Assalammualaikum.
Bismillah.



Wordless Wednesday - Sesuai Ke Nak Bacakan Buku Pada Bayi? | Disebabkan hari ni hari rabu, daku nak entri ni pendek sahaja tapi bermanfaat untuk semua. Sebenarnya seawal umur 4 bulan lagi ibu dah boleh mulakan aktiviti bacakan buku ni dengan bayi.

Sebab apa kena baca?

  • Menguatkan connection (bonding) bayi dengan mak ayah
  • Buatkan kesihatan emosi si comel tu jadi makin baik
  • Bayi akan menguasai perkembangan bahasa (languange development) dengan lebih cepat
  • Bayi juga akan belajar bunyi dan intonasi suara yang pelbagai masa dia dibacakan buku

Daku dah terapkan pada Luth Isyraf, tiap balik kerja mesti bacakan buku untuk dia walaupun 1 minggu sekali je. Itupun kadang mintak makcik dia bacakan. Al maklum mak ayahnya sibuk kerja dan hanya balik hujung minggu.

Jangan berkira tau untuk melabur dan dapatkan buku buku yang sesuai dengan umur baby demi masa depan anak yang kita sayangi.