7 Restoran Yang Sesuai Untuk Mengadakan Sambutan Atau Perayaan

 7 Restoran Yang Sesuai Untuk Mengadakan Sambutan Atau Perayaan 

Malaysia mempunyai banyak pilihan makanan dari menu tempatan sehingga ke makanan barat. Disebabkan itu ramai pelancong ingin kembali ke Malaysia disebabkan menu makanan yang sedap. Untuk menu makanan barat, dengan mudah boleh tahu di mana lokasi western food near me di telefon bimbit masing-masing.

Antara restoran makanan barat yang sering mendapat perhatian ramai untuk mengadakan sebarang sambutan hari istimewa adalah seperti di bawah ini. 

1. Copper

Terletak di tingkat lima Menara Shell, Copper restoran mewah ini sering dikunjungi ramai pelanggan untuk meraikan hari istimewa. Untuk bahagian dapur, restoran ini diuruskan oleh Chef Chai. 

Chef Chai telah bekerja di institusi berbintang Michelin yang setara dengan Our Sluis di Belanda dan ABaC di Barcelona. Kepakaran masakannya  untuk menu Eropah tidak dapat dinafikan. Selain dikunjungi ramai untuk meraikan hari istimewa, restoran ini turut dikunjungi untuk perayaan hari tertentu. 

2. Subak Restaurant

Ingin makan malam bersama orang tersayang dalam suasana romantik yang indah? Subak salah satu restoran yang sesuai untuk tujuan ini. Terletak di pinggir Bukit Lanjan, bunyi air yang mengalir akan dapat mengindahkan lagi suasana makan malam. 

Antara menu yang paling mendapat sambutan di sini adalah stik tenderloin daging lembu, stik tulang rusuk dan sirloin steak. Sekiranya anda menginginkan pasta sebagai alternatif, anda boleh membuat pilihan antara pasta carbonara, aglio olio makanan laut dan banyak lagi.

3. Positano Risto

Citarasa Itali ada di Positano Risto. Sama ada anda berada di sini untuk makan tengah hari atau makan malam, terdapat banyak pilihan menu untuk dinikmati. Antara hidangan yang ada di sini adalah pasta, daging panggang, makanan laut, risotto dan pizza. 

4. The 39 Restaurant

The 39 Restaurant menawarkan suasana makan malam dalam panorama indah kota metropolitan Kuala Lumpur yang menarik. Berada di sini dengan jelas dapat melihat pemandangan Menara KL yang berkelip-kelip dengan cahaya lampu dan juga Menara Berkembar Petronas yang kelihatan jelas dari balkoni restoran. 

Antara menu hidangan yang popular di sini adalah lamb noisette, burger udang buatan sendiri dan juga ayam madu berempah. Restoran ini juga sesuai untuk dikunjungi bersama yang tersayang untuk meraikan hari istimewa dalam suasana romantik.

5. Me’nate Steak Hub

Me’nate Steak Hub menawarkan pelbagai menu steak halal dan ia merupakan salah sebuah restoran steak yang sangat popular di Kuala Lumpur. Me'nate Steak Hub berada di kedudukan tertinggi di kalangan pilihan makanan Muslim kerana ia menawarkan steak bermutu tinggi yang halal. 

6. Songket Restaurant

Sedang mencari lokasi untuk mengadakan majlis? Songket Restaurant menawarkan lokasi yang strategik dengan kawasan yang sesuai bersama pelbagai menu tradisi yang sedap-sedap. Songket merupakan salah sebuah restoran Melayu dengan rasa masakan yang baik. 

Jika ada di kalangan pelancong berminat untuk merasai pelbagai menu makanan melayu tempatan, restoran ini merupakan salah satu pilihan terbaik. Antara menu yang patut anda nikmati ketika berada di sini ialah rendang daging, kambing panggang berempah, masak lemak cili api, dan ikan bakar ala Kedah. 

7. Blonde

Terletak di kejiranan Bukit Damansara, Blonde telah mendapat banyak komen positif sejak dibuka pada bulan September 2019. Restoran ini menyajikan pelbagai santapan berkualiti tinggi di bandar dalam suasana yang moden. Maka tidak hairanlah mengapa tempat ini telah menerima ramai pengunjung setiap hari. 

Dari meja yang menarik hingga lantai berpola, Blonde merupakan salah sebuah tempat makan yang menarik, terutama untuk mereka yang suka berselfie. 

Sambut Hari Istimewa Di Rumah Lebih Digalakkan Dalam Suasana Covid-19 Ini

Untuk sambut hari istimewa ini tidak semestinya perlu di restoran. Tak bermakna juga perlu berbelanja lebih dari kemampuan. Jika mahu berjimat, boleh saja sambut sebarang hari istimewa di rumah. Jika mahu makanan istimewa, gunalah perkhidmatan Foodpanda. 

Duit dapat dijimatkan, masa dapat diselamatkan, malah tenaga juga tidak perlu dikeluarkan. Tempah makanan, tunggu dan nikmati dengan penuh rasa happy tanpa perlu bersusah payah.

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Betul tu, gunakan khidmat Foodpanda saja. Boleh raikan hari istimewa di rumah.

    BalasPadam
  2. Terbaik share tempat yang sedap mesti membawa perasaan seronok bersama keluarga tercinta.. :)

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!