SAMBUT BIRTHDAY HUBBY DI TWIN TOWER KLCC - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: SAMBUT BIRTHDAY HUBBY DI TWIN TOWER KLCC

AFB Feeds

21 Oktober 2019

SAMBUT BIRTHDAY HUBBY DI TWIN TOWER KLCC

Assalammualaikum & hello there! 


Happy birthday Suamiku! 

Sebenarnya dah lepas dah pun tapi baru hari ni nak update entri blog. Haishh tak fahamlah dengan hidupku ni, tengah busy buat tender baru terhegeh hegeh nak update blog. Bila ada waktu free, di punya tahap kemalasan tu Allah je yang tahu betapa malasnya nak update. Sempena dengan birthday husband, memang dah niat nak belanja bawa pergi jalan-jalan tapi tak sure kemana. 

Pikir punya pikir, nak pergi KL Tower sebab masa tu ada free ticket untuk sesiapa yang lahir di bulan 10. Bila tanyaa husband, dia pula tak kesah nak pergi yang mana satu, KLCC or KL Tower. Om pilih KLCC sebabnya dari zaman belajar lagi nak pergi tapi sampai ke sudah tak pergi.

MACAM MANA NAK PERGI KAUNTER TIKET?

Kalau korang dari pintu dewan fiharmonik ni senang je tapi kalau korang dari LRT KLCC, korang ikut je laluan ke KLCC dan bila dah sampai dalam KLCC jalan terus dan ke arah kanan hingga jumpa Store ZARA sebelah tu ada eskelator naik ke atas dan straight ambil belah kanan, mesti jumpa. 

Nak senang, pergi tanya kaunter pertanyaan depan Uniqlo. Eazy mezzy.

HARGA TIKET BERAPA RM?

Untuk bukan warganegara boleh tempah di laman web  ni  http://www.petronastwintowers.com.my/tickets , tapi untuk warganegara kena direct to counter.
Untuk myKad, dewasa RM28 dan kanak-kanak RM20. Kaunter ni dibuka pada jam 9 pagi hingga 9 malam tapi tiket boleh dibeli pada jam 8.30 pagi, beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin!

Masa beli tiket, diorang akan bagi tahu bila kita akan naik ke atas, korang jangan estimate bila kol 9, kol 9 jugak korang naik atas. Diorang akan bagi tahu masuk melawat pada jam berapa. Masa Om pergi Om beli tiket kol 10 tapi dapat naik ke atas kol 4.30 petang. Panjang gila gap masa tu. Korang kena ada 15 minit awal tau! 


Sebelum nak naik ke atas, wajib cek keselamatan dan juga barang yang kita bawak. Kalau ada bawak monopod or makanan dan minuman dan sebgainya, boleh disimpan dikaunter yang disediakan, sebelum balik boleh ambil ye!

suami saya bukan suami awak

Nanti korang akan dapat tag yang bertali mengikut team masing-masing, kitorang dapat tag merah. Jenuh melayan orang jepun yang memekak buat suara anime. Tah apa apa perangai diorang. Mostly group merah ni orang asing je, kitorang berdua je orang Malaysia. 

Tengah-tengah di skybridge tngkat 41



First, korang akan dibawa ke tingkat 41. Tingkat 41 ni lah yang skybridge tu, jambatan yang menghubungkan 2 menara. Masa taklimat ada brader ni bagi tahu, jambatan ni tak bersentuh dengan normal dan tak kekal, jambatan ni boleh bergerak-gerak iku kelajuan angin. Jangan risau In syaa Allah tak jatuh ataupun runtuh.
Korang diberikan masa 10 minit untuk berposing dan menikmati pemandangan dari atas jambatan yang tingginya 170m. Heheheh siapa takut tinggi tak yah pergi lah, rugi beli tiket kalau tak enjoy! 




Lepas 10 minit korang akan dipanggil untuk naik lift untuk ke destinasi seterusnya iaitu Observation Deck di tingkat 86. Untuk pengetahuan korang, KLCC mempunyai 88 tingkat, dan tingkat 86 berketinggian 365m dan dua lagi tingkat untuk services. Dari tingkat 41 korang naik ke 83 dan tukar lift ke 86.

Kat atas ni korang boleh guna teropong dan menikmati pemandangan yang cun selama 20 minit tapi tak terasa dah 20 minit macam kejap je, tup tup dah panggil dah. Jangan risau, kat atas ni ada je jurugambar yang akan ambil gambar kita tapi kita boleh decide nak beli atau tak. 



So far, sepanjang 24 tahun hidup ni lah satu satu kenangan yang terbaik dalam hidup. Sekurang-kurang kita dh tahu apa yang ada dalam menara KLCC dan nanti bolehlah cerita pada anak anak ta pun bawa je diorang bila kita free.

RUGI tau sebagai rakyat Malaysia kita tak pernah nak melawat tingkat paling atas KLCC, sebab tempat ni lah tiket selalu sold out oleh tourist. Cepat grab peluang!









.




8 ulasan:

  1. Bestnyaaa . Saya pun tak pernah explore dalam twin tower tu lagi . Btw , kite sebaya . Hehehe .

    Happy belated birthday to your husband .

    BalasPadam
  2. Happy Birthday buat Suami OB..
    Sis last masuk masa Merdeka tu haaa..lama gile tak masuk jenjalan dalam tu, meriah ek...tapi ermmm ramai warga asing huhuhu

    BalasPadam
  3. Happy belated birthday to Suami OM. Bestnya dapat naik twin Tower. Ayah kita Petronas pun, masih tak dapat naik lagi. huhuhu

    BalasPadam
  4. bestnya dpt pergi kl tower, blum berpeluang lagi.

    BalasPadam
  5. Dah lama teringin nak naik sini.. kena kumpul duit nie..
    Happy birthday buat suami OM..

    BalasPadam
  6. Seronoknya. Cantik pemandangan. Tak pernah lagi berkesempatan nak naik sini

    BalasPadam
  7. bestnya..kita tak pernah lagi naik sampai atas tu om...

    BalasPadam
  8. Thank you so much for this wonderful Post and all the best for your future. I hope to see more post from you. Deskgram - sponsored app displaying ads next to its claims to be a desktop Instagram version. Deskgram is the website that claims to be.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com