Anak Datuk K Pilih Dr Azizan Osman Sebagai Mentor Bisnes

Bismillah.
Assalammualaikum.

Anak Datuk K Pilih Dr Azizan Osman Sebagai Mentor Bisnes | Nak berjaya dalam dunia perniagaan, bukan satu kerja senang. Dalam berniaga, ada yang gagal dan ada yang berjaya kerana dunia perniagaan ini seakan sebuah tempat untuk berperang. Bagaimana nak bisnes berjaya? Kena ada semangat juang yang tinggi untuk berperang hingga berjaya. 


Untuk melangkah masuk bagi berperang dalam dunia bisnes, kena bersedia dengan ilmu. Tanpa ilmu agak sukar untuk bertahan lama dan selamat dalam dunia perniagaan. Kenapa? Kerana dunia perniagaan ini amatlah mencabar. Setiap masa boleh berlaku perubahan naik dan turun. Itu belum lagi dikira soal cabaran dari pesaing-pesaing. 



Dunia Perniagaan Tak Ubah Seperti Sebuah Medan Peperangan 


Selain daripada para pesaing, masalah ekonomi turut mempengaruhi keadaan sesebuah perniagaan tersebut. Dalam industri perniagaan ini, masalah ekonomi mungkin boleh memberi manfaat ataupun menjadi kelemahan buat para usahawan. 


Jika nak berjaya, kena ada planning. Planning atau susun atur bisnes ini patut dilakukan sebaik saja terjebak dalam dunia bisnes. Planning ini yang akan menentukan tahap kejayaan seseorang kerana hasilnya akan diperolehi nun dalam masa beberapa tahun di hadapan. 


Menjadi seorang peniaga ini juga memerlukan hati yang kental. Bila nampak ada keuntungan masuk ke dalam akaun syarikat, tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. 


Di sinilah peniaga perlu berada dalam keadaan sentiasa berjaga-jaga dan bersedia. Rajinkan diri dengan sikap menabung juga. Duit syarikat jangan dibelanjakan secara membabi buta kerana tindakan ini boleh mengakibatkan syarikat gulung tikar pada bila-bila masa.  



Seorang Usahawan Perlu Sentiasa Bersedia Untuk Berdepan Sebarang Kemungkinan


Dengan cabaran usahawan 2022 ini, Datuk Wira Dr Azizan Osman sentiasa menyiapkan pelbagai planning untuk golongan titanium Richworks bagi memberikan ilmu perniagaan terkini yang terbukti berjaya. 


Untuk pengetahuan anda, Richworks telah melahirkan lebih dari 100 usahawan jutawan. Mereka adalah syarikat usahawan no 1 Di Asia tenggara. Mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman sering mengadakan program  membimbing usahawan dengan kelas Dan seminar virtual secara aktifnya.


Antara pencapaian usahawan adalah dalam program Spire, lebih 100 orang usahawan capai jualan 1 juta pada tahun lepas. Usahawan titanium juga mencapai lebih Dari jutaan jualan tahunan. Salah seorang usahawan jutawan yang turut berjaya selepas dibimbing oleh RichWorks adalah Asyraf, anak kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.



Asyraf Memandang Datuk Wira Dr Azizan Osman Sebagai Seorang Mentor Terbaik 


Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya. Tambah Asyraf, beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri. 


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. 


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya. 


Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa. 


Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. 


"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya. 


Datuk K Turut Rasa Bangga Dengan Pencapaian Anaknya


Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.


Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu. 


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. 


Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. 


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 



“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya lagi. 


Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.


Bina Bisnes Berjaya Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman 


Nak berjaya seperti Asyraf dan usahawan jutawan lain? Jom sertai channel telegram rasmi RichWorks untuk bersama Datuk Wira yang akan sentiasa berkongsi tips dan panduan bisnes terkini untuk berjaya di tahun 2022 ini.


Selain itu, boleh juga layari laman web utama RichWorks untuk melihat sendiri pelbagai kisah kejayaan daripada mereka-mereka yang sudah bertindak untuk menuntut ilmu dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman. 


1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Memang kejayaan sesaorang atas sokongan keluarga juga kann.. dapat mentor yang bagus, bertambah laaa berjayanya.. tahniah buat semua..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama