Pahit Manis Bekerja Di SITE ! - OMBAKBERGIGI OMBAKBERGIGI: Pahit Manis Bekerja Di SITE !

AFB Feeds

7 November 2017

Pahit Manis Bekerja Di SITE !

Assalammualaikum. 


Rasanya mungkin ada yang mengenali Om sudah lama bekerja sebagai Site Supervisor. Betul tak? Ada sesetengah yang tahu mungkin juga ada yang tak tahu. Ya, Om dah bekerja di site selama 2 tahun dan In shaa Allah memasuki 3rd series. 

Ya Om ialah pemegang Diploma in Civil Engineering. Dulu SPM aliran prinsip akaun dan bercita-cita nak jadi Akauntan tapi akhirnya menceburi bidang yang di polopori oleh lelaki. Kiri, kanan, depan, belakang semuanya lelaki. Bayangkan dengan ilmu setipis kulit bawang, drawing civil & structure tak pernah lihat dan pegang, basic autocadnya tak ada, tiba-tiba kawan baik satu kolej tarik bekerja bersama dia. Sebulan je Om menganggur selepas convocation. Alhamdullilah sekarang masih setia bersama kawan baik di office yang sama cuma berbeza site. 


100 orang pekerja yang terdiri daripada warganegara Bangladesh & Indonesia hanya dikontrol oleh dua orang site supervisor. Memang tak boleh dibayangkan. But at the end of the day, rasa bangga tu ada sebab tak ramai perempuan yang nak menceburi bidang ni full time di site. Ada tapi limited edition. Sanggup ke korang (perempuan) nak legamkan muka dari pagi sampai ke malam. 2 tahun Om keje nak hilangkan sunburn Allah je yang tahu betapa payahnya. 

Lama-lama kulit muka dah sebati, dah boleh terima dah kepanasan matahari. Bayangkan, dugaan bulan puasa. Tahun lepas tahun pertama Om berpuasa di site. Kebetulan tahun lepas juga kerja memang sangat sibuk, penat! Hari ketiga berpuasa dah ada niat nak batalkan puasa sebab tak tahan panas. Air liur kering, muka merah dan ya Allah penatnya tu. I can"t believe for this year Om dapat juga habiskan puasa. Apa yang seronoknya bila berbuka tu, nikmatnya subhanaAllah! "Aku berjaya juga habiskan puasa hari ni", sampai macam tu sekali berdetik dalam hati. Kawan-kawan lelakilah yang mencabar untuk habiskan puasa, sedangkan diorang boleh apatah lagi Om. 


The best partner ever! Kak Mah, orang Kodiang yang merantau ke Kuala Lumpur. Kerja site memang Om jumpa beragam jenis orang. Orang cakap putar belit, orang yang suka nak lepaskan tanggungjawab, orang yang pentingkan diri sendiri, haish macam macam jenis. Dari site ni, Om belajar untuk percaya diri sendiri dulu barulah percaya pada orang lain dan yang penting, siapa nak backup bila kita betul atau salah kalau bukan diri sendiri. Om pegang ayat ni kemana-mana site. Bak kata pepatah, banyak udang banyak garam, ramai orang ramai ragam. 



Sebenarnya, korang jangan ingat korang je ada masalah. Om sendiri pun tak boleh nak kawal masalah sendiri. Kadang masalah sendiri dicampur adukkan dengan masalah kerja. Sampai satu tahap, mereka (pekerja) tempat Om luahkan rasa, marah sedih benci, semualah kat diorang. Tahun pertama kerja site, diorang ni lah yang tahu betapa cengengnya Om. Sayang kat diorang ni sebab diorang ni suka hiburkan hati Om. Nak nak time marah sampai tak boleh marah. Hahahahah. 


Bersyukur juga kerja di site sebabnya Allah nak om ni belajar kontrol emosi. Walaupun dapat kekangan dari parents sebelum ambil bidang, but akhirnya parents kalah juga dengan kehendak anak dia yang sorang ni. Om tak cari pangkat atau gaji yang tinggi, om nak cari pengalaman. Pengalaman berharga tak semua orang boleh dapat. Betul tak?





7 ulasan:

  1. Terbaiklah. Moga awak terus berjaya dan kuat dalam bidang ni. Kipidap girl :)

    BalasPadam
  2. wow terbaik laa akak keje macam tu. betul tu pengalaman tu yg penting kan :')

    BalasPadam
  3. Semoga terus maju jaya, miza osem dengan OM bukan senang nak handle orang lelaki ne dah la lain budaya dan bangsa dan bahaya.

    BalasPadam
  4. wahhh first time tengok girl kerja dalam SITE ni..

    BalasPadam
  5. woww seriously mencabar gila. semoga terus tabah dan kuat hadap semua lelaki hahahahaha =D

    BalasPadam
  6. Om wanita kuat..bangga dgn awk..xkesah kerja apa janji halal..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!

OMBAKBERGIGI © . Designed by MaisarahSidi.com