Cara Cukur Rambut Bayi Yang Baru Lahir Dengan Selamat

Cara Cukur Rambut Bayi Yang Baru Lahir Dengan Selamat | Kali ini aku nak kongsikan cara cukur rambut bayi yang baru sahaja lahir. Selain memberi nama kepada bayi, ibu bapa juga disunatkan untuk cukur rambut bayi sehingga botak. 

Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa untuk mencukur rambut bayi sehingga botak pada hari ketujuh ia dillahirkan. Cukur sampai botak. Tak kira babygirl or babyboy. 

Jangan cukur sipi-sipi je. Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya. Sambil tu jangan juga lupa bila waktu sesuai sunat anak lelaki. Aku sendiri pun masih mencari waktu sesuai untuk sunatkan Luth.

cara cukur rambut bayi

Kenapa Perlu Cukur Rambut Bayi?

Ada bayi yang dilahirkan dengan rambut yang lebat dan cantik. Pasti ibu bapa rasa sayang nak cukur rambut bayi. Tahukah ibu dan bapa sekalian, tujuan mencukur rambut adalah untuk menjaga kebersihan dan memastikan si kecil bebas dari penyakit. 

Ia bagi membuang rambut bayi yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran.

Baca ini juga: Tempat Haram Cium Anak

Hadis Cukur Rambut Bayi 

Dari Samurah ibn Jundub, Rasulullah s.a.w. berkata, “Setiap anak tertebus dengan aqiqahnya, korban dilakukan atas namanya pada hari ketujuh, dicukur kepala dan diberi nama.” 

Hadith Sunan Abu Dawud 2838 (Sahih al-Albani)

Cara Cukur Rambut Bayi

1) Ambil 1 bekas berisi air
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3) Guna pisau cukur gillette je or mana mana yang ada. Pastikan yg baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas.


Cara Cukur Rambut Bayi

Cara Timbang Rambut Bayi 

Adalah disunatkan untuk menimbang rambut yang dicukur itu, kemudian dinilaikan dengan harga emas semasa dan disedekahkan kepada orang yang memerlukan.

Kalau dah terlepas hari ke-7, buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak. Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.

Contoh rambut baby ni berat 0.99g. Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.

Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati yang penting lebih dari amount tu ye. Baca sebaiknya dulu cara cukur rambut bayi, jika mahukan pahala penuh kena cukur sehingga rambut bayi botak.

Akhir Kata

Apabila anak sudah dilahirkan, disunatkan untuk ibu bapa mencukur rambut bayi sehingga botak. Artikel ini juga menerangkan cara cukur rambut bayi dengan selamat. Jangan bagi luka kepala anak sebabnya waktu itu kepala anak sangat sensitif. 

Semoga bermanfaat. 






2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Tq dapat ilmu baru arini..dah join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie? Rm1000 untuk dimenangi.. jemput join ye

    BalasPadam
  2. Tapi ramai juga mak bapa yang tak buat cukur rambut ini.. huhuhu..
    Bagus perkongsian OM ini..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama