Assalammualaikum.
Bismillah.

Wordless Wednesday - Nak Niat Sebulan Atau Setiap Semalam? | Kita nak ikut yang mana satu? Kalau daku, dua dua buat. Awal puasa terus baca niat sebulan, kalau tak lupa memang setiap malam dah baca niat puasa. Kalau lupa tiap malam tu, daku  guna je niat puasa sebulan yang dah dibaca masa awal ramadhan.



MAZHAB SYAFI'IE

Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadhan kerana ia adalah ibadah yan bersendiri yang tak terikat antara satu sama lain.


MAZHAB MALIKI

Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadhan yang pertama dan tidak wajib niat setiap malam.


PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFI'IE

Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadhan. 


Semoga Allah SWT menerima semua ibadah puasa kita. Amin Ya Mujib.