Cara Mengusir Jin Dengan Mudah

Assalammualaikum & hello there! 


Cara mengusir jin dengan mudah adalah dengan menggunakan garam. Garam musuh utama jin. Sebenarnya, garam kasar mempunyai frekuensi yang tinggi. Manusia tak dengar frekuensi tersebut tetapi  makhluk halus boleh dengar frekuensi itu. Itu sebab ada yang baling garam bila nampak hantu. Garam kasar  juga ada bau yang sangat tajam. Itu yang jin tak suka dengan garam.

Jadi,

Kita menggunakan garam untuk halau jin dengan mudah dan cepat, doa semoga Allah lindungi diri dan keluarga kita daripada gangguan jin & syaitan. 

[A] PAGAR GARAM KASAR

Tabur garam kasar yang diruqyah sebanyaknya sekitar rumah. Semasa tabur dan baling ke dinding rumah sentiasa baca ayatul Kursi tanpa putus. Sekurang 10 kilo garam dan maksimum 40 kilo. Bergantung besar rumah.

[B] LAMPU GARAM BUKIT

Lampu garam bukit antara kaedah penghalau makhluk halus keluar dari rumah. Lampu ini akan neutralkan tenaga² negatif yang ada dalam rumah. Sebaiknya setiap bilik dan ruang rumah ada satu lampu garam bukit. Pasang 24 jam.

[C] MOP RUMAH DENGAN AIR PANAS CAMPUR GARAM KASAR

Masak air panas dalam periuk besar. Campurkan 2-3 kilo garam kasar. Masak sampai mendidih. Tuang air dalam baldi tahan panas dan mop keseluruhan lantai rumah. Wap panas dan asap air bercampur garam akan memenuhi segenap rumah. Pastikan mop baru dan jangan perah. Lepas mop jangan bilas! Lepas seminggu baru sapu debu garam. Boleh amal sebulan sekali.

Selamat beramal dan boleh share ye.

0 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama