Perhatian! Ibu Mengandung Patut Elak 7 Cara Pemakaian.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian! Ibu Mengandung Patut Elak 7 Cara Pemakaian. | Entri hari ini khas untuk ibu mengandung diluar sana. 9 bulan ibu mengandung dah tentu banyak perubahan terjadi terutama di bahagian perut. Lagi pun, tak semua ibu mengandung suka menunjukkan 'baby bump'. Tak manis dan tak elok untuk menayang baby bump. Nanti jadi bahan kritikan orang lain. 



Apa salahnya jika ibu mengandung sorokkan baby bump dengan mengelakkan 7 cara pemakaian semasa mengandung. Daku sepanjang mengandung ni pun dah kurang nak pakai seluar ketat, seluar dulu-dulu pun dah tak muat. Lagi pun, bila jenis kerap buang kecil ni lagi susah nak buka seluar semasa membuang. Sebab tu daku suka pakai seluar besar. 

Daku harap ibu mengandung diluar sana pun sama-sama elakkan 7 pemakaian semasa mengandung tau. Tak elok untuk bayi dalam kandungan.


7 Cara Pemakaian Yang Patut Dielakkan Oleh Ibu Mengandung


Di bawah ini terdapat 7 cara pemakaian patut dielakkan semasa mengandung :


#1 Seluar Yang Terlalu Ketat


Daku sendiri pun dah elak untuk tidak memakai seluar yang terlalu ketat. Lagi pun, bila ibu mengandung pakai seluar ketat, ianya takkan menampakkan kita ni kurus dan memberikan tekanan kepada bayi dalam kandungan. Bila pakai seluar ketat, mesti baby terasa sempit dan ibu mengandung sendiri pun rasa tak selesa, terutama yang jenis kerap buang air kecil. Jadi lebih elok elakkan pemakaian seluar ketat.

#2 Baju Yang Singkat


Fesyen pakai baju singkat ni memang wajib dielakkan semasa mengandung. Bukan ke tak sopan jika pakai baju yang singkat? Nak angkat tangan pun, boleh nampak tau perut ibu mengandung, lebih elok elakkan pakai baju yang singkat.




#3 Pakaian Longgar


Sesetengah ibu hami memilih untuk memakai pakaian yang longgar dan besar. Daku pun sekarang dah tukar pakai pakaian longgar. Seronok jugak pakai baju besar sebab lebih selesa dan senang nak menyembunyikan baby  bump. Tetapi, jangan pula pakaian tu terlalu besar nanti nampak macam khemah bergerak pulak.



Ada Ke Cara Pemakaian Yang Patut Dielak Semasa Mengandung?



#4 Pakaian Dalam Tidak Sesuai


Bila dah mengandung ni, pakaian dalam pun dah tentu tak selesa bila ibu mengandung menggunakannya. Pakaian dalam seprti seluar dalam atau bra mesti mengikut saiz yang betul tidak kira sama ada hamil atau pun tidak. Sebenarnya, pemilihan pakaian dalam ketika mengandung mampu membuatkan ibu mengandung berasa lebih selesa.


#5 Baju Terbelah Di Depan


Yes! Daku tahu baju terbelah depan ni lagi fesyen kan? Tapi daku rasa cara pemakaian ni ketika mengandung bukanlah satu pilihan yang baik. Sakit mata juga bila ada yang memakai baju belah depan ketika mengandung. Rasa malu pun ada tau, motifnya mungkin nak tunjuk baby bump. Tapi perlu ke menunjuk?

#6 Baju Dan Seluar Pendek


Kalau di dalam rumah, baju dan seluar pendek ni memang tak ada kesalahan pun, lagi buat ibu mengandung selesa. Tapi, ada juga yang pakai baju dan seluar pendek di tempat umum. Kelakar tau bila pakai baju dan seluar pendek di tempat umum ni sebab lagi menampakkan perut yang sedang membesar tu. 




#7 Kasut Tumit Tinggi


Eh dah 7-8 bulan pun masih pakai kasut tumit tinggi? Fesyen pakai kasut tumit tinggi ni tak sesuai langsung untuk ibu mengandung. Dalam masa 9 bulan ni, mana lagi penting, fesyen atau keselamatan bayi di dalam kandungan? Jika pakai tumit tinggi, risiko untuk tersadung dan boleh mencederakan kandungan adalah sangat tinggi. Jadi, sila elakkan!


Buat ibu mengandung diluar sana, sepanjang 9 bulan ni diharap dapatlah mengelakkan 7 cara pemakaian yang tak elok semasa mengandung. Jaga baik-baik kandungan tu ye.



Kredit : Hello Doktor

5 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Perkongsian dan ingatan yang penting dan sangat baik.

    BalasPadam
  2. This is such a good sharing not only for preggy women, but also people around them (like me). Sebab I've seen so many yang dress up inappropriately, so sad... :(

    BalasPadam
  3. uuiish kasut tumit tinggi sapa pakai tu daring sungguh.. betul tu OM.. tak elok pun tayang pewot hehe.. baby bumps berlemak pun kita pulun nak sorok hahaha..

    BalasPadam
  4. setuju sangat dengan semua ni. time mengandung tu rasa panas lain macam :D

    BalasPadam
  5. Untung orang sekarang, baju mengandung kemain lawa sekarang, dulu Sis baju ngandung beli boleh tahan mahal, pakai berulang-ulang sebab tak banyak design..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama