Assalammualaikum dan hello there!


8 Himpunan Resepi Aiskrim Malaysia Untuk Dicuba | Proses untuk membuat Aiskrim Malaysia ni sangat mudah tetapi malas nak ikat aiskrim tu kan? Boleh merah jari-jemari yang halus mulus tu. Aiskrim inilah kenangan sewaktu kecil dahulu, balik mengaji mesti singgah rumah penjual aiskrim. Dulu, harganya RM0.20 sekarang RM1 sebatang tau.

Nak beli aiskrim tersebut dengan harga yang sekarang, rasanya sangat tak berbaloi. Apa kata kita cuba buat sendiri di rumah, dah alang-alang cuti PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), mari rajinkan diri.


#1 Resepi Aiskrim Malaysia : Kacang Hijau

Bahan-bahan :

Kacang hijau (rendam semalaman)
1 liter santan
2-3 cawan gula (boleh dikurangkan jika mahu)
Gula merah
Satu cubit garam

Cara-caranya :

 Rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk.
Masak air gula merah secara berasingan dan tapis.
Bila kacang sudah empuk, masukkan gula merah, gula, garam dan santan.
Masak macam buat bubur kacang.
Kemudian, tutup api dan tunngu sejuk sedikit baru masuk dalam plastik.

Kredit :  FB RESEPI MAMA


#2 Resepi Aiskrim Malaysia : Creamy Mango

Bahan-bahan :

2 biji mangga masak (blend halus)
Susu cair 1 tin
Air 1 liter
Tepung jagung 3 sudu teh
Gula secukupnya (ikut pada kemanisan mangga)

Cara-cara membuatnya :

1. Masak susu cair bersama air, gula dan mangga yang diblend tadi sehingga mereneh.
2. Tutup api. Masukkan bancuhan tepung jagung.
3. Sejukkan dulu baru masukkan dalam plastik.
4. Pastu simpan dalam peti ais. Esok baru bole ngappp.
5. Dah siap

Kredit : FB MASLINA MUHAMAD MUKTAR


#3 Resepi Aiskrim Malaysia : MILO GEBU GEBAS

Bahan-bahan:

3 sb susu pekat
2 sb gula
3 sb serbuk milo
Air secukupnya yang telah direbus

Cara-cara membuatnya :

Masukkan kesemua bahan ke dalam satu jag dan kacau sehingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam plastik aiskrim, bungkus dan ikat.
Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk tunggu sehingga beku dan sedia untuk di makan!

Kredit : FB IDAYU FA


#4 Resepi Aiskrim Malaysia : CHOKI-CHOKI

Bahan-bahan :

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
secubit garam
2 sudu 1/2 tepung jagung

Cara-cara membuatnya :

Kacau semua bahan kemudian  didihkan manja-manja menggunakan api kecil. Letakkan tepung jagung bagi lembut, sedikit garam selain membangkitkan lemak, ia boleh mencegah kembung. Kemudian tapis dan untuk choki-choki anda boleh potong kepada dua. Masukkan choki-choki ke dalam plastik aiskrim dan picit untuk ratakan.

Kredit : FB ICECREAMLICIOUS


#5 Resepi Aiskrim Malaysia : ASAM BOI LEGEND

Bahan-bahan :

 2.5 liter air
 2 1/2 cawan gula pasir
 20 biji asam boi
 4 hingga 5 sudu besar tepung jagung
 Kordial asam masin secukupnya (saya guna double lion)

Cara-cara membuatnya :

1) Masak kan air, gula, asam boi dan letak kordial asam masin. Masak sampai mendidih dan gula larut.
2) Tepung jagung bancuh asing. Bila tepung jagung dah larut, masuk dalam bancuhan air yang mendidih tadi.Kacau sebati.
3) Rasa bancuhan tadi cukup manis masam nya boleh tutup api dan tapis.
4) Masukkan asam boi tadi dalam plastik aiskrim. Bila bancuhan dah suam boleh la masukkan dalam plastik. Ikat dan bekukan. Siap!

Kredit : FB JUNAIDAH BACHOK


#6 Resepi Aiskrim Malaysia : PERISA JAGUNG

Bahan - bahan :

Plastik eskrem
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 liter air masak
1 tin jagung krim
Perisa jagung Al-ameen (perisa ni sedap..dh try perisa lain, rasa kureng sket)
4 sudu makan tepung jagung
Secubit garam

Cara-cara membuatnya :

Campur sebati bahan di atas, masak smpi panas. Tak perlu mendidih.
Dah sejuk, boleh bungkus molek2.

Kredit : FB CIKMAR JHD


#7 Resepi Aiskrim Malaysia : SUMI

Bahan-bahan:

3 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
perisa dan warna yang anda suka
3 packet jelly sumi – dibelah 4 setiap satu

Cara-cara membuat:

Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Matikan api.
Masukkan perasa dan pewarna, kacau rata.
Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yg sesuai.
Kemudian masukkan jelly bersama-sama.


#8 Resepi Aiskrim Malaysia : Strawberi

Bahan-bahan :

1 packet buah strawberi
Perisa strawberi
3 cawan air
Gula

Cara-cara membuat :

Kisar buah strawberi dengan air.
Didihkan atas api dan masukkan gula sehingga rasai manis buah.
Selepas itu, masukkan perisa strawberi.
Masukkan kedalam plastik aiskrim.
Aiskrim mango dan strawberi yogurt

Selamat mencuba, semua!

8 Ulasan

  1. aaaa semua perisa sedap-sedap ni!

    BalasPadam
  2. Halahh halahhh jumpa plak resepi eskrim ni. Hangus diet satgi :)

    Jemput join segmen kami
    https://akukaudansesuatu.blogspot.com/2020/03/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html

    BalasPadam
  3. Ya Tuhan,, nasib la peti ais tu tak boleh beku... Kalau tak... selamat~

    BalasPadam
  4. Kacang hijau tu sedap sangat.

    BalasPadam
  5. I did'nt Heard this ice-cream ๐Ÿ˜Š thanks for your sharing ๐Ÿ˜Š

    BalasPadam
  6. so far dah buat aiskrim sumi tu la... itu je paling senang. yg lain leceh.

    BalasPadam
  7. so far dah buat aiskrim sumi tu la... itu je paling senang. yg lain leceh.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!