MUHASABAH DIRI - TAZKIRAH RINGKAS #44

Bismillah.
Assalammualaikum.

MUHASABAH DIRI - TAZKIRAH RINGKAS #44 | Jika nanti kamu mendapati dirimu lelah menanti jawapan dari banyaknya doa yang kamu langitkan setiap harinya.

Cubalah diam sejenak dan lihatlah pada semua amalan yang kamu lakukan setelah berdoa,

kerana sebenarnya, DIA tidak perlu balasan tapi DIA hanya memerlukan ketaatan. Ketaatanmu dalam erti yang sebenarnya.

Bukan semata-mata ketaatanmu kerana adanya keperlua hidupmu, bukan juga kerana harapan rezekimu atau bahkan kerana gelisahnya separuh hatimu.

Fahamilah, bahawa semuanya soal sejauh mana ketaatanmu padaNya, tidak harus melulu soal meminta balasan doa. Lakukan sahaja semuanya kerana memang tugasmu adalah menghambakan diri, bukan memaksa kehendak sendiri.




Soalnya hanyalah soal menunggu waktu. Kamu, dia, mereka, bahkan aku pun sama. Menikmati setiap alur cerita hidup masing-masing dengan mengikuti perintahNya dan menjalaninya dengan harapan bahawa semua akan indah pada waktunya.

Percayalah. Kerana tidak ada satu pun dari ketetapanNya yang tiada kebaikan bagi setiap manusia. Bersyukurlah, bahawa hidup di dunia ini hanya sebentar, lalu beranjak menuju perjalan yang hakiki.

Manusia yang sabar adalah yang ketika rezeki sampai pada tangannya, dunia tidak ikut masuk ke dalam hatinya. Ketika makanan masuk ke dalam mulutnya, yang haram tidak ikut masuk ke dalam darahnya. Ketka nikmat sampai pada dirinya, sombong tidak ikut masuk ke dalam jiwanya.

Semoga kita dikurniakan keindahan hati sehingga indah pula dalam sikap, tutur kata dan perbuatan. Ingat mengingati, sering berpesan-pesan ke arah kebaikan tanggungjawab bersama.

Islam memimpin dan akhirat pasti menanti di depan. Tiada nyata hanya Allah. 

Post a Comment

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama