Perlu Ke Update Blog Setiap Hari? - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Perlu Ke Update Blog Setiap Hari?

AFB Feeds

20 Februari 2019

Perlu Ke Update Blog Setiap Hari?


Assalammualaikum & hello there!

Perlu ke update blog setiap hari? Apa pandangan korang?

Bagi I, I memang akan update satu hari satu post, tapi kadang disebabkan hal-hal kerja I tak dapat nak update satu hari satu entri. Sebagai seorang blogger, kita memang perlu update entri setiap hari. I tak cakaplah sampai nak update beribu untuk satu hari. Korang pun kena tahu limit korang jugak kan? Takkan manjang nak update, mesti orang boring nak baca.

Kenapa I cakap at least satu hari satu entri? Pembaca sebenarnya memang suka blog yang selalu aktif dan sentiasa update entri. I sendiri pun cukup bengang bila ada blogger lain sampai berbulan tak update. Haishh kita blogger, kita pandang juga hal ni. 

Luangkan masa korang untuk update entri, sekurang-kurangnya satu entri untuk satu hari. I faham, ada lagi blogger lain yang busy tapi diorang ni sempat jer bahagi masa. Semua orang busy tapi tak semua orang yang tahu manage masa dia. 

Last but not least,

Cubalah bila bagi entri baru selitkan info, tips, review or apa sahaja yang bagi ilmu pada orang lain. Entri ni tak perlu panjang-panjang, sekadar yang mampu tapi jangan terlebih pendek pula. Nanti pembaca boring nak jengah blog kita. 

Percayalah, pembaca macam kita juga. Entri panjang sangat confirm klik pangkah. Tak larat nak habiskan baca, samalah macam diri I ni. Hehehehe

Apa pendapat korang??

2 ulasan:

  1. Perlu kalau kita nak kekalkan rating PV kita, kecualilah memang blog kita ada pengunjung unik tersendiri so tak update tak ping pun PV sehari kekal naik...

    BalasPadam
  2. Huuu, nak update hari² tu sampai letak auto update. Haha still, ada jugak miss a day.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com