8 Produk Lotus Yang Sedap Dan Berbaloi Untuk Dibeli

Baru-baru ni ke Lotus Desa Tebrau, Johor untuk settlekan kerja kempen di situ, itu yang terus beli produk Lotus yang sedap. Lotus ni dahulunya di kenali sebagai Tesco, entah macam mana boleh tukar nama ke Lotus.

Aku pun tak pasti disebabkan apa, mungkin ada company luar yang beli Tesco atau benda lain. Dulu viral juga produk Tesco yang sedap untuk dibeli. Masa tu tak tergerak hati pun nak beli. Risau juga bila dah viral, stok tak ada kan.

Itu yang aku malas nak ke Tesco. Jadi, disebabkan kerja review terpaksalah ke Lotus. Kalau ko belum pernah beli, bolehlah cuba beli sebabnya harga produk lotus sangat berpatutan untuk kita rakyat marhaen ni.

Nak tahu produk Lotus apa yang sedap dan berbaloi? Di bawah ini aku senaraikan 8 produk lotus yang sedap dan berbaloi untuk ko beli. Ha jomlah kita shopping.

Produk Lotus

$ads={1}

8 Produk Lotus Yang Sedap Dan Berbaloi Untuk Dibeli

Produk Lotus




1. Instant Noodles Creamy Tomyum Kung Flavour 

Sejak beberapa hari ni, ramai yang kata mee segera dari Lotus ni luarbiasa sedapnya. Dikatakan sebagai antara makanan paling sedap di Lotus, mee segera perisa Tomyam Kung ni sebenarnya ada dua perisa iaitu Instant Noodles Tomyum Kung Flavour dan Instant Noodles CREAMY Tomyum Kung Flavour. 

Katanya, dua-dua pun sedap sebab ramai yang recommend untuk stokkan dua perisa ni di rumah. Yang membuatkannya berbeza adalah rasa ala Thai yang pedas memikat. Memang lain daripada maggi tomyam yang biasa kita makan. Cepat beli sebelum licin dekat Lotus! 

Produk Lotus



2. Ayam Goreng Frozen 

Khas untuk penggemar ayam goreng pedas, anda wajib cuba ayam goreng frozen daripada Lotus ni! Orang kata rasanya agak pedas tapi sedap sampai berebut di rumah! 

Kalau yang sukakan lebih kick, anda boleh dapatkan Extra Spicy Fried Chicken. Untuk yang suka rasa pedas-pedas manja, anda boleh beli Hot & Spicy Chicken Drummet & Mid Wings. 

Produk Lotus


3. Pizza
 

Kalau anda suka makan pizza dengan keluarga di rumah, cubalah aneka pizza dari Lotus. Antara perisa yang ditawarkan adalah Beef Pepperoni, Spicy Chicken dan Seafood Pizza. Bila nak makan, letak saja dalam oven atau air fryer. 

Memang tak mengecewakan sebab rotinya lembut dan topping penuh. Harganya pun cukup berbaloi! 

Produk Lotus

4. Nugget 

Ada 3 jenis nugget yang menjadi pilihan ramai dari Lotus iaitu Golden Crumb Chicken Nugget, Spicy Tempura Chicken Nugget dan Golden Crumb Chicken Nugget. Rasanya dan kualitinya memang setanding dengan nugget yang boleh anda dapati di restoran fast food!  

Produk Lotus

5. Straight Cut Fries 

Dah alang-alang anda nak beli ayam goreng dan nuget frozen, jangan lupa untuk dapatkan sekali Straight Cut Fries yang sedap dan rangup di luar bila dinikmati panas-panas. 

Produk Lotus


6. Potato Chips 

Walaupun bungkusannya kurang menarik, namun anda jangan mudah terpedaya. Kerepek kentang dari Lotus ni tak kurang hebatnya macam snek dan jajan dari jenama terkemuka. Sebagai permulaan, anda boleh cuba Original Potato Chips dan Hot & Spicy Potato Chips. Yang pasti harganya lebih berbaloi dan boleh tahan sedap! 

Produk Lotus



7. Classic White Coffee
 

Bagi anda yang wajib pekena kopi setiap pagi, cubalah Classic White Coffee 3-in-1 daripada Lotus! Aroma serta rasanya cukup memikat. Bila anda dah cuba, lepas ni memang tak pilih kopi jenama lain dah! Memang sedap kalau dinikmati pada waktu sarapan atau minum petang.

Produk Lotus

8. Chili Mayo 

Katanya, Chili Mayo dari Lotus ni memang sedap untuk dibuat sos pencicah di rumah. Rasanya cukup unik dan enak untuk dicuba. Makanan Paling Sedap di Lotus Anda wajib cuba aneka makanan paling sedap di Lotus ni. 

$ads={2}

Akhir Kata

Memang berbaloi beli 8 produk lotus di atas ni. Rasa sedap dan harga tu sangat berbaloi. Pizza tu aku beli 1 kotak Rm8.90. Murah tau! Rasa pun sedap, masak 5 minit dalam air fryer dan rasa tetap sedap. 

Ni nanti nak shopping lagi beli stok makanan kat rumah. Lagi lagi yang frozen semua tu, sedap makan time hujan kan. Heheheheh

Ko jangan lupa shoping di Lotus yang berdekatan ye.

Sumber | DailyMakan






4 تعليقات

Sila tinggalkan comment korang disini!

إرسال تعليق

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

أحدث أقدم