12/01/2019 - 01/01/2020 - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: 12/01/2019 - 01/01/2020

AFB Feeds

Happynya!!! Domain dah renew untuk 2021.

Happynya!!! Domain dah renew untuk 2021.

Assalammualaikum & hello there!

Domain blog OmbakBergigi ni dah nak masuk setahun dah, tak sangka kejap je masa berlalu. Patutnya bulan lepas nak settlekan duit domain blog ni tapi terlupa manjang dan disebabkan duit cukup cukup untuk renew, Om pun terus renew je hari ni.

In syaa Allah tahun depan nak renew 3 or 5 tahun, senang kan? Tak perlu dah setahun sekali renew, kita bagi terus 3 tahun sekali or 5 tahun sekali.


Kepada blogger lain yang masih gunakan blogspot, ayuh bertukar ke .com. Tak mahal dan senang je prosesnya. Korang bagi 100% kepercayaan kepada NetKL.com/. Btw, semoga maju jaya untuk blog ni.


BACA JUGA :

ALHAMDULLILAH, DAH GUNA DOMAIN SENDIRI.


1st Giveaway by YYSELLA

1st Giveaway by YYSELLA



Assalammualaikum & hello there!

1st Giveaway by YYSELLA | Siapa yang free tu jemput join segmen ni juga. Mari kita sama sama memeriahkan segmen YYSELLA. Hadiah pun menarik untuk penggemar TUDUNG BAWAL. Korang macam mana? Takkan tak join giveaway ni? 

Rugi tak join! Klik banner untuk join.




SAYA SOMBONG SEBAB SAYA ISTERI ORANG.

SAYA SOMBONG SEBAB SAYA ISTERI ORANG.

Assalammualaikum & hello there!

"Saya 'sombong' sebab saya ni isteri orang..."

Bila dah jadi isteri orang, adakalanya perlu untuk kita jadi 'sombong'.

Bukan sombong yang menjengkelkan, tapi sombong jenis yang tidak terlalu peramah, tidak terlalu baik dan tidak terlalu melayan wanita yang tidak mempunyai pertalian dengan kita, siapa? Orang luar dari rumahtangga kita especially kaum adam di tempat kerja dan di media sosial.


Sebab kita ni isteri orang.

Perbuatan terlalu ramah, terlalu baik, terlalu melayan akan menimbulkan konflik dalam rumahtangga sendiri.

Dia datang minta tolong tentang kerja, kita tolong hanya tentang kerja. Dia nak suruh hantar dia balik rumah dia ke, nak suruh tolong beli barang dekat dia ke, dia lapar tak makan lagi ke, tiada orang teman dia pergi shopping ke, dia takut tidur seorang diri ke, itu dah di luar bidang kerja kita dan kita tidak dipertanggungjawabkan untuk membantu dia selagi dia masih bertangan, berkaki, celik, tak pekak, tak bisu dan tak gila.

Dia boleh buat sendiri kan.

If dia ada masalah, suruh dia cari kaunselor or ustazah. Kita nak dengar masalah dia? Boleh, tapi jangan sampai ada rasa yang kita wajib kena selesaikan masalah dia, jangan sampai hanya kita sahaja bantu dia dalam dunia ni. Nak simpati pun boleh, nak rasa kesian pun boleh, tapi jangan sampai ada perasaan lain disebalik simpati dan kesian itu. Dengan erti kata lain, berpada-pada lah.

Husband kite!

Jangan menangguk di air keruh.

Bercakap bila perlu, melayan bila perlu, berhubung hanya bila perlu. Jika tiada apa-apa kepentingan or keperluan, just take care of yourself and your family 1st before you take care about others. Jaga pergaulan kita tu. Islam first!

Peramah kita, kebaikan kita dan layanan kita hanya untuk suami dirumah. Always remember that because kita ni someone's wife.

Saya langsung tak kisah orang kata saya "sombong" as long as saya tahu apa yang saya buat itu adalah untuk kebaikan rumahtangga sendiri. Akhir kalam,

"I don't live by people's compliments or die by their criticism"



Sumber : FB Firdaus Shakirin
BTS SAPU 9 AWARDS DI MAMA AWARDS !?

BTS SAPU 9 AWARDS DI MAMA AWARDS !?

Assalammualaikum & hello there!

Berita baik untuk para kpoppers! Tapi bukan Om lah. Om cuma ambil info info penting dan banyak pilih drama yang best best untuk ditonton. Dua hari lepas dah berlangsungnya, MAMA Award (Mnet Asia Music Award) 2019 di Japan. Om tengok pun artis artis macam MAMAMOO, Twice, BTS yaang buat persembahan. MAMA 2019 ni sangat gempak dan menampilkan artis artis yang baru baru terutama BTS.

Apa yang bestnya untuk BTS army, di MAMA BTS dah sapu dekat 9 anugerah tau! Speechless kejap, ya memang music diorang yang mengikut citarasa remaja sekarang. Ingatkn 4 anugerah pemting je diorang sapu, lastly hampir 9 anugerah tau diorang sapu. Gila lah! Betul-betul big achievement, rasanya kalah Big Bang. Heheheh



Om senaraikan awards yng BTS menang, Blackpick btw macam sendu ja?

Artist of the year - BTS
Song of the year - Boy with luv : BTS
Best Music Video - Boy with luv: BTS
Album of the year - Map of the Soul : Persona BTS
Dance Performance (male) - BTS
Best Male Group - BTS
Worldwide Fans Choice - BTS
Worldwide Icon of the year - BTS
Qoo10 Fav male artist - BTS

Ternganga bila BTS sapu 9 anugerah. Hahahha Tahniah BTS!



Majlis Bertandang Belah Suami.

Majlis Bertandang Belah Suami.

Assalammualaikum & hello there!


1/12/2019, alhamdulillah dah settle majlis bertandang sebelah suami. Majlis bertandang atau majlis sambut menantu biasanya diadakan di pihak lelaki apabila selesainya majlis di pihak perempuan tapi kalau tak buat majlis pun tak pa. Ini adat masing-masing. Jadi jangan dipertikaikan dan dipandang remeh mahupun disamakan.

Om bertolak dari Kuala Lumpur hari sabtu, nak elak jammed kami lalu laluan dalam Tapah. Jauh jugaklah perjalanan sebab banyak masuk pekan pekan perak. Jenuh jugak nak sebut satu persatu nama tempat tu. Kami sampai di Kuala Kurau Perak dalam lingkungan 8 malam. Lebih kurang 7 jam perjalanan termasuk rehat dan solat.


Keesokkan harinya, seawal jam 8 pagi dah nak ke Parit Buntar sebab Om tak amik Mua Bridal. Kirany make up di butik Mua yang Om pilih tu. Pihak suami nak dalam kesederhanaan, semuanya serba sederhana. Baju bertandang pun Om yang jahit manik. Baju ni akan jadi baju 2 in 1, baju bertandang + baju raya tahun depan. Ni bukan kedekut tau tapi malas nak membazir pakai pun sekali je. Same goes dengan baju husband.


Makeup look Om serahkan 100% pada Mua Zuraihizza, malas nak pilih pilih look. Cantik tak look Om? Look ni ala ala doll gitu. Photographer siap puji, make up kali ni lawa dan sesuai dengan muka. Eh bayangkan kol 9 sampai kol 12 tau nak bersiap. Kesian husband tunggu kat dalam kereta masa tu. I doesn’t expect that majlis belah perak diorang datang around 10 pagi sebabnya Om gerak ke rumah mak mertua around 1 pm, tengok tengok orang dah kurang. Bayangkan jam 2pm dah boleh pergi photoshoot outdoor. Menyesal gak sebab lambat, belah johor pengantin akan datang lepas waktu zohor. Tiba tiba jadi menyesal sebab datang lambat.


Lepas jer settle dengan tetamu, around 3pm dah gerak outdoor photoshoot. Awalnya photoshoot. Photoshoot kali ni Om ambil dengan senior kolej dulu, tak sangka dia bagi the best service ever. Layan kerenah kami ni, rasanya 4-5 location jugak tau. Pastu dengan tiba tiba datangnya idea nak pakai safety helmet, photographer ni layankan je tau. Siap google lagi cari idea untuk photoshoot engineer. Totally recommended! Dia layankan je perangai kami ni. Hehehhe

So Alhamdullilah, majlis bertandang dah pun selesai. Kami pun dah boleh focus dengan goal 2020. Dah tak lama dah kan, less than a month jer ni. Tak sabar nak masuk tahun baru!



Ajar Anak Untuk Belajar Berkongsi.

Ajar Anak Untuk Belajar Berkongsi.

Assalammualaikum & hello there!

Masa cuti dua tahun lepas pernah sewa homestay. Apartment 2 bilik. Satu bilik dengan dua katil single dan satu lagi hanya satu katil single. Sengaja ambil dua bilik. Mahu hadirkan experiental learning pada anak-anak. Leraikan dari sifat ananiyah kepada kekitaan. Di rumah mereka biasa ada bilik sendiri. Ada kawasan sendiri. Kawasan ni jadi ruang psikologikal sendiri.

Teringat masa kecil-kecil dulu. Masa tu tinggal di rumah kuarters 1 bilik. Ruang tamulah tempat segalanya. Di situlah makan. Di situlah tidur. Tempat baca buku juga disitu. Lepas masuk petang tu bercerota dengan anak-anak. Masa kecil ayah tidak pernah punya ruang sendiri. Semuanya berkongsi. Tidur berhimpit-himput. Tidur pun atas kain saja. Tak ada tilam.

Di rumah berkongsi ruang tamu sebagai bilik. Masa masuk asrama berkongsi 30 orang satu bilik. Masuk univeraiti juga berkongsi 4 orang satu bilik. Dah berkahwin pun berkongsi bukan sahaja bilik malah berkongsi katil. Tidak pernah rasa nikmat bilik sendiri. Tapi ayah suka. Tak merungut. Sebab mindset berbeza masa tu.


Masa mati nanti baharu rasa sendirian. Tak ada lagi kongsi. Gelap. Sempit. Mereka diam, dengar tanpa bersuara. Ada yang telan air liur.

Saya sambung.

Otak manusia dicipta untuk hidup berkongsi-kongsi. Social brain kata orang putih. Hidup dalam kekitaan, bukan ananiyah atau keakuan. Berkongsi itu tanda kasih. Tanda insani. Tanda kita khalifah di atas muka bumi. Mereka angguk. Tanda faham mungkin.

Apa makna semua ini?

Satu, nak bangkitkan rasa syukur. Ada bilik sendiri. Selesa tapi jangan alpa.

Dua, nak mereka sedar hidup perlu berkongsi. Nikmat bukan untuk diri sendiri. Berbagi-bagi.

Tiga, ada masanya tahu adjust hidup dalam sikit. Rasa hidup ini sekadar menumpang. Ada tempat kekal yang akan kekal dihuni.


Sumber : Telegram Dr.Rizal


Alhamdulillah... Google Adsense dah ?!

Alhamdulillah... Google Adsense dah ?!

Assalammualaikum & hello there!


Eh kenapa dengan google adsense ni? Sebenarnya, alhamdullilah google adsense setiap hari naik even 1 sen. Dah syukur sangat dah, sikit sikit lama lama jadi bukit. Om percaya makin kerap kita post entri, in syaa Allah google adsense akan bertambah. 

Sebelum ni, sendu je dan rasa nak uninstall dari blog ni. Om jealous dengan senior blogger yang lain, diorang dah cashout berkali-kali. Kita ni yang newbie macam nak tak nak je usaha. Tak semua blogger boleh dapat google adsense. Dah hantar email berkali-kali mesti reject. Jadi, kita yang tak bermasalah dengan google adsense, janganlah sesekali tak mahu guna, rugi jer nanti.


Kita slow slow post entri, satu hari satu entri. In syaa Allah, mesti membuahkan hasil dengan google adsense.

Jom usaha lagi !
Hidden History #4 | HANS ISLAND

Hidden History #4 | HANS ISLAND

Assalammualaikum & hello there!



HANS ISLAND | Pulau Hans merupakan pulau yang menjadi wilayah pertikaian bertindih diantara dua negara yang memliki pengaruh ketenteraan iaitu Denmark dan Kanada selama berdekad-dekad lamanya.

Diama tiap tiap tahun pihak askar dari Denmark dan Kanada datang melawat dalam jumlah yang berskala, memacak dan menaikkan bendera negara masing-masing diakhiri dengan kedua kedua pihak meninggalkan botol arak Kanada Wiski dan Danish Schnapps di pulau tersebut.

Namun, diantara peristiwa tersebut, kedua dua pihak selitkan dan tinggalkan kamera dan rakaman dihidupka untuk tujuan pemantauan risikan di atas pulau tersebut yang disembunyikan di sudut-sudut tertentu.



Sumber : Telegram Hidden History



OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com