6 Tips Untuk Kerja Construction Site Bagi Wanita

Bismillah.
Assalammualaikum

6 Tips Untuk Kerja Construction Site Bagi Wanita | Ehem.. sebenarnya memang malas nak update entri tentang kerja site ni tapi disebabkan ramai yang bertanya, maka aku akan cuba bagi tips berdasarkan pengalaman aku sendiri untuk perempuan diluar sana yang berminat untuk bekerja di construction site. 





Aku mempunyai 6 tahun pengalaman sebagai site supervisor. Untuk makluman, aku cuma memegang diploma kejuruteraan sahaja dan aku tak berminat untuk menjadi site engineer. Nak upgrade untuk menjadi clerk of work pun masih dalam pertimbangan. Hahaha begitulah bila dah berkahwin, aku takut masa dengan anak aku tak ada je nanti.

Kembali pada topik asal, aku nak kongsikan tips untuk kerja construction site bagi wanita. Awal aku belajar pun aku tak terpikir yang aku ni akan bekerja sepenuh masa di site. Ada yang aku jumpa perempuan ni tak nak kerja site sebab takut kena kacau dengan indon & bangla. Aku mampu gelak je. Memang kerja site ni benda utama kita kena hadap adalah lawan jantina kita. Mostly yang kerja site lelaki ye.

Macam aku ni, aku seorang je wanita yang bekerja site. Boleh dikatakan 99% ditawan oleh lelaki. Perempuan ni mostly kerja duduk dalam ofis, sebab takut panas and hitam maybe. Aku okay je duduk mana mana pun tapi bila dah biasa kerja site ni, bila start masuk kerja ofis, uishh dia punya tahap bosan tu, better duduk site jelah.





6 Tips Untuk Kerja Construction Site Bagi Wanita, Sila Ambil Perhatian!



#1 Jaga Adab Dan Perangai

Sebut tentang adab ni, tak semua yang faham. Aku ni cukup annoying bila budak practical masuk site dia punya tergedik-gedik tu, rasa aku nak lepuk je. Site ni bukan tempat untuk cuci mata cari jodoh, kebanyakkan lelaki yang kerja site ni dah berkahwin dah pun, so jangan tergedik-gedik. Lelaki yang kerja site ni memang friendly tapi kau janganlah friendly sangat sampai bergurau bertepuk tampar. Kau kena tahu limit kau as perempuan kat site tu. Jaga perangai, takut nanti bangla dan indon dok perhati perangai kau. Mana tahu diorang pulak nak bertepuk tampar dengan kau. 




#2 Pakaian Jangan Terlalu Hipster


Bab pakaian ni pun satu masalah juga. Pakaian yang menjolok mata ni lagi lah orang kat site suka. Al-maklumlah diorang ni mana pernah nak keluar site sangat. Paling tak pun masa gaji je baru nak keluar. Jangan pakai baju ketat-ketat yang menampakkan pembentukan badan. Aku yang kerja ni pun lagi suka sarung baju safety biarlah nampak besar daripada kena tengok dengan bangla dan indon. Mata lelaki ni siapa boleh agak?


#3 Hati Kena Sado


Bila dah masuk kerja site ni, perkataan maki hamun akan sebati dengan diri kau. Macam aku ni, aku duk sebut je bila marah. Kadang dengan bangla pun aku boleh maki hamun. Kau tak kuat mental, mesti goyang punya. Aku sendiri ni pun, boss call bukannya nak cakap hello tapi Fvck You terus wei. Kau rasa? Awal awal kerja dulu manager site engineer semua dok maki hamun sebab aku tak reti itu, aku tak reti ini. Bagi aku normal je maybe sebab dah lama kerja. Dah macam tak heran. Kalau kau hati jenis lembut ni, aku risau mampu bertahan tak sampai sebulan. 


Perempuan Kerja Site, Boleh Ke? Ini 6 Tips Untuk Kerja Construction.



#4 Jangan Mudah Putus Asa


Bab ni memang kerap aku lalui, aku putus asa sebab environment aku ni bagi tekanan. Awal masuk kerja, orang ingat aku ni practical. Duduk pulak bawah supersivor yang tak reti mengajar. Sebulan wei aku kosong tak dapat ilmu, masa ni aku give up nak berhenti kerja tapi I have no choice, klau berhenti mana nak dapat duit. Rezeki aku kerja site masih bertahan bila manager letakkan aku ni bahawa supervisor perempuan. 

Aku juga pernah putus asa bila supervisor perempuan aku berhenti dan aku ni je satu-satunya perempuan yang ada dalam site. Ibarat macam hilangnya tempat bergantung. Nak atau tak, kau kena motivasi diri kau sendiri untuk tetap kuat dan bertahan dalam industri ni at least 3 bulan, lepas tempoh ni kau rasa seronok sebab kerja site tak adalah terbeban sangat. Pengalaman kerja site ni boleh mematangkan diri kau sebenarnya, trust the process and never give up.



#5 Hidup Gaya Kaum Nomad


Kau tahu kan kaum Nomad? Kaum ni suka berpindah randah dan tidak mempunyai tempat tinggal tetap. Ha aku lah tu sampai sekarang.  6 tahun aku kerja ni lebih dari 8-9 kali aku pindah site. Kadang 3 bulan pindah, paling lama 1 tahun 6 bulan baru pindah site lain. Siapa je nak pindah randah ni, kita dah selesa dengan tempat tu tiba-tiba kena pindah. Tips untuk kerja construction site yang kelima ni korang kena hadap betul betul dan sabar sebolehnya. Bagi aku, normal je. Bila site dah siap, memang kena pindah. Takkan nak stick sampai 4 tahun, tepu ye guys.


#6 Minat Kena Ada


Tips untuk kerja construction site selain diatas tu kan, minat kena ada. Walaupun aku bermula dengan tak tahu apa apa pasal construction site sampailah aku tak boleh kalau tak kerja site. Ha gitu! 6 tahun wei, kerja gila ni dah jadi rumah pertama aku dah. Aku cuma nak nasihatkan, kalau korang minat nak bekerja site, maka inilah tips untuk korang. Apa apa pekerjaan mestilah bermula dari minat, kalau tak minat, memang kejap kerja kerja berhenti je lah. Bila minat dah ada, in shaa Allah tips kat atas ni 'Its small matter'.


Ha apa macam? Sanggup tak nak kerja site? Kalau sanggup, meh gantikan kerja aku ni. Rasa macam dah nak pencen dah. Penat pun ya, dah sampai masa dah nak focus pada anak. Aku harap untuk korang yang baru graduate civil engineering bolehlah pikir pikirkan 6 tips untuk kerja construction site. Bagilah kami kami yang dah lama bekerja berehat pulak.

In shaa Allah tips di atas dapat membantu masalah korang. Korang mungkin salah satu perempuan yang bertuah jika berjaya memasuki dunia construction. Good luck gais.








9 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. hati kena sado tu betutl!! lepas tu kena bersedia juga untuk direntungkan dek panas mentari.
    tengok site engineer Syu pun dah cukup. masa mula-mula masuk kerja dulu elok jer cerah muka. lepas kena turun site dah tak macam rupa dia dah.hu3.

    BalasPadam
  2. wah hebatlah akak.. kita pun belum tentu lagi hebat mcm akak

    BalasPadam
  3. Macam Bonde kerja dekat office kadang tu ada staff yang kejer dekat site... memang tengok dia punya persediaan tu memang banyak bezalah time dia dekat office... dekat site nak ukur dan panjat2... pemakaian memang kena bersesuaian.

    BalasPadam
  4. yang pasti saya tak minat keja kat luar..

    saya putera lilin...tak boleh kena panas.

    pernah kerja kontrak dan sengsaranya terasa sampai ke hari ini..

    panas macam nak jadi ikan kering hehehe

    BalasPadam
  5. Rindunya dekat site. Cita2 site engineer tapi apakan daya suami request duduk rumah jaga anak2. Eh tetiba masuk dunia blogging. Haha. Btw tq share info bermanfaat utk kaum wanita yg nak kerja site :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Terbaru Lebih lama