12 Maksud Di Sebalik Status Poslaju Parcel Hub

Bismillah.
Assalammualaikum.

12 Maksud Di Sebalik Status Poslaju Parcel Hub | Siapa yang suka membeli-belah sudah pastinya kenal dengan perkhidmatan poslaju. Poslaju merupakan salah satu perkhidmatan di bawah pengendalian Pos Malaysia. 

Ia merupakan perkhidmatan penghantaran utama di Malaysia sebelum J&T Express, DHL dan sebagainya. Servis mereka menghubungkan lebih daripada 80% kawasan di seluruh Malaysia termasuk negeri Sabah dan Sarawak.


12 Maksud Di Sebalik Status Poslaju Parcel Hub


Berdasarkan pengalaman aku, aku cuma suka menggunakan poslaju ketika aku berada di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Sebelum ni aku menetap di KL, jadi poslaju ni disekitar kawasan aku itu sangat laju. 2 hari barang dah sampai pada tangan aku. Tetapi, dikawasan pendalaman di Johor, agak lambat juga nak dapat barang jika guna poslaju.

Bagi aku, poslaju ada kelebihan dan kekurangannya. Ikut juga atas pilihan masing masing untuk menggunakannya. Tetapi, korang tahu tak maksud di sebalik status poslaju parcel hub ni? Aku sendiri pun kadang pening juga sebab tak tahu maksud maksud tersebut. 

Hari ni aku kongsikan 12 maksud di sebalik status poslaju parcel hub, jom semak!


Status Poslaju Parcel Hub, Jom Fahamkan.


#1 Apa itu Poslaju Parcel Hub?

Maksud Poslaju Parcel Hub ialah bungkusan korang telah tiba di hub terdekat dari mana bungkusan itu akan dispatched (jika lokasi penjual) atau dihantar (jika dekat dengan lokasi korang). Lokasi pejabat Parcel Hub bergantung pada lokasi penjual dan alamat penghantaran. 


#2 Maksud status poslaju parcel hub


Berikut aku kongsikan kepada korang tips bagaimana untuk faham 12 maksud status tracking Poslaju Parcel Hub


#2.1 Item posted over the counter

Maksud item posted over the counter ialah bungkusan barang baru saja tiba di pejabat Poslaju. Pihak yang bertugas baru saja scan kod bar yang ada pada bungkusan untuk masuk ke dalam sistem


#2.2 Consignment received and processed from posting at Post Offices

Maksud consignment received and processed from posting at post offices ialah bungkusan telah diterima oleh pihak pejabat pos utama. Kini bungkusan sedang diproses mengikut poskod alamat si penerima


#2.3 Item dispatched out

Maksud item dispatched out ialah bungkusan telah mula di bawa keluar dari pejabat pos untuk dihantar ke pusat agihan utama mengikut poskod negeri yang ditulis oleh si pengirim.


#2.4 Item processed

Maksud item processed ialah Bungkusan selamat tiba di pusat agihan mengikut poskod negeri dan sedang di proses.


#2.5 Consignment dispatch out from Transit Office

Maksud consignment dispatch out from transit office ialah bungkusan keluar dari pusat agihan dan sedang dihantar ke Poslaju parcel hub terdekat sebelum dihantar kepada penerima.


#2.6 Arrive at delivery facility at

Maksud arrive at delivery facility at ialah bungkusan baru tiba di Poslaju parcel hub terdekat.


#2.7 Item out of delivery

Maksud item out for delivery ialah bungkusan telah di bawa keluar oleh posmen untuk proses penghantaran ke alamat penerima.


#2.8 Item can be collected at

Maksud item can be collected at ialah bungkusan telah sedia untuk diambil dari kaunter pejabat pos yang berkaitan.


#2.9 Item delivered to

Maksud item delivered to ialah bungkusan telah berjaya diserahkan kepada penerima mengikut alamat yang tertera. Nama dan no IC penerima bungkusan turut di ambil untuk dimasukkan ke dalam sistem.


#2.10 Item posted after cut off time

Maksud item posted after cut off time ialah bungkusan akan diproses pada hari bekerja berikutnya.


#2.11 Item delivered to mail drop

Maksud item delivered to mail drop ialah bungkusan telah dimasukkan ke dalam peti surat.


#2.12 Unsuccesful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address no available

Maksud unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address not available ialah bungkusan tidak berjaya dihantar ke alamat penerima. Ini mungkin disebabkan ketiadaan penerima di alamat penerima. Sila hubungi 1-300-300-300 untuk penghantaran yang kedua pada hari berikutnya. Untuk lebih mudah, boleh terus di ambil dari pejabat pos yang terlibat.


Korang dah faham ke masuk status poslaju parcel hub? Jika tak faham, boleh baca artikel ini sekali lagi. In shaa Allah faham dan aku harap semoga artikel ni bermanfaat untuk semua. 



1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. Sis rasa macam dah lama Sis beli barang tapi seller tak guna poslaju, semua guna J&T atau Ninja.. tak tau kenapa hahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama