Boleh Ke Bagi EVOO Dalam Makanan Bayi? Ini Penjelasannya!

Assalammualaikum.
Bismillah.

Boleh Ke Bagi EVOO Dalam Makanan Bayi? Ini Penjelasannya! | EVOO? Apakah itu? EVOO atau lebih dikenali Extra Virgin Olive Oil iaitu minyak zaitun murni, dimana minyak ini merupakan minyak yang terkenal degan pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia. EVOO ni juga dah jadi multifungsi yang bagus untuk diamalkan, sebab itu rata rata Ibu dah bagi EVOO untuk bayi sebagai bahan makanan tambahan.





Nak dijadikan cerita, dah hampir dua minggu study tentang pemakanan bayi selepas 6 bulan. In syaa Allah, Luth Isyraf genap 6 bulan pada 5.3 ni, sebab tulah daku ni gigih cari info untuk mulakan pemakanan bayi. Inilah pengalaman pertama sebagai ibu, takkanlah nak harapkan mak kita, dah lah mak daku jaga Luth, takkan mak daku juga sibuk nak aturkan pemakanan untuk Luth, i dont want to be a useless ibu!

Sebenarnya, EVOO ni dah diceritakan dalam laman web healthline tapi daku akan terangkan kembali bagi korang semua faham. Hehehehe.


APAKAH FUNGSI MINYAK?

Minyak merupakan sumber lemak yang memberi kalori kepada yang memerluka. 1 sudu kecil minyak memberi 45kcal berbanding 1 sudu kecil simple karbohidrat iaitu 20 kcal.


APA ITU EVOO DAN MACAM MANA PEMBUATANNYA?

Daku ulang kembali ye, EVOO maksudnya Extra Virgin Olive Oil. Tapi panggil EVOO, senang dan mudah nak faham. EVOO ni adalah minyak yang telah diekstrak dari buah zaitun, buah daripada pokok zaitun.

Proses pengeluaran EVOO ni pun sangat muda. Buah zaitun perlu ditekan untuk keluarkan ekstrak minyak, tapi zaman moden ni, diorang hancurkan buah zaitun sekaligus, dan diorang melakukan proses proses untuk pisahkan minyak dengan molekul yang ada pada buah zaitun.

EVOO ada tiga jenis iaitu, minyak zaitun halus (olive oil refined), minyak zaitun dara (virgin olive oil) dan minyak zaitun extra dara (extra virgin olive oil). Sebab itu, penting tau sebelum nak beli minyak zaitun ni. EVOO dianggap minyak zaitun yang paling sihat. Ianya menggunakan kaedah semula jadi dan diseragamkan bagi mendapat kualiti yang paling terbaik.


VITAMIN APA YANG TERDAPAT DALAM EVOO?

Minyak ni mengandungi vitamin E, K dan asam lemak yang cukup bermanfaat. 100 gram minyak zaitun mengandungi :

Lemak jenuh : 13.8%
Lemak tak jenuh tunggal : 73%
Omega-6 : 9.7%
Omega-3 : 0.76%
Vitamin E : 72% dari AKG
Vitamin K : 75% dari AKG





BOLEH KE EVOO DICAMPURKAN DALAM MAKANAN BAYI?

Dah tentu boleh tetapi dengan kadar yang bersesuaian. Minyak zaitun sangat baik untuk dikonsume  kerana manfaatnya sangat tinggi. Minyak zaitun mengandungi Vitamin A,C,D,E,K, vitamin B serta antioksidan.

Tapi, kena ingat tau, bayi boleh mula makan minyak setelah usianya 6 bulan. Bawah 6 bulan tidak dibenarkan melainkan atas saranan doctor. Nak bagi minyak pada bayi, disarankan untuk tetap menggunakan minyak zaitun extra virgin atau EVOO. EVOO ni minyak zaitun yang paling murni dan mempunyai jumlah antioksidan yang lebih besar.

Lagi elok, cuma gaulkan minyak zaitun ni dalam pemakanan bayi. Kalau bayi 6-9 bulan, better letak 1 sudu kecil atau 2-3 titik sahaja, tak perlu lebih lebih. Minyak zaitun ni tak perlu dipanaskan sebab dikhuatiri khasiat pada minyak zaitun tersebut akan berkurangan. 


JOM BACA ENTRI MENARIK LAIN



Daku tekankan disini, apa yang penting dalam petumbuhan dan perkembangan anak adalah dengan memastikan pemakanan yang diambil itu sihat dan seimbang. Seawal usia 6 bulan ni, kurangkan penggunaan gula, garam dan perasa tambahan. Lagi baik, tak perlu dan say NO kepada perasa tambahan!

Semoga perkongsian ini bermanfaat.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Ha'ah akak letak minyak ni. Then buat mirepoix kemain Nur Dhia, Semangat makan. So far, setakat ni berat maintain Naik cantik. Harap² la berpanjangan. Walaupun direct feeding, bila dah start makan Dan agak aktif. Jadi menyusunya kurang.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!