OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI

AFB Feeds

Surau Dan Perempuan Tak Boleh Dipisahkan.

Surau Dan Perempuan Tak Boleh Dipisahkan.

Assalammualaikum & hello there!

Surau perempuan dan adegan yang tak sepatutnya berlaku. Kita pergilah mana mana mall pun, kebiasaannya surau perempuan akan lebih sesak berbanding dengan surau lelaki. Nak pulak waktu weekend atau cuti sekolah, fuhhh...macam nak rebut sale happy hour lah gayanya! Ha camtulah nak habaq kata penuh ya Rabbi tu.


Dekat surau perempuan ada lebih ramai kanak kanak, sebab kebiasaannya anak anak akan suka nak ikut mak. Lagipun akan ada yang akan menyusukan anak dalam surau. So anak anak lebih suka ikut mak.

Jadi, memang surau perempuan kebiasaannya penuh, especially waktu Maghrib.

Orang perempuan ni pulak complicated, ada handbag, ada beg pack, ada beg susu. Yang jenis pakai shawl tu pulak lagilah complicated, nak kena cari tempat sangkut tudung dia. kau terhenggot sikit, kemain dia jeling. Huh! Kadang dia bentang shawl dia kemain besooo makan surface area, dah kurang ruang orang nak solat.

Nak ambik wudhuk pun satu hal. Tak secepat orang lelaki. Perempuan yang pakai mekap ni nak kena buang mekap dulu la, padam itu, padam ini. Dah solat nak lukis dan warna semula itu dan ini.

Jadi, Isunya disini adalah apabila wujudnya segelintir jenis perempuan yang tiada common sense dan pentingkan diri.



1. Jenis tak nak bawa telekung, pakai telekung wakaf surau, tapi nak conquer. 

Jenis perempuan macam ni biasanya dia akan buat jenis solat pakej combo. Contoh solat Asar hujung waktu, lepas tu tunggu sekejap terus nak solat Maghrib. Lantak dia lah. Itu dia punya pasal. Isunya adalah apabila dia pakai telekung surau, lepas tu dah habis solat Asar tak nak buka telekung tu. Dia nak pakai terus telekung tu untuk Maghrib. So dia duduk je diam diam je kat sejadah sedangkan orang lain tengah menunggu kat belakang tunggu telekung untuk solat Asar. Eh hellooo...dah lah tu bukan telekung kau kau nak main cop cop gitu, boleh tak jangan selfish sangat? Dahulukan orang yang nak solat asar tu ha. Pernah sekali, ramai gila orang tak dapat solat Asar di surau SOGO masa tu sebab begitu ramai mangkuk hayun dok melepak taknak bangun atas sejadah sambil pakai telekung wakaf sebab tengah tunggu Maghrib!

2. Jenis suka cop tempat solat, walhal wudhuk pun belum ambil.

Kalau surau tu tengah lengang, tak apalah. Ni tak, orang tengah beratur panjang untuk ambil wudhuk, dia baru masuk surau, gigih ambil telekung surau yang tinggal sepasang dua je yang tu, lepas tu bubuh kat sejadah dengan beg beg dia. Lepas tu baruuuuuuu dia nak pergi beratur ambil wudhuk. Dahlah beratur tu panjang. Kalau kau bagi orang lain yang dah ada wudhuk tu solat dulu, dah boleh dua tiga round dah orang solat kat situ. Ni orang yang dah ambil wuduk tu terpaksa berdiri terjegat sambil tunggu ada ruang kosong untuk solat. Entah apa apa!

3. Jenis suka mekap atas sejadah. 

Dah habis solat tu, bangunlah! Kau nak mekap mekap atas sejadah tu apehal. Tak nampak ke penuh surau ni orang tengah beratur nak solat pulak. Mekap lah kat toilet ke dekat rak kasut ke tepi tong sampah ke ah mana manalah janji bukan dekat ruang orang solat. Benda simple pun tak boleh fikir. Tahu nak cantekkkkkkkk je, attitude out. Hahah!


4. Jenis kalau boleh nak mandi dekat tempat wuduk. 

Bila orang ramai, sentiasa utamakan benda yang wajib sahaja. Islam cukup mengutamakan sikap mempermudahkan orang lain. Bila kau tengok orang ramai beratur, tak payahlah kat situ jugak kau nak berus gigi, cuci muka pakai scrub bagai. Setakat cuci muka untuk tanggalkan mekap tu ok lah, ni yang lebih lebih ni dah kenapa. G balik mandi lah! Boleh tak buat benda yang wajib je dulu? Yang sunat tu, kalau tak menyusahkan orang lain tak apa, ni kau dah lah masuk surau dah nak habis waktu, kau ambil wuduk je dah bermenet menet, silap haribulan orang lain boleh telepas waktu sebab nak layan karenah kau ni.

5. Jenis tunggu member dalam surau.

Adoii...dah kalau kau period, tunggu lah dekat Starbucks ke, pergi baca buku dulu dekat Kinokuniya ke, shopping kedai DIY main kuda pusing dulu ke apa. Kau bukannya budak kecik yang kena ikut mak dia. Ni duduk buat halaqah tiga empat orang sambil main phone. Bila orang tanya, dah solat ke? Eh saya cuti, tunggu kawan. Aku hambat kau nanti. Bagilah ruang tu untuk orang solat. Common sense ke laut budak budak sekarang ni. Tudung je ala ala hijabista. Akal nya terlilit sekali dengan tudung tudungnya barangkali. Pernah sekali tu, ada seorang acik guard ni buat pengumuman kuat kuat dalam surau, dia cakap siapa yang tengah main phone semua keluar. Kat luar boleh main phone. Bagi ruang orang nak solat. Yang period yang tunggu kawan semua tunggu kat luar. You know what?? Ramai betul adik adik anak dara bangun. Ya Allah...dalam sekawan 7 8 orang tu, yang solatnya 2 orang je gamaknya. Yang lain tu memenuhkan ruang lantai je. Pebendapuntakboleh! Lelaki mana lah yang tergila gilakan diorang ni. Tiber. 😝

6. Jenis buat segala benda sunat time orang tengah menunggu giliran.

Kalau kau jenis kuat beribadah, mohonlah datang surau tu awal. Time orang tak tergesa-gesa. Time kau boleh have your own sweet time untuk buat solat sunat qabliah, ba'diah, hajat, tasbih, tahajjud, or even nak baca al ma'thurat ke, sirah nabi ke apa. Ni time maghrib yang orang dah macam sardin tu lah kau nak solat sunat lah, sujud lama lah, doa siap baca doa arwah tahlil segala lah. Ya Allah....yang orang lain macam terputus nyawa menunggu ruang nak solat. Kesian dekat ibu ibu yang ada anak kecil. Benda benda sunat ni, buatlah waktu kau bersendirian. Surau dekat mall ni tempat awam, sempit, dan kebiasaannya sangat ramai orang pada waktu waktu tertentu. Bertimbang rasalah.

7. Jenis buang cotton pad mekap dekat tempat wuduk.

Eh dia dah buang mekap bagai sebab nak wuduk sempurna kononnya, terus jadi perangai huduh tinggal cotton pad dia gitu. Banyak cantekk muka kau. Orang seterusnya yang nak ambil wuduk tak selera lah nak tengok sisa sisa mekap kau tu. Kalau benda tu terjatuh ke lantai, basah kembang sumpah geli. Buatnya termasuk pulak ke lubang air tu, ha dah sumbat. Tak pasal-pasal banjir tempat wuduk tu. Ape ke punya perangai. Buanglah dalam tong sampah. Kalau tak ada, simpan je dulu dalam beg ke apa. Balik kang buanglah.



8. Utamakan ibu mengandung, orang tua, dan ibu bersama anak kecil.

Yang ni simple. Mana mana pun kau utamakanlah tiga golongan ni. One day, kita semua akan merasa jadi golongan golongan tu. Insya Allah. Masa tu kau tahulah betapa strugglenya nak bersesak di tempat awam.

Kesimpulannya,

Hidup ni, kena fikir untuk senangkan orang lain. Kalau tak mampu sangat, cukuplah jangan menyusahkan orang lain. Agama ni kena faham, jangan ambil separuh-separuh. Benda sunat, tapi jika dibuat pada waktu dan cara yang salah, tak jadi pahala dah. Dikira memberi mudharat dekat orang pula. Bayangkan jika disebabkan kita, ada orang lain yang mungkin terlepas 5 waktunya.

Kau jangan fikir one way,

'la dah tahu taknak bersesak janganlah pergi mall'. Eh hello, akak cakap bab sikap ni. Sanggup pergi mall time sesak tu pilihan individu, tapi bersikap dengan sikap buruk ni tak sepatutnya jadi pilihan sesiapa.

'Tulah, siapa suruh solat hujung hujung waktu'. Ini bukan soal awal ke hujung. Ini soal sikap. Kalau Maghrib dari sebelum masuk waktu sampai ke Isyak ha gitulah penuhnya. Bersikaplah dengan baik dan bertimbang rasa tak kira lah bila pun anda solat.

We could make a better world tomorrow by doing a small change today. 

Pesan akak satu je, kalau kau jenis pakai baju tak solat friendly,  tolonglah bawa telekung sendiri kalau boleh. Disamping hassle free, terjamin bersih, dan kau boleh selamatkan orang yang dah nak terlepas waktu sebab tak ada telekung tu dengan offer yours.



Sumber : FB Izyan.
Hidden History #5 | MH653

Hidden History #5 | MH653

Assalammualaikum & hello there!



Penerbangan 653 Malaysia Airlines (MH653), sebuah pesawat Boieng 737-2H6 didaftarkan sebagai 9M-MBD, jatuh terhempas di Tanjung Kupang, Johor pada petang 4 Disember 1977. Ia adalah kemalangan yang pertama dan paling membawa maut untuk Malaysia Airlines, dengan kesemuanya 93 penumpang dan 7 anak kapal terbunuh serta-merta.



BACA JUGA :

Hidden History #4 | HANS ISLAND



Happynya!!! Domain dah renew untuk 2021.

Happynya!!! Domain dah renew untuk 2021.

Assalammualaikum & hello there!

Domain blog OmbakBergigi ni dah nak masuk setahun dah, tak sangka kejap je masa berlalu. Patutnya bulan lepas nak settlekan duit domain blog ni tapi terlupa manjang dan disebabkan duit cukup cukup untuk renew, Om pun terus renew je hari ni.

In syaa Allah tahun depan nak renew 3 or 5 tahun, senang kan? Tak perlu dah setahun sekali renew, kita bagi terus 3 tahun sekali or 5 tahun sekali.


Kepada blogger lain yang masih gunakan blogspot, ayuh bertukar ke .com. Tak mahal dan senang je prosesnya. Korang bagi 100% kepercayaan kepada NetKL.com/. Btw, semoga maju jaya untuk blog ni.


BACA JUGA :

ALHAMDULLILAH, DAH GUNA DOMAIN SENDIRI.


1st Giveaway by YYSELLA

1st Giveaway by YYSELLA



Assalammualaikum & hello there!

1st Giveaway by YYSELLA | Siapa yang free tu jemput join segmen ni juga. Mari kita sama sama memeriahkan segmen YYSELLA. Hadiah pun menarik untuk penggemar TUDUNG BAWAL. Korang macam mana? Takkan tak join giveaway ni? 

Rugi tak join! Klik banner untuk join.




SAYA SOMBONG SEBAB SAYA ISTERI ORANG.

SAYA SOMBONG SEBAB SAYA ISTERI ORANG.

Assalammualaikum & hello there!

"Saya 'sombong' sebab saya ni isteri orang..."

Bila dah jadi isteri orang, adakalanya perlu untuk kita jadi 'sombong'.

Bukan sombong yang menjengkelkan, tapi sombong jenis yang tidak terlalu peramah, tidak terlalu baik dan tidak terlalu melayan wanita yang tidak mempunyai pertalian dengan kita, siapa? Orang luar dari rumahtangga kita especially kaum adam di tempat kerja dan di media sosial.


Sebab kita ni isteri orang.

Perbuatan terlalu ramah, terlalu baik, terlalu melayan akan menimbulkan konflik dalam rumahtangga sendiri.

Dia datang minta tolong tentang kerja, kita tolong hanya tentang kerja. Dia nak suruh hantar dia balik rumah dia ke, nak suruh tolong beli barang dekat dia ke, dia lapar tak makan lagi ke, tiada orang teman dia pergi shopping ke, dia takut tidur seorang diri ke, itu dah di luar bidang kerja kita dan kita tidak dipertanggungjawabkan untuk membantu dia selagi dia masih bertangan, berkaki, celik, tak pekak, tak bisu dan tak gila.

Dia boleh buat sendiri kan.

If dia ada masalah, suruh dia cari kaunselor or ustazah. Kita nak dengar masalah dia? Boleh, tapi jangan sampai ada rasa yang kita wajib kena selesaikan masalah dia, jangan sampai hanya kita sahaja bantu dia dalam dunia ni. Nak simpati pun boleh, nak rasa kesian pun boleh, tapi jangan sampai ada perasaan lain disebalik simpati dan kesian itu. Dengan erti kata lain, berpada-pada lah.

Husband kite!

Jangan menangguk di air keruh.

Bercakap bila perlu, melayan bila perlu, berhubung hanya bila perlu. Jika tiada apa-apa kepentingan or keperluan, just take care of yourself and your family 1st before you take care about others. Jaga pergaulan kita tu. Islam first!

Peramah kita, kebaikan kita dan layanan kita hanya untuk suami dirumah. Always remember that because kita ni someone's wife.

Saya langsung tak kisah orang kata saya "sombong" as long as saya tahu apa yang saya buat itu adalah untuk kebaikan rumahtangga sendiri. Akhir kalam,

"I don't live by people's compliments or die by their criticism"



Sumber : FB Firdaus Shakirin
BTS SAPU 9 AWARDS DI MAMA AWARDS !?

BTS SAPU 9 AWARDS DI MAMA AWARDS !?

Assalammualaikum & hello there!

Berita baik untuk para kpoppers! Tapi bukan Om lah. Om cuma ambil info info penting dan banyak pilih drama yang best best untuk ditonton. Dua hari lepas dah berlangsungnya, MAMA Award (Mnet Asia Music Award) 2019 di Japan. Om tengok pun artis artis macam MAMAMOO, Twice, BTS yaang buat persembahan. MAMA 2019 ni sangat gempak dan menampilkan artis artis yang baru baru terutama BTS.

Apa yang bestnya untuk BTS army, di MAMA BTS dah sapu dekat 9 anugerah tau! Speechless kejap, ya memang music diorang yang mengikut citarasa remaja sekarang. Ingatkn 4 anugerah pemting je diorang sapu, lastly hampir 9 anugerah tau diorang sapu. Gila lah! Betul-betul big achievement, rasanya kalah Big Bang. Heheheh



Om senaraikan awards yng BTS menang, Blackpick btw macam sendu ja?

Artist of the year - BTS
Song of the year - Boy with luv : BTS
Best Music Video - Boy with luv: BTS
Album of the year - Map of the Soul : Persona BTS
Dance Performance (male) - BTS
Best Male Group - BTS
Worldwide Fans Choice - BTS
Worldwide Icon of the year - BTS
Qoo10 Fav male artist - BTS

Ternganga bila BTS sapu 9 anugerah. Hahahha Tahniah BTS!



Majlis Bertandang Belah Suami.

Majlis Bertandang Belah Suami.

Assalammualaikum & hello there!


1/12/2019, alhamdulillah dah settle majlis bertandang sebelah suami. Majlis bertandang atau majlis sambut menantu biasanya diadakan di pihak lelaki apabila selesainya majlis di pihak perempuan tapi kalau tak buat majlis pun tak pa. Ini adat masing-masing. Jadi jangan dipertikaikan dan dipandang remeh mahupun disamakan.

Om bertolak dari Kuala Lumpur hari sabtu, nak elak jammed kami lalu laluan dalam Tapah. Jauh jugaklah perjalanan sebab banyak masuk pekan pekan perak. Jenuh jugak nak sebut satu persatu nama tempat tu. Kami sampai di Kuala Kurau Perak dalam lingkungan 8 malam. Lebih kurang 7 jam perjalanan termasuk rehat dan solat.


Keesokkan harinya, seawal jam 8 pagi dah nak ke Parit Buntar sebab Om tak amik Mua Bridal. Kirany make up di butik Mua yang Om pilih tu. Pihak suami nak dalam kesederhanaan, semuanya serba sederhana. Baju bertandang pun Om yang jahit manik. Baju ni akan jadi baju 2 in 1, baju bertandang + baju raya tahun depan. Ni bukan kedekut tau tapi malas nak membazir pakai pun sekali je. Same goes dengan baju husband.


Makeup look Om serahkan 100% pada Mua Zuraihizza, malas nak pilih pilih look. Cantik tak look Om? Look ni ala ala doll gitu. Photographer siap puji, make up kali ni lawa dan sesuai dengan muka. Eh bayangkan kol 9 sampai kol 12 tau nak bersiap. Kesian husband tunggu kat dalam kereta masa tu. I doesn’t expect that majlis belah perak diorang datang around 10 pagi sebabnya Om gerak ke rumah mak mertua around 1 pm, tengok tengok orang dah kurang. Bayangkan jam 2pm dah boleh pergi photoshoot outdoor. Menyesal gak sebab lambat, belah johor pengantin akan datang lepas waktu zohor. Tiba tiba jadi menyesal sebab datang lambat.


Lepas jer settle dengan tetamu, around 3pm dah gerak outdoor photoshoot. Awalnya photoshoot. Photoshoot kali ni Om ambil dengan senior kolej dulu, tak sangka dia bagi the best service ever. Layan kerenah kami ni, rasanya 4-5 location jugak tau. Pastu dengan tiba tiba datangnya idea nak pakai safety helmet, photographer ni layankan je tau. Siap google lagi cari idea untuk photoshoot engineer. Totally recommended! Dia layankan je perangai kami ni. Hehehhe

So Alhamdullilah, majlis bertandang dah pun selesai. Kami pun dah boleh focus dengan goal 2020. Dah tak lama dah kan, less than a month jer ni. Tak sabar nak masuk tahun baru!



Ajar Anak Untuk Belajar Berkongsi.

Ajar Anak Untuk Belajar Berkongsi.

Assalammualaikum & hello there!

Masa cuti dua tahun lepas pernah sewa homestay. Apartment 2 bilik. Satu bilik dengan dua katil single dan satu lagi hanya satu katil single. Sengaja ambil dua bilik. Mahu hadirkan experiental learning pada anak-anak. Leraikan dari sifat ananiyah kepada kekitaan. Di rumah mereka biasa ada bilik sendiri. Ada kawasan sendiri. Kawasan ni jadi ruang psikologikal sendiri.

Teringat masa kecil-kecil dulu. Masa tu tinggal di rumah kuarters 1 bilik. Ruang tamulah tempat segalanya. Di situlah makan. Di situlah tidur. Tempat baca buku juga disitu. Lepas masuk petang tu bercerota dengan anak-anak. Masa kecil ayah tidak pernah punya ruang sendiri. Semuanya berkongsi. Tidur berhimpit-himput. Tidur pun atas kain saja. Tak ada tilam.

Di rumah berkongsi ruang tamu sebagai bilik. Masa masuk asrama berkongsi 30 orang satu bilik. Masuk univeraiti juga berkongsi 4 orang satu bilik. Dah berkahwin pun berkongsi bukan sahaja bilik malah berkongsi katil. Tidak pernah rasa nikmat bilik sendiri. Tapi ayah suka. Tak merungut. Sebab mindset berbeza masa tu.


Masa mati nanti baharu rasa sendirian. Tak ada lagi kongsi. Gelap. Sempit. Mereka diam, dengar tanpa bersuara. Ada yang telan air liur.

Saya sambung.

Otak manusia dicipta untuk hidup berkongsi-kongsi. Social brain kata orang putih. Hidup dalam kekitaan, bukan ananiyah atau keakuan. Berkongsi itu tanda kasih. Tanda insani. Tanda kita khalifah di atas muka bumi. Mereka angguk. Tanda faham mungkin.

Apa makna semua ini?

Satu, nak bangkitkan rasa syukur. Ada bilik sendiri. Selesa tapi jangan alpa.

Dua, nak mereka sedar hidup perlu berkongsi. Nikmat bukan untuk diri sendiri. Berbagi-bagi.

Tiga, ada masanya tahu adjust hidup dalam sikit. Rasa hidup ini sekadar menumpang. Ada tempat kekal yang akan kekal dihuni.


Sumber : Telegram Dr.Rizal


Alhamdulillah... Google Adsense dah ?!

Alhamdulillah... Google Adsense dah ?!

Assalammualaikum & hello there!


Eh kenapa dengan google adsense ni? Sebenarnya, alhamdullilah google adsense setiap hari naik even 1 sen. Dah syukur sangat dah, sikit sikit lama lama jadi bukit. Om percaya makin kerap kita post entri, in syaa Allah google adsense akan bertambah. 

Sebelum ni, sendu je dan rasa nak uninstall dari blog ni. Om jealous dengan senior blogger yang lain, diorang dah cashout berkali-kali. Kita ni yang newbie macam nak tak nak je usaha. Tak semua blogger boleh dapat google adsense. Dah hantar email berkali-kali mesti reject. Jadi, kita yang tak bermasalah dengan google adsense, janganlah sesekali tak mahu guna, rugi jer nanti.


Kita slow slow post entri, satu hari satu entri. In syaa Allah, mesti membuahkan hasil dengan google adsense.

Jom usaha lagi !
Hidden History #4 | HANS ISLAND

Hidden History #4 | HANS ISLAND

Assalammualaikum & hello there!



HANS ISLAND | Pulau Hans merupakan pulau yang menjadi wilayah pertikaian bertindih diantara dua negara yang memliki pengaruh ketenteraan iaitu Denmark dan Kanada selama berdekad-dekad lamanya.

Diama tiap tiap tahun pihak askar dari Denmark dan Kanada datang melawat dalam jumlah yang berskala, memacak dan menaikkan bendera negara masing-masing diakhiri dengan kedua kedua pihak meninggalkan botol arak Kanada Wiski dan Danish Schnapps di pulau tersebut.

Namun, diantara peristiwa tersebut, kedua dua pihak selitkan dan tinggalkan kamera dan rakaman dihidupka untuk tujuan pemantauan risikan di atas pulau tersebut yang disembunyikan di sudut-sudut tertentu.



Sumber : Telegram Hidden History



ADA KE MAKANAN KURANGKAN LAPAR?

ADA KE MAKANAN KURANGKAN LAPAR?

Assalammualaikum & hello there!

ADA KE MAKANAN KURANGKAN LAPAR? | Ini soalan yang bermain dalam otak ramai orang. Makanan apa yang kurangkan rasa lapar. Makan dan rasa kenyangnya lama. Jadi dah tak rasa nak mengudap atau berjajan lagi.

Saya kongsikan 3 makanan yang beri kesan kenyang lama.

Sedap dan berlemak kacang ni tapi sayang~~~~ mahal gila

1. Kacang cerdik atau pistachio. 

Jumlah 43 biji. Kajian oleh In U.S. Agricultural Research Service. Tambah cerdik bila makan bukan seperti pendapat kata makan 7 biji kismis jadi cerdik. Walaupun kecil pistachio kaya dengan fiber. Fiber inilah beri kesan rasa kenyang yang lama. Lebih menarik lagi pistachios ini kaya dengan vitamin B6.

Vitamin B6 ini stabilkan gula dalam darah. B6 juga penting untuk pembentukan hemoglobin darah - yang kerjanya oksigen dalam sel darah merah.


2. Minyak Zaitun. 

Campurkan dalam makanan yang telah siap dimasak. Bukan masak minyak zaitun. Kajian dari Technische Universität München (TUM) dan the University of Vienna dapati kesan rasa kenyang atau satiety berlaku apabila neurohormon serotonin juga meningkat di dalam darah. Serotonin adalah hormon yang jaga kestabilan mood, selera, memori dan aktiviti seksual. 

Menurut pengkaji rahsianya terletak pada dua jenis bau atau aroma minyak zaitun iaitu Hexanal and E2-Hexanal.


3. Avocado. 

Ni lah pemenang pertama. Avocado kaya dengan lemak sihat dan fiber. Dua anugerah utama sebabkan hormon lapar ghrelin menurun dan malu untuk naik dalam jangka masa panjang.

Lebih menarik lagi avocado sebabkan dua peptide rasa kenyang naik iaitu peptide GLP-1 dan PYY. Detail kajian ini ada dalam Faseb Journal tahun 2017. Dalam kajian lain yang lebih terkini dan terNow di jurnal Nutrients (2019) pula dapati peserta kajian yang obes hanya rasa lapar selepas 6 jam mengambil avocado.

Ketiga makanan ini antara 3 pemenang awal. Ada lagi makanan lain yang bantu beri rasa kenyang. 3 ini lebih hebat lagi. Oh ya. Satu perkara hebat tentang avocado. Makan avocado boleh hilang perut mengandung abam abam. Hakak hakak nak badan lentik pun boleh cuba. Kurus secara natural tanpa lapar. Jangan percaya. Makan jer.




Sumber : Telegram #DrRizal
Hidden History #3 | ISTANA LONG PUTERI / MAIMUN SELANGOR

Hidden History #3 | ISTANA LONG PUTERI / MAIMUN SELANGOR

Assalammualaikum & hello there!

ISTANA LONG PUTERI / MAIMUN SELANGOR | Istana ini merupakan kediaman Raja Long Puteri iaitu cucunda Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor yang keempat). Istana ini terltak berhampiran dengan Istana Jugra. Daripada aspek senibina bangunan, Istana Long Puteri memrupakan sebuah rumah berdindinkan papan, bertiang dan berlantaikan batu.

Untuk memasuki istana ini, kita perlu menaiki 14 anak tangga yang dibina daripada bahan batu. Dari segi ruang dalaman istana ini, terbahagi kepada 3 ruang iaitu ruang tamu, ruang tengah dan ruang dapur, di mana bahagian dapur telah dipisahkan daripada ruang tengah. Istana ini juga mempunyai 3 bilik dan sebuah bilik tamu.



Gambar di atas adalah pemandangan bahagian hadapan Istana LOng Puteri (Istana Maimun), Jugra Kuala Langat yang ketika itu didiami oleh Raja Sakiah ibti Raja Mustar sekitar tahun 1930. Malangnya kini, Istana itu tidak diselenggara dengan baik.


Sumber : Telegram Hidden History 


WOW?! 4 ENTRI INI LEBIH 2500 PAGEVIEWS!

WOW?! 4 ENTRI INI LEBIH 2500 PAGEVIEWS!

Assalammualaikum & hello there!

WOW?! 4 ENTRI INI LEBIH 2500 PAGEVIEWS | 7 tahun dah menapak dalam dunia blogging tapi Om masih lagi mengejar untuk capai 1 Juta pageviews, tak mustahil sebenarnya. Jangan pernah putus asa. Apa yang kita usaha, itulah yang kita dapat. Usaha lebih, in syaa Allah akan dapat lebih. Hari ini dan entri ini adalah penguat semangat untuk diri sendiri dan juga blogger lain untuk tidak lemau lagi dalam blogging. Come on! Wake up guys! Kita kena pecut lagi lagu!

Om senaraikan 4 entri yang dapat lebih daripada 2500 pageviews. Korang boleh klik di link yang Om bagi untuk meneruskan pembacaan ye!

1) Entri reviews yang dapat sebanyak 2512 pageviews ialah




2) Entri giveaway pertama yang dapat sebanyak 7430 pageviews ialah



3) Entri personal yang dapat sebanyak 7613 pageviews ialah





4) Entri reviews yang paling banyak ialah 26816 pageviews ialah



Macam mana korang? Agak terbakar tk semangat tu? Om lagi terbakar bila tengok blogger lain dapat berpuluh ribu untuk satu entri je. Pageviews per bulan pun blogger lain boleh cecah ratus ribu. Kenapa kita blogger yang sedang-sedang tak boleh?

In syaa Allah, selagi kita berusaha selagi itu akan membuahkan hasil. Good luck untuk blogger newbie!
Planner 2020 Giveaway by Messarah

Planner 2020 Giveaway by Messarah



Assalammualaikum & hello there!

Planner 2020 Giveaway by Messarah | Siapa yang free tu jemput join segmen ni juga. Mari kita sama sama memeriahkan segmen Messarah. Hadiah pun menarik untuk penggemar planner.

Untuk syarat no 5, Om nak share goal 2020. In syaa Allah will come true, sama-sama doakan.

1. Nak beli rumah dan duduk terus kat rumah baru. Malas dah nak berpindah randah.

2. Dah ada rumah, mestilah kena ada anak. This is my goal for next year.

3. Bisnis sampingan untuk bantu husband. Bisnes apa? In syaa Allah tahun depan.

Apa apa pun, untuk 3 goals kat atas tu, mintak Allah selalu permudahkan. Korang macam mana? Takkan tak join giveaway ni? 

Rugi tak join! Klik banner untuk join.




Hidden History #2 | GAJAH DI ALAM MELAYU

Hidden History #2 | GAJAH DI ALAM MELAYU

Assalammualaikum and hello there!

HIDDEN HISTORY | GAJAH DI ALAM MELAYU



Haiwan kenaikan golongan bangsawan. Raja, kerabat, pembesar, diplomat dari luar negeri akan menggunakan gajah sebagai pengangkutan. Haiwan ini melambangkan status pemilik atau tuannya.

Dulu-dulu, kalau kita pergi meminang atau memintak anak dara orang. Mereka pergi dengan rombongan yang menaiki gajah. Terus di terima tanpa banyak soal sebab gajah ni cama kereta mercedes. Melayu dahulu sama je dengan melayu sekarang. Cuma melayu dahilu kenal jati diri bangsanya dan mempertahankannya. Melayu sekarang hmm pikir pikirlah ye

Lihat kebijaksanaan, kepintaran miyang kita. Ada sahaja manuskrip ilmu gajah yang di tulisnha untuk manfaat anak cucu Melayu. [Muka Hadapan Manuskrip Mantra Gajah (Kitab Perubatan, Petua, Mentera, Azimat dan Isim bagi gajah), koleksi peribadi penulis yang diperolehi daripada Pudat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia]



Sumber : Telegram

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com