Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Himpunan Ulangkaji Dan Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia Pada Tahun 2020/1441H | Ramadhan datang lagi, in syaa Allah kita akan menyambutnya pada 24 April 2020 bersamaan hari Jumaat. Semoga tahun ini banyak memberi kita pahala dan rahmat oleh-Nya. Di entri kali ini, daku kongsikan serba sedikit tentang zakat, bermula daripada pengertian sehingga kadar bayaran zakat.

Jangan pandang remeh pada zakat. Zakat ini merupakan rukun islam yang keempat. Setiap iri dan keluarga atau tanggungannya perlu membayar zakat, bagi zakat puasa ianya pada setiap kali bulan puasa. Bukannya selalu pun bayar zakat fitrah, lagi pun ianya dapat menyucikan diri kita ssepanjang bulan Ramadhan Kareem nanti.





Apa Itu Zakat Fitrah?



#1 Maksud Zakat Fitrah

Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


#2 Syarat Wajib Zakat Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah :

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungnya pada mala dan pagi hari raya
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

#3 Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  • Waktu Wajib (Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal)
  • Waktu Afdal (Sebelum sembahyang Hari Raya)
  • Waktu Sunat (Sepanjang bulan Ramadhan)
  • Waktu Makruh (Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  • Waktu Haram (Selepas terbenam matahari satu Syawal)




#4 Kadar Zakat Fitrah

Asal tentang kadar zakat fitrah ialah satu sha; (gantang) Baghdad bersamaan 2.751 kg atau senilai dengannya. Kadar ini ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri

Korang boleh semak kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2020/1441H. Kadar bayaran sudah pasti berbeza-beza bagi setiap negeri.


Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia Pada Tahun 2020/1441H



NegeriKadar Bayaran
JohorRM7 / RM10
KedahRM5 / RM7 / RM14 / RM21
KelantanRM7 (namun galakkan kadar RM14 dan RM21)
MelakaRM7 / RM14
Negeri SembilanRM7
PahangRM7
PerakRM7 / RM14 / RM21
PerlisRM7
Pulau PinangRM7 / RM16
SelangorRM7 / RM14 / RM21
TerengganuRM7
SabahRM6 / RM7.50
SarawakRM7
Wilayah Persekutuan
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Labuan
RM5 / RM7


#5 Fatwa Kadar Zakat Fitrah

Dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-57 bertarikh pada 10 Jun 2003 seperti berikut :

  • Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat oleh BERNAS bagi setia beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg.
  • Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Sabah dan Sawarak adalah berdasarkan harga setempat oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gnatang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kg.

Menjelang Ramadhan, Jawatakuasa Syariah atau Fatwa Negeri akan memutuskan nilai harga beras semasa mengikut daerah atau jenis dan gred beras yang dimakan oleh penduduk. Kemudian diputuskan dengan mengambil kira nilaian sebanyak segantang beras iaitu hampir kepada 2.60 kg.


#6 Di Mana Zakat Fitrah Perlu Dibayar

Tahun ni, setiap kutipan zakat akan cuba dilakukan dengan kaedah pembayaran secara atas talian (online). Ini kerana bagi mengelakkan jarak antara satu sama lain dan juga penjarakkan sosial. Ini selari dengan kaedah pencegahan COVID-19 daripada merebak.

Tahun ini juga, selaras dengan ajaran agama Islam, semua umat Islam wajib membayar Zakat Fitrah sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Walaupun negara sedang dilanda dengan wabak COVID-19, Zakat Fitrah adalah kewajipan bagi setiap individu Muslim yang mempunyai kemampuan. 

Jadi, sudah tentu setiap negeri mempunyai kaedah bayaran secara online yang korang boleh lakukan terus di rumah sahaja. Tetapi, pembayaran kepada amil masih dijalankan dengan beberapa SOP yang akan ditetapkan. Lebih elok, bayar online je. Korang boleh lihat website rasmi bagi setiap Majlis Agama Islam Negeri bagi mengetahui cara pembayaran secara online.




Alhamdulillah, tamat dah ulangkaji tentang zakat fitrah. Daku harap kalian semua mengerti dengan perkongsian dan memudahkan korang untuk membayarnya. Ingat! Zakat fitrah kita tak boleh pandang remeh terutama bagi muslim yang berkemampuan. Zakat fitrah ini jugalah rukun islam yang wajib kita penuhi. 

In syaa Allah, semoga Ramadhan Kareem yang akan datang ini akan memberikan kita pahala yang sebanyaknya dan juga rahmat daripada Allah swt. Selamat menunaikan ibadah puasa semua!




7 Ulasan

  1. Yeayy! puasa dah nak dekat... ngeee thank you for sharing ^_^

    BalasPadam
  2. Indahnya Ramadhan dalamnya ada zakat..dua dalam satu.

    BalasPadam
  3. Nice sharing... Info yang bermanfaat...

    BalasPadam
  4. masih sama tahun lalu... harap tahun dipermudahakan


    https://www.oohsenyum.com/

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas perkongsian dear..menarik..semoga tahun ini urusan kita kitua dipermudahkan

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah walaupun kita masih dalam perintah berkurung ni tetap tanggungjawab kena laksana puasa dan juga bayar zakat .....

    BalasPadam
  7. Harap2 mudah la cara bayar zakat nanti..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!