Ujian Berniaga Sangat Banyak, Jangan Lemah Terus Berjuang

Bismillah.
Assalammualaikum.

Ujian Berniaga Sangat Banyak, Jangan Lemah Terus Berjuang | Baru-baru ini negara Malaysia sudah diuji dengan pelbagai ujian yang perlu kita atasi. Antaranya kita diuji dengan bencana alam iaitu banjir dan hingga kini kita masih perlu berdepan dengan virus Covid-19. Apa saja yang berlaku kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana ini berdasarkan ujian yang perlu kita hadapi bersama. 

Apa yang penting kita perlu bangkit semula. 


Dalam banyak-banyak golongan yang terkesan dengan apa yang berlaku, para usahawan dan peniaga banyak terjejas dan mengalami kerugian yang agak teruk. Ramai di kalangan usahawan ini yang telah kehilangan harta benda dan kerosakan barang perniagaan dalam skala yang akan teruk.



Banyak Premis Hampir Gulung Tikar 


Banyak perniagaan telah terkesan hingga premis-premis terpaksa ditutup yang seakan perlu mengalami gulung tikar. Ini kerana mereka tidak boleh bertahan dan tidak tahu bagaimana cara untuk bangkit semula. 


Sebenarnya masih ada jalan jika rasa benar-benar ingin berubah. Andai benar-benar ingin menyelamatkan perniagaan segeralah bertindak mendapatkan ilmu dan bimbingan panduan untuk bangun semula daripada mereka-mereka yang mempunyai pengalaman yang lebih luas dan tinggi dalam bidang ini.


RichWorks Menawarkan Perkongsian Ilmu Bisnes Yang Mantap 


Salah satu pihak yang dimaksudkan adalah RichWorks yang diasaskan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman. RichWorks International adalah sebuah syarikat penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan.


Datuk Wira Dr Azizan Osman pula mempunyai pengalaman yang tinggi dalam bidang ini dan pihak RichWorks ini juga telah diberikan pelbagai anugerah demi anugerah sebelum ini.


RichWorks aktif melaksanakan pelbagai program, antaranya Wanita Bangkit Berniaga, Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 dan banyak lagi. 



Perkongsian Dr Azizan Osman Berkaitan Keadaan Pasaran Bisnes Negara Semasa 


Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.


Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.


Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.



Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.


Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!


Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.


Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.


Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.


Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.


Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?


Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.


Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.




Dr Azizan Osman Turut Pernah Mengalami Saat Jatuh Bangun 


Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri pernah mengalami kerugian apabila dia dan keluarganya pernah diuji dengan virus Covid-19. Malah ibu mertuanya sendiri telah pergi dijemput Ilahi akibat serangan virus ini. Datuk Wira sendiri hampir kehilangan nyawa apabila mengalami masalah pernafasan yang agak teruk akibat jangkitan virus covid. 


Disebabkan itu Datuk Wira Dr Azizan Osman sangat memahami keadaan yang agak mencemaskan dikalangan peniaga ini. Perniagaan yang hampir jatuh dan gulung tikar perlu segera diselamatkan. Makin merungsingkan dengan keadaan harga barangan yang semakin melonjak naik dari masa ke semasa. 


Sertai Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Untuk Bimbingan



Terbaru, RichWorks sedang menganjurkan Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman. Program ini juga secara percuma dan terbuka untuk siapa saja menyertainya. 


Cara untuk sertai tidak susah, hanya perlu melangkah masuk ke dalam channel telegram rasmi RichWorks dan perkongsian akan dilakukan di sepanjang bulan Februari ini, pada setiap hari Khamis jam 8 pagi. 




4 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Cabaran berniaga sentiasa ada kan

    BalasPadam
  2. Moga para peniaga di negara kita yang terjejas terus bangkit!

    BalasPadam
  3. Wah ada live session percuma . Menarik ni

    BalasPadam
  4. Tahniah buat DAO dan semua yang terlibat ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama