehsan.
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Taman Bayu Perdana, Klang

No.214 & 216, Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor.
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar BMC Bandar Mahkota Cheras


F12, F13, F13A & F15, First Floor, BMC Mall, Jalan Temenggung 21/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras Selangor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar The Mines Shopping Mall

Unit No. L1-96A/97(P), Level 1, The Mines, Jalan Dulang, MINES Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Taman Bukit Serdang

Lot No. B1-1, Menara Milsonland Olive Hill, Jalan BS 3/12, Seksyen 3, Taman Bukit Serdang 43300 Seri Kembangan, Selangor.
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Tropicana Gardens Mall

Lot 1F-06 & 07, First Floor, Tropicana Gardens Mall, No.2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor
10AM - 10PM
603-89611338



#4 Cawangan Mr Dollar Perlis


Mr Dollar Pusat Perniagaan Pauh, Perlis

No. 2,4, 6 & 8, Jalan Pauh 2, Pusat Perniagaan Pauh, 02600 Pauh, Perlis
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Kangar Jaya, Jalan Tuanku Syed Putra

No.4, 6 & 8, Jalan Kangar Jaya 1, Kangar Jaya, Jalan Tuanku Syed Putra 01000 Kangar, Perlis
10AM - 10PM
603-89611338

#5 Cawangan Mr Dollar Kedah


Mr Dollar Langkawi Saga Shopping Centre, Pekan Baru Kuah

Langkawi Saga Shopping Centre, 12B-21B Pekan Baru Kuah, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman
10AM - 10PM
603-89611338


#5 Cawangan Mr Dollar Kelantan


Mr Dollar Bandar Baru Bentara Tumpat

Lot 9, 10, 11 & 12, Jalan Setia 5, Bandar Baru Bentara Tumpat 16200 Tumpat Kelantan
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Bukit Bunga, Tanah Merah Kelantan

Lot 2569, Mukim Nibong, Bukit Bunga 17500 Tanah Merah Kelantan
10AM - 10PM
603-89611338


#6 Cawangan Mr Dollar Perak


Mr Dollar jalan Toh Shahbandar Muda 2, Gerik

No.40, 41, 42 & 43, Jalan Toh Shahbandar Muda 2, 33000 Gerik Perak Darul RIdzuan
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Lagenda Village Mall

Lot 1-9 & 1-10, First Floor, Lagenda Village Mall, Sungai Petani, 08000 Kedah Darul Aman
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Pusat Perniagaan Jalan Siakap, Bagan Serai

No.198, 199, 200, 201, Susur Siakap 1, Pusat Perniagaan Jalan Siakap, 34300 Bagan Serai, Perak
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Jalan Dato Sagor, Kuala Kangsar

Plot 1 & 2, Jalan Dato Sagor, 33000 Kuala Kangsar Perak
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Terminal Pusat Perdagangan Kampar

No. 23, 24, 25, & 26, Jalan Terminal Kampar 1/D, Pusat Perdagangan Kampar 31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan
10AM - 10PM
603-89611338


#7 Cawangan Mr Dollar Penang


Mr Dollar All Seasons Place

Unit No. 6H-2-1, 6H-2-2, 6H2-3 & 6H-2-3A, Level 2, All Seasons Place, Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru Air Itam, 11500 Penang
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Pusat Perniagaan Oren, Butterworth

No.57, Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren, 11300 Butterworth Penang
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Kompleks Bukit Jambul, Bayan Lepas

3A-01-888A (First Floor), Kompleks Bukit Jambul, Jalan Rumbia, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Kompleks Seri Mertajam, Bukit Mertajam

Lot No. 1765, (Ground & First Floor), Kompleks Seri Mertajam, Jalan Ciku Taman Ciku, 14000 Bukit Mertajam Penang
10AM - 10PM
603-89611338


#8 Cawangan Mr Dollar Sarawak


Mr Dollar The Spring Bintulu

Lot No. F35, F36, F37, F38 & F39, First Floor, The Spring Shopping Mall, Lot 482, Jalan Tanjung Batu Bintulu Town District, 97000 Bintulu Sarawak
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Vivacity Megamall

Lot L1-054  & L1-055, level 1, Jalan Wan Alwi, 93350 Kuching, Sarawak
10AM - 10PM
603-89611338


#9 Cawangan Mr Dollar Negeri Sembilan


Mr Dollar Pusat Perniagaan Lavender 2, Senawang (Near to Kipmart)

No.2, 3, 25 & 26, Jalan KLS 2, KIP Mart Lavender Height Senawang, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
10AM - 10PM
603-89611338


#10 Cawangan Mr Dollar Melaka


Mr Dollar Bandar Baru Sungai Udang, Melaka 

No.1,3,5,7 & 9, Jalan Kerambit 2, Bandar Baru Sungai Udang, 76300 Sungai Udang, Melaka
10AM - 10PM
603-89611338

Mr Dollar Taman Bestari, Duyung Melaka

No.6-8 & 8-1, 10 & 10-1, Jalan TDB 5, Taman Duyong Bestari, 75460 Melaka.
10AM - 10PM
603-89611338

JOM MAKAN BUFFET DI THISTLE HOTEL JB SEMPENA TAHUN BARU CINA

JOM MAKAN BUFFET DI THISTLE HOTEL JB SEMPENA TAHUN BARU CINA

Bismillah.
Assalammualaikum.

Jom Makan Buffet Di Thistle Hotel JB Sempena Tahun Baru Cina | Kali ini merupakan kali kedua aku dijemput oleh Joshua ke Hotel Thistle sempena dengan media review untuk "Lunar New Year Buffet Festive". Seronok eah tiap-tiap minggu makan percuma, jenuhlah nak kurus kalau asyik makan je. 



Kaum cina akan menyambut Tahun Baru Cina pada awal Februari ni kan. Semua tempat sedang rancak mempromosikan pakej makan besar dan makanan sempena tahun baru cina ni, begitu juga dengan Thistle Hotel Jb. 

Kalau dulu, makan besar ini dibuat di rumah ibu bapa atau anggota keluarga yang paling tua, tetapi zaman moden sekarang ni ramai yang memilih untuk makan besar di hotel ataupun restoran sebagai lokasi untuk meneruskan tradisi ni.

Sebenarnya, makan besar di hotel lagi menjimatkan masa dan lebih mudah kerana yang lagi pentingnya adalah semua anggota keluarga dapat berhimpun sambil menikmati juadah yang enak di tahun baru cina. Apa salahnya jikalau tahun ini kita mencuba untuk makan buffet di hotel pula kan?


Lunar New Year Buffet Festive Di Thistle Hotel JB


Korang lagi selesa yang mana, buffet atau set? Ikutlah selera tekak masing masing. Kalau rajin nak bangun, boleh pilih makan buffet. Kalau malas nak bangun, ha amik jelah yang set terus, lagi senang. Diorang hidangkn, korang just ngap je kan. Mudah gitu. 

Jadi di Thistle Hotel ni korang boleh pilih sama ada untuk makan besar secara buffet ataupun secara set. Entri ini hanya khas untuk makanan buffet sahaja tau, korang boleh tengok menu menu dibawah ni nanti. Last say kalau nak makan besar secara by set, aku sertakan sekali menu dan harganya ya.

Lunar New Year Set Menu

Set Menu A : Prosperity Set | RM1,888 nett (10 orang)
Set Menu B : Fortune Set | RM1,588 nett (10 orang)
Set Menu C : Blessing Set | RM1,288 nett (10 orang)




Lunar New Year Festive Buffet Menu 

31 Jan : CNY Reunion Buffet Dinner (6.30pm to 10.30pm) | RM138 (adult) RM78 (child)
01 Feb : CNY Prosperity Buffet Dinner (6.30pm to 10.30pm) | RM128 (adult) RM65 (child)
01 Feb : CNY Longetivy Buffet Hi-Tea (12.30pm to 4.00pm) | RM88 (adult) RM50 (child)
02 Feb : CNY Happiness Buffet Hi-Tea (12.30pm to 4.00pm) | RM88 (adult) RM50 (child)

Untuk Lunar New Year Festive Buffet Menu ni ada 4 jenis pilihan menu yang korang boleh pilih, samaada nak sebelum hari raya ataupun semasa hari raya cina. Nampak je sama, tapi ada beza dari segi harga dan juga menunya.

Okay kita mula tengok menu yang ada di dalam CNY Reunion Buffet Dinner ya..

Menu-menunya 'main course' adalah : 

A) In the chaffing dish : 

Steam Fragfrant White Rice | Pineapple Fried Rice with chicken dice | Braised BBQ Beef Brisket | Steamed Whole Seabass Fish with Hot Bean & garlic sauce | Stir Fried Prawns with Salted Egg sauce | Deep Fried Boneless Chicken & Thai Mayo | Stir Fried Nam Heong Crab, Ginger & Scallion, Braised Mushroom | Sea Asparagus & Broccolli 

B) In The Claypot : 

Smoked Beryani Rice | Lamb Shank Masala | Sotong Sumbat Nyonya Curry | Dalcha Sayur 

thistle hotel

Ha, terliur tak dengan menu 'main course'. Aku try 4 makanan kat atas ni, semua sedap belaka terutama salmon tu. Aku bukanlah penggemar salmon tapi masakan salmon yang aku makan kali ni, lain daripada yang lain. Sedap dan menepati citarasa tekak aku.

Kalau korang dah kenyang kan, korang boleh juga makan mixed sushi. Masa aku sampai hari tu, first thing aku makan is sushi. Heheheh sedap jugak sushinya. Selain itu, korang boleh cuba makan makanan bakar-bakar atau seafood in ice. Makan makanan yang fresh contohnya oyster. Sedap wei bila perah dengan lemon.





Lastly, korang habiskan buffet dengan beberapa jenis dessert. Dessert yang aku suka is macaron, mixfruit tartles (macam bawah ni). Sudah pastinya, makan buah buahan. Hehehe patutnya makan buah sebelum makan, ni makan selepas pulak. 

Kalau korang nak tengok lebih banyak menu buffet ni, korang boleh ke instagram aku ye. Kat situ aku letak banyak gambar dan reels video. 





Eh satu lagi, kalau korang tak nak makan buffet tapi nak makan Yee Sang di rumah. Korang boleh je beli Yee Sang takeway dari Thistle Hotel ni. Harga RM58 nett for small dan RM108 nett for large. 

Untuk menu di atas tadi, korang di minta untuk menempah awal seminggu sebelum ya, bagi memastikan penyediaanya lengkap dan dikhuatiri full booking. Nak tempah sekarang pun dah boleh dah.. Takut penuh pulak nanti.



Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, korang boleh hubungi : 

Thistle Johor Bahru
Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

+607-222 9234 | +607-267 8999 | https://wa.me/60127892092
fnbcoordinator.jb@thistle.com.my | salesthistle.johorbahru@thistle.com.my 

Facebook : https://www.facebook.com/Thistle.Johor.Bahru
Website : https://www.thistle.com.my/johorbahru

23 يناير 2022

10 TABIAT BURUK YANG PERLU DIELAKKAN SUAMI TERHADAP ISTERI

10 TABIAT BURUK YANG PERLU DIELAKKAN SUAMI TERHADAP ISTERI

Assalammualaikum dan hello there!

10 TABIAT BURUK YANG PERLU DIELAKKAN SUAMI TERHADAP ISTERI | Isteri adalah sahabat sehidup semati kita. Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, kita seharusnya mengelakkan 10 tabiat buruk yang disenaraikan di bawah ini dan memilih untuk menjadi suami yang terbaik, suami yang sanggup mendahulukan kepentingan isteri dan keluarga dari perkara-perkara lain.

1. SUKA MENGKRITIK ISTERI



Cermin diri kita sendiri dan jangan suka mengkritik isteri kita. Pilihlah untuk sentiasa menghargai isteri kita. Berikan pujian-pujian atas apa yang telah dilakukan isteri kepada kita, anak-anak dan keluarga. Kadang-kadang, jika kita perlu membetulkan kesilapan isteri kita, lakukannya secara membina dan positif.

2. SUKA MENGAWAL

Percaya atau tidak, suami tidak selalunya betul. Kadangkala isteri juga sebenarnya bagus dalam membuat keputusan sendiri. Jadi hentikan sikap ingin mengawal isteri dalam apa yang dilakukannya seharian. Lebih baik jika sama-sama dapat bekerja/hidup sebagai sebuah pasukan, sentiasa menggalakkan dan membantu sesama sendiri.

3. ANGGAP ISTERI SEBAGAI OBJEK

Tolonglah suami! Isteri kita bukannya satu objek untuk digunakan. Bukanlah objek yang hanya kita hargai bila perlu dan diabaikan apabila kita sudah dapat apa yang dikehendaki sahaja. Dia adalah isteri, kawan baik dan permaisuri kita, sepatutnya kita perlulah sentiasa menghormati dan menghargai isteri kita sebaiknya.

4. TIDAK MELUANGKAN MASA BERSAMA



Bersyukurlah, kita sangat bertuah kerana mempunyai seorang isteri. Janganlah terlampau sibuk dengan hal lain sehingga kita lupa untuk menghubunginya. Hantarlah pesanan ringkas yang menyatakan kita amat merinduinya. Beritahu dia bahawa dia adalah yang terpenting selain kerja kita, masa melepak dengan kawan-kawan kita, ataupun menonton sukan kegemaran kita.

5. MENGGUNAKAN BAHASA KASAR

Jaga bahasa kita ketika berkomunikasi dengan isteri kita. Jangan sesekali menggunakan bahasa kasar dan lucah kepada isteri kita. Perbuatan suka menggelarkan isteri juga perlu dielakkan. Gunakanlah bahasa yang sesuai serta sopan ketika berkomunikasi dan tunjukkanlah kematangan diri kita.

6. SUKA MENONTON PORNOGRAFI

Sedar atau tidak, tabiat ini akan mengganggu kebahagian rumah tangga kita. Jika kita tidak membuang tabiat ini, kita tidak akan pernah merasa puas dengan apa yang ada sekarang.

7. HARAPAN TERLALU TINGGI KEPADA ISTERI

Janganlah membandingkan isteri dengan contoh yang terlalu tinggi. Sikap suka membandingkan fizikal dan kebolehan isteri dengan seseorang yang lain akan menyebabkan isteri menjadi agak gopoh dan kurang keyakinan diri.

8. TIDAK MEMBANTU MELAKUKAN KERJA RUMAH



Kita mungkin penyumbang utama pendapatan untuk keluarga, tetapi itu bukanlah bermakna kita hanya perlu duduk bersenang lenang sahaja di atas sofa dan membiarkan isteri melakukan semua kerja rumah seorang diri. Bebaskan diri kita dari sikap sebegitu dan tawarkan diri kita untuk membantu.

9. SELALU HILANG SABAR



Sedarlah kita sudah dewasa. Selalu hilang sabar seterusnya memarahi isteri adalah tidak membantu membina sebuah keluarga bahagia. Memukul atau mendera isteri juga adalah perbuatan yang melampaui batas. Belajarlah mengawal emosi, respon segala permasalahan dengan tenang dan penuh kasih sayang. Isteri akan sentiasa berasa selamat di samping kita.

10. SUKA MENIPU

Jangan suka menipu dan mengambil kesempatan di atas kepercayaan isteri kita dengan berskandal ataupun mempunyai perempuan lain. Biarpun isteri kita tidak tahu, ini adalah salah. Ingatlah bahawa sepandai-pandai kita menyembunyikan bangkai yang busuk, akhirnya tercium juga.



OK, wahai suami, sekarang jika kita melihat diri kita mempunyai salah satu atau semua tabiat buruk ini, berazamlah untuk mengubah diri kita menjadi seorang suami yang lebih penyayang, bertanggungjawab, sentiasa mendengar dan setia kepada isteri serta keluarga kita. Inilah kebahagian yang diimpikan oleh seorang isteri lebih daripada harta benda dan wang ringgit.

Sumber : Facebook

22 يناير 2022

Salah Ke Hantaran 15K?

Salah Ke Hantaran 15K?


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Salah Ke Hantaran 15K? | Selamat malam , tiba-tiba je nak persoalkan tentang duit hantaran. Isu ni memang sangat sensitif dalam kalangan orang melayu terutama mak-mak kitalah. Bila kita dah mula, perkenalkan seseorang pada keluarga, perkara pertama yang bangkit ialah "Hantaran mak nak letak 15K, tak pun 20K". 

Lelaki biasanya tak mahu pun hantaran tinggi sebab mereka ni yang usahakan untuk cari duit hantaran tu. Tapi perempun ni pulak tak mahu kalah nak letak harga hantaran mahal-mahal sebab nak majlis tu grand of the year. Jujurnya, daku pun nak majlis macam tu tapi kita kena sedar, pembaziran tu tak elok. Melabur duit sampai 15K untuk 2 hari majlis? Berbaloi ke semata-mata sekali dalam seumur hidup?

Salah ke hantaran 15K?


Ada aje antara kita ni yang merungut pasal hantaran terutama lelakilah. Pernah dalam hidup daku, daku letak hantaran 15K tapi my ex cakap "You nak buat apa sampai 15K, ni belum tentu boleh masak". Daku know this is to deep tapi daku bangkang sekasarnya. Kalau dah sayang, 15K tu pejam mata boleh cari selagi kita ni usaha. 

Kalau dah sayang, sanggup susah senang bersama, kenapa tak bincangkan elok-elok dengan pasangan? 


Makan diri bila daku, cakap hantaran sebanyak tu, tapi adakah dia pikir kita hidup bukan di zaman dulu, 1000 ringgit umpama 10,000 ringgit. At the end, daku malas nak bangkitkan isu tu lagi. Senang je bagi daku, kalau dia banyak bagi alasan dan rasa nak cari duit majlis tu payah, "Dia bukan calon sesuai". Padahal dia sendiri boleh bincang, boleh 15K tu tapi awak share sikit, bolehkan cakap macam ni?

Kita ni perempuan tak daif sangat sampai tak mahu bantu bakal suami. Ada yang bangkang bila daku cakap macam ni? Depends pada perempuan tu juga, dia nak susah senang bersama, dia perlu dan korban apa kemahuan dia.

Jujur sebenarnya, dulu sebelum majlis daku, kami elok je bincang letak harga hantaran, Alhamdullilah suami daku terima dengan hati terbuka then daku cakap, in syaa Allah saya pun bantu, kita usaha sama-sama. Btw, duit hantaran daku bawah 10K je, daku tahu ni tak cukup untuk majlis dan banyak lagi kena prepare BUT inilah dugaan, kalau tak nak diri tu rasa susah, better tak perlu kahwin.

Easy right? 

Being human, kena bertolak ansur. Utamakan yang wajib, in syaa Allah majlis diberkati. Apa apa pun pasal hantaran ni bincang elok-elok, dah tentu family bangkang, percayalah kalau kita ni bincang baik-baik, tunjukkan usaha, in syaa Allah keluarga pun akan faham. 

Apa apa pun, usaha tu yang penting. Setakat sembang kari nak hantaran tinggi tapi bantu pun tak, pergi lah cari perempuan/lelaki lain.



Cashout Kali Ke-2 Google Adsense

Cashout Kali Ke-2 Google Adsense

Bismillah.
Assallamualaikum.

Cashout Kali Ke-2 Google Adsense | Terkejut juga bila check google adsense tadi, tiba-tiba amount hilang. Eh rupanya, dah standby nak masuk dalam account sendiri. Hehehehe. Syukur Alhamdullilah dapat merasa lagi hasil titik peluh blog aku ni. 



Aku ingat lagi waktu pertama kali rasa duit adsense ni, aku dapat keluarkan sebulan selepas Luth Isyraf lahir. Masa tu, dok ingat lagi duit adsense tu bukan duit aku. Aku cuma kongsi rezeki dengan anak aku. Setahun juga aku tnggu nak cashout adsense kali kedua.

Dan, akhirnya aku dapat juga merasa lagi di awal tahun baru 2022. Aku sendiri pun masih lagi belajar untuk dapatkan 1 hari 1 usd. Semput juga aku nak mencari 1 usd sehari. Aku tak pasti dimana silapnya, so sekarang aku tengah cuba nak pecahkan 1 usd sehari. Harapnya 3 bulan lagi aku merasalah duit adsense ni. 

Good luck korang!

MAJLIS MENANDATANGANI KERJASAMA PENYELIDIKAN ANTARA UTHM DAN CHARMS SKINCARE

MAJLIS MENANDATANGANI KERJASAMA PENYELIDIKAN ANTARA UTHM DAN CHARMS SKINCARE

Bismillah.
Assalammualaikum.

MAJLIS MENANDATANGANI KERJASAMA PENYELIDIKAN ANTARA UTHM DAN CHARMS SKINCARE | Sebelum itu, aku nak ucapkan ribuan tahniah kepada Charms Skincare kerana berjaya menjalin kerjasama dengan pihakn Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) dalam penyelidikan kandungan bahan dalam produk mereka.



charms skincare


Korang pernah dengar tak produk Charms?

Charms adalah produk kosmetik dan penjagaan wajah yang terbukti secara saintifik. Ia dihasilkan dari bahan-bahan yang selamat, bersih dan halal mengikut Syarak serta mendapat pengiktirafan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM).

Sebenarnya, Charms telah diperkenalkan sejak tahun 2012 lagi dan kini kian mendapat sambutan hangat, bukan sahaja dari Malaysia, malah Singapura, Brunei, Arab dan negara yang lain. Oleh kerana itulah, Charms sangat menitikberatkan soal keselamatan produk kepada pengguna. 


Menjalin Kerjasama Penyelidikan Antara UTHM dan Charms Skincare



Untuk korang yang belum tahu, penyelidikan ini diketuai oleh Pegawai Penyelidik dari Pusat Pembangunan Penyelidikan yang akan menjalankan kajian analisa produk. Produk ini akan dikaji lagi mendalam mengenai anti penuaan, komposisi kimia, kestabilan produk, tuna kulit serta validasi halal pada kesemua produk Charms Skincare.


charms skincare


7 Produk Charms yang akan dikaji ialah :

1. Cleaser & Makeup Remover
2. Star Glow Fairy Face Scrub
3. Concentrated Brightening Toner
4. Concentrated Hydrating Essence
5. Intelligence Serum
6. Hydra Fresh Tinted Moisturiser
7. Advance Night Spa



Kajian ini juga akan mengambil masa selama 6 bulan sebelum keputusan ujian dikeluarkan. Pihak UTHM juga akan mengambil masa 18 bulan untuk menerbitkan jurnal berkaitan serta akan memasuki pertandingan produk kosmetik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Keseluruhan kos bagi Geran Penyelidikian ini berjumlah RM50,000 dan akan digunakan dalam menjayakan keseluruhan kajian ini. 

Majlis juga menjemput Ketua Pegawai Eksekutif Charms, Puan Bashirah Binti Hussin yang mesra dipanggil Puan Shira untuk memberi ucapan aluan. Menariknya, Puan Shira merupakan bekas seorang pensyarah di Institusi Pengajian Awam selama 8 tahun, kemudian beliau menceburkan diri ke dunia perniagaan.





Menurut Puan Shira, objektif kajian penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mendapat kepercayaan dari pengguna sediaada dan bakal pengguna Charms di luar sana. Beliau berkata, di luar sana terdapat banyak produk kosmetik dan penjagaan wajah yang tidak menepati ciri ciri selamat dan menggunakan bahan-bahan terlaran.

Oleh itu, Puan Shira mahu memberi kesedaran kepada pengguna melalui keputusan kajian penyelidikan ini. Pihak Charms juga sangat berharap agar jalinan kerjasama sentiasa berterusan dan menjadi titik permulaan ke arah industri produk kosmetik yang lebih baik. 

Tahniah sekali lagi, Charms Skincare!


Bersama JDT Blogger


Untuk Maklumat Lanjut, sila layari : 

Laman web : https://charms.my/
No tel : 019 552 2712
Email : admin@charmsofficial.com




15 يناير 2022

7 Tanda Bersalin Semakin Dekat Yang Perlu Ibu Mengandung Ambil Tahu!

7 Tanda Bersalin Semakin Dekat Yang Perlu Ibu Mengandung Ambil Tahu!

Assalammualaikum & hello there! 

7 Tanda Bersalin Semakin Dekat Yang Perlu Ibu Mengandung Ambil Tahu | Sebenarnya, daku ni sedang menghitung hari nak bersalin. Hari ni dah 38 minggu 2 hari bermakna ada lagi 1 minggu 5 hari sebelum due date. 

Nurse ada bagitahu, 36 minggu ke atas bila bila masa sahaja baby boleh keluar kalau dia mahu. Semenjak nurse bagitahu macam tu, terus daku kata kat suami ‘Abang, better balik kampung awallah, risaulah takut bersalin sorang-sorang kat rumah’. Itu yang suami hantar balik kampung 12 hari yang lepas.

Tanda bersalin semakin hampir


Untuk ibu mengandung anak sulung, mana ada pengalaman nak tahu bila waktunya bersalin. Betul tak? Dari situ daku dah alert dengan 7 tanda bersalin. Ibu mengandung mana yang tak risau, cuak, takut bila dah dekat masa untuk bersalin.   Selagi baby tak keluar, selagi itulah risau tau. 

Fuh rasa berdebar je kan jantung ni, tak sabar dah nak jumpa si comel yang selama 9 bulan mendiami rahim. Jadi, entri ini khas untuk ibu mengandung anak pertama yang masih tak tahu tanda bersalin dekat. Dibawah ini daku sudah senaraikan 7 tanda bersalin semakin dekat. 

APA ITU BERSALIN?

Bersalin atau kelahiran anak merupakan proses pada peringkat akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim ibu mengandung. Ia akan bermula dengan rahim mengecut setiap 10-30 minit dan proses pengecutan akan berlaku selama 40 saat. 

Proses pengecutan rahim akan meningkat setiap 2 minit secara perlahan. Setelah pangkal rahim membuka 10cm, bayi akan dikeluarkan melalui vagina.


7 TANDA BERSALIN SEMAKIN DEKAT YANG PERLU IBU MENGANDUNG AMBIL TAHU!


#1 Kontraksi (Mengeras) Yang Lebih Kerap Dan Konsisten

Sepanjang mengandung, ibu mengandung akan merasakan perut mengeras. Ada yang sejam sekali, ada yang 30 minit sekali. Tetapi, ianya tidak berapa konsisten. 

Apa yang ibu mengandung perlu perhatikan adalah kontraksi yang konsisten iaitu setiap 10 min atau 20 minit dan sangat sakit. Masa kontraksi pula antara 30 saat ke 90 saat. Cuba perhatikan ye!


#2 Kerap Buang Air Kecil

Disebabkan kepala bayi semakin menghampiri pintu pelvis, ibu mengandung akan semakin kerap ingin membuang air kecil. Ini kerana, kedudukan kepala bayi yang rendah dan memberikan lebih banyak tekanan kepada pundi kencing ibu mengandung. 

Daku sendiri pun tengah alami, setiap sejam mesti nak terkencing je. Padahal minum air tak ada lah sampai 3-4 liter tapi tetap nak terkencing.


#3 Badan Berasa Letih

Mak daku pun cakap, bila nak dekat bersalin memang rasa badan letih je. Tu yang kadang asyik nak baring dan tidur. Jadi, ibu mengandung akan berasa susah untuk bergerak dan susah tidur pada minggu-minggu akhir kehamilan dengan perut ibu mengandung yang besar. 

Ia menyukarkan pergerakan ibu mengandung, menekan pundi kencing dan organ lain. Selain itu, ibu mengandung cuba cari posisi yang paling selesa untuk tidur dan dapatkan rehat yng secukupnya.


#4 Rasa Seperti Bayi ‘Terjatuh’

Jika ini adalah anak pertama, ibu mengandung mungkin akan rasa ringan dibahagian bawah tulang rusuk dan memudahkan ibu mengandung bernafas. Tetapi pada masa yang sama rasa berat dibahagian pinggul mula terasa. 

Itu kadang bila dah duduk bersila, daku nak bangun pun rasa ya Allah beratnya nak bangun. Kalau boleh memang tak nak duduk bawah, nak duduk je atas kerusi, ha senang bila nak bangun.


#5 Keluar Cecair Mukus

Cecair mukus berkumpul dibahagian serviks sewaktu kehamilan. Secara mudahnya ini adalah tanda bersalin keluar lendir. Kebiasannya keluar lendir coklat. Cuba perhatikan tanda ni, kalau dah keluar betullah tu dah nak dekat bersalin.

 

#6 Bukaan Serviks

Seterusnya, jika ibu mengandung semakin dekat untuk bersalin, serviks akan merengang dan membuka laluan untuk kepala bayi keluar. Proses ini dikenali sebagai effacement. Ukuran mudah adalah beberapa sentimeter bukaan tersebut. 

Pada kebiasaannya jika telah terbuka sebanyak 3cm, ibu mengandung boleh dimasukkan ke dalam wad bagi mendapatkan pemantauan seterusnya. Tetapi, jika sudah terbuka lebih 3cm, boleh dikatakan beberapa jam sahaja lagi sudah boleh bersalin.


#7 Air Ketuban Pecah

Antara tanda tanda bersalin yang paling nyata adalah pecahnya air ketuban. Ini disebabkan cecair amnion yang melindungi bayi dalam kandungan ibu mengandung telah pecah. 

Ada yang keluar dengan banyak seperti air pancut, ada yang keluar sedikit demi sedikit. Apa apa pun segeralah ke hospital kerana dah tak lama dah ibu mengandung akan bersalin.

Kesimpulan

Dah tahu 7 tanda bersalin semakin dekatkan? Jadi, suami atau bakal bapa perlulah ambil kira juga. Ini kerana suami perluu sentiasa berasa di sisi ibu mengandung bagi memberi sokongan dari pelbagai sudut, emosi, rohani dan fizikal. Take noted juga ye para suami. Daku doakan buat ibu mengandung yang lain, semoga dipermudahkan urusan bersalin. 



14 يناير 2022

RAIKAN 'MAKAN BESAR' TAHUN BARU CINA DI WAN LI CHINESE RESTAURANT

RAIKAN 'MAKAN BESAR' TAHUN BARU CINA DI WAN LI CHINESE RESTAURANT

Bismillah.
Assalammualaikum. 

RAIKAN 'MAKAN BESAR' TAHUN BARU CINA DI WAN LI CHINESE RESTAURANT | Awal bulan 2 nanti, kaum cina sudah pastinya akan menyambut Tahun Baru Cina kan. Sudah pastinya, sehari sebelum tahun baru cina, kaum cina akan meraikan makan besar. Makan besar bagi kaum cina sangat wajib ini kerana ianya dikatakan membawa tuah dan tradisi ini kaya dengan nilai simboliknya. 

Adat jamuan 'makan besar' walaupun tak ramai atau besar, ibu bapa atau anak di rumah mesti akan memasak atau membeli makanan untuk jamuan makan besar mereka. Tapi kan, bagi mereka yang tidak ada masa nak memasak atau orang tua sudah uzur atau mungkin nak kan kelainan dalam menjamu keluarga, korang boleh menikmatinya di Wan Li Chinese Restaurant di Renaissance Hotel Johor Bahru. 


Prosperty Yee Sang Abalone


Untuk Prosperty Yee Sang, ada 4 jenis Yee Sang yang akan disediakan :

Prosperty Yee Sang Abalone : RM188nett (Large) | RM138nett (Small)
Prosperty Yee Sang Crispy Fish Skin : RM138nett (Large) | RM98nett (Small)
Prosperty Yee Sang Crispy Soft Shell Crab : RM138nett (Large) | RM98nett (Small)
Prosperty Yee Sang Salmon Fillet : RM128nett (Large) | RM98nett (Small)

So far, Yee Sang Abalone ni menepati citarasa aku. Aku ni first time makan Yee Sang dan makan pula yang sedap macam menu atas ni, adui rasa macam nak repeat je lagi. Kiranya memang kena lah dengan tekak melayu aku ni. 


Abundance Treasure Pot (Poon Choi)


Dan ada juga untuk Abundance Treasure Pot (Poon Choi)

Large (10 persons portion) : RM938 nett
Small (5 persons portion) : RM498 nett

Menu yang terdapat dalam Abundance Treasure Pot (Poon Choi) :

Ten Head Abalone | Sea Cucumber | Chinese Mushroom | Fish Maw | Money Bag | Goose Feet | Dried Oysters | Prawn | BBQ Chicken | Roasted Duck | Black Moss | Radish | "Tianjin" Cabbage | Lotus Root | Broccoli | Golden Garlic | Chicken Essence Sauce

Menu Treasure Pot ni pun kena jugak dengan tekak aku. Udang pun guna yang fresh tau! Treasure Pot ni kalau korang tak ceduk sampai bawah, memang korang tak tahulah apa isi dalamnya. No wonderlah menu ni namanya Treasure Pot. 



Wan Li Chinese Restaurant menawarkan 3 jenis set menu 7-9 hidangan (course menu) bermula pada sehari sebelum Tahun Baru Cina. Kalau hari pertama raya tu agak agak tak tau nak makan mana bersama family, bolehlah datang ke sini ya.

Wan Li Chinese New Year Set Menu

Set Menu A : RM1788+ semeja (10 orang) | RM1088+ semeja (6 orang)
Set Menu B : RM2088+ semeja (10 orang) | RM1288+ semeja (6 orang)
Set Menu C : RM2488+ semeja (10 orang) | RM1488+ semeja (6 orang)

Di bawah ni, antara menu yang aku cuba ketika hadir di media review Chef Table baru baru ni. Kang nak tulis satu satu menunya jenuh pulak kan. Biarlah gambar yang berbicara gitu...


Abudance Treasure Pot


Authentic Steamed "Pontian" Promfret Fish with Fragrant Mixed Garlic


Chinese Style Risotto with Braised Abalone, Mixed Mushroom and Vegetables


Chilled Lemongras Jelly with Aloe vera and Fresh Passion Fruits


Baked Homemade Nian Gao with Honey Glaze


Masa aku hadir untuk media review, menu menu yang ada dalam entri ni semuanya Menu C. Perghhh menggigil nak bayar tau. Heheheh tapi hari tu free je. Bagi aku kan, menu banyak, rasa pun umppphh dan harga memang berbaloi dengan apa yang dihidangkan.

Aku bagi 10 bintang wei dengan menu Tahun Baru Cina di Wan Li Chinese Restaurant. Rasa nak repeat sekali lagi boleh tak? Sampai ke hari ni dok teringat je Yee Sang and dessert tu. Sup Mushroom pun sedap jugak. Eh sedaplah semuanya. 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, korang boleh hubungi :

Contact : henry.lee@renaissancehotels.com
Whatsapp : +6012-7719056

Renaissance Johor Bahru Hotel. 2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor.
Website : wanlichineserestaurant.com



13 يناير 2022

30 Tips Untuk Keluarga Bahagia Till Jannah (For Men Only)

30 Tips Untuk Keluarga Bahagia Till Jannah (For Men Only)

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

30 Tips Untuk Keluarga Bahagia Till Jannah (For Men Only) | Dah lama tak kongsikan tips. Hari ni daku berkesempatan nak kongsikan 30 tips untuk keluarga bahagia till jannah tapi hanyaa untuk lelaki. Lelaki je boleh baca entri ni, eh tiber.

Di bawah ini ada 30 tips, moga bermanfaat untuk semua.


1. Kalau isteri bergaji RM3K dan kau bergaji RM4K, ingat household income is not RM7K but it remains RM4k. That's the math of happy marriage. 

2. No matter how right you are, minta maaf dulu walaupun kita tak bersalah. Say sorry and straight masuk dapur cuci periuk. Forgive our lovely wife all time. It takes training guys. 

3. Jangan mengeluh kalau tunaikan tanggungjawab. Jangan sekali pernah cakap penat kalau tunaikan amanah sebagai suami. 

4. Wife first, anak second. Anak first, kerja second. 

5. Jangan tinggikan suara serentak. Ikut turn. Unless periuk kat dapur terbakar.

6. Gigit lidah, paksa jugak zip mulut bila dia buat sesuatu yang tidak kena dengan mata kita. Terima itu kekurangan dia. 

7. Jangan tidur dalam keadaan marah. Cinta tak padamkan kemarahan, tapi kesabaran boleh matikan api kemarahan. Selamat datang ke alam kesabaran. 

8. Bila dia buat salah, kau minta maaf. Bila kau buat salah, kau minta maaf. Simple.

9. Wife never think about divorce, murder yes. Live together elok2.

10. rule to stay together no matter what is first; stay together; and second; no matter what. 



Fahami Fungsi Dan Kedudukan Dalam Keluarga Antara Cara Bina ...


11. Kalau berbeza pendapat, terima pendapat dia. Trust your wife six sense. 

12. Keep the house clean. Keep the sex dirty. hiks. 

13. Jangan happy lebih-lebih dengan member. Never show your happiness. 

14. Guys, the toughest job in the whole world is jaga anak. Acknowledge it! This is fact. 

15. tidak akan ada pergaduhan bila suami duduk lipat baju depan TV. Mustahil berlaku apa-apa pertengkaran situasi itu. 

16. Kalau kecil hati dengan isteri, ingat Allah sayang kita - Ebit Lew.

17. Jangan sesekali letak apa-apa expectation selepas kahwin. Marriage is like walking in the park. Jurassic Park. 

18. Weekend je ambil alih kerja jaga anak. Dari anak bangun sampai anak tidur. Weekend je pun. 

19. Dont show your tears. Kan Allah sayang kita. Kekuatan kita hanya pada Dia. Bukan dear. lol.

20. kalau dia tak sure nak makan nasi atau mee, buy both. Don't risk it. 

21. jangan tangguh apa keinginan isteri. Keep your mouth shut and keep your wallet open. 

22. Don't try to explain your financial position. Manage it. Kalau short setiap bulan, ingat kan Allah sayang kita?


Sembilan syarat sah solat | Harian Metro


23. Solat. Jaga solat dan cuba solat diawal waktu. 

24. Minta pendapat isteri dalam apa jua keputusan. 

25. Jangan cuba build your six pack while your wife is busy babysitting your children.

26. Jangan suka bagi statement tergantung. Always finish your word with yes, i'll buy it.

27. Don't change your routine, don't change anything suddenly.

28. Be strong when she is weak. 

29. Never cheat. Be loyal. With the dishes and laundry, no time lah for other things. 

30. Never expect isteri faham kita. Apa-apapun, Allah sayang kita. Allah sayang kita guys.


Semoga bermanfaat!
Sudahnya Aku Tukar Template Blog!

Sudahnya Aku Tukar Template Blog!

Assalammualaikum.
Bismillah.

Sudahnya Aku Tukar Template Blog! | Bertukar lagi template blog aku ni. Dua bulan lepas aku guna yang free template je. Tapi semalam tiba-tiba jadi tukar setting sendiri, loading pun slow sangat. Geram wei, dah elok edit itu ini, last last jadi bercelaru sendiri padahal sikit pun aku tak sentuh apa apa.

Semalam untuk pertama kalinya aku beli template blog ni. Ha amik kau malas sangat kan nak berpikir template mana yang elok. Aku rembat je mana yang murah. Semalam aku beli template blog aku ni di https://www.templateify.com/. Harga template aku 9.95 usd, lebih kurang rm60 siap caj semua. 




Ingat nak guna paypal je tapi tak boleh masuk pulak, kesudahnya aku beli je guna debit card. Settle masalah. Hari ni kalau aku sempat nak edit semuanya dengan betul. Ni aku cuma buat yang wajib je dulu. Kalau korang perasan, logo sebenar template ni pun masih ada lagi.

Busy bebenor semalam nak mengeditnya. Kali ni template lagi better daripada yang sebelum ni, aku harap naiklah pageviews and adsense aku ni. Harap harap bila korang masuk blog aku ni, ha berdesup gitu. Tanpa ada loading lah katakan.

Laju and smooth je bila buka blog aku, begitulah aku harapnya. Aku harap korang tu buanglah sikit duit untuk blog sendiri, senang sikit nak dapat job bila blog kau dah cun, loading pun laju tak slow macam siput. Orang kata, senanglah nk cari info apa apa dalam blog, klik situ klik sini dengan mudahnya tanpa loading.

P/s : Harap bertahan lama lah template ni ye. 

12 يناير 2022

Ini Tanda Tanda Bayi Sedang Tumbuh Gigi, Jom Semak!

Ini Tanda Tanda Bayi Sedang Tumbuh Gigi, Jom Semak!

Kebiasaannya, bayi akan tumbuh gigi sekitar 6 bulan dan ke atas. Tapi, kalau ada bayi yang masih tidak tumbuh gigi walaupun umur sudah mencapai 1 tahun, itu adalah normal. 

Setiap bayi akan menjalani tumbesaran yang berbeza-beza, macam anak daku Luth Isyraf, umur 4 bulan setengah dah tumbuh gigi bawah dan 6 bulan setengah ni, dah nampak dah gigi atas. 

Sebagai ibu bapa, kita sendiri ni tak perlu nak bandingkan tumbesaran anak kita dengan anak orang lain. "Eh anak aku dah tumbuh gigi, anak kau bila lagi?". Tak perlu nak bandingkan anak kita, cuba jadi ibu bapa yang berilmu sikit. 

Tanda - Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi, Jom Baca.

Proses tumbuh gigi ni akan berulang ulang pada tempoh yang tertentu sehinggalah bayi memiliki 20 set gigi yang lengkap sekitar umurnya 3 tahun. Jadi, hari ni aku nak kongsikan tanda tanda bayi sedang tumbuh gigi. Ibu bapa harap sudah lebih bersedia, jom baca.

tanda bayi tumbuh gigi


#1 Air Liur Meleleh Dengan Banyak

Simptom air liur meleleh ni akan berlaku beberapa bulan lebih awal sebelum gigi bayi tumbuh. Sebenarnya, air liur yang berlebihan ni terjadi kerana adalah untuk melembapkan gusi bayi yang lembut. Ibu bapa boleh sediakan tuala kecil atau bib untuk mengelap air liur bayi. Tetapi, air liur yang banyak juga boleh menyebabkan berlakunya cirit-birit, ibu bapa sila ambil tahu ya!

#2 Suka Menggigit

Salah satu tanda bayi nak tumbuh gigi yang paling ketara ialah menggigit. Kalau perasan, jika bayi kerap gigit tu, mungkin itulah salah satu tandanya. Ini kerana, dengan menggigit akan dapat melegakan gusi mereka. Apa sahaja yang boleh dimasukkan ke dalam mulutnya, pasti akan digigit, termasuklah puting ibu. Daku masih merasai momen kena gigit ni, ni baru gigi bawah, kalau dh complete atas dan bawah, mahu tak meraung. Ibu juga boleh bagi teether, senang sikit bayi nak gigit. 

#3 Gemar Memasukkan Jari Dalam Mulut

Luth biasanya masukkan jari dalam mulut dan dihisapnya sampai kecut jari tu. Sama je proses masukkan jari dan menggigit, ini nak menunjukkan bayi sedang gatal gusi atau bakal tumbuh gigi baru. Cuba semak pada bayi anda.

#4 Tidak Ada Selera Makan

Fasa ni, bayi akan jadi sensitif dan tak mahu makan. Baru-baru ni, Luth tak nak makan. Ingatkan sebab makanan tu tak sedap tapi disebabkan Luth nak tumbuh gigi rupanya. Kadang tu, bila sua puting dalam mulut Luth, Luth tak minum sangat cuma nak main-main je. Tapi, kalau dah nampak bayi tu tak nak makan, jangan pula berhenti bagi bayi makan. Cuba berikan sesuatu yang bayi suka. 

#5 Suka Merengek Dan Terjaga Malam

Disebabkan gusi sakit atau tidak selesa, bayi akan kerap merengek dan terjaga di waktu malam. Bila proses tumbuhnya gigi berlaku, memang tidak pelik jika bayi kerap merengek dan meragam tanpa sebab. Sama juga seperti Luth, ada satu malam tu, merengek je tiap jam, sampai tak lena nak tidur. Sebelum ni gigi bawah tumbuh, tak ada sangat rengek tu. Start je gigi atas tumbuh, makin kerap merengek dan terjaga malam.

#6 Demam & Batuk

Ini adalah salah satu tanda bayi sedang tumbuh gigi yang paling terbiasa terjadi. Demam biasa yang tidak terlalu panas kerana proses tumbuh gigi. Tetapi kalau demam tu masih berlarutan sehingga 3 hari, cepat-cepatlah bawa ke klinik. 

#7 Tumbuh Ruam Di Muka

Ada sesetengah bayi akan tumbuh ruam di muka kerana air liur yang meleleh tadi. Ini kerana kulit bayi agak sensitif. Ibu bapa bolehlah menyapu nipple cream di kulit bayi. Pastikan cream tersebut bersifat organic, hypo-allergic. 

#8 Rasa Dalam Mulut Bayi

Ini adalah cara paling senang, jika nak tahu bayi dah tumbuh gigi atau belum. Sebelum masukkan jari ke dalam mulut bayi, pastikan jari bersih dan cuba rasa pada gusi bayi. Jika gigi bayi sudah tumbuh, ibu bapa boleh merasainya. Rasa tajam tajam gitu. 

Akhir Kata

Dah tahu kan, tanda tanda bayi sedang tumbuh gigi? Jadi, daku harap ibu bapa diluar sana akan ambil perhatian lebih pada bayi sedang menjalani tumbesaran. Jangan sesekali abaikan mereka.

In syaa Allah dengan adanya entri ni akan dapat memberi manfaat kepada ibu bapa yang masih baru belajar ilmu keibubapaan.   Sama-samalah kita membesarkan anak-anak kita dengan jayanya. Amin Ya Mujib.





11 يناير 2022

5 Tanda Kencing Manis Peringkat Awal, Cegah Sebelum Terlambat

5 Tanda Kencing Manis Peringkat Awal, Cegah Sebelum Terlambat

Bismillah.
Assalammualaikum.

5 Tanda Kencing Manis Peringkat Awal, Cegah Sebelum Terlambat | Hari ni aku nak kongsikan tanda kencing manis walaupun aku tidak pernah mengalaminya semasa mengandung. Alhamdullilah, kedua ibu bapa aku pun tidak mempunyai sakit kencing manis. Jadi aku harap korang boleh habiskan bacaan entri ini ya.

Kencing manis merupakan antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain daripada kanser dan sakit jantung. Kencing manis juga atau lebih di kenali dalam istilah medik ialah diabetes mellitus merupakan satu penyakit dimana metaboliseme tubuh terganggu sehingga menyebabkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum.

Baca ini juga : BERAPA JAM SEKALI KITA KENA BUANG AIR KECIL?

Sebab itu, orang yang ada kencing manis ni lebih 3x cepat penat berbanding orang normal. Lagi lagi bila yang jenis kulit mudah terluka, lama pulak tu nak sembuh. Ngeri tau tengok luka orang kencing manis ni. Korang nak tahu tak apa 5 tanda kencing manis? 

Mana tahu boleh cegah dari awal. Jom teruskan bacaan. 



5 tanda kencing manis peringkat awal




5 Tanda Kencing Manis Peringkat Awal , Ini Yang Perlu Anda Tahu


Tanda Kencing Manis


Berikut adalah 5 tanda kencing manis peringkat awal yang boleh korang perhatikan pada diri dan juga kepada ahli keluarga agar langkah awal dapat diambil samaada dengan mendapatkan nasihat doktor atau dengan mengawal pemakanan.

#1 Kerap membuang air kecil dan selalu dahaga

Bila kerap kencang berlaku ini kerana disebabkan oleh gula yang tinggi dalam darah. Air akan ditarik masuk ke dalam aliran darah dan kemudiannya akan disalurkan ke pundi kencing. 

Oleh kerana itulah, seseorang itu kerap buang air kecil daripada biasanya. Bila dah banyak air disalurkan menjadi air kencing, sebab itu akan membuatkan seseorang rasa sangat dahaga.


#2 Badan cepat letih dan kehilangan berat

Secara saintifiknya, insulin diperlukan untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Tetapi, akibat kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin, gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.

Ini menyebabkan badan lagi cepat terasa letih kerana kekurangan tenaga untuk menampung aktiviti seharian.

Selain itu, akibat gula tidak dapat menukarkan kepada tenaga juga menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak kepada tenaga. 

Kesan daripada ini akan membuatkan seseorang itu akan kehilangan berat badan yang drastik walaupun dia mengambil makan seharian seperti biasa.


#3 Penglihatan mata semakin kabur

Kesan daripada paras gula yang tinggi dalam darah, ia boleh merosakkan saluran-saluran darah kecil yang menyebabkan kerosakan pada mata (akan menjadi semakin kabur), kerosakan pada buah pinggang dan juga pada saraf. 

Jika masalah ini dibiarkan begitu lama tanpa sebarang rawatan, berkemungkinan seseorang itu mungkin akan buta.


5 tanda kencing manis


#4 Sering kebas tangan dan kaki

Antara tanda kencing manis peringkat awal yang lain ialah, seseorang itu akan sering berasa kebas pada tangan dan kaki, kesemutan atau bengkak. 

Ini kerana sistem saraf atau pembuluh darah telah mengalami kerosakan dan menyebabkan darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.


#5 Luka lambat untuk sembuh

Paras gula yang tinggi dalam darah juga boleh menjejaskan keupayaan penyembuhan badan, sistem imun dan proses untuk membantu tubuh sembuh tidak dapat berfungsi dengan baik jika paras gula tinggi. 

Ini akan menyebabkan jika seseorang itu mengalami luka, proses untuk lika itu sembuh akan menjadi perlahan berbanding biasa. Jika dibiarkan oleh menyebabkan luka itu merebak lebih teruk dan membahayakan. 


Kesimpulan

Setiap orang perlulah perhatikan perubahan luar dari kebiasaannya pada tubuh badan korang. Jika korang dapati ada tanda kencing manis peringkat awal ini pada diri korang, segeralah dapatkan khidmat nasihat dengan doktor beserta rawatan supaya penyakit kencing manis ni dapat disembuhkan sebelum terlambat. 

10 يناير 2022

11 Petua Masakan Perlu Dicuba Oleh Surirumah

11 Petua Masakan Perlu Dicuba Oleh Surirumah

Bismillah.
Assalammualaikum.

11 Petua Masakan Perlu Dicuba Oleh Surirumah | Memandangkan aku ni dah separa surirumah, ada masa aku memasak jadi kebanyakkan petua masakan aku tak follow sangat. Pakai hemtam keromo je aku ni, janji masak dan sedap rasanya. 

Hari ini aku nak kongsikan 11 petua masakan. Aku harap dengan adanya perkongsian ini dapatlah membantu serba sedikit masakan korang, walaupun aku tak berapa pandai sangat. Petua masakan di bawah ni, aku rasa korang pun mesti ada yang dah tahu. 

Jadi, aku jaminlah petua masakan di bawah ni sangat mudah untuk korang cuba. Jom baca


Baca ini juga Tak Sampai RM10, Anda Boleh Bersihkan Bontot Dan Kerak Kuali Yang Hitam Legam.




11 Petua Masakan Perlu Dicuba Oleh Surirumah


Di bawah ni aku telah senaraikan sebanyak 11 petua masakan yang boleh di cuba. In shaa Allah dapat membantu urusan masakan korang. 


#1 Petua kentang cepat empuk


Apabila memasukkan kentang lebih awal dalam masakan, ia akan membuatkan kuah menjadi lebih pekat. Bagi mengelakkan ini berlaku, rebus kentang di dalam periuk lain dan apabila sudah empuk, toskan kentang dan masukkan ke dalam kuah tadi.


#2 Petua elak ikan melekat di kuali


Ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan masukkan ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan akan lebih mudah di angkat dan tidak akan melekat di kuali.


#3 Petua hilangkan hanyir sup ayam


Untuk mengelakkan sup ayam berbau hanyir, masakkan bahan tumis sehingga garing dan wangi. Kemudian, masukkan bahan tumis itu tadi dan ayam ke dalam kuah mendidih. Cara ini akan membuatkan sup lebih sedap dan tidak berbau hanyir.


#4 Petua menyedapkan ikan yang sudah beku


Ikan yang sudah beku memang rsanya sudah tidak segar dan apabila di masak, ianya tidak sedap. Utuk mengembalikan rasa segar ikan tersebut, ambil semangkuk susu dan rendam ikan tersebut. Apabila ikan sudah lembut masak seperti biasa. Ikan akan rasa lebih sedap dan berlemak malah rasanya lebih segar.


#5 Petua masak lemak cili padi lebih sedap


Masukkan air kelapa ke dalam kelapa parut. Biar seketika. Kemudian, barulah diperah kelapa tersebut. Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainannya.


#6 Petua hilangkan bau hanyir daging


Selepas daging dipotong dan dibersihkan, rendam daging dengan secawan tepung gandum dan sesudu kecil garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh lagi sehingga bersih.


#7 Petua halau lalat ketika memasak


Kebiasaannya, lalat akan datang ketika kita menumis dan menggoreng. Untuk mengelakkan lalt datang, ambil beberapa tangkai daun kari dan letakkan berhampiran dapur dan letakkan berhampiran dapur. Korang boleh juga meletakkan beberapa tangkai daun kari di meja makan untuk menghalau lalat.




#8 Petua beras lebih tahan lama


Ambil beberapa ulas bawang putih dan masukkan ke dalam tempat simpanan beras. Korang boleh juga menggunakan beberapa tangkai cili kering dengan kaedah yang sama.


#9 Petua sup tulang lebih sedap


Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan tulan. Kemudian, masukkan bahan rempah sup. Masak seperti biasa. Sup tulang akan lebih sedap.

#10 Petua cucur lebih lembut


Untuk melembutkan cucur, masukkan 1/2 cawan air panas ke dalam tepung, kemudian masukkan air dan kacau sebati. Cucur lebih lembut menggunakan kaedah ini.

#11 Petua hilangkan hanyir ikan


Rendam ikan dengan air asam jawa dan potong limau kasturi atau limau nipis dan gaul bersama ikan dan air asam jawa. Biarkan seketika, kemudian masak seperti biasa.