Bismillah.
Assalammualaikum.

Dr Azizan Osman Bantu Usahawan Melalui Program Percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 | "Mula2 free lepas termakan umpan dia sembelih la kau sambil loncat2 jerit amik semangat katanya. Waktu masuk dengar tu memang la percuma, selepas terkinja-kinja mereka cadangkan masuk program itu ini, bayarannya bukan kecik-kecik anak. Jerung pun boleh meninggal.

Program usahawan. Nak bantu. Dia akan kaya, jika kita follow course seminar dia. Dia kaya atas keinginan kita ni yg nk berseminar motivasi. Dia pon leni blom berjaya lg...andai kata kita masuk program dia, start la kaya dia. Kita?? Belum tentu lagi. Balik seminar lps tu xde motivasi dah hahahaha." 




Terkejut juga apabila saya terbaca rungutan dalam bentuk komen dari mereka yang mungkin telah menghadiri seminar yang dianjurkan oleh RichWorks sebelum pendamik Covid-19 sceara fizikal atau mungkin juga belum pernah hadiri tetapi sekadar memberi pendapat secara peribadi. 

Sebenarnya, buat apa sekalipun, pergilah sebanyak mana seminar, jika nak berjaya tidak boleh bersikap sambil lewa sahaja. Apa sahaja ilmu yang dapat, pastikan dipraktikkan, barulah kejayaan yang datang dan bukannya kegagalan.


Siapa Dr Azizan Osman?


Beliau merupakan Coach (Jurulatih) Pemasaran, Bisnes dan Kepimpinan, MenThor dan Strategis, Penulis Buku Laris yang dianugerahkan Anugerah The Brand Laureate - Brand Leadership Award pada tahun lalu. Selain itu, belaiu juga mendapat Anugerah  The Brand Laureate Best Brands e-Branding pada tahun sama.

Dr Azizan Osman merupakan Pengasas dan Pengerusi Richworks International yang mempunyai kepakaran dalam penganjuran seminar-seminar keusahawanan, perkembangan bisnes dan pembangunan diri. Malah pada 2012, pihak Malaysia Book of Records telah mengiktiraf beliau bersama pasukan Richworks International sebagai penganjur majlis seminar yang terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.




Dr Azizan Osman juga telah mempelopori dengan pembangunan metodologi yang spesifik dan berteraskan results atau hasil bagi membantu orang ramai dapat menempuh pelbagai cabaran dan berjaya mencapai kejayaan baru.

Beliau mempunyai kemampuan unik dalam membimbing audiens dengan penyampaian tersendiri dan pandangan berguna yang membawa seseorang untuk melakukan yang terbaik, pasukan yang dapat berikan 'results' dan menjadi organisasi yang sukar ditewaskan.


Program Keusahawanan Richworks Dr Azizan Osman Sudah Bermula Pada Tahun 2008 


Program-program percuma ini sebenarnya dah dibuat sejak tahun lalu lagi oleh Datuk Wira bersama RichWorks ketika PKP 1.0 lalu dan RichWorks dah bantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online.

Menurut laporan, dalam waktu tempoh pandemik hingga kini saja sudah 800K lebih orang turut sertai dan sedikit sebanyak dapat manfaat daripada program itu. Sebelum itu, sudah lebih 700,000 orang telah mengikuti program RichWorks secara fizikal sejak 2008 - 2019 (11 tahun).

Difahamkan pada tahun lalu saja, daripada lebih 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks dapat hasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion. 


Ada Perubahan Tak Selepas Ikuti Program Percuma ini?


Lihat sahaja di Telegram Azizan Osman Official dan FB, korang dapat lihat sendiri setiap hari ada saja aktiviti untuk beri ilmu, panduan, perkongsian daripada usahawan-usahawan sendiri. Ada saja testimoni yang dikongsikan sendiri oleh para peserta yang tunjukkan perubahan dan peningkatan selepas ikuti program-program percuma ini. Ada yang dalam masa beberapa hari sudah ada perubahan, ada yang cuba buat sesuatu yang dipelajari dan saksikan peningkatan masa ini.

Ya program-program FREE ini hanyalah sekadar 3 hari, ada yang 12 malam, ada yang bersiri-siri, memang tak cukup untuk nak tukar seorang usahawan dari kosong hingga berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan tapi RichWorks berjaya bantu Usahawan capai RM1 juta Pertama dalam tempoh 6-12 bulan. 



Tapi melalui ilmu, strategi dan MenThor yang ada results ini sangat membawa kesan dan perubahan dibuktikan sendiri peserta-peserta yang belajar & lakukan tindakan dengan ilmu yang tepat dari bimbingan MenThor secara konsisten mengikut tahap dan fasa bisnes mereka. 

Perumpamaan mudah, seperti pergi di universiti dalam kelas dihadiri 50 orang pelajar. BELAJAR DENGAN CIKGU YANG SAMA, WAKTU YANG SAMA, ADAKAH SEMUA PELAJAR AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG SAMA???

Jawapan sudah tentu tidak, semua berbalik kepada diri sendiri sama ada teruskan usaha, melakukan perubahan dan tindakan berterusan. Apatah lagi jika kita ikut langkah-langkah daripada usahawan lain yang sudah pun berjaya.


RichWorks Guna Kepakaran 13 Tahun Untuk Bantu


RichWorks sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008. 13 tahun dalam industri. Sebelum tertubuhnya RichWorks, beliau mempunyai pengalaman meluas dalam marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar, seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain.

Dr Azizan Osman selalu upgrade diri dan belajar dengan mentor antarabangsa serta melakukan kajian dan research apa yang relevan dengan bisnes sekarang. Difahamkan juga, beliau telah pergi ke SILICON VALLEY pada 2017 untuk belajar bersama pakar-pakar di sana tentang digitalisasi, sekembalinya beliau,  terus berkongsikan tentang transformasi digitalisasi dan kepentingannya sebelum ada Covid-19 ini lagi.

Beliau punya passion nak lihat anak bangsa usahawan ini berjaya. Walaupun banyak orang skeptikal dan fikir negatif namun dia tetap lakukan apa yang boleh beliau lakukan dan sumbang. Mungkin ada kata, jika nak bantu bagi semuanya PERCUMA. Suka atau tidak, setiap penganjuran latihan dan prorgam bimbingan melibatkan kos, masa, tenaga dan team yang bantu mempersiapkan dan memastikan ia berjalan.


Dr Azizan Osman Anjurkan Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Secara Percuma


Tiada paksaan untuk sesiapa untuk ikuti program lain ianya pilihan mereka sendiri. Melalui program-program percuma pun boleh buatkan usahawan itu mendapatkan hasilnya jika dia bertindak, cari jalan dan terus konsisten.

Apatah lagi pada hujung bulan ini, Dr Azizan Osman telah menganjurkan Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital merupakan program terbaru yang dibuat khusus nak bantu usahawan untuk bangkit disebabkan pandemik Covid-19 masa ini.



Dr Azizan Osman sebagai MenThor Usahawan tahu dan jelas apa yang usahawan perlu lakukan untuk dapat bukan saja bertahan malah BANGKIT dari krisis ini. Soal penting pemasaran digital bagi bisnes masa ini untuk usahawan dapat bergerak lebih pantas.

Bagi saya, cuba beri peluang kepada diri sekali ini. Apakah yang akan buat anda rugi besar jika hadir pada 27-29 Ogos nanti??? Jom sama-sama kita ikuti dan nilai sendiri perkongsian dan ilmu PERCUMA yang akan beliau kongsikan pada hujung bulan ini.


JOM DAFTAR PROGRAM BANGKIT


Tarikh : 27 - 29 Ogos 2021

Untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh terus hubungi team RichWorks melalui pautan di bawah ini :