28 يناير 2020

PETUA MAKAN COKLAT BY CHEF AMAR

PETUA MAKAN COKLAT BY CHEF AMAR

Assalammualaikum & hello there!

PETUA MAKAN COKLAT DARIPADA CHEF AMAR | Ini Chef Amer, seorang pakar coklat. Beliau kongsi cara makan coklat yang betul.  Aluhhhhh... Rupanya salah cara kita makan cokelat selama ni.

Kalau ikut cara "old school" kita,

Langkah 1 - Beli
Langkah 2 - Bukak bungkusan
Langkah 3 - Patahkan kecil
Langkah 4 - Masuk mulut
Langkah 5 - Kunyah sampai habis

Iye betul. Semudah tu cara kita, dan kerana cara kita itu lah kita tak pernah faham nikmat sebenar cokelat, dan tak pernah tahu beza cokelat yang penuh gula, yang sedap, yang mahal dan super sedap mahal.

Baik. Ini Legendary Chef Amer berhati mulia kongsikan cara betul makan cokelat.

Nah baca perkongsian beliau.


1) Coklat ada 3 jenis. Dark chocolate, milk chocolate dan white chocolate. Sebaiknya makan dark chocolate .

2) Kalau dark chocolate 99%, maknanya koko dan lemak koko tu 99%. Kalau dark chocolate 80%, maknanya koko dan lemak koko tu 80%,19% gula, 1% or less adalah lecithin, vanillin dan emulsifier.

3) Baca Bismillah, buka kotak coklat dan potong coklat. Letak coklat di tengah-tengah lidah.

4) Rapatkan lidah ke arah lelangit dan biarkan coklat melt sendiri dengan suhu badan kita sehingga coklat memenuhi ruangan lidah. Jadi semua rasa coklat akan bercampur. Masam, masin, pahit semuanya.

5) Kemudian baru lah signal akan dihantar ke otak dan endorphins dirembeskan. Kita rasa lebih tenang dan bahagia.

6) Jangan main ngap, kunyah dan telan sahaja. Rugi makan coklat gaya gini. Tapi kalau ada kacang, kunyah lah. Kalau tak, sampai setahun pun kacang tu tak lumat. Tercekik pula nanti.

7) Kalau masa coklat melt tu ada rasa ketul-ketul, maknanya koko tidak betul-betul fine. Kalau mulut rasa berminyak, maknanya butter yang digunakan dalam pembuatan coklat itu butter murah.

Selamat menikmati cokelat semua. Semoga hari "cheat day" hari ni diserikan lagi dengan makan cokelat yang betul.

23 يناير 2020

APA PERKARA YANG BUAT KORANG BENGANG?

APA PERKARA YANG BUAT KORANG BENGANG?

Assalammualaikum dan hai semua!

APA PERKARA YANG BUAT KORANG BENGANG? |  Ada perkara yang buat kita bengang sepanjang hari, bila dikenang makin sakit hati pula. Mustahil dalam seharian kita ni tak ada perkara yang kita bengangm boleh punca tak ada mood tau. Jangan buat hal tau. Om nak share dengan korang apa perkara yang buat Om bengang.

1. Jenis tak reti nak beratur.

Ewah-ewah, sekolah dulu cikgu tak ajar beratur ke? Pernah tu kat cashier, dah beratur panjang tup tup ada akak melayu ni relax je parking barang dia kat atas meja cashier padahal belakang tu berderet beratur. Buat muka tak malu nak bayar, gigih tunggu, padahal boleh jer beratur. Bila kita cakap, beratur, tahu pulak dia nak marah. Eh tak fahamlah jenis macam ni.

2. Dah dekat, baru nak bagi signal.

Ni lagi satu, tutorial belajar bagi signal dah banyaklah. Susah sangat ke nak bagi. Dah nak masuk simpang, baru bagi signal. Sehari tu dekat sepuluh kali jumpa jenis orang macam ni. Tak ada kesedaran sivik.



3. Makan berbunyi, chupp chapp chupp chapp.

Eh hello, Om makan dengan haiwan ke ni? Lembu pun makan tak berbunyi macam ni. Mental tau dengar orang makan berbunyi, rasa nak rakam bagi dia dengar. Bila kita cakap, di marahnya pula. Kita nasihat tak mahu dengar, akhirnya dah malu sendiri bila orang ramai tegur perjara yang sama.

Banyak lagi perkara yang buat daku ni bengang. Kita cuma manusia biasa tak lepas daripada melakukan kesilapan tapi perlu ke sampai berulang kali dan buat orang disekeliling bengang dengan perkara-perkara kecil. Fikirkan.

18 يناير 2020

1 HARI, 1 ENTRI. APA KESANNYA?

1 HARI, 1 ENTRI. APA KESANNYA?

Assalammualaikum & hai semua!

1 HARI, 1 ENTRI. APA KESANNYA? | Sebagai seorang blogger, menaip entri setiap hari walaupun cuma satu entri sangat memberi kesan kepada trafik blog. Om sendiri samapai kebuntuan cari idea entri, kadang hampir lewat malam baru publish entri. Sebelum ni, memang Om abaikan update blog, pernah juga sebulan 2-3 kali update entri. Kita sendiri pun bila blogwalking blog orang lain, akan muak juga tiap kali buka blog dia, entri sama macam dua bulan lepas. Kita nak expect apa bila orang lain buat benda yang sama pada blog kita since kita tak update blog.



Apa kesannya bila update blog setiap hari?

1. Tarik kepercayaan silent reader untuk baca blog.

Penting sebenarnya tau nak tarik kepercayaan pembaca. Sama macam kita berniaga, nak jual produk kita kena bagi customer percaya dengan produk kita. Betul tak?  Bukan mudah tapi tak mustahil, bila setiap hari kita update sekurang-kurang pembaca tahu blog kita aktif dengan entri-entri yang baru. Bukan ke ini bagus untuk trafik blog? Fikirkan...

2. Peluang tarik client untuk bagi job.

Bila dah hari-hari update blog, client akan tertarik untuk bekerjasama dengan kita. Bukan ke ini sumber pendapatan kita? Client pun seronok bila blog kita diupdate setiap hari, di situ client tahu kita merupakan blogger yang aktif. Untung sebenarnya tau, client ni tak putus putus contact kita untuk bagi job.

3. Pageviews & rangking alexa makin meningkat

Ini adalah hasil bila update blog tiap hari. Suka kan bila pageviews meningkat? Nak PV berjutaa, kena update blog hari-hari. Kita tak nampak sekarang, nanti bila PV dah berjuta baru kita sedaar usaha update blog tu membuahkan hasil. Penting juga tau ranking alexa, makin hari update, peluang untuk di ranking alexa sangat tinggi.

Banyak lagi kesan update blog setiap hari, Om bagi 3 kesan untuk kesedaran blogger yang lain. Om sendiri pun hampir lewat malam baru nak update. Om harap korang rajin rajinlah update blog untuk kepentingan diri sendiri dan moga bermanfaat kepada pembaca.

Fikirkan...



11 يناير 2020

Perlu Ke Minta Izin Suami Sebelum Keluar?

Perlu Ke Minta Izin Suami Sebelum Keluar?

Assalammualaikum & hello there!

Meminta izin suami sebelum keluar rumah...

"Hello, you kat mana...?"

I kat Mid Valley ni...Bosan stay kat rumah...

"Kenapa keluar rumah tak bgtau I...?"

Lor, kena bgtau u ke...Kolot la u ni...2020 dah kan...

Apa hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami?

Melalui sudut agama, hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami adalah HARAM...bila dah jatuh haram, klu buat, apa jadi? Berdosa besar...

Tak kisah la ini tahun 2020 ke, tahun 2040 ke, klu dah namanya org islam, isteri kpd seorang suami, maka tetap kena mintak izin sebelum keluar...

Ketetapan ini bukan tujuan mengongkong pergerakan si isteri, tp adalah kerana diri si isteri itu dari hujung rambut sampai hujung kaki adalah dibawah tanggungjawab seorang suami...suami perlu tahu ke mana isteri pergi, apa tujuan isteri ke destinasi tersebut.



"Kamal, aku nampak isteri kau kat Mid Valley..."

Ish kau ni, memandai ja...dia kat umah la...

"La, btol, isteri kau dgn kawan2 dia td...aku tak tipu..."

Suami balik tanya isteri, isteri mengaku dia memang keluar tanpa pengetahuan suami...apa yg jadi? Sikap isteri itu boleh mendatangkan fitnah disebabkan suami tidak mengetahui status isteri...suami beranggapan dia dirumah, tp ada org lain jumpa di luar...

Itu sebabnya isteri kena mintak izin, utk nak mengelakkan fitnah...

Klu ada mulut yg sampaikan ke pengetahuan suami, jika suami tahu status isteri, dan isteri ada di destinasi tu dgn kebenaran, maka suami  sendiri akan jelaskan kepada org tersebut...

Simple...

Bolehkah isteri dianggap nusyuz jika dia keluar rumah tanpa kebenaran?

Keluar rumah tanpa kebenaran juga dianggap nusyuz...hukum nusyuz juga haram dan berdosa besar...

Islam tidak meletakkan satu ketetapan utk mengehadkan pergerakan isteri, tp ini bertujuan utk memelihara diri si isteri drpd fitnah...

Jika keluar dgn tujuan bekerja, menghantar anak sekolah, ke pasar, yg merupakan rutin seorang isteri, maka memadai dgn meminta izin sekali sahaja...jika urusan kecemasan, dibolehkan keluar tp segeralah cari peluang utk memberitahu suami ttg keadaan yg dihadapi...

Jgn pandang ringan, jgn ambik mudah...meminta izin perlu dilakukan sebelum keluar dari rumah dan bukannya ketika dah tiba ke destinasi yg ingin ditujui...

Meminta izin dan memberitahu adalah 2 perkara yg berbeza...



Sumber : FB Firdaus Syakirin