Kisah Perjuangan Richworks 2021, Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Dari Pandemik

Bismillah.
Assalammualaikum.

Kisah Perjuangan Richworks 2021, Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Dari Pandemik | Tahun 2021 sudah pun melabuhkan tirai dan hari ni aku nak kongsikan kisah perjuangan Richworks 2021. Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu.




Sudah pastinya, hampir ke semua rakyat Malaysia turut terkena tempias dek kerana oleh pandemik Covid-19 termasuk juga para usahawan. Menyedari situasi golongan usahwan yang terkesan dengan ujian Allah SWT ini, RichWorks tampil untuk sama-sama meringankan masalah para peniaga ini.

Richworks Faham Situasi Dan Bantu Usahawan Bangkit Dari Pandemik


Sebenarnya, Dr Azizan juga tidak terlepas diuji dengan covid-19 kerana beliau dan 31 ahli keluarga juga antara bekas pesakit covid-19. Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia angkara covid-19 dan Dr Azizan sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdullilah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan oleh Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

Buktinya, selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.





Bukan itu sahaja ujian yang dialami oleh Dr Azizan, musibah banjir yang berlaku di Selangor pada tahun lepas menyebabkan pejabat RichWorks International juga dinaiki banjir

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan keapda orang ramai dalam soal keusahawanan.

Secara keseluruhan pada tahun 2021, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawan yang ditaja sepenuhnya Richworks pada tahun lalu.

Keprihatinan RichWorks Diangkat Dalam Dewan Rakyat


Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Richworks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan Richwell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpul RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga."




"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam masa 24 jam bagi mangsa banji di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

Menurut Radz lagi, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,169 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahwan ke tahap lebih tinggi.

RichWorks Bantu Usahawan Dari Zero To Million


Alhamdullilah pada tahun lalu juga, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion.

Sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 billion bagi kategori usahwan Titanium , RM495 juta daripada 519 usahawan Spire dan Rm46.9 juta daripada 1,024 usahawan EliteX. Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.






Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021. Alhamdullilah syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Begitulah komitednya RichWorks yang cuba membantu golongan usahawan untuk bangkit semula di tahun ini. Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Untuk melihat lebih jelas perjalanan RichWorks dalam membantu usahawan bangkit semula, aku sediakan video yang mungkit dapat memberikan korang sumber inspirasi selepas menontonnya.




Sedikit Tentang RichWorks


Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan lebih menarik daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWors adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelan 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Ispire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Kesimpulan


Ujian yang berlaku tidak sepatutnya dijadikan sebagai titik berhentinya sebuah perjuangan. Dengan adanya bantuan mentor usahawan seperti RichWorks ini sedikit sebnyak dapat memberi dorongan kepada para usahwan yang mahu melebarkan sayap perniagaan masing-masing kearah lebih baik. 

Aku tumpang gembira dan berterima kasih RichWorks yang sudi membantu rakyat tentang dunia perniagaan. Aku doakan juga semoga RichWorks semakin maju dan dapat membantu lebih ramai lagi usahawan di luar sana!

Aamin.



























5 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. I didn't heard this informations, thanks for your sharing...

    BalasPadam
  2. Smeoga RichWorks sentiasa murah rezeki untuk terus membantu orang ramai. ^^

    BalasPadam
  3. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    BalasPadam
  4. Tahniah richworks berjaya dengan kempen dianjurkan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama