22 يوليو 2021

#LekLuMcDBelanja: McDonald’s Malaysia Rai 65,000 Penghantar Makanan

#LekLuMcDBelanja: McDonald’s Malaysia Rai 65,000 Penghantar Makanan



Bismillah.
Assalammualaikum.

#LekLuMcDBelanja : McDonald’s Malaysia Rai 65,000 Penghantar Makanan | Sebenarnya, kalau aku diberhentikan dari kerja aku sekarang ni, aku sanggup bekerja sebagai penghantar makanan. Dari kerja ni, mungkin aku dapat merasai pengalaman yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit. Seorang penghantar makanan sanggup berhujan bagi memenuhi nafsu makan seorang pelanggan. 





Orang kata, penghantar makanan adalah frontliner dalam memastikan orang ramai tidak kelaparan ketika musim pandemik. Selain peniaga, sudah tentu khidmat penghantar makanan ketika ini menjadi pilihan utama orang ramai untuk mendapatkan makanan tanpa perlu keluar rumah. Namun sedar atau tidak, penghantar makan juga turut berdepan situasi sama iaitu berisiko dijangkiti Covid-19?

Baru-baru ini apabila kerajaan mengumumkan operasi kedai makan yang dihadkan, pendapatan penghantar makanan juga akan terkesan. Waktu puncak bagi tempahan penghantaran biasanya dibuat oleh pelanggan pada waktu tengahari dan malam.
Tambahan pula, kini lebih ramai kakitangan awam dan swasta akan bekerja dari rumah, sudah tnetu mereka memilih memasak sendiri daripada membuat tempahan. 



Sedikit sebanyak ini sangat terkesan kepada pendapatan mereka. Korang duduk kat rumah tu tahu tak? Meh aku nak cerita sedikit, sebenarnya penghantar makanan di seluruh negara tebus set hidangan Quarter Pounder dengan Keju McDonald’s. Fuh lega hati bila McDonald's Malaysia membelanja 65,000 penghantar makanan di seluruh negara dengan set hidangan Quarter Pounder dengan Keju  sebagai tanda penghargaan atas penat lelah mereka bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

McDonald's Malaysia Belanja Penghantar Makanan


Usaha yang dilakukan adalah sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh restoran khidmat segera tersebut untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta menzahirkan perhargaan kepada semuan penghantar makanan yang bertungkus lumus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai tepat pada masanya. 

Bersempena dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini, penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEar dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapatkan set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju pada 12 Julai yang lepas, di restoran McDonald's seluruh negara.


"Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan watu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.

Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastkan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat."



"Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald's ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan." kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia.

McD Belanja Penghantar Makanan


Korang sebagai pelanggan pernah terfikir tak? Apa agaknya luahan hati penghantar makan ni apabila dihargai oleh pelanggan? Meh tengok respon-respon mereka ini. Memang menyayat hati.



"Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kedapa saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri." kata ibu kepada lima anak, Roslina Talhad perlu bekerja untuk meningkatakn pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.




"Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningakat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka."

"Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja." kata penghantar makanan McDelivery William Quah.



"Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald's kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa, Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami." kata Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.

Nampak? Betapa gembiranya mereka kalau harigai mereka tau. Sebagai tanda terima kasih kepada semua rider, korang boleh kongsikan gambar atau video korang bersama #RiderKu di media sosial korang dan hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider Kalau korang hargai mereka, aku yakin semua rider akan gembira gila ka. Tak gitu?

Oleh kerana itu, kita perlu hargai dan tunjukkan sokongan kepada penghantar makanan kerana mereka juga barisan hadapan yang tidak mengenal erti penat lelah. Terus amalkan kawalan kendiri. Terus kekal di rumah. Keluar hanya bila perlu, dan juga terus amalkan penjarakkan fizikal, pakai pelitup muka apabila berada di luar dan elakkan 3S (tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat). Hanya kita yang mampu mengawalnya, kerana hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang.

Untuk maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia, sila lawati www.facebook.com/My.McDonalds/






19 يوليو 2021

Syok Betul Main Game di Plays.Org, Percuma Dan Tanpa Iklan

Syok Betul Main Game di Plays.Org, Percuma Dan Tanpa Iklan

Bismillah.
Assalammualaikum.

Syok Betul Main Game di Plays.org, Percuma Dan Tanpa Iklan | Time PKPD ni, bolehlah luangkan sedikit masa dengan main game, tak adalah bosan sangat mengadap dinding rumah. Aku? Aku memang dah tentu seorang yang suka main game! Kat handphone pun banyak game daripada apps yang lain. Tapi, yang paling aku tak suka, bila main game tu, iklan manjang. Nak tunggu 10 saat pun boleh sakit jiwa. 

Lagi satu, aku paling tak suka bila nak download game ambil masa yang lama. Aku risau bila tak cukup storage dalam telepon aku ni apabila download game. Korang mesti sama kan? Nak main game tapi tak suka banyak iklan dan kalau boleh tak perlu download. Betul tak? Korang nak tak kalau aku review satu laman web game yang percuma, tak perlu download dan tanpa iklan ketika bermain?



Hari ni aku nak kongsikan pada semua pembaca setia aku tentang satu laman web game dimana semua orang boleh bermain sepuas-puasnya tanpa ada sebarang iklan atau bayaran yang dikenakan. Ye memang betul! Langsung tiada IKLAN dan yang paling bestnya ia adalah PERCUMA! Jom main game di Plays.org

Kalau korang seorang yang kaki game, bolehlah pergi ke laman web Plays.org. Di bawah ni aku tunjukkan katalog game yang terdapat di laman tersebut. Rambang mata nak main game yang mana satu, ada banyak pilihan kan? Macam aku pula suka game jenis Escape, Zombie, Sudoku, Mahjong dan banyak lagi.


Percuma dan Tanpa Iklan!


Selain dari banyak pilihan, korang tak perlu risau pasal nak download. Sebab di sini, korang boleh bermain secara directly tanpa perlu download game tersebut. Tentang, internet pula, game di sini telan internet korang pun. Rasa macam tak bergerak-gerak pun data internet tu. Jadi, korang boleh masuk di laman ni dan main sepuasnya. 

Semua game di Plays.org ini adalah percuma. Tak perlu apa-apa bayaran pun. Seronok kan? Ini kalau di Playstore or Appstore, sesetengah game mesti ada bayaran untuk next level? Betul tak? Kalau di Plays.org ni korang tak perlu bayar apa-apa. Masa aku main, memang tak ada iklan langsung. Cuba game di handphone aku ni, main 1 minit iklan 30 saat, sampai malas nak main game jadinya. 





Game di Plays.org Sudah Lebih 150 Jenis Pilihan 

Kalau korang nak tahu, dalam website ini terdapat lebih 150 pilihan game yang korang boleh pilih dan main. Aku pun baru tahu kewujudan laman ni. Bila bosan di ofis dan bagi menghilangkan rasa mengantuk, aku akan main game di Plays.org. Syok betul!

Selain dari percuma dan tiada iklan, kat sini ada terlalu banyak pilihan. 150 jenis game dan bikin korang rambang mata nak main. Korang tengok sahaja katalog yang ada di gambar di atas tu, berpinar mata ni nak cari mana satu game. 1 katogeri game di Plays.org ni sampai ada lebih dari 10 game dari katogeri tersebut. Seronok main kan? 





Game yang menarik minat aku mestilah game yang berunsurkan escape. Salah satu game yang aku suka main ialah Barbarian Escape: Prehistoric Flying Exit Game. Game ni hanya perlukan kesabaran dan kepantasan korang untuk menghadapi rintangan. Syok betul main game ini sampai tak sedar dekat satu jam lebih aku main.

Korang boleh click sini terus kalau nak main game Barbarian Escape yang macam aku main. Tentu korang pun ralit main game ni, hahahaha. Selain game escape ni, korang juga boleh cuba game baru di https://plays.org/games/ .

Ha macam mana? Seronok kan? Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian aku hari ni. Buat korang yang belom pernah main game di Plays.org bolehlah cuba luangkan masa 5-10 minit di sini. Confirm boleh release stress korang. Apa tunggu lagi, jom main game di Plays.org!







12 يوليو 2021

Syarat & Cara Permohonan I-Citra KWSP

Syarat & Cara Permohonan I-Citra KWSP

Bismillah.
Assalammualaikum.

Syarat & Cara Permohonan I-Citra KWSP | Hari ni 12 Julai, ha korang jangan lupa apply I-Citra, dapat atau tak itu belakang cerita, janji kita sudah apply. Kisahnya begini, awal-awal hebohnya I-Lestari, kawan aku ni dok bising kenapa kerajaan tak longgar kan syarat, senang cerita tak yah ada syarat pun tak apa, betul tak? 

Lepas tu, bila kerajaan dah umumkan tiada syarat yang ketat, boleh pulak kawan aku ni tak apply, apply pula last minit dan tarik tutup dah dekat, ha tahu menyesal tak sudah bila tiba tiba line tak oka masa apply. Dah stress masa isi borang, nasib baik masih rezeki dia, dapat juga merasa I-Lestari. 

Aku nasihatkan untuk korang yang baru apply or belum apply, apply cepat dan jangan bertangguh, nanti dah last minit susah pulak. Bila dah dapat duit ni,  jangan pula berjoli sakan, ingat sikit covid masih mengganas. Jadi, berjimatlah selagi boleh tau!

Cara permohonan I-Citra KWSP


Syarat dan kelayakan Permohonan I-Citra


Peringatan :- Tiada sebarang Pindaan Amaun dibenarkan setelah permohonan dibuat. 

Kelayakan memohon :

✅ Semua ahli KWSP yg berumur 55 tahun ke bwh layak memohon. 

✅ Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000. 

✅ Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan. 

✅ Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan. 

✅ Bayaran minimum adalah RM50. 

✅ Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.


Panduan Step By Step utk memohon pengeluaran I-Citra

👉 Berikut adalah Panduan Step By Step utk memohon pengeluaran I-Citra :

Sila pastikan amaun yg dipohon adalah betol dan maksimum kerana anda tidak boleh membuat pindaan setelah menghantar permohonan. Layari ke pautan :


Syarat & cara permohonan I-Citra KWSP

- 1. Klik pada PERMOHONAN ➡️ Masukkan No Kad Pengenalan dan No Tel.


Syarat & cara permohonan I-Citra KWSP


Syarat & cara permohonan I-Citra KWSP



2. Anda akan diminta utk masukkan OTP (One Time Password) ➡️ OTP akan dihantar ke No Tel anda yg berdaftar dgn KWSP. 

Syarat & cara permohonan I-Citra KWSP


 3. Setelah masukkan OTP, anda akan melihat AMAUN PENGELUARAN ➡️ Klik utk memohon RM5000, klik teruskan. ➡️ Sekiranya Amaun Pengeluaran anda kurang dari RM5000 (Lain Amaun), maka AMAUN TERTERA itu adalah amaun yg layak utk anda keluarkan sahaja. (Tertakluk pd baki semasa Akaun 1+2) ➡️ Pilih Amaun tersebut, klik teruskan.

Syarat & cara permohonan I-Citra KWSP




4. Anda akan melihat JADUAL PENGELUARAN ➡️ Pembayaran dibayar maksimum RM1000 setiap bulan selama 5 bulan, klik teruskan. ➡️ Jadual pembayaran anda akan berbeza sekiranya amaun anda kurang dari RM5000.


Syarat & cara permohonan I-Citra KWSP



5. Sila check maklumat anda. ➡️ Pastikan No Akaun Bank anda betol. ➡️ Pastikan Jumlah Amaun yg dipohon juga betol. ➡️ Jawab 2 soalan sebelum klik teruskan. (Ikut Suka, buh ja alasan apa pun)





 6. Sahkan sekali lagi maklumat anda, jadual pembayaran dan juga akaun bank. ➡️ Pastikan amaun pengeluaran anda adalah MAKSIMUM.




  7. Klik Hantar dan Klik Cetak & Simpan Permohonan anda. ➡️ Muat Turun utk Rujukan. 

Semoga bermanfaat . Kredit foto & sumber rujukan FB Icitra kwsp .

8 يوليو 2021

Naruko Raw Job’s Tears Supercritical CO2 Pore Minimizing & Brightening Foaming Wash Review

Naruko Raw Job’s Tears Supercritical CO2 Pore Minimizing & Brightening Foaming Wash Review

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Naruko Raw Job’s Tears Supercritical CO2 Pore Minimizing & Brightening Foaming Wash Review | Lama juga tak update entri review produk. Sekarang ni since pregnant, daku tak ikut sangat 7-8 step. Janji cuci muka dengan cleanser pun dah cukup. Kalau rajin barulah guna toner dan pelembap. Kalau sangat sangat rajin, barulah guna masker, buat double cleanser, guna itu ini.

Kadang bila malas sangat tu, memang tak cuci muka. Bila rasa muka macam tak berapa nak smooth dan jerawat naik ha barulah gigih nak follow 10 step bagai. Geram je tau bila naik jerawat dan diri ni malas sangat. Disebabkan cleanser mary kay dah habis, barulah tergerak sangat hati nak guna cleanser lain.

Jadi, hari ni daku nak review satu lagi cleanser daripada Naruko. Selamat membaca semua!





#1 About the product of Naruko Raw’s Job Tears Supercritical CO2 Minimizing & Brightening Cleanser :


Product name : Naruko Raw’s Job Tears Supercritical CO2 Pore Minimizing & Brightening Foaming Wash
Product brand : Naruko
Suitable skin type : Suitable for all skin types. Best for oily skin types.
Price : RM 29.00 (120ml)
Origin : Taiwan
Available : Watson, Sasa or Naruko Website

#2 What it claims of Naruko Raw’s Job Tears Supercritical CO2 Minimizing & Brightening Cleanser :

  • To cleanse away dirt, sebum & dead skin
  • Enriched with moisturizing factors
  • Extract brightens dull skin & controls sebum
  • Leaving the skin, clear & balanced


#3 The Packing of Naruko Raw’s Job Tears Supercritical CO2 Minimizing & Brightening Cleanser :


Its come with 120ml, botol warna merah. Daku suka packing macam ni sebab senang untuk picit sampai habis. Kalau guna pumping botol kadang susah nak buka bila cleanser dah nak habis. Daku prefer packing yang macam ni.

#4 The colour/texture of Naruko Raw’s Job Tears Supercritical CO2 Minimizing & Brightening Cleanser :


Texture clay like with tiny micro red beads.



#5 The scent of Naruko Raw’s Job Tears Supercritical CO2 Minimizing & Brightening Cleanser :


Cleanser ni tak berbau pun. Texture sama macam naroku tea tree cleanser. Boleh refer gambar di atas.

#6 Ingredients analysis of Naruko Raw’s Job Tears Supercritical CO2 Minimizing & Brightening Cleanser :

  • Job’s Tear Extract
  • Vitamin E
  • Ceramide
  • Oat amino acids
  • Free of parabens

#6 How to use of Naruko Raw’s Job Tears Supercritical CO2 Minimizing & Brightening Cleanser :


Squeeze a quarter-sized amount and apply evenly over face or T-zone. After five  minutes, rub and massage gently with water then rinse thoroughly. (Do not use on open wounds or broke skin. Avoid contact with eyes. Discontinue use if any signs of discomfort, irritation or rash appear)

#7 How I feels : 


Bagi daku cleanser ni sesuai bagi korang yang bermasalah dengan pori pori besar. Pori besar kita mampu untuk minimize sahaja. Pori tak boleh dihilangkan ye. Ingat tu! Cleanser ni sesuai untuk kulit yang berminyak juga. Bila kulit berminyak, lagi senanglah pori membesar.

Sejak daku guna, pori memang semakin kecil tapi jerawat halus tu masih ada. Kadang faktor tumbuhnya jerawat bukan sebab cleanser tapi disebabkan faktor lain juga. Daku tak kesah sangat bila jerawat halus yang tumbuh, yang risau tu bila jerawat bengkak dari dibawah kulit.

So far, cleanser ni sangat sesuai untuk mereka yang nak minimize pore dan bukan untuk jerawat. Kalau nak fokus bersihkan jerawat, daku recommend cleanser naruko tea tree botol hijau tu.

#8 Recommended? :


Overall this is a very good product & very suitable with my skin. No wonder this is the best seller and star product. I rate this cleanser mask 4/5. One of my favourite cleanser ever!

Really recommended to those who have oily skin or acne prone problem. Please try this cleanser and hopefully can remove your bad acne. Keep trying girl. 

(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl) 



6 يوليو 2021

McDonald’s Malaysia Hantar Makanan Ke Hospital Sungai Buloh Bagi Menghargai  Frontliners

McDonald’s Malaysia Hantar Makanan Ke Hospital Sungai Buloh Bagi Menghargai Frontliners

Bismillah.
Assalammualaikum. 

McDonald's Malaysia Hantar Makanan Ke Hospital Sungai Buloh Bagi Menghargai Frontliners | Bila sebut tentang McDonald's, mesti di dalam fikiran sudah terbayangkan menunya yang menarik dan aku salah satu penggemar berat bubur McDonald's. Balik kerja mesti beli 1 set bubur dan burger. Bayangkan jika dapat menikmati makanan McDonald's sambil bersantai di rumah bersama keluarga! Mesti seronok kan?

Malaysia sekali lagi berhadapan gelombang Covid-19 yang makin membimbangkan tahun ini, gelombang kali ke-3 ini dilihat lebih berbahaya dan kes positif serta laporan kematian harian menunjukkan trend peningkatam. Bagi membendungkan penularan wabak ini, kerajaan Malaysia terpaksa melaksanakan PKP 3.0 di seluruh negara pada 1 Jun yang lepas.

Tetapi, pernahkan korang terfikir dalam situasi negara berhadapan masalah covid-19, McDonald's telah mengambil peluang untuk menghargai jasa para petugas barisan yang berada di Hospital Sungai Buloh. 





McDonald's Hargai Frontliner Hospital Sungai Buloh


Jika ditanya pada diri aku sendiri, sanggupkah aku menggantikan tempat petugas barisan hadapan? Sanggup ke aku tinggalkan segala keselesaan dan merisikokan diri aku demi orang lain? Jawapannya sudah tentu aku tidak sanggup!

Tapi macam mana kita nak bantu mereka? Tak susah pun untuk bantu mereka dan hargai petugas kesihatan ini, apa yang perlu kita buat hanyalah jaga diri dan keluarga dengan mengamalkan kuarantin kendiri di rumah. Duduk di rumah sahaja dan keluar hanya bila perlu. #KitaBoleh bantu hentikan penularan wabak ini dengan mematuhi semua SOP yang telah dikeluarkan oleh KKM. 



Sebenarnya, McDonald's Malaysia sudah menghantar lebih 10,000 makanan di taja ke Hospital sejak bermulanya wabak ini pada tahun lepas. Ini adalah salah satu usaha murni McDonald's Malaysia yang cakna tentang keadan dan isu semasa negara.


McDonald's Taja Makanan Hospital Sungai Buloh


Bantuan dalam bentuk tajaan makanan ini khas untuk para petugas kesihatan barisan hadapan yang terpaksa bersusah payah demi memastikan dan menyembuhkan pesakit covid-19 dalam negara kita ini sihat dan sembuh sepenuhnya.

Sebagai sebahagian daripada sokongan dan perhargaan berterusan McDonald's Malaysia terhadap barisan hadapan perutaban untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia semasa wabak, restoran perkhidmatan cepat hari ini meneruskan tajaan makan untuk pekerja kesihatan di Hospital Sungai Buloh.



Oleh itu, sebagai antara beberapa hospital pertama yang mendapat tajaan McDonald's semasa bermulanya wabak, Hospital Sungai Buloh sejak itu menerima lebih daripada 10,000 makanan untuk kakitangan perubatannya. Dalam pengaktifan semula penajaan baru-baru ini yang disambung semula pada awal Mei, McDonald's menaja 300 makanan, tiga kali seminggu sambil memastikan pematuhan terhadap langkah-langkah keselamatan yang ketat semasa penghantaran makanan. 

Dengan lebih daripada 70 hospital yang merawat pesakit Covid-19 mendapat manfaat daripada tajaan makanan, McDonald's Malaysia tetap komited dalam memainkan peranannya dalam menyokong pemulihan negara.



"Sebagai pusat penjagaan kesihatan utama untuk rawatan pesakit Covid-19 di negara ini, kakitangan perubatan kami di Hospital Sungai Buloh bekerja sepanjang waktu untuk memenuhi dan mengurus pesakit kami," kata Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur.

Bagi pihak hospital, Dr Kuldip Kaur hadir untuk menerima bungkusan makanan dari McDonald's. "Kami berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh McDonald's Malaysia, yang bermula semenjak PKP pertama pada bulan Mac 2020. Ini bantu ringankan beban kakitangan penting kami dan meningkatkan semangat serta menceriakan hari-hari mereka," tambahnya. 


Hospital Sungai Buloh Dapat Makanan McDonalds


#KitaBoleh inisiatif oleh McDonald's Malaysia adalah kesinambungan dari inisiatif #KitaBoleh, yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu. Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan  bersemangat juang walaupun pada waktu yang sukar.

#KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk mengkhabarkan keberanian diam para barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah dalam memerangi pandemik ini.



"Hospital Sungai Buloh adalah salah satu hospital pertama yang mula disokong oleh McDonald's semasa bermulanya Covid-19 di Malaysia. Selagi negara  terus mengharungi waktu yang sukar ini, kita terus berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang gagah  berani dalam menjaga keselamatan kita. Kami akan meneruskan sokongan kami melalui inisiatif ini dalam jangka masa yang panjang, sehingga kami dapat menyantuni lebih banyak petugas barisan depan" kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.


Sentiasa Patuh Pada SOP Dan Jaga Pergerakan, Kita Jaga Kita


Oleh kerana itu, kita perlu hargai dan tunjukkan sokongan kepada petugas barisan hadapan kita dan jangan biarkan mereka berseorangan melawan pandemic Covid-19. Terus amalkan kawalan kendiri. Terus kekal di rumah. Keluar hanya bila perlu, dan juga terus amalkan penjarakkan fizikal, pakai pelitup muka apabila berada di luar dan elakkan 3S (tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat). Hanya kita yang mampu mengawalnya, kerana hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang.



Semoga Allah sentiasa memelihara kesihatan para petugas hadapan agar tugas dan usaha mereka dapat diteruskan. Akhir kata, semua rakyat Malaysia perlu diingatkan agar terus menjalani kehidupan dengan penuh displin dalam norma baru dan mematuhi dengan ketat segala SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa.

Semuanya bakal berakhir jika kita sebagai rakyat terus memberikan sokongan kepada petugas barisan hadapan dalam memenangi dalam peperangan ini!

Untuk maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia, sila lawati www.facebook.com/My.McDonalds/.