3 Januari 2016

Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang

Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang

Bangun-bangun, dah pagi dh. Matahari dah nak atas kepala dah tu, cepat bangun. Hari ni aku nak pergi mandi sungai dekat Sungai Legong, Selayang. Sambil siapkan makanan untuk berkelah, aku berbesar hati nak kongsikan tips. 

Tengok tu, Sabrina tidak sabar untuk membaca. Hehehehe aku bukan blogger otai yang mudah dapat cpuv. Cuma nak tunjuk mana yang aku pandai aje lah. Jemput baca semua.


Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang


Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang

Di bawah ni, aku kongsikan beberapa tips untuk dapatkan cpuv nuffnang. Mungkin korang boleh cuba terlebih dahulu ya.

#1 Letak iklan nuffnang dengan betul

In shaa Allah, aku akan ajar newbie cara daftar iklan Nuffnang. Jangan risau tau newbie's. Sebenarkan pemasangan iklan nuffnang dengan cara yang betul sangat mempengaruhi earning CPUV. Pastikan iklan nuffnang korang tidak tersorok. 

Kalau tersorok macam orang lain nak nampak. Disebabkan, aku jenis yang tamak, aku suka letak lebih daripada satu iklan nuffnang tu. Kalau korang perasan, iklan aku berada di sidebar dan juga di atas header. Tak susahkan buat duit? 

#2 Rajin click-click iklan blogger lain

Ha, ini tak semua blogger rajin click iklan orang lain. Sila hentikan sikap kemalasan korang tu. Mari sama sama kita bantu blogger yang lain. 

Lagi satu, jangan nak menggedik tangan tu, click iklan nuffnang korang sendiri. En.Nuffnang boleh tahu tau. Jujur okay?

#3 Pastikan traffic maintain dan tinggi


Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang
PV kena sentiasa maintain


Untuk pastikan traffic blog kita maintain dan tinggi, bukan senang tau. Aku sendiri pun masih tidak expert lagi bab-bab traffic ni. Aku akan pastikan traffic Om lebih daripada 50 per hari. Biasanya traffic ni, berkaitan dengan pageview & unique visitor. 

Pageview tu mudah je untuk dapat, makin korang rajin blogwalking makin tinggilah pageview orang. Yang paling susahnya nak capai unique visitor tu padahal benda inilah yang dipandang oleh company pengiklanan. Nak capai 100++ pun susah inikan pula beribu-ribu.

#4 Rajinkan diri update entri blog

Kepada yang malas update entri tu, aku sarankan selalulah update. Aku jenis yang banyak buah fikiran, kejap-kejap udpate entri. Ada sesetengah blogger macam aku ni, dalam sehari sampai 5 entri dia update.

Ada sesetengah lagi, satu hari satu entri. Korang janganlah update entri yang sama, cuba buat yang lain. Beri kelainan, contohnya kongsikan tips ke, ajar toturial ke, review ke.

#5 Sentiasa update survey

Rajin-rajinkanlah diri korang untuk update survey di web nuffnang. Survey ni penting sebab dari situlah advertiser tahu, kategori blog korang, kekerapan korang update blog, pelawat blog korang siapa dan lain-lain lagi. Di mana nak update survey tu?

Sign in Nuffnang > Klik Manage Blogs > Survey > Update Survey

Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang
Cari yang ini ya

Pilih yang mana patut korang update ye.

#6 Hantar tiket pada Nuffnang

Ha, bab ni aku pakar, pakarlah sangat! Aku geram sebab 2 tahun tak dapat CPUV. Aku hantar tiket nuffnang yang mengandungi unsur merayu-rayu, menagih simpati kononnya.. Tapi berjaya tau. 

Tips Untuk Dapatkan CPUV Nuffnang
Hantar tiket

Meningkat juga lah cpuv Om. Puas di rayu, akhirnya dapat juga. Bila korang dah selesai update survey, ha apa lagi hantar tiket kepada nuffnang. Bukan tiket wayang ye. 

Support tiket ni, pelbagai fungsinya, antaranya, korang boleh tanya, "kenapa blog korang masih lagi tidak dapat cpuv, sedang saya ni rajin orangnya" hahahahaha.. Bila korang hantar tiket sebegitu rupa, pihak nuffnang akan sedar diri tentang wujunya korang.

Akhir Kata

Itulah serba-sedikit tips yang mampu aku kongsikan. Aku harap korang pun dapat CPUV. Aku sarankan korang ikuti tips yang aku sediakan. Nak duit, kenalah rajin usaha.

Ingat!

Usaha Tangga Kejayaan.