Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bio-Essence 24K Bio-Gold Rose Water Gold Review | Hari ini, daku nak review satu product yang sangat berkesan semenjak daku gunakan ia 5 bulan yang lalu. Secara jujurnya, daku ialah manusia yang jarang nak guna produk yang terdapat di drugstore sepeti Watson mahupun Guardian. Sebelum ni, daku menggunakan Mary Kay Botanical Effect sebagai skincare rutin tetapi disebabkan harga yang agak ehem, daku pun bercadang untuk menukar skicare dengan menggunakan produk drugstore. 


For those yang ada masalah jerawat yang teruk,  you should never skip our skin daily routine like apply toner, moisturizer, essence and something else. Dulu  daku memang tak tahu langsung, apa itu essence. Jadi, daku  try buat search sikit tentang essence sehinggalah daku jumpa produk bio essence rose gold. First impression bila daku tengok product ni, 'Wah, cantiknya' , kebiasaannya product ni memang ada sale, thats why I'm grab that.


Kecil Dan Comel, Bio Essence Rose Gold.




#1 About the product : 


> Product name : 24K Bio-Gold Rose Water Gold
> Product brand : Bio-Essence
> Suitable skin type : All skin types
> Price : RM 21.90 (30ml) & RM79 (150ml)
> Origin : Singapore
> Available : Watson, Sasa or Guardian

#2 What it claims :



> Hydration 


Moisture is constantly restored and locked into the skin for long hours to keep it well-hydrated while skin takes on a soft & supple radiance for a youthful complexion

> Fine lines

Infused with 24K Bio-Gold which contains powerful anti-oxidanr properties that help to slow down the formation of fine lines for youthful looking skin

> Pore Reduction 

 Tightens enlarged pores and regulates moisture and sebum balance for fine & smooth skin



#3 The Packing :


Ia didatangkan dengan 2 jenis kuantiti iaitu 30ml dan 150ml. Botol yang berwarna gold rose ni, korang boleh je bawa kemana-mana sahaja. Kecil dan comel je botol ni. Tapi apa yanga daku kurang suka dengan packing ini ialah bila dah nak habis, saki baki essence susah nak keluar daripada botol. Kepada yang jenis guna sampai habis tu, kena bertabah dan redha je sebab dah boleh buang. Tak mampu nak terbalikkan botol tu tunggu essence ni turun. 


#4 Bahan yang terdapat di dalam bio essence rose gold  :


Water, Glycerin, Ceramide 3, Colloidal Gold, Fragrance, Sodium Oxide, Calcium Oxide

(Can check on the packing)


#5 Texture dan warna  :

Texture water like with gold beads (24K Bio-Gold). Refer gambar di bawah ni. Gold beads tu yang memukau bila guna di muka. Nampaklah muak tu bersinar-sinar macam emas. 




#6 Cara untuk menggunakan bio essence rose gold?


Korang boleh guna dua kali sehari, pagi dan malam. Selepas cuci muka dan memakai toner, korang letakkan beberapa titik di tapak tangan korang, dan apply di muka, tepuk - tepuk lembut bagi memudahkan penyerapan ke dalam kulit. Ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit. 


#7 Apa perasaan daku bila guna bio essence rose gold?


Sebenarnya, ini adalah bio essence rose gold pertama yang daku guna. Sebelum ni, memang tak pernah cuba mana - mana essence, sebabnya daku pun agak noob dengan essence. Sepanjang daku guna, memang kulit muka tak banyak masalah. Selama ni kulit kusam,dah nampak lah perubahan selepas guna. Apa yang daku suka dengan bio essence rose gold ni adalah ianya sangat cepat meresap ke dalam kulit. Bau pun wangi.  



BACA INI JUGA : 






#8 Daku recommend atau tidak untuk membeli bio essence rose gold? :


Apa yang boleh daku simpulkan, daku dah repeat bio essence rose gold dan ianya sangat sesuai dengan kulit daku yang bermasalah berminyak ni. Daku recommend untuk korang yang baru jinak nak mencuba essence. 


Selamat mencuba! Daku harap entri ini bermanfaat pada korang yang berjinak - jinak di dalam dunia skincare. Good luck.



(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)

6 Ulasan

  1. Tak pernah lagi try produk ni..selalu tengok kat watson & guardian ^_^

    BalasPadam
  2. Been meaning to try tapi ntah kenapa tak try sampai sekarang hehe. It's true that packaging dia memang lawa sangat, kadang rasa nak beli sebab packaging dia je :D

    Lenne Zulkiflly

    BalasPadam
  3. Nak tnya sebelum pakai ni kan you pakai toner dlu tak ?

    BalasPadam
  4. Sy br pki semggu kulit Muke JD lembab jw

    BalasPadam
  5. Bio Essence Rose Gold ni serum atau essence yaa

    BalasPadam
  6. hai,
    We ask your permit to put some of your word in this post to our website as you review the Bio Gold Rose Water.
    Simply visit http://skincarehunter.my.id/product/bio-essence-bio-gold-rose-gold-water/ to check what has been taken from this.
    You are allowed to announced in this post that your reviews are considered as good review in our post.
    If you mind this thing, we will delete as soon as possible.
    Thank you

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!